Apakah dunia yang aneh, atau kita sendiri yang memang bingung untuk mentafsirkan setiap aturan hidup? Kalau kamu yang cemerlang di sekolah, berangan-angan untuk menjadi seorang ahli enjin, ditawarkan ke menara impian dengan keputusan pentaksiran yang bukan calang-calang; tetapi kemudiannya ke menara pendidikan, dan akhirnya tercampak ke dalam kelas. Memang sesuatu yang amat aneh bagi aku.
Aku pula yang cemerlang dalam STPM, nama pernah tercetak di perut koran, ditawarkan ke kursus yang membolehkan aku menjadi peguam yang licik, dan bapakku memang tersenyum bangga. Aku tahu kenapa bapakku tersenyum. Aku juga tahu mengapa orang-orang di sekelilingku tersenyum. Mereka tersenyum kerana dengan kelulusan tersebut aku mampu untuk mencipta ringgit dan status. Tapi dalam diam, selepas mendaftar, aku ke bahagian pentadbiran untuk merayu (Ya! aku merayu) untuk ditukarkan kursus yang membolehkan aku dicampakkan ke dalam kelas, menyebabkan bapakku seolah-olah terbang separuh semangatnya!
Aneh bukan, kamu yang berangan-angan untuk menjadi seorang yang bergelar atas-atasan, tetapi akhirnya tercampak ke dalam kelas. Sedang aku pula menolak gelaran atas-atasan itu dan sengaja mencampakkan diriku ke dalam kelas.
Nota tumit kaki: bapa kamu dan bapa aku sama, kedua-duanya lelaki yang bergelar pendidik tetapi mempunyai mata helang yang berbeda.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
`nta la cikgu..
ReplyDelete`dunia yg aneh.. @ kita yg binggung @ mungkin mmg suda tercatit dlm perjalanan idup kita..
`mungkin ada kebenarannya pd pepatah melayu yg berbunyi 'kita merancang.. tuhan menentukan..'
`Ayah ku sering ckp.. 'org kenamaan dan berkedudukan berjaya di luar sana adalah dr usha dan kegigihan pendidik yg tekun dan tidak hentinya mendidik mereka..'
dan dia pernah ckp.. dia lebih bangga jika anak2nya merupakan tulang belakang dr org2 yg berjaya.. Hidup di dunia ni kerana Allah dan bkn krn mengejar kemewahan dan kenamaan..
kadang aku menjadi kebingungan bila memikirkan sikap ayah aku.. (betul..)ntah la.. sukar utk aku terangkan isi hati..
tapi kini.. bagi ku.. peristiwa tu.. suda lama berlalu.. mungkin ini nasib badan..
aku gembira dan kadang tu sedikit bangga dengan apa yg ku capai pd hari ini.. walaupun pada mulanya.. bkn menjadi impian aku..
dengan terbendungnya peristiwa lalu di hati ni.. aku berusaha utk menjadikan generasi baru berjaya utk mencapai cita cita mereka ke menara gading..
Ya.. mmg.. tipu kalau aku ckp aku xtunggu 25hb.. mmg setiap bulan 25hb la menjd penantian ku..
Tapi.. setiap 25hb yg datang.. ku kecapi dengan titik peluh, darah, semangat dan hasrat penuh usha..agar mereka dibawah naungan ku tidak tercicir di mata dunia..
dan bkn cikgu yg setiap hari masuk kelas melalak hanya utk 25hb..
situasi kita hampir sama cikgu metal..tp aku tetap gembira dgn apa yg ada skrg..dulunya aku tdk mahu jadi lawyer..tp aku beralah dgn org tua ku..dan inilah diriku pada masa ini..hanya sekadar lawyer kerajaan..sudah azalinya aku suka hidup sebagai "biasa-biasa" sahaja..sila kamu berkunjung ke blog ku..roserianaca.blogspot.com
ReplyDelete