Pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Sandakan sedang bersiap-siap di pondok Timpohon. Mereka nak mendaki Gunung Kinabalu. Norani Asmatil sudah menyandang begnya di belakang. Tangannya memegang kamera.
“Asmatil, ambil gambar kami!” ujar cikgu Masrizal separuh melaung. Memang cikgu Masrizal suka bergurau dengan Norani dengan memanggilnya Asamatil, nama bapanya, si pemain gitar utama dalam kumpulan Jejari Liar. Dan Norani tak pernah marahpun.
“Boleh, sigu. Tapi satu kali snap sja. Kalau banyak-banyak nanti kodaknya habis.” ujar Norani.
“Tak apa, nanti ambil filem Konica saya,” balas pula cikgu Masrizal.
“Saya punya pun Konica juga,” ujar Norani.
“Oh, kamu bawa 2 jenis filem lah, satu Kodak dan satu Konica,” Cikgu Masrizal berkata lagi.
“Bukan ba sigu, satu jenis saja. Konica sja.” ujar Norani lagi.
Muka Cikgu Masrizal berkerut. Tak faham. Aku dah mula tersengih.
“Satu ilmu lagi yang aku nak kasi tahu, di Sabah, filem kamera itu semuanya dipanggil Kodak!” aku bagi syarahan.
Cikgu Masrizal:Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!..............
Sampai ke puncak Gunung Kinabalu Cikgu Masrizal masih lagi ketawa.
Nota tumit kaki: aku mengajar Norani semenjak dia di tingkatan 3 lagi. Badannya masih kecil lagi, belum menampakkan susuk tubuh seorang perempuan. Mungkin masa itu dia belum akil baligh lagi. Lantaran itu, dia sering bergasak dengan pelajar-pelajar lelaki…..maklumlah belum akil baligh lagi. Tetapi apabila dia masuk tingkatan 6, dia menjadi antara pelajar yang selalu dilihat oleh pelajar lelaki dengan penuh rasa cinta.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
dan 'colgate' e2 adalah bermaksud ubat gigi.. dan bkn nya ubat gigi berjenama colgate.. ngee~
ReplyDelete