Tuesday, 28 April 2009

Cikgu yang menternak

Kamu! Ya, kamu yang bergelar cikgu sekalian!
Apakah kamu menjadi guru kerana memangnya itu kemahuan kamu? Atau adakah kamu jadi cikgu kerana himpitan ekonomi ganas yang tidak semewah dahulu? Lantas dengan itu maka kamu memohon untuk membuat Diploma Pendidikan selepas menghabiskan sarjana muda kamu di mana-mana universiti. Maka kamu pun menjadi seorang cikgu.

Rutin hidup kamu pun menjadi macam ini : seawal pagi, pergi ke sekolah. Jam 2.00 petang sudah ingin pulang dan berselindung di bawah selimut. Bangun dari tidur dan selepas mengenyeh-ngeyeh mata kamu pun pergi ke mana-mana tempat yang kamu ingin pergi. Malam, tengok Buletin Utama, kemudian meratah drama Melayu yang entah apa-apa di kaca tivi. Lepas itu, yang ada laki dipeluk laki. Yang ada bini pula memeluk bini sampai pagi.

Keesokannya begitulah juga rutin hidup. Tak pernah berubah dan memang tak mahu berubah.

Maka kamu yang jadi cikgu kerana sudah tiada kerja lain, apakah yang kamu buat apabila masuk ke dalam kelas? Apakah nawaitu kamu apabila di bahu kamu terbeban satu amanah Allah yang maha besar? Apakah kamu ini tergolong dalam sekumpulan cikgu 25 haribulan; petang 25 haribulan maka kamu semua berasak-asak pergi ke atm selepas saling bersms sesama rakan untuk memberitahu “Gaji sudah masuk”.

Dan sesungguhnya kamu bukan mendidik, tetapi kamu menternak. Maka kamu yang menjadi cikgu kerana disebabkan tiada kerja lain, kamu sebenarnya bukan seorang pendidik, tetapi seorang penternak. Untuk cikgu-cikgu jenis ini aku ucapkan “Selamat menjadi penternak yang berjaya!”.

Nota tumit kaki : catatan ini dibuat setelah aku terganggu apabila terbaca satu profile seorang blogger yang mencatatkan “Bukan nya aku suka sangat bab bab mendidik pn.. Tapi sudah tercatit dalam perjalanan idup ku..”

10 comments:

  1. “Bukan nya aku suka sangat bab bab mendidik pn.. Tapi sudah tercatit dalam perjalanan idup ku..”

    -nampaknya dia jadi guru kerana terpaksa... hmmm... kalaulah semua cikgu2 jadi macam ni, alamat lingkuplah semua anak2 murid...

    ReplyDelete
  2. Surinit,
    Jadi kamu sudah tahu kan, kenapa banyak "ayam", "itik" malahan "kerbau" dan "lembu" terhasil dari kelas-kelas di sekolah? Sebab yang masuk ke kelas ialah penternak yang masuk menternak, bukannya pendidik yang masuk mendidik.

    ReplyDelete
  3. aku sering terjaga di tengah malam, kdng2 awal pagi, pukul 2-3 pagi. dan sering melihat isteriku menekuni laptopnya, menyiapkan tugasan, mengisi ruang ttkala anak2 lena tidur. dan saya berdoa, mudah2an isteri saya menjadi seorang guru sepertimana guru2 yg pernah mengajar saya....

    ReplyDelete
  4. hehehe... kesian binatang2 tu. teringat pula cerita 'pendekar bujang lapuk'... "ini bukan sekolah... ini sarkis daa..." kemudian dia eja "alif, mim, nun, wau.... sarkis daa...". kalau difikir2 kelas penternakan ini memang sudah wujud sejak dulu. cerita 'PBL' itu menyentuh permasalahan ini secara sindiran halus.

    Surinit: harap jangan jadi 'binatang' walau hidup sekadar melukut di tepi gantang...

    ReplyDelete
  5. Haris Gopenghangen,
    Kamu bertuah dan cukup beruntung punya seorang isteri yang istiqamah dengan amanahnya. Cuma aku cukup panas hati apabila melihat ada yang menjadi cikgu hanya sekadar untuk mendapatkan gaji bagi meneruskan kelangsungan hidup. Cikgu yang sebegini amat kosong jiwanya. Cikgu yang sebeginilah akhirnya yang hanya akan resah apabila sukatan pelajaran belum dibereskan lagi.

    Dan Haris Gopenghagen, kamu tentunya dapat merasakan perbezaannya antara seorang guru yang masuk ke dalam kelas dengan satu matlamat sahaja iaitu untuk menghabiskan Tatabahasa Dewan (yang sebenarnya tak mengajar pun, hanya membaca-baca tatabahasa dewan sahaja)dengan seorang guru yang masuk mendidik. Kamu dapat rasanyakan?

    Haris, salam untuk isteri tercintamu. Semoga dia tidak rebah dan rabak di tengah laluan...

    ReplyDelete
  6. betul cikgu, saya dapat merasakan keberkatannya...

    ReplyDelete
  7. saya sangat menghormati bidang pendidikan, tapi malangnya tidak berkelayakan untuk masuk bidang ni..rejected bai! guru sandaran pun tak lepas ahahaha...

    cikgu metal, kalau sesekali terasa ingin berbuat sesuatu luar dari bidang kerjaya cikgu, sila la beli kamera. Jadikan sebagai hobi, saya yakin cikgu akan faham apa yang saya ingin maksudkan di sini.

    *jalan-jalan sambil jinjit kamera dan berselipar jepun memang sungguh cool. Tambah-tambah lagi kalau kita berjumpa dengan orang yang tahu menghargai hasil karya orang lain.

    p/s projek tangkap gambar SMK Sandakan, akan diadakan dalam masa terdekat. Tengah cari jalan camana mahu akses sekolah tu. Bimbang juga kalau ada pihak (dalam sekolah tu)yang kurang faham dengan fotografi ni. CIkgu, ada akses-men ke kat sana? Plis plis, saya nak masuk skola tu untuk ambil gambar.

    ReplyDelete
  8. “Bukan nya aku suka sangat bab bab mendidik pn.. Tapi sudah tercatit dalam perjalanan idup ku..”

    - mmg aku bkn mau jd cikgu pn.. aku py cita cita tersendiri.. aku py matlamat n azam sendiri..

    - terus terang aku katakan.. spm aku antara among the best.. dan.. aku telah apply utk masuk ke u.. tp aku dimasukkan ke matrikulasi labuan.. lepas matrik.. aku mendapat tajaan scholarship petronas.. n mmg keinginan ku utk belajar d U petronas..

    - tp angan angan ku musnah.. apabila ayah ku di mana beliau merupakan seorang pendidik tidak membenarkan aku msk ke U petronas.. dan beliau tlh mendaftarkan aku d UPSI..

    - Apakan daya aku sebagai seorg ank utk membantah kehendak org tua ku... apatah lg aku bkn lelaki..

    - sampai hari ni.. aku masi simpan surat tajaan scholarship petronas.. aku bkn nya berdendam.. tp nta la..

    - impian aku adalah utk menjadi seorg engineer yg berjaya.. dr bangku skolah.. aku belajar bersungguh sungguh utk masuk ke kelas sains.. dr kelas sains masuk ke matrik.. n harap akan masuk ke U petronas.. tapi...

    -namun walau impian ku hanya tgal khayalan d malam hari.. aku tetap berjuang utk anak2 didik ku.. aku xpernah abaikan mereka dan hanya tunggu 25hb..

    -dan cikgu metal.. UPSI bkn pilihan aku.. seandainya aku py kemampuan pd waktu itu.. segala keinginan org tua ku akan ku abaikan...

    ReplyDelete
  9. Mas,
    Memang aku juga gemar akan foto. Tapi Mas, jari-jari aku belum cukup seninya. Photoshop pun selalu gagal, jadi macam mana aku mau sunting gambar2 yang rosak. Maka, gambar2 yang sepatutnya cantik, menjadi punah ranah ditangan aku.
    Dan sesungguhnya selipar Jepun itu memang cool apatah kalau dipadankan lagi dengan jeans lusuh dan t shirt pagoda. Dan uniform sedemikian pernah aku pakai sepanjang KB-KL-KK-Sandakan! Bila sampai sahaja di Sandakan, pemandu teksi yang menghantar aku ke Grand View tanya "Kita ni panyanyi ka?" Aku ketawa terbahak-bahak dalam hati. Aku cakap "Saya sigu". Dia macam tak percaya.

    Nota tumit kaki: SMK Sandakan tu, saya paling rapat dengan Pak Cik Enah dan Pak Cik Emran. Pak Cik Enah kerani biasa sahaja, manakala Pak Cik Emran tu pemandu coaster. Rasa-rasanya "baliau-baliau" saya tu pencen suda. Mungkin Mas boleh berhubungan dengan bekas pelajar aku, Cikgu Nurjani. Itu pun kalau dia masih mengajar di situ. Atau mungkin juga Cikgu Fazman atau Cikgu Adnan. Tapi aku sudah lama tak berhubungan dengan mereka. Kalau Cikgu Leong masih di situ, alangkah senangnya.

    ReplyDelete
  10. mas, skrng ada guard di depan pagar, mcm best je x bagi org masuk. ko cntect ja ckgu fazman, aku rasa xdada masalah mau bagi tu. ka ko mahu surat loyer jugak?

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...