
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masih lagi menuntut di Universiti Wullongong (betul ke aku eja ni?). First time aku dengar lagu Cromok, aku ingat ni mesti band mat salleh. Tapi bila aku tahu yang kumpulan tu adalah kumpulan dari Malaysia, aku respek abis.
Masa tu, mat-mat rock kampus memang minat giler ngan Cromok. Sebabnya, sebelum ini kumpulan-kumpulan rock yang berwajah muka pecah rumah selalu dikaitkan dengan dadah, seks bebas, tak bermoral dan tak educated. Tapi apabila Cromok yang dianggotai oleh wajah-wajah pecah rumah, semua orang terperanjat. Mereka ni semua student universiti, over sea lagi.
Lagu Cromok yang paling aku suka ialah I don’t Belong Here. Lagu tu istrumental. Vokal Mizi tak ada dalam lagu tu. Yang paling aku layan ialah petikan solo Karl. Dentuman dram solo dari Sam pun menggegarkan. Dan dalam lagu tu, jiwa Melayunya sangat kuat. Setakat ini, tak ada lagi mana-mana kumpulan rock lain khususnya yang membawa genre thrash yang menampilkan kekentalan jiwa Melayu dalam lagu-lagu mereka.
Sekarang ni, Cromok sudah sepi. Din sudah lama dijemput Tuhan. Karl pula tidak tahu ke mana menghilang. Mizi pun tak tahu ke mana. Sam pula sekarang ni sibuk dengan kerjanya berkaitan IT.
Nota tumit kaki :Kalau Cromok, buat konsert, aku nak head banging kat depan pentas.
'Dentuman dram solo dari Sam pun menggegarkan' pembetulan cikgu...pemain dram Miji. Sam pemain bass merangkap vocalist.
ReplyDeleteVokal Mizi tak ada dalam lagu tu. Yang paling aku layan ialah petikan solo Karl. Dentuman dram solo dari Sam pun menggegarkan. SALAM BRO AKU RASA HG ADA SLAP SKIT PSAI NI . SAM BKN DRUMMER TP BRO MIZI . SAM VOCAL SBNARNYA .
ReplyDeletecoming soon...2012...cromok reunion tour concert...nnt kn!!
ReplyDelete