Tak kiralah di mana-mana pun kamu memandu, apabila melihat pemandu wanita sama ada berada di depan, di belakang atau di sisi kamu, maka perkara pertama yang harus kamu lakukan adalah berjaga-jaga dengan pedal brek dan juga stereng kereta kamu.
Pemandu wanita memang berhati-hati semasa memandu. Namun tahap berhati-hati berada pada tahap dewa-dewa sehinggakan menyusahkan pemandu-pemandu lain. Mereka memandu 35 kmsj dan berada di lorong yang paling kanan. Mereka tidak memandu laju walaupun berada di lorong yang paling kanan kerana terlalu berhati-hati!
Kalau ingin menukar lorong, amat jarang dilihat pemandu wanita yang tahu menggunakan lampu signal. Kadang-kadang aku berasa kesian para jurutera yang memerah otak mereka untuk merekacipta lampu signal yang ampuh lagi berkesan tetapi telah dibakulsampahkan oleh ramai pemandu wanita.
Namun ada juga yang menggunakan lampu signal semasa nak tukar lorong. Mereka akan menyalakan lampu signal sebelum menukar lorong, memang cemerlang etika pemanduan mereka. Namun, yang menjadi masalah yang bukan alang-kepalang ialah apabila sebaik sahaja menyalakan lampu signal kereta mereka, mereka terus pergi ke lorong yang mereka dambai. Maka mana-mana pemandu lain yang sempat menekan brek, maka berbunyilah desitan tayar di atas jalan raya. Mana-mana yang sempat memulas stereng kereta, maka menononglah kereta mereka entah kemana. Tetapi ramai juga yang tidak sempat berbuat demikian, maka bercumbulah dua buah motokar (kadang-kadang lebih) di atas jalan raya.
“Saya sudah menyalakan lampu signal yang saya ingin membelok ke sana,” jawapan tipikal yang selalu diberikan oleh para pemandu wanita.
Maka, dengan segala rendah hati, aku ingin mengkhabarkan kepada kamu wahai pemandu-pemandu wanita : Memang baik sangat tindakan kamu menyalakan lampu signal itu. Tapi itu bukan lesen besar kepada kamu untuk kamu ke sana ke mari di atas jalan raya sesuka hati kamu. Selepas menyalakan signal, tengok sekeliling kamu.Tengok sebelah kanan atau kiri kamu. Apabila tiada kenderaan lain, barulah kamu pergi ke mana-mana sahaja yang kamu ingini. Tetapi yang selalu kamu lakukan adalah, sebaik sahaja kamu menyalakan signal, kamu terus pergi ke mana-mana yang kamu ingini. Kamu tidak pedulikan lagi sama ada kenderaan lain berada berhampiran dengan kamu. Bagi kamu, lampu signal ibarat muntah hantu yang ditelan Badang yang menyebabkan kamu boleh lakukan apa-apa sahaja. Salah tu, sayang!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
cikgu,
ReplyDeletebukan wanita je.
kadangkadang lelaki pun sama.
lebih teruk pun ada.
mentaliti pemandupemandu malaysia sukar nak di ubah.
semuanya pentingkan diri sendiri.
akuaku.
kaukau.