Petang itu, aku dengan Hanafiah bersantai di sebuah restoran mamak. Aku membaca Sabah Times, sementara Hafiah sedang enak menyedut nikotin dari batang Salem mentholnya.
“Assalamualaikum…”. Aku menjeling. Ternampak seorang perempuan tua yang lengan-lengannya penuh dengan gelang berbagai-bagai warna.
Aku terus membaca Sabah Times. Hanafiah terus dengan hanyut dengan nikotinnya.
Perempuan tua yang penuh dengan gelang-gelang di kedua lengan-lengannya, menghulurkan tangannya ke arah Hanfiah. Perempuan tua itu mengharapkan sedikit rezeki daripada kami.
Hanafiah terus menyedut dan menghembus nikotin Salem mentholnya. Aku terus membaca Sabah Times.
“Uina..mahal ba sigup ni” sambil jarinya menunjukkan bungkusan rokok Salem menthol Hanafiah. “Tapi bila diminta sadakah, inda mao dikasinya”, perempuan yang penuh dengan gelang itu bersuara.
Hanafiah tersenyum kambing. Kata-kata itu penuh dengan sindiran yang halus tapi tajam. Sambil menyeluk poket seluarnya, Hanafiah mengeluarkan beberapa keping syiling lalu diletakkan di atas tapak tangan perempuan itu.
Perempuan tua itu, yang penuh dengan gelang di kedua-dua lengannya, dikatakan kurang waras. Hidupnya terbiar dan melarat. Kehidupannya diteruskan dengan belas ehsan orang ramai. Tetapi benarkah perempuan tua itu kurang waras, apabila kata-katanya boleh menikam ego manusia yang dikatakan penuh kewarasan? Mungkin akalnya kurang waras, tetapi perasaannya tetap seperti manusia waras yang lain.
Nota tumit kaki : Perempuan tua itu dikenali sebagai Sigalang-Galang. Khabarnya, nafasnya terputus di bawah sebuah tangga di sebuah bangunan kedai di Sandakan. Hanafiah pula kini menjadi ketua pentadbir Yayasan Sabah bahagian KK Selatan setelah beberapa tahun menjadi Pegawai Akhbar Ketua Menteri.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
`0o0o patut la aku lama suda x terserempak ng si galang galang.. rupanya..... org gila bernama si Merah cigu kenal.. hahaha.. yg selalu kencing berak belakang bus stop.. bus stop dr smk sdkn - yu yuen dia perna round berak kencing..`
ReplyDeleteSera,
ReplyDeleteSi Merah tu yang lelaki tu ka yang selalu berada di sekitar kawasan Batu 1 setengah. Dia ni agak agresif. Pernah keretaku dihumbannya dengan batu sewaktu melalui jalan BDC. Kalau yang tu Si Merah, memang aku kenal.
olyen..tu jolyena ya cikgu..ingat tau
ReplyDeleteKasihan ba si galang-galan tu. dulu masa saya selalu tolong nenek bajualan gado-gado di pasar gantung, selalu dia datang ka garai kami. dia indak mengacau orang tatapi orang yang selalu mengacau dia. cikgu tahu..ada juga manusia yang barhati haiwan. Boleh dibuatnya si galang-galang tu macam 'ayam', ndak ada duit main sama palacur, digasaknya si galang-galang. memang kasihan dia.