Aku masuk ke kedai gunting.
“Mamak, tepi nombor 2, atas nombor 4”, aku beritahu.
“Orait”, kata mamak itu.
Aku. Duduk di kerusi yang berwarna hitam. Mamak ambil mesin potong rambut.
Zrrrrrrrr……zrrrrrrrr…..zrrrrrrrrr……
Selesai. Aku pulang.
Sampai kat rumah, “Eeiiiii…..tak hensem la abah rambut pendek!”
“Kakak, suka kalau abah rambut panjang. Abah lagi hensem kalau rambut panjang”
Aku: Anak aku pun suka kalau aku berambut panjang. Dan kata-katanya yang paling aku suka ialah “hensem”. Nampaknya anak aku bijak untuk membezakan mana satu intan dan mana satu kaca. Ahakkksss!!!!
Dan kata “hensem” itu terus terngiang-ngiang ditelingaku. Poyooooo…
Nota Tumit Kaki : Ini bukan di Sandakan, ini di Bandar Tun Husin Onn, setelah hampir 8 tahun aku meninggalkan Sandakan.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
hensem... hehehe... tak poyo la cikgu. memang kanak2 selalunya berkata sesuatu yang jujur terutama kpd org yg dia paling rapat/sayang.
ReplyDeleteSurinit,
ReplyDeleteMemang kanak-kanak tidak pandai berliku kata. Dan kanak-kanak juga selalu melihat orang tua mereka sebagai "Ultraman" yang pasti akan datang menawaskan raksasa bertanduk 8 yang kulitnya berkerutu, padahal orang tua mereka itu hanyalah seorang mausia biasa-biasa sahaja.