Setelah isteri asyik mengomplen akan perutku yang katanya semakin makmur, petang itu aku capai sneaker Admiral buatan Siam. Aku menuju ke Taman Tasik Permaisuri yang kali terakhir aku berlari-lari anak di situ 3 bulan lepas.
Sesampai di sana, aku buat aksi ala-ala nak panaskan badan. Stail kena jaga beb! Kemudian aku mulai berlari-lari anak. Tak sampai 500 meter aku berlari-lari anak keliling Tasik Permaisuri, penatnya bukan kepalang. Gas oksigen seperti sengaja melarikan dirinya dari lubang hidung aku. Aku tercunggap-cunggap bagai seekor ikan paus biru yang terdampar di pantai. Bahana tidak berjoging selama 3 bulan benar-benar membuat aku terseksa.
Dalam tercunggap-cunggap itu, aku terus ke kerusi batu yang ada disitu. Terima kasihlah kepada pembuat, pembawa dan pemasang kerusi batu itu. Bolehlah aku menyedut lebih banyak oksigen. Kalau tidak tentunya di dada akhbar besok pagi akan terpampang tajuk: Seorang Lelaki yang Tak Berapa Nak Hensem Dijumpai Pengsan Ketika Berjoging.
Aku terus-terusan menyedut oksigen. Tiba-tiba, apa kejadahnya sekumpulan jururawat pelatih UKM berlari-lari anak di hadapan tempat aku menyedut oksigen. Anak-anak rambut para jururawat pelatih itu yang terbuai-buai semasa mereka berjoging itu, aku lihat seolah-olah melambai-lambai kepadaku. Aku terus tinggalkan kerusi batu dan oksigen. Aku pun sambung lari-lari anak.
Dalam berlari-lari anak di belakang para jururawat pelatih itu, aku mula faham kenapa Ramlan dan Efendi berkahwin 2!
PEACE untuk dunia yang lebih aman.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
hooo..ni isteri ckgu ni baca x blog ni??ok ke? kalau ok , on ler..
ReplyDeletesaya dulu dduk betul2 depn tasik permaisuri, dekat tmn mulia.ofc pon kat wisma zelan, depan tu jugak. tpi seigt saya, selama 2 tahun dduk situ, ada 2 kali je pegi situ. dua2 sebelum kawen..dah kwen org rumh xbagi pegi. udara x segar katanye..
Haris,
ReplyDelete1. Isteri aku memang pembaca setia blog aku. Dia tahu yang aku ni memang penakut yang teramat sangat dengan perempuan yang dah akil baligh yang bukan muhrim. Jadi, dia tak pernah curiga kalau aku selalu joging di Tasik Permaisuri walaupun budak-budak jururawat pelatih dan cikgi-cikgi pelatih memang ramai di tasik itu.
2. Sebab itulah dia kahwin dengan aku....:)