Tuesday, 19 May 2009

Aku, sahabat dan ayam

Aku dengan kawan aku ini sama-sama berguru dengan Dr Nik Safiah Karim di UM. Kami buat lingusitik bahasa Melayu.

Kemudian, aku jadi guru, dia pula jadi wartawan dengan Berita Harian.

Setelah 9 tahun terpisah, kami bertemu kembali di UKM. Kami sama-sama membuat masters. Dia membuat masters dalam bidang sosiologi, manakala aku tetap setia dengan lingustik bahasa Melayu.

Kemudian kami sama-sama buat tesis. Tesis aku tentang ucapan DSAI dari sudut tatabahasa normatif Dia pula disarankan oleh penyelianya agar membuat tesis tentang aktiviti pelacuran di Bukit Bintang, sesuai dengan tugasnya sebagai wartawan.

Kemudian, aku lebih banyak terperap di Tun Seri Lanang, manakala dia lebih banyak di lapangan untuk menyiapkan tesisnya.

Suatu hari, sedang aku mengunyah karipap di kafe, dia datang dan terus duduk di hadapan aku.

“Macama mana dengan tesis kau?’ dia tanya. Serius.
“Oklah, tak banyak sangat halangan,” kata aku.

Aku terus kunyah karipap.

“Kau kena tolong aku. Tesis aku tak jalan-jalan lagi ni,” dia kata lagi. Lagi serius.

Lepas tu, barulah aku tahu yang dia dah berulang-kali pergi ke Bukit Bintang. Tapi dia takut untuk mencari responden (ayam-ayam ler tu).

“Penyelia aku minta aku cari sekurang-kurangnya 60 orang responden (baca ayam),”
“Mak aihhhh…. banyak tu,” kata aku.
“Tapi sampai sekarang sekor ayam pun aku belum dapat lagi,” kata dia. Benar-benar serius.
“Kau nak aku buat apa?” aku tanya.
“Temankan aku ke Bukit Bintang. Nanti kita sama-sama cari ayam tu,” kata dia. Sangat-sangat serius. “Kalau aku sorang-sorang, aku takut,” kata dia dengan muka yang lagi serius.

Kemudian, untuk beberapa minggu yang berikutnya, aku dengan dia berkeliaran di Bukit Bintang.

Hasilnya, aku dapat menyelak banyak tabir di sebalik cerita pelacuran yang tak pernah surut di Bukit Bintang, manakala kawan aku telah mendapat data yang mencukupi untuk tesisnya.

Nota tumit kaki : Oleh kerana saling tidak mempercayai diri sendiri, aku dengan sahabat aku itu tidak pernah berenggang semasa bertemu responden. Kalau Mat Monggol pun boleh rebah di kaki perempuan, apatah kami yang tak punya apa-apa. Jadi kami pun terselamatlah daripada menjadi seperti Mat Monggol.

1 comment:

  1. salam CM,

    gambar arwah Masni ada dalam gambar kelas saya kat sini :

    http://farm4.static.flickr.com/3387/3308116045_95f5ce0ef7.jpg?v=0

    arwah: row pertama dari bawah, nombor 3 dari kiri cikgu dan bersebelahan dengan free hair tu, serta dia memandang ke bawah.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...