Lokasi : KFC Bukit Anggerik, Cheras
Tarikh :15-04-09
Jam : Kurang 5 minit ke pukul 11 pagi.
Setelah mengambil pesanan.
Beberapa orang remaja perempuan berada di hadapan kaunter.
Aku, membawa dulang untuk ke atas.
Sang manager perempuan : Pakcik, kat atas tutup!
Aku : Pakcik suka kat atas.
Aku bertanya kepada salah seorang pekerja di situ : "Manager tu berapa umur dia?"
"Entah, mungkin dalam 27 tahun kot", jawabnya dengan muka ragu-ragu.
"Oh, ingatkan umurnya 17 tahun..." aku bersuara dalam sindiran.
"Kenapa?"
"Beza umur saya dengan umurnya tak sampai pun 10 tahun, tapi saya dipanggilnya pakcik"
Tu belum lagi mata pelajaran Bahasa Melayu diajar dalam bahasa Inggeris, sudah lupa cara berbicara.
Tapi sang keledai menopause yang itu pula sibuk berzikir dengan bahasa Inggeris.
Aku: geleng-geleng kepala.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment