Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Sunday, 31 January 2010
Friday, 29 January 2010
Enam aksara untuk dilelong
Senja itu. Langit berbingkai merah.
Sekeping kertas dibawa angin. Di kaki gua, kertas itu jatuh. Gua tunduk dan ambil. Sehelai kertas yang renyuk. Gua buka. Menerpa bau yang sangat hanyir.
“Entah dari tong sampah mana kertas ini datang?” kata mulut gua kat hati gua.
Gua buka kertas yang renyuk dan hanyir itu. Ada tulisan. Dakwatnya seperti berasal dari darah, tapi sudah beku. Lima aksara tercatat di situ;
Aksara 1 : a
Aksara 2 : h
Aksara 3 : A
Aksara 4 : M
Aksara 5 : U
Aksara 6 : r
Aksara-aksara tersebut gua pandang. Sangat tidak konsisten susuk aksaranya. Gua meneka-neka apa yang ada pada aksara itu.
Enam aksara itu gua susun di atas lantai simen yang dingin.
Dan kemudian, bingo! Gua dah dapat menyusunnya.
“Dude, apa lu buat?” tanya pipit itu. Entah dari mana datangnya.
“Gua tengah menyusun aksara-aksara ini,” kata gua.
“Macam menyusun satu silang kata,” gua kata lagi.
“Mmmm…” kata pipit. Sayapnya dikibas-kibas untuk menyeimbangi tubuhnya yang sekepal itu.
“Aku rasa, aku pernah jumpa kertas beraksara enam ini,” kata pipit.
Gua duduk. Mengambil angin dan udara.
“Dulu, beberapa kali aku tersasar ke tong-tong sampah,” kata pipit.
“Di sanalah aku melihat kertas beraksara enam ini,” pipit kata lagi.
Gua diam.
Gua dengar.
Pipit bercerita.
“Dude, aku rasa kau tertinggal beberapa aksara lagi. Ada di belakang kertas itu. Tersembunyi. Kau tak nampak, mungkin,” kata pipit. Macam ada permainan teka-teki.
“Aksara apa?” gua tanya.
“Hahahahaha….” pipit ketawa.
“Nama kau!” kata pipit di celah-celah deraian ketawanya.
“Aksara enam itu telah terdampar dari satu tong sampah ke satu tong sampah. Mungkin dibawa angin. Mungkin ada makhluk yang menjadi tukang bawa.” kata pipit.
Kertas beraksara enam itu sangat hanyir baunya.
Sayup-sayup gua terdengar suara hilaian di serata tempat. Hilaian kemenangan mungkin. Bunyi tangan yang ditepuk-tepuk juga ada di sana.
Memang patut mereka ketawa sebab aksara enam dan aksara gua itu ada dalam tong sampah.
“Selamat pagi,” kata pipit. Pipit terbang lagi
Duhai alam,
Apabila ada makhluk Tuhan yang menjaja, maka percayalah jajaannya tak pernah berhenti!

Thursday, 28 January 2010
Gua marah dia, gua yang hantar dia bertemu baliaunya.
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat.
Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SMK Sandakan sangat sunyi. Semua penghuni sudah kembali ke kampung halaman masing-masing.
Pagi. Gua baru pulang dari sarapan. Semasa menyusur kaki lima dewan makan asrama, gua lihat seorang pelajar lelaki. Dia duduk di kaki lima tersebut. Tiang di kaki lima itu menjadi tempat dia bersandar. Matanya dilempar ke arah bangunan sekolah yang kosong. Gua lihat pandangannya kosong, sama seperti bangunan sekolah itu.
Niat gua untuk terus ke bilik warden, gua simpan dulu. Gua menapak ke arahnya.
Sebaik dia menyedari gua ada di belakangnya, dia bangun. Cepat-cepat. Tangannya mengipas-ngipas habuk dan debu yang singgah di punggung celananya. Sehelai celana sekolah yang sudah lusuh. Gua lihat ada tampalan di bahagian punggung. Gua rasa, celana itulah satu-satunya yang dimilikinya.
“Eh, cigu,” dia kata. Ada sedikit terkejut pada wajahnya.
Gua senyum.
“Kamu sudah makan?” gua tanya.
“Suda” kata dia ringkas.
Gua tengok dewan makan asrama. Memang tiada apa-apa di situ. Tiada tanda-tanda makanan terhidang di situ. Tray plastik dan gelas plastik tersusun di atas sebuah meja. Tiada tanda-tanda digunakan.
“Kamu makan apa?” tanya gua.
“Megi bah cigu,” kata dia.
Gua senyum. Dia pun senyum.
“Mana kawan-kawan yang lain?” tanya gua.
“Balik kampung suda semuanya,” kata dia.
“Kamu, tak balik?” tanya gua.
Gua merenung matanya. Gua dapat membaca riak-riak kecil tetapi bergelombang dalam jiwanya.
“Aku punya kampung jauh bah cigu,” kata dia.
“Kampung kawan-kawan kamu pun jauh juga. Boleh juga mereka pulang ke sana,” kata gua. Gua mengambil satu tiang dan bersandar di situ.
“Baliau durang mengasi duit sama mereka. Bulih la durang balik kampung,” kata dia. Suaranya antara dengar dengan tidak. Seperti sedang menelan sesuatu yang amat pahit dan tersangkut pada rongga tekaknya.
“Baliau kamu nda kasi duit sama kamu ka untuk balik kampung?” gua tanya.
Dia menjawab dengan gelengan kepala.
Matanya…sangat sayu dan kosong.
“Baliauku susa bah cigu. Baliau lalaki kerja estet. Baliau parampuan nda karja. Jaga adik saja dirumah. Duit yang dikasi baliauku ini pun aku simpan untuk perbelanjaan sikul. Kalau aku pulang ke kampung, kasian aku sama baliauku. Nanti dia kena berhutang lagi untuk mengasi duit tambang untuk aku balik sini,” dia kata.
Gua mula faham.
“Di mana kampungmu?” gua tanya.
“Tomanggong” jawab dia.
“Kalau mau pigi sana bulih ikut jalan laut. Ada juga yang naik kapal terbang,” dia kata lagi. Kali ini dia sudah petah bercerita. Gua hanya menadah telinga.
“Panjang bah cuti ini. Seminggu. Kamu satu orang saja di sini,” kata gua.
“Nda apa bah cigu. Aku pun suda biasa begini,” dia kata. Matanya kosong.
Gua diam. Dia pun diam.
“Kamu mahu balik Tomanggong?” tanya gua.
“Mau la bah. Tapi nda apalah. Aku sabar-sabar sajalah,” kata dia. Matanya masih kosong.
Gua mengambil dompet duit dari jeans levis lusuh yang terkoyak di bahagian lutut, jeans yang gua sedang pakai. Gua mengambil beberapa helai kertas yang ada nilai. Ada beberapa helai sebenarnya di situ. Gua mengambil helaian-helaian itu, dan gua tinggalkan satu helai untuk gua sendiri.
“Nah, ambil ini. Kamu pegi beli tikit. Besok kamu balik kampung,” kata gua.
Dia memandang gua. Dia statik. Dia tak berkata apa-apa.
“Ambil la bah,” kata gua.
“Tentu baliau kamu akan gembira kalau kamu balik kampung. Adik-adik kamu juga,” kata gua.
“Banyak bah ini cigu. Tambang kapal nda sampai begini banyak,” kata dia.
“Tak per. Belikan apa-apa untuk baliau kamu. Untuk adik-adik kamu juga. Selebihnya kamu simpan. Buat belanja sekolah,” kata gua.
“Terima kasih bah cigu,” dia kata. Kata ‘terima kasih’ yang diucapkannya itu sangat lain kedengarannya kat telinga gua. Bukan seperti ‘terima kasih’ yang dilaungkan beramai-ramai setiap kali gua hendak keluar dari kelas.
“Nanti sampaikan salam saya kat baliau kamu. Belajar bagus-bagus. Kasian bah baliau kamu tu mencari duit untuk kasi kamu sekolah,” kata gua.
Pause
Besoknya, gua sudah tidak nampak kelibatnya. Asrama SMK Sandakan memang sudah kosong. Tiada lagi penghuninya yang tertinggal.
Semua sudah kembali ke kampung halaman.
‘Dia’ yang pernah gua denda dan marah dalam kelas kerana tak menyiapkan kerja rumah juga telah balik ke Tomanggong.
Gua marahkan dia dalam kelas, tapi gua juga yang ‘menghantarnya’ pulang ke kampung halaman, untuk berjumpa dengan baliaunya. Untuk bermain dengan adik-adiknya. Untuk hidup dengan alamnya.
Betul, gua tak mahu dia tewas. Gua tak mahu semua yang gua didik tewas.
End

Wednesday, 27 January 2010
Tentang Sara
Bila gua munculkan watak Sara dalam cerita gua, gua tak pernah menyangka yang watak itu akan menjadi tumpuan.
Ada yang bertanya gua secara langsung “Siapa Sara?”. Banyak juga yang berhubung melalui emel untuk bertanya tentang Sara.
Memang ramai yang berminat dengan watak ini.
Maka, sekarang ini gua nak bercakap tentang Sara:
Watak ini sengaja gua munculkan. Kenapa watak ini diberi nama Sara?
Begini,
Nama Sara itu bagi gua ialah nama yang ada di mana-mana. Maksudnya, kalau lu perhatikan, dalam mana-mana budaya masyarakat, nama Sara itu bukanlah nama yang janggal. Kalau Gua pergi ke Alaska yang sangat sejuk itu, gua boleh bertemu dengan orang yang bernama Sara. Kalau gua tersesat di Papua New Guniea, gua rasa gua juga boleh bertemu dengan orang yang bernama Sara. Bagi gua, inilah keuniversalan nama Sara. Maka kerana itu gua memilih nama Sara. Gua tak memilih nama Temah atau Bedah atau Cempaka atau Siti Nurhaliza kerana nama-nama itu hanya terdapat dalam lingkungan budaya setempat sahaja.
Lu faham?
Kemudian,
Sara juga ada di mana-mana.
Sara ada di Bukit Damansara yang elit, mahligai berpagar konkrit yang tidak pun sedar bahawa jiran sebelah sudah 4 hari meninggal kerana ditembak perompak.
Sara juga turut wujud di belakang lorong-lorong hitam di Bukit Bintang bertukang dengan noda dan dosa.
Sara juga ada di Sandakan, bekerja di warung-warung nasi kuning mengais rezeki yang hanya secuit tetapi halal.
Sara juga berada di tingkat 88 di KLCCdan kemudiannya turun ke SURIA KLCC. bershoping dengan kad hutang yang dibekalkan oleh “bapa gula”.
Sara juga seorang perempuan yang tak mahu adiknya merasai nasi berulam garam seperti yang pernah singgah di kerongkongnya pada zaman kecilnya dahulu.
Sara juga saban malam akan menjamu selera dengan hidangan-hidangan ‘dari syurga’ di Gastronomic, yang di atas meja terdapat sebatang lilin dan ros merah.
Lu faham?
Kemudian,
Bila gua berfiksyen, gua jelmakan watak Sara itu sehidup yang mungkin. Dan gua juga dapat berasa yang watak ini benar-benar hidup. Maka kerana itu gua tak hairan, kalau ada orang yang beranggapan Sara ini watak yang benar-benar ada.
Untuk sesiapa yang bertanya tentang Sara, siapa Sara, maka gua akan jawab, “Ya, Sara memang ada. Seorang Sara yang ada di sekeliling kita. Dan seorang lagi Sara yang berada dalam fiksyen gua!”.
Itulah Sara. Sara ada di mana-mana.
Sara ada berhampiran dengan lu…
***********
Tiba-tiba datang pipit itu dan bertanya “Aku ni pula, siapa?”
“Lu punya hikayat, lain hari gua kasi tau,” kata gua.
Gua melihat kocek kanan baju gua. “Oh, masih ada lagi.”
*Pause*

Pesanan Tuan Tanah
Waktu gua mula-mula berblog, gua conteng apa yang gua rasa mau conteng.
Sekarang pun masih tetap begitu. Gua akan conteng apa-apa yang gua rasa mau conteng. Waktu mula-mula gua berblog, sekitar 2007, gua fikir contengan gua hanyalah gua seorang yang baca. Gua tulis sendiri, kemudian gua baca sendiri. Kemudian gua syok sendiri. Gua peduli apa???
Gua tak pernah terfikir, blog gua akan ada pembaca. Gua juga tak pernah terfikir, ada sesetengah pembaca blog gua ini ‘terikut-ikut’ masuk ke dalam dunia imaginasi yang gua tulis dalam blog.
Kepada semua yang sudi membaca;
1 Inilah bahasa gua, kadang-kadang lurus tanpa berselindung, kadang-kadang memerlukan sedikit akal untuk memahami.
2 Kadang-kadang gua terpaksa memotong komen-komen yang terlalu meracau tanpa sebab. Dan yang meracau-racau tanpa sebab tu, sebenarnya gua tau siapa mereka. Dalam dunia teknologi di hujung jari ini, bukan susah nak mengesan mereka walaupun menggunakan anonymous. Mangsa pertama gua ialah Haris si peguam muda yang gua sergah semasa dia sedang sekodeng blog gua....hahahaha.... Tapi lu kool dude!
Nama, peta, alamat rumah, si anonymous semua ada. Tapi lu jangan bimbang, gua tak akan serang lu. Lu nak komen, lu komenlah. Tapi kalau lu dah terlalu merapu, gua sebagai tuan tanah akan menggunakan kuasa gua. Dan lu jangan bimbang, gua takkan hebahkan nama lu dalam blog ini. Biar gua seorang sahaja yang tahu siapa lu.
3. Blog gua bercerita tentang hidup. Kalau kebetulan bersangkutan dengan hidup lu, anggaplah itu hanyalah kebetulan.
4. Terlalu banyak juga yang tersilap pemahaman tentang apa-apa yang gua conteng. Gua cuba sampaikan satu benda. Tapi ada yang memahaminya tidak sealur dengan apa yang cuba gua sampaikan. Oklah, gua paham. Karya kreatif boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara. Tapi kalau lu dah paham lain, kemudian lu membuat komen yang tersasar, lu bayangkankan apa sebenarnya kesannya kepada orang lain yang membaca blog gua.

Tuesday, 26 January 2010
Monday, 25 January 2010
Kata Zizie
Kata zizie:
kalianlah pahlawan berkuda
dengan pedang sumbing dan sangga berlubang
menghambur tanpa gemuruh
tanpa walang
dan meskipun tiada kepala seteru diuncang untuk di bawa pulang di hari pertemuan
cukuplah hanyir darah yang memercik di muka.
aku hanyalah pemanah tanpa nama
terhendap-hendap di balik bukit-bukit pejal
dan panahan pula kerap tersasar
namun yakinlah bahawa aku tidak akan kembali ke lembah
sebelum perang ini usai.

Radzfar
Gua sedang merayau-rayau di sekitar Cheras Leisure Mall. Sengaja berbuat demikian. Sekadar melepaskan masa luang yang terkurung.
Telefon bimbit gua, buatan China, meraung-raung. Gua nampak sebaris nombor tanpa nama.
“Hello…” kata gua.
“Hello cigu..” kata suara di hujung.
“Hah, Radzfar..” kata gua.
“Hehehehe…cigu masih cam suara saya!” kata suara di hujung talian.
“Hahaha…” kata gua. Sudah hampir 12 tahun gua terpisah dengan generasi Radzfar. Tapi gua masih mampu mengingat suaranya.
“Dengan rendah hati, saya nak belanja cigu makan tengahari,” kata Radzfar.
“Boleh, no problem. Di mana?” gua tanya.
“Cigu di mana sekarang? Saya di ofis di Mid Valley,” kata Radzfar.
Gua mencongak-congak tempat yang sesuai. Senang untuk dia sampai, senang untuk gua pergi.
“Seksyen 8 PJ, bagaimana?” cadang gua.
“Di mana tu?” tanya Radzfar.
“Kalau kau dari Mid Valley, menghala ke Kelang, kau nampak Hotel Hilton, kat situlah,” kata gua.
“Oh, tau-tau. Kita nak lunch kat Hilton ke?” tanya Radzfar.
“Kalau kau nak makan kat sana, kau makanlah sorang-sorang tanpa aku. Aku suka tempat para marhaen selalu makan,” kata gua.
“Hahahaha..” kata Radzfar.
“Kat sana tu ada satu food court. Kita makan saja di sana. Tak payah makan di hotel,” kata gua.
Gua memang sangat tak gemar makan di tempat para kapitalis berkumpul. Minggu lepas, gua baru sahaja lunch di Shangri La. Kalau gua diberi pilihan, gua lebih suka makan di kedai mamak. Tapi gua tiada pilihan.
Sebab itu, gua tak pergi ke Mandarin Oriental kerana gua ada pilihan.
Dude, memang lu nampak bergaya dan berimej elit kalau lu masuk ke hotel 7 bintang itu! Tapi gua memilih untuk menjadi diri gua.
Sesampai di food court yang dimaksudkan, cahaya matahari sangat mengigit.
“Aku sudah sampai,” kata gua via telefon bimbit.
“Saya ada di sebelah kanan bahagian hujung food court. Saya nampak suda cigu..” kata Radzfar
Gua melempar pandangan ke bahagian sebelah kanan food court. Gua nampak Radzfar. Tubuhnya agak berisi sekarang. Mukanya bulat dan tembam.
Radzfar datang ke arah gua. Gua pergi ke arah dia.
Dia menyalami gua dengan erat. Tangan gua dikucup. Memang Radzfar seorang lelaki yang amat menghormati gurunya. Masih tetap sama seperti dulu. Sama seperti 12 tahun yang lalu.
“Saya baru pindah ke KL. Dulu di Langkawi,” kata Radzfar.
“Maksudnya hujung tahun lepas kau masih di Langkawi? tanya gua.
Dia mengangguk. Senyum.
“Kalau la aku tau kau di sana, taklah aku terperuk satu minggu dengan rasa yang amat bosan. Satu minggu bah aku di sana. Urusan kerja,” kata gua.
Radzfar senyum.
“Macam mana kau sekarang?” tanya gua.
“Saya kahwin dengan orang Kelang. Sekarang menatap di sana. Rumah pun sudah dibeli. Di Kelang juga,” kata Radzfar.
Gua senyum.
“Dulu, ada kau terfikir kau akan kahwin dengan orang sini? Akan menetap di sini?” tanya gua.
Radzfar tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala.
“Itulah… kita tak pernah tau cerita apa yang akan masuk dalam layar hidup kita,” kata gua.
“Dengar cerita cigu mau pergi Sandakan,” kata Radzfar.
“Hah..” gua sedikit terkejut.
“Bukan pergi, saya balik ke sana sebenarnya,” kata gua.
“Sekejap saja,” gua kata lagi.
“Mana kau tau?” gua tanya.
“Si Aisah yang kasi tau,” kata Radzfar.
“Hahahahaha…macam mana orang Tawau yang tau duluan ni..” kata gua.
Radzfar senyum.
Kami berbla! bla! bla!
Tentang kawan-kawannya yang kandas cita-cita dek masalah pengenalan diri.
Tentang kejayaan kawan-kawannya.
Juga tentang kawan-kawannya (pelajar gua sebenarnya) yang terpesong arah tuju.
Setelah matahari kurang menggigit, selepas lebih 2 jam berbla! bla! bla!, gua harus pergi ke destinasi gua. Radzfar pun harus ke destinasinya.
Semasa berjalan ke luar dari food court, Radzfar berkata, “Saya baca blog cigu. Saya suka bahasa cigu.”
“Ah, bukannya ada apa-apa pun blog saya. Semua tentang kehidupan,” kata gua.
Setelah sampai di luar, Radzfar menyalami dan memeluk gua. Sangat hormat lelaki ini akan gurunya yang tetap memilih untuk menjadi seorang marhaen.
Gua menuju ke kereta. Tiba-tiba Radzfar bertanya, “Siapa Sara?”.
“Hahahaha…tiada siapa-siapa. Hanya watak yang saya jelmakan dalam blog. Tiada siapa-siapa,” kata gua.
“Oh…” kata Radzfar.
Kemudian Radzfar menuju ke selatan, gua pula menuju ke utara.

Saturday, 23 January 2010
Lohong gelap
Bila gua tidak tahu apa-apa, dan kemudian gua dihantar ke suatu lohong gelap tanpa gua sedar, maka gua berasa sangat edan.
Gua tak punya si kuda bedi yang mampu membawa gua terbang ke seluruh alam dalam sekelip mata.
Gua juga tiada keris sakti yang sembraninya mampu membunuh dengan hanya menikam bekas telapak jejak seteru.
Yang gua ada dan gua simpan dalam kocek hidup gua, hanyalah kehidupan. Kehidupan yang gua simpan ialah realiti.
Dan gua tak pernah bermain dengan sesiapa pun. Gua juga tidak tahu mengarang hikayat.
"Lu ada suria? Bagi gua sebatang.." kata pipit.
"Jangan merokok, bahaya untuk kesihatan," kata gua.

Friday, 22 January 2010
Maaf, mimpi itu bukan milik kamu.
Gua bersantai-santai di atas kerusi plastik. Lagi. Sambil mencicip secawan kopi hidup, gua terus bernafas. Gua mencicip kopi seperti biasa. Tiada sebarang masalah. Kini. Lega.
Di beranda ini, sangat segar bayunya. Dingin. Tidak hangat seperti semalam.
Pipit itu, mengipas-ngipas sayapnya, perlahan-lahan. Hinggap di atas bahu gua, sekali lagi.
“Morning…” kata pipit.
“Morning juga…” kata gua.
Pipit menyisip-nyisip pelepah bulu sayapnya. Comot, gua nampak.
Gua diam. Menikmati kopi hidup yang masih berasap.
“Kau dari mana?” gua tanya.
“Baru lepas bermain dengan angin,” kata pipit.
“Kat mana?” gua tanya.
“Tempat biasa. Yang ada bunyi-bunyian. Yang ada kabus-kabus. Yang ada buah anggur. Yang ada segala mergastua yang lain.” kata pipit.
Gua diam.
“Kau tau…” kata pipit selepas melihat gua diam.
Gua merenung ke dalam mata pipit.
“Aku nak mencari cenderawasih,” kata pipit sambil berkicau. Sumbang.
Hahahahaha…
“Kau ketawakan aku?” tanya pipit.
“Tak. Aku ketawakan awan-awan di atas langit. Nampak putih bersih, tapi ada halilintar dan guruh yang bersembunyi di dalamnya. Orang tua-tua kata, di situlah cenderawasih bermain,” kata gua.
Hahahaha…..
“Kau tau pipit? Cenderawasih itu sangat tinggi duduknya. Sangat cantik warna bulunya. Menjadi idaman setiap makhluk,” kata gua.
“Aku tau, tapi aku tetap akan memilih cenderawasih kerana duduknya yang sangat tinggi,” kata pipit.
Hahahaha….
“Mungkin kau lupa satu hakikat,” kata gua.
“Hah…?” tanya pipit.
“Hakikatnya begini : kalau kau ada kemahuan untuk memilih, cenderawasih pun ada kemahuan juga untuk memilih,” kata gua.
Gua merenung pipit. Beberapa helai sayapnya comot dan carik.
“Kau pergi ke danau itu,” kata gua sambil berpaling ke arah danau yang terletak di antara bukit dan gunung.
“Kemudian kau carilah pokok mati yang terpacak di tengahnya. Bertengeklah kau di situ melihat bias air. Kau akan nampak diri kau sendiri,” kata gua.
Gua mencicip kopi hidup gua yang terakhir. Gua membuka kasut dan berjalan di atas hamparan rumput yang masih berembun. Embun-embun di rumput itu gua raup dengan telapak tangan. Kemudian gua hirup.
Gua tertidur. Gua bermimpi tentang pipit yang comot dan cenderawasih yang bermain di atas awan.

Thursday, 21 January 2010
Edan
Sebatang jalan yang lurus. Gua ada di tengah-tengah jalan itu. Di kiri dan kanan ada ada riak mengalir, bergelombang.
Gua di tengah-tengah.
Gua menjadi edan dan dungu oleh riak-riak itu.
Edan.
Dungu.
Gua.

Naif
Sara datang. Gua sedang santai-santai di beranda. Langit petang merah selepas hujan.
“Hei…” Sara menyapa.
Gua mendongak. Gua tak tengok muka Sara. Gua tengok langit merah selepas hujan.
“Apa yang U sedang buat?” tanya Sara.
Gua diam. Selepas melihat langit merah selepas hujan, gua tup!tap!tap! papan kekunci komputer riba gua. Gua tak tengok Sara.
Sara datang ke sisi. Sara melihat skrin lap top gua.
“U mengarang? Apa yang U karang?” tanya Sara.
Gua diam. Bunyi papan kekunci lap top gua, bagaikan not-not muzik “Aku Tak Peduli” laungan FTG.
“Mmmm… U memang sedang mengarang,” kata Sara.
“Kali ini U tulis cerita apa?” tanya Sara.
Gua berhenti. Gua melihat langit merah selepas hujan. Gua tak melihat Sara.
Gua kata, “Sara, saya bukan tukang karang cerita. Saya bukan pengarang cerita yang bagus,” sambil membuang jauh-jauh sisa nikotin.
“Tapi, I pernah terlena dengan cerita U. I terdodoi dengan bahasa U,” kata Sara.
“Saya bukan pengarang cerita yang baik. Cerita saya ialah cerita tentang hidup. Bahasa saya ialah bahasa tentang hidup,” kata gua.
“Tapi, I pernah terlena dengan cerita U. I terdodoi dengan bahasa U,” kata Sara lagi.
“Hahahahaha….” gua ketawa. Gua memang ketawa.
Sara menggigit bibir. Dahi Sara berkerut.
“Kenaifan U untuk mengerti akan suatu hakikat, menyebabkan U membuat kesimpulan yang sangat mudah. Bagi U, hidup ini bagai bidak-bidak di atas papan catur. U melihat hidup ini tak berengsot, hanya statik di situ sahaja,” kata gua.
“Mmmm… U tau Sara?” tanya gua.
“Saya pun pernah terlena dan terdodoi dengan nyanyian U. U memang sangat pandai bernyanyi” kata gua.
Gua senyum.
Sara pergi.
Gua diam dan duduk-duduk dengan santai di atas kerusi. Kalau sebelum ini gua melihat setiap langkahan yang diaturkan Sara, kali ini gua hanya melihat langit merah selepas hujan.
“Dude, mana dia nak pergi?” tanya seekor burung pipit yang hinggap di atas bahu gua.
“Pergi bermain di taman permainannya, barangkali,” kata gua.
Sara pergi.
“Pergilah..” kata gua.
Semasa Sara pergi, gua mendengar lagu “Aku Tak Peduli” laungan FTG. Gua tak tengok Sara. Gua tengok akan suatu kenaifan…
Langit senja itu merah. Hujan pun baru berhenti.

Wednesday, 20 January 2010
Lu dan gua.
“Dude, kalau lu bercakap dengan studen lu pun, lu bergua dan berlu juga?” tanya Mat Lan Kapak.
“Lu nak dengar satu hikayat?” gua tanya balik soalan Mat Lan Kapak itu dengan soalan gua.
“Apa hikayat?” tanya Mat Lan Kapak.
“Gua hidup dan membesar di jalan-jalan. Lu tahu apa yang ada di jalan? Banyak…sangat banyak! Memang gua kalau bercakap dengan studen gua, gua gunakan bahasa yang paling simple, bahasa yang paling akrab untuk gua dengan mereka.
Gua berlu dan bergua dengan Black. Gua tengok jalan hidupnya semenjak dari dalam bilik darjah, kemudian mengesot mencari sebuah kehidupan di Sandakan yang sangat sempit janjinya untuk satu kehidupan. Kemudian mencagarkan hidupnya di tengah-tengah kota besar. Gua selalu lepak-lepak dengan Black di tempat dia meraih rezeki di Down Town, Cheras. Bercerita tentang muzik, tentang hidup, tentang tipu muslihat, tentang anak patung, tentang apa-apa sahaja sambil bertukar-tukar asap. Dia memanggil gua “cikgu” dan kadang-kadang “lu”. Tapi gua tahu, dia berada di mana bila dia berbahasa.
Gua juga berlu dan bergua dengan Haris, mantan pemimpin pelajar PMUKM. Sekarang menjadi peguam di Ipoh. Dia juga berlu dan bergua dengan gua.. Gua selalu bercakap tentang apa-apa sahaja dengan peguam muda ini. Gua tahu, bila dia berlu dan bergua dengan gua, dia tahu dia berada di mana bila dia berbahasa.
Gua juga berlu dan bergua dengan Mas. Kadang-kadang dia memanggil gua “cikgu” kadang-kadang dia membahasakan dirinya sebagai gua. Kadang-kadang “tersasul” memanggil “abang”. Tapi gua tahu akan batas bahasa Mas. Gua tahu yang mana lelucon, dan yang mana yang benar. Gua selalu bercakap dengan Mas tentang seni,buku dan kehidupan. Gua tahu, bila dia berlu dan bergua dengan gua, dia tahu dia berada di mana bila dia berbahasa. Malaikat dan manusia tidak boleh berada pada baris ayat yang sama, kata Mas”
Harga untuk seorang manusia yang pernah dipanggil cikgu itu berada di sebuah padang yang sangat saujana…”
“Tamatlah sahibul hikayat dari gua,” kata gua sambil menekan punat off pada lap top gua.

Layang-layang itu.
Di tepi sebatang jalan, si penjual layang-layang menggantung sebaris layang-layangnya. Layang-layang untuk dijual.
Gua singgah dan bertanya:
“Tuan, saya mahukan layang-layang yang paling istimewa.” kata gua.
Penjual layang-layang berjalan dari hujung sebelah sini, terus ke hujung sebelah sana.
“Nah, ini layang-layang yang paling istimewa. Saya membikinnya sendiri. Tujuh hari tujuh malam saya menyiapkannya, tanpa tidur, tanpa henti. Saya telah menyepuhnya dengan air dari 7 kuala.” kata penjual layang-layang.
Sebuah layang-layang dihulurkan kepada gua. Gua lihat sama juga seperti layang-layang yang lain.
“Layang-layang ini…” kata penjual layang-layang sambil mengunjukkannya dengan tangan kanannya kepada gua, “…hidup,”
“Hidup?” tanya gua.
“Ya, hidup. Tuan harus menghidupkan layang-layang ini. Sekali tuan membelinya daripada saya, bermakna tuan harus melepaskan nafas tuan ke dalam layang-layang ini,” kata penjual layang-layang.
“Kalau layang-layang ini terlepas ke angkasa?” gua tanya.
“Nyawa tuan akan pergi bersama-sama layang-layang ini!”
Di tangan gua ada layang-layang itu. Sebelah sayapnya gua tengok renyuk dan carik. Gua melihatnya dengan mata.
“Dulu, sayap layang-layang ini pernah terbakar sebelah. Layang-layang ini pernah beradu dengan angin di atas langit. Tapi halilintar telah membakar sayapnya,” kata penjual layang-layang.
“Tuan, berapa harga layang-layang ini?” tanya gua.
Sambil bersandar di atas kerusi plastik penjual layang-layang itu berkata, “Harganya adalah kehidupan.”
Gua merenung ke langit sambil melepaskan nafas yang sangat lelah.

Monday, 18 January 2010
Pemukul Rebana
Ada
pemukul rebana
di hujung sana
memikul
bunyi yang sarat di belakangnya
kemudian
mencicirkannya
pada setiap tapak kaki
yang ditinggalkannya sendiri.
Si pemukul rebana itu
tidak pernah
lekat pada ingatannya
bunyi yang sarat
di atas belakangnya itu
adalah
duri-duri
yang dicambahkannya sendiri
pemukul rebana
di hujung sana
memikul
bunyi yang sarat di belakangnya
kemudian
mencicirkannya
pada setiap tapak kaki
yang ditinggalkannya sendiri.
Si pemukul rebana itu
tidak pernah
lekat pada ingatannya
bunyi yang sarat
di atas belakangnya itu
adalah
duri-duri
yang dicambahkannya sendiri
Gua memang tak kisah
Gua berjalan. Dengan cara gua. Setiba di bawah pokok beringin tua, yang merimbun, gua berhenti. Lelah berjalan gua lepaskan. Orang tua-tua kata, pokok beringin yang tua dan merimbun ialah rumah segala hantu.
Gua tak kisah.
Bila gua menulis dalam blog, gua menulis dengan cara gua. Bila ada manusia (?) yang tersentak hatinya, maka gua ingin katakan :BELAJAR dan MEMERHATI.
Kalau ada manusia (?) itu yang mengaku pernah didik oleh gua, gua memang skeptikal. Setiap yang gua didik, gua kenal. Setiap dari mereka ada nama! Gua juga boleh mengatakan “Aku bapak kamu” dan kemudian gua pun berselindung di sebalik topeng. Macam mana gua ingin tahu keikhlasan mereka, kalau mereka terlebih dahulu yang asyik bersembunyi di bawah bayang-bayang beringin tua.
Tapi gua memang tak kisah. Cara gua menulis, itu cara gua. Diksi yang gua pilih, ada fungsi dan “rohnya”. Diksi itu bukan jelmaan diri gua. Ada sesuatu yang hendak gua sampaikan.
Kepada anonymous yang seronok berselindung itu ingin gua katakan:
gua telah lama meredhakan apa-apa ilmu yang gua sampaikan kepada anak-anak didik gua walau kadang-kadang perlakuan mereka semasa dididik sangat menyentap rasa.
Tapi gua tak kisah!

Wednesday, 13 January 2010
Kata-kata itu bagaikan fatamorgana.
“Kata-kata itu, kadang-kadang seperti fatamorgana,” kata gua. Sara mendengar.
Wap-wap nipis yang kapas, masih mengapung.
“Fatamorgana tu apa?” tanya Sara.
“Sesuatu yang nampak macam ada. Tapi tiada sebenarnya,” gua kata.
(Gua melihat sekawan hering sedang mematuk-matuk seekor bangkai antelop.)
“Ok…ok… I faham..kata-kata ialah fatamorgana yang U maksudkan tu…” ujar Sara. Riang.
(Gua masih melihat sekawan hering yang sedang mematuk-matuk seekor bangkai antelop)
“Maksudnya, ada kata-kata yang tidak ada benarnya. Tapi kata-kata itu nampak macam benar jer kan,” kata Sara.
“Betulkan?” tanya Sara.
“Kesian antelope tu,” balas gua.
(Gua masih melihat sekawan hering mematuk-matuk bangkai antelop itu.)
“Ishhh… U ni… Bila I cakap bukannya nak dengar,” kata Sara bernada rajuk.
Gua pun bangun setelah hering yang mematuk-matuk bangkai antelop itu pergi ke awan. Gua melangkah satu-satu. Gua tertinggal Sara tanpa sedar.
Sayup-sayup, gua dengar suara Sara, “Hei…!”.
Sayup dan perlahan.

Ada rumput, ada lalang.
Gua disebuah padang. Ada rumput. Ada lalang. Seekor kelicap dengan sepasang sayap, turun dari atas. Sangat perlahan dan lama-lama untuk turun.
Kelicap naik ke atas, sangat pantas dan cepat. Naik ke atas sangat cepat kerana sepasang sayap itu telah menjadi beribu-ribu sayap. Sangat cepat dan pantas, tak terakam dek mata. Sangat cepat dan pantas.
Gua di sebuah padang. Ada rumput. Ada lalang.

Tuesday, 12 January 2010
Bidak Papan Catur
Suatu malam. Gua sedang santai-santai.
Dia datang.
"Hei... u bermain catur?"
Gua, mendongak kepala. Gua tengok depan. Meja batu sahaja. Tak ada apa-apa. Tak ada papan catur.
"Tak, saya tak bermain catur," gua kata.
"U tak bermain catur?" tanya Sara.
"Tak. Saya tak pandai. Bidak dengan permaisuri pun saya tak tahu," gua kata.
"U tau...? tanya Sara.
"Tau apa?" pertanyaan Sara, gua jawab dengan pertanyaan.
"Mereka cakap U sedang bermain catur." Sara kata.
Mata gua, mata gua terkelip-kelip. Gua memang tak bermain catur. Bila bidak dan permaisuri pun gua tak kenal, bagaimana gua nak atur kedudukan raja dan tentera.
"Sara, saya tak bermain catur. Saya tak pandai," gua kata.
Sara senyum.
"Mereka cakap, U sangat pandai bermain catur. Dan U sedang bermain dengan kehebatan U itu,"
Hahahahaha....gua ketawa.
Sara bangun. Meninggalkan kerusi batu dan meja batu. Gua masih di situ.
"Tapi U dah menang dalam permainan catur itu, walaupun mereka cakap U hanya bermain-main," kata Sara.
Sara pergi.
Di atas kerusi batu, ada papan catur di situ. Papan catur yang gua sendiri pun tak pernah sentuh.
Gua tak pernah bermain catur. Gua bermain dengan hidup dan kenyataan.
Sara meninggalkan papan catur itu.
Di atas papan catur itu, gua tulis:
"Sara, rahsia Tuhan tiada siapa yang duga,"

Friday, 8 January 2010
Dia Selesema, dan dia kata tak apa.
“Hujanlah,”
“Pergi sana, ada teduhan kat situ,” kata gua.
Dia geleng.
“Nanti lecun,” gua kata lagi
“Tak apa…”
Tiba-tiba dia bersin. Gua lihat, hidungnya merah.
“U dah kena selesema,” kata gua. Dia hanya senyum.
“Janganlah berdiri di tengah hujan lagi.” gua kata.
“Saya dah biasa kena selesema. Dah tak rasa apa-apa,”
Dia selesema, dan dia kata tak apa.

Horizon
Di horizon itu, gua sampai. Sara mengekor di belakang.
“Betul ke ni?” Sara bertanya.
“Betul apa?” gua bertanya kat Sara.
“Ini langit,” kata Sara. Lembut suaranya.
“Tak. Ini bukan langit. Ini baru horizon,” kata gua.
“Eh, kat langit ada orang ke?” Sara bertanya. Masuk lembut ke dalam telinga gua. Telinga gua terasa gatal. Mungkin pertanyaan Sara itu menyebabkan gua berasa begitu.
Gua diam.
“U tahu apa itu orang?” gua tanya Sara. Gua menekan butang ikon anak panah menuju ke langit. Pintu terbuka. Gua dan Sara melangkah masuk.
“Apalah U ni. Takkan I tak kenal orang,” kata Sara. Tangannya terangkat. Mahu menepuk bahu gua la tu. Sara selalu begitu.
Bila gua renung muka dia, tangannya statik tiba-tiba. Tangannya yang selalu hinggap kat bahu gua, kali ini tak hinggap di situ. Pipi Sara yang gebu gua nampak memerah.
“Sori,” kata Sara.
“Takper..” kata gua.
Lampu pada butang nombor 7 menyala. Pintu terbuka.
“Kita sudah sampai,” kata gua. “U dulu..” kata gua sambil menekan-nekan papan pintu itu.
Sara melangkah sambil sambil berkata “terima kasih.”
“Nanti saya pertimbangkan,” kata gua.
“U nak pertimbangkan apa?” Sara bertanya.
“Kasih U tu la, saya nak terima atau tidak…Ha…Ha…Ha..” gua kata.
Sara mengikik-ngikik halus.
“Gelaplah. Tak nampak apa-apa pun,” kata Sara. Dari lantai, wap putih mengapung. Sara di depan gua, gua di belakang Sara.
“Sara, tengok tu,” kata gua.
“Eh, pelangilah…” kata Sara. Sara nampak girang.
“U suka pelangi?” gua tanya Sara. Sara angguk perlahan-lahan sambil tersenyum.
“Pelangi hanya akan ada bila ada biasan air dan cahaya. Kalau tak ada itu, tak wujudlah pelangi,” kata gua.
“Temankan I pergi ke sana. I nak tengok pelangilah,” kata Sara seperti memujuk.
“U tengoklah dari sini. Kalau U pergi, memang U tak akan nampak pelangi itu. 7 warnanya akan hilang entah ke mana,” kata gua.
Sara diam. Gua pun diam.

Thursday, 7 January 2010
Sara, jom ikut gua ke langit!
“Hei..!”
Gua donggakkan kepala. Ah, dia datang lagi. Sara datang lagi.
“Hei.!” dia kata lagi.
“Kenapa I lihat u macam ada di sini, tapi tak ada di sini?” Sara tanya gua. Rambut rebondingnya menari-nari di atas bahunya.
Gua senyum. Sara pun senyum bila lihat gua senyum. Ah, senyuman Sara memang bergula.
“Sara..” gua panggil nama dia.
“Ya..” kata dia ringkas. Semakin bergula bibirnya.
“U nak ikut saya?” gua tanya.
“U nak bawa I pergi mana?” Sara tanya kat gua. Jari-jari runcingnya menyisir-nyisir rambut rebondingnya. Beberapa helai gugur, dan singgah di atas bahunya.
Gua senyap. Gua senyum melihat muka Sara yang mula berbunga dengan tanda tanya.
“Jauh ke tempat tu?” Sara bertanya.
“Tak jauh…tapi tinggi..” kata gua.
“Menara Kuala Lumpur?” tanya Sara.
“Tak,” kata gua.
“U nak bawa I pergi mana?” Sara bertanya.
“Jom kita pergi ke langit!” kata gua. Gua bangun tiba-tiba. Gua menapak beberapa langkah. Gua toleh ke belakang. Gua nampak Sara. Muka Sara tak ada emosi. Bibir Sara mencair gulanya.
“Tak nak ikut?” gua tanya.
“Tinggi sangatlah langit tu. I gayat,” kata Sara.
Ha!Ha!Ha! gua kata sambil menyeluk saku seluar dan berlalu pergi.
“Hei, tunggu I !” gua dengar sayup-sayup. Gua lihat di hadapan ada horizon, kaki langit bercantum dengan hujung dunia.

Wednesday, 6 January 2010
Langit memang misteri
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tuhan. Rahsia yang menyimpan misteri. Misteri yang tak terungkap, misteri yang tak terjangkau akal manusia.
Dalam langit ada misteri.
Dalam misteri ada yang tak terungkap. Kalau lu cuba mendaki langit, lu akan jatuh. Langit dengan permukaan bumi memang dua entiti yang berbeza. Kalau lu memilih untuk diam-diam di langit, maka lu akan menjadi penghuni sana. Kalau lu memilih untuk berpijak di bumi nyata, lu akan bertemu dengan angin, dengan tanah, dengan lautan dan juga kebun-kebun bunga.
Kemudian,
Kalau lu bersembunyi di langit, lu hanya boleh bersembunyi. Dan lu hanya akan menggunakan kepandaian burung unta untuk bersembunyi; kepala tertanam ke dalam tanah, ekornya melambai ke sekeliling. Lu rasa lu dah bersembunyi. Tapi tidak bersembunyi sebenarnya.
Datanglah ke bumi. Bertemulah dengan angin, dengan tanah, dengan lautan dan juga dengan kebun-kebun bunga.

Sara
Sara datang sambil melenggang.
“Hei,” dia kata.
Gua membalasnya dengan pandangan.
“Sudah lunch?” Sara tanya gua.
Gua angguk.
“Makan apa?” Sara tanya gua lagi.
“Beberapa miligram nikotin berbalut kertas putih,” gua kata. Gua senyum sedikit.
“Kenyang ke?” Sara tanya. Suaranya makin kecil.
“Kenyang…. dalam cara gua sendiri,” gua kata.
Sara mengenyit mata. Sara berlalu pergi.

Tuesday, 5 January 2010
Gadis Kecil dengan Kek Kecilnya

Gadis kecil itu. Di atas sebuah motosikal murah yang dikemudikan ayahnya, pergi ke tepi sebuah pantai.
“Kamu tahu hari ni hari apa?” tanya ayah. Gadis kecil yang kanak-kanak itu tersenyum.
“Ulang tahun saya,” jawabnya. Matanya yang halus dan tajam dihujung, memandang ayah.
Ayah menghulurkan tangan. Gadis kecil menyambutnya. Kedua mereka masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual roti, biskut, dan kek.
Ayah mengambil beberapa biji kek kecil yang terisi dalam kertas bercawan. Sangat kecil kek itu.
“Nah, selamat hari jadi, nak, Hanya ini yang ada. Tiada kek cokelat untuk hari jadimu” kata ayah.
Menuju ke motosikal murah, gadis kecil menggigit kek bercawan yang kecil itu. Setiap gigitannya menaburkan asbak kek kecil bercawan itu. Tak sempat asbak itu gugur ke bumi lantaran angin pantai menyapunya jauh dari atas pasir yang putih.
Kek kecil bercawan itu. Sangat kecil. Dan gadis kecil itu masih tetap kecil hari ini, walaupun dia menggigit kek kecil bercawan bertahun-tahun yang lalu.

Sunday, 3 January 2010
Diri yang Hilang
Lu tahu macam mana kehilangan diri? Ibaratnya sekejap tadi lu mengenggam ais krim. Kemudiannya ia mencair dalam waktu yang amat pantas. Berderai ke lantai, dan dihurungi semut. Dan lu hanya dapat memandangnya…. ais krim dan semut-semut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...