Semasa di UM, aku mengkhususkan dalam lingiustik bahasa Melayu. Tetapi aku akrab dengan seorang profesor dari Jabatan Antroplogi dan Sosiologi, Profesor Syed Husin Ali. Aku tak pernah mengambil kuliah yang disampaikannya. Keakraban aku dengan Dr Syed Husin mungkin disebabkan kami senang bercerita tentang perjuangan golongan marhaen. Aku khusyuk mendengar celotehnya semasa perisiwa kelaparan para petani marhaen di Baling. Cerita bagaimana beliau pernah ditahan di bawah ISA hanya semata-mata berjuang untuk golongan marhaen. Beliau pernah bercerita tentang penampar polis-polis yang kurang ajar yang hinggap di pipinya, tentang mukanya yang diludahi oleh SB, tentang deraan jiwa yang dilakukan oleh sang penguasa rakus. Tetapi keimanan dan kesabarannya telah menyebabkan beliau tetap teguh dengan pendiriannya dalam memperjuangkan golongan marhaen. Dr. Syed Husin juga merupakan penentang tegar amalam korupsi.
Semasa di UM beliau merupakan pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Jawatan dalam kumpulan siasah itu telah menyebabkan beliau dilucutkan jawatannya sebagai seorang profesor sosiologi.Walaupun aku akrab dan kagum dengan perjuangannya, aku bukannya seorang sosialis. Aku merupakan seorang Islam yang tegar, dari dulu, kini dan selama-lamanya. Dalam kumpulan siasah, aku merupakan seorang yang atheis.
Semasa pesta buku tempoh hari, aku terserempak dengan Dr. Syed Husin. Aku masih mengingatinya, tetapi dia masih ingat-ingat lupa akan aku. Kami sempat bercerita seputar gelodak siasah tanah air semasa. Dan Dr. Syed Husin Ali tetap seperti dulu, merendah diri, sederhana, dan ramah.
Semasa aku melangkah untuk meninggalkannya, dia berkata "Ohhhh...kamu....baru saya ingat". Selepas bersalam, kami membawa haluan masing-masing.
Nota tumit kaki : Aku bukan sosialis, tetapi aku percaya kepada keadilan sosial yang dituntut oleh Islam.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment