“Akhbar-akhbar asing telah mulai memburukkan Jiban,” rungut Sang Keledai Tua. Sang Keledai itu bagaikan tidak berpuas hati apabila anak emas harapannya itu mula dicerca.
Tetapi Sang Keledai itu seolah-olah sengaja membangangkan dirinya. Bangang kerana dia tahu yang Jiban itu sudah lama terpalit dengan segala macam skandal dan cerita yang memualkan. Seantero dunia tahu yang Jiban itu terlibat dengan Abdul Zakar Tuan Hamba dalam menelan duit royalti pembelian rakit buluh dari negara Surria. Walaupun rakit yang dibeli itu buluhnya dah mereput sana-sini, tapi demi kepentingan temboloknya, disapunya harta perdak negara.
Kemudian Jiban juga dikhabarkan terlibat dengan misteri kematian seorang gadis dari Magnolia, sebuah negara yang jauh terpencil di hujung dunia. Walaupun Jiban menafikannya, tetapi penafiannya dilihat oleh banyak orang sebagai penafian yang tidak begitu meyakinkan. Dan tidak semena-mena dua orang pengawal yang menjaga pintu rumahnya telah dipasung dan dibicarakan. Dan alangkah tragisnya apabila dua orang pengawal itu telah dikenakan hukuman geletek sampai mati atas kesalahan membunuh.
“Apa motif dua orang itu membunuh Yayantulah?” tanya Pak Leman yang tinggal dihujung kampung sambil menghirup kopi pekatnya.
“Tah ler,” sampuk pula Joyah Punggung Lebar sambil menceduk nasi berlauk ke dalam pinggang.
“Gila ke apa, bunuh orang tanpa sebab,” Pak Leman berkata lagi.
“Alaaaaa….mesti mamat-mamat ni sudah diarahkan untuk meragut nyawa pompuan tu,”
“Takder motif kot. Mungkin mamat-mamat tu hobinya bermain-main dengan C4. Pastu untuk menambahkan lagi kekhusyukan hobi tu, maka diletupkan pompuan tu dengan C4,”
“Huh….gila betul. Tak logik langsung,” kata Pak Leman yang bersekolah hanya setakat darjah 4 sekolah zaman Jepun.
“Oh….patutler si Jiban tu buruk benar rupanya dalam akhbar asing,” ujar Joyah Punggung Lebar.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment