Monday, 27 April 2009

Aku dan air cond

Tengah hari itu, sangat panas. Bilik bagaikan mendidih. Isteriku bilang “Mengapa tidak dipasangkan sahaja air cond. Sejuk sikit”. Aku balas “Aku sedang cuba merasai apa yang sedang dialami oleh orang-orang di kampung yang beratapkan zink”.

Aku. Berpeluh. Menitik. Satu. Satu. Satu.

Aku bilang kepada isteriku, “ Kalaulah kekayaan negara diagih sama rata, tentunya orang-orang miskin pun merasai nikmat hawa yang dingin dari mesin”.

“Abang ni macam sosialis”.

Aku *flop* dan tenggelam dalam lautan kapitalis yang semakin membadai.

Nota tumit kaki : Aku bukan sosialis, aku orang Islam tegar. Islam menuntut kita berlaku adil kepada sesama insan.

No comments:

Post a Comment

SELAMAT KEMBALI KEPADA SELAMAT DATANG

  tiada apa-apa yang harus aku kesali untuk hari-hari 2025 kerana aku mengenggam akan rasa yakin "tuhan tidak kejam" yang datang d...