Friday, 1 May 2009

Dialog 2 minggu yang lalu

Anakku 1 : Suci nak mainan tu la abah, abah belikanlah untuk Suci.
Aku : Nantilah dulu, dah nak hari raya ni. Abah nak simpan duit untuk hari raya.
Anakku 2 : Abah, dah lama abah tak bawa Juwita dengan adik Suci pergi makan sate kajang. Jomla, kita makan sate.
Aku : Abah nak kumpul duit ni. Hari raya tak lama lagi.
Anakku 1 & Anakku 2 : Umi, abah nak hari raya apa ni?
Isteriku : Abah kamu tu nak beli buku lagi la tu. Minggu depan dah Pesta Buku. Dia nak tambah koleksi Tembok Besar Negeri China la tu.
Anaku 1 & Anakku 2 : Abah ni tak habis-habis dengan buku.
*Hari raya = hari aku berseronok-seronok sambil menghabiskan wang membeli buku.
* Tembok Besar Negeri China : Rak buku di ruang studi di rumahku yang buku-bukunya dah bersusun seperti tembok besar itu.

*aku memimpin tangan Suci dan Juwita masuk ke gedung ilmu sempena pameran buku di PWTC. Semoga Suci dan Juwita akan menyintai buku lebih daripada abahnya*

Nota tumit kaki : Mas, gambar ni blur, memang disengajakan kerana ingin mendapatkan kesan yang lebih artistik lagi.....kunun!!!! (Padahal gambar diambil dengan hand phone buatan China sahaja tu)

2 comments:

  1. Haris,
    rambut ini dah kena nombor 2 kat bhg tepi, dan nombor 4 kat bahagian atas. Saya sengaja memotong pendek kerana ingin juga mengetahui bagaimana rasanya berambut pendek. Tapi akhirnya anak saya sendiri yang kata saya tak hensem bila saya berambut pendek. Habis camno? Nampaknya terpaksa simpan lagi la rambut...

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...