Friday, 29 May 2009

Kamu Tahu, aku pernah jadi "Taiko Besar" BDC?

1995, seminggu sebelum Aidilfitri, suatu petang aku menunggang SS8771C untuk ke Taman Fajar. Setiba di satu simpang di BDC, aku telah terbang secara tiba-tiba, kemudian mendarat di atas aspal. Aku telah dilanggar oleh seorang lelaki Cina yang tidak memberhentikan keretanya. Dia yang yang datang dari arah TB Ward, sepatutnya berhenti di simpang sebelum dia meneruskan perjalananya ke arah blok-blok kedai di BDC. Tetapi dia tidak melakukan begitu. Lalu aku yang sedang berangan-angan menunggang Harley Davidson itulah yang menjadi mangsa. Tetapi aku tidak sempat melihat lelaki Cina yang melanggar aku itu. Mengapa…? Jawapannya :

“Oiiiiii…Cikgu Zamani kena langgar!” itu yang aku dengar semasa aku masih lagi terbaring dengan tidak nyamannya di atas aspal.
“Siapa yang langgar?”
“Itu na, Cina tu yang langgar!”
“Siapa yang kena langgar ni?” tanya seorang baliau.
“Ciguku baini!” jawab salah seorang budak SMK.
“Oiii…cigu anakku kena langgar. Cilaka itu Cina!”
Kemudian setelah aku beralih ke tepi, aku lihat segerombolan manusia BDC berlari ke arah motor aku yang sudah bengkok hendel depannya.
Patutlah, Cina yang melanggar aku itu lari, segerombolan tentera BDC bergerak dengan garang ke arahnya.

Dan untuk kesekian kalinya aku berasakan diri aku seolah-olah taiko besar BDC bila gerombolan itu mengangkat aku ramai-ramai ke dalam sebuah van sekolah untuk dihantar ke DOK, sedangkan aku hanya patah sebatang jari kaki sahaja!
Mengapa mereka mengangkat aku beramai-ramai? Sebab aku ialah cikgu kepada anak-anak mereka…. perghhhhh….bangga sungguh aku jadi cikgu kepada anak-anak BDC.

6 comments:

  1. BDC sudah tiada..dibangunkan utk hotel berbintang-bintang..

    ReplyDelete
  2. BDC sudah tiada? Aku pun menangis dengan suara sumbang di tengah malam... ke mana para penghuni BDC yang pernah membantu aku semasa aku kemalangan membawa diri?

    ReplyDelete
  3. penghuni2 bdc ada yg berpindah ke bt4 tmn mesra.. ada yg pindah ke kg tinusa.. ada yg berpindah ke kg batu putih, n ada yg ke rajawali.. 2 yg aku dpt berita bila balik ke sdk utk cuti skola nie..

    ReplyDelete
  4. huh dasyat lah kehidupan anda di sabah, saya belum pernah pergi sabah.. tetapi pernah berkawan dengan orang sabah.. orang sabah ni bersifat kepulauan lah mereka tahu hanya ruang lingkup mereka saja (negeri mereka, bangsa mereka dll) jarang bersifat universal (terbuka) dunia luar, terlalu menunjukkan kekayaan mereka (mereka bandingkan status mereka dengan brunei) mengganggap diri mereka pandai. target mereka nak masuk universiti-universiti disemenanjung(upm,ukm,um dll) sebabnya ini adalah protes mereka kepada orang semenanjung yang selama ini memandang rendah kerana menganggap mereka masih tinggal diatas pokok dan memakai cawat. jarang orang sabah yang target nak masuk university harvard, oxford dll. lepas stpm je masuk university tempatan (kemasukan mereka kerna kuota) sampai di semenanjung ada culture shock mereka bukannya top scorer tapi terlibat dengan gejala sosial, bohsia, dadah dll... apa komen saudara yang tinggal di sabah betul tak...?

    ReplyDelete
  5. Awak tak pernah tinggal sabah ..hanya mendengar cerita demi cerita.saya tak mahu komen lebih. kalau nak tahu...silalah menjejakkan kaki di bumi bawah bayu. aku asal sabah, lebih 15 tahun tinggal semenanjung, aku tahu apa yang ada di hati dan perasaan orang-orang sabah yang merantau ke semenanjung , bumi orang malaya. tetapi guruku ini ( zamani ) terlalu memahami kami sebagai anak sabah. sebab itu aku amat mengkaguminya. terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  6. komen utk morgan, aku anak didik cigu zamani. anak jati sandakan. dalam familyku, akulah satu2nya yg masuk uitm. kakak ku study di uk. sepupu2ku ramai study di us. aku ingat lg sekitar thn 80an, diorang kirim tape video dari us. tunjuk kehidupan diorang di sana. time tu bapaku taukeh balak. nda mainlah hantar anak masuk U semenanjung. aku habis stpm bapaku da meninggal. aku pilih uitm(U semenanjung) sebab aku byk terinspirasi oleh cigu kesayanganku ni.so jgnlah ba ko kecik2kan org sabah. jati diri kami mmg kuat. tapi nda bermakna minda kami terkurung. hentikan kepercayaan 'tinggal atas pokok'. jika anda buka mata luas2, di smnanjung pun masih ada org asli. yg life diorg lebih primitif. contohnya, cuba tgk kat kampung kedaik, daerah endau rompin. lainlah org asli di bukit lanjan. dah duduk banglo. berjiran dgn org2 kaya damansara perdana sebab tansri mustafa kamal bagi pampasan.aku da jelajah seluruh malaysia.aku lebih tahu byk ttg keadaan di negara kita. tiap pelosok daerah & kampung di malaysia aku tau. -wengibrahim-

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...