Hari pertama aku di Sandakan. “Rumah” pertama aku ialah ruang untuk warden asrama SMK Sandakan. Hari pertama di Sandakan, aku buta tentang Sandakan. Aku betul-betul naif pada hari pertama itu.
Habis sesi persekolahan hari pertama, aku hanya tercongok di bilik warden. Perut pula sudah berbunyi-bunyi minta diisi. Ruang dapur warden asrama kosong, sekosong-kosongnya. Sifar. Tak ada apa-apa.
Aku hanya terbayang-bayang kantin sekolah sahaja.
Aku menapak, satu, satu, satu menuju ke sana.
Sedang makan seorang diri di kantin sekolah, tiga orang pelajar perempuan tingkatan 5 datang. Dengan selamba, mereka duduk di hadapan aku yang sedang makan nasi kuning. (Kali pertama aku makan nasi kuning).
“Cigu dulu belajar kat mana?” yang berkulit paling gebu bertanya.
“UM”, kata aku ringkas.
“KL?” dia tanya lagi.
Aku hangguk.
“Kat KL mesti banyak disko kan, cigu?” si gebu itu bertanya lagi.
“A’aa,” kata aku.
“Cigu selalulah pigi sana?” si gebu tanya.
Aku mula terfikir, “Ini macam mau test aku je.” Aku yang tak pernah masuk ke tempat-tempat begitu kata, “Sebut sahaja mana-mana disko, semua saya sudah pergi.”
“Kalau macam tu, hujung minggu nanti bolehlah ikut saya ke (aku lupa sudah nama sebuah disko yang letaknya di Ramada Hotel)”.
Aku yang tak pernah sampai ke tempat begitu terus *gulppppp*.
Rintik-rintik peluh jantan seolah-olah menerjah keluar. Mereka telah mengambil kesempatan atas kenaifan aku tentang Sandakan J.
Nota tumit kaki: Tiga pelajar itu namanya Arlene, Pinky dan seorang lagi yang berbadan paling kecil, aku sudah lupa. Kali terakhir aku jumpa Arlene tahun 1998, di bandar Pasaraya Batu 4. Dia sedang berbadan dua ketika itu. Pinky pula telah berkahwin dengan seorang India dari Semenanjung. Manakala yang berbadan paling kecil, aku tak tahu apa kesudahannya.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Thursday, 21 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment