Friday, 24 April 2009

Kamu Tahu Mengapa Namaku Cikgu Metal? (I)

Aku menulis blog kerana aku suka menulis. Dari dulu aku suka menulis. Apabila aku menulis blog, aku menulisnya secara syok sendiri. Aku tulis apa yang aku rasa ingin tulis. Dan aku juga tak pernah menyangka yang blog aku ini dibaca oleh orang lain. Kotak e-melku selalu sahaja menerima kunjungan, dan yang mengunjungi kotak e-melku itu ada yang memang aku kenal, tetapi banyak juga yang aku tidak kenal. Paling banyak yang bertanya ialah : Mengapa nama saudara Cikgu Metal? Baiklah aku akan berbari mengapa namaku CIkgu Metal:

Kau ingin tahu mengapa nama aku Cikgu Metal?

Sungguh, nama itu bukan aku yang cipta.

Biar aku bawa kamu semua ke tahun ’93. Ayuh masuk ke dalam kapsul masa aku, akan aku bawa kamu semua ke tahun tersebut…zooooommmm!!

Waktu itu, rambutku agak panjang, cecah ke bahu. Panjang ke? Taklah panjang sangat walaupun ketika itu aku sudah jadi cikgu. Masa aku kat UM dulu, aku tak pernah bergunting. Kali terakhir aku memotong rambut ialah sebulan sebelum aku mengambil peperiksaan STPM. Lepas tu, tiga tahun semasa bertapa di UM aku tidak bergunting.

Apakah aku terpengaruh dengan dunia rocker? Tidak, aku memang suka berambut panjang. Sumpah, aku tidak pernah terpengaruh dengan para rocker! Aku hanya memotong rambut sebelum aku melaporkan diri ke Fakulti Pendidikan untuk membuat Diploma Pendidikan. Sepanjang 6 bulan belajar di Fakulti Pendidikan, aku tak pernah potong rambut.

Setelah selesai di UM, aku terus ke Sandakan. Aku masih lagi tidak memotong rambut. Tapi waktu itu rambutku belum panjang sangat. Aku bercadang akan memotongnya apabila aku rasakan sudah sepatutnya rambut tersebut dipotong.

Kali pertama aku mencar-cari kedai gunting di Sandakan ialah di sebuah blok kedai sebaris dengan pasaraya Suntos. Selepas solat Maghrib, aku bertolak dari rumah sewaku di Sea View ke bandar Sandakan dengan Yamaha Sport berpletkan SS 8771 C. Aku ke sana untuk bergunting. Aku melangkah ke sebuah saloon uniseks yang terletak di tingkat satu. Niat aku memang suci, ingin memotong rambut. Tak ada niat lain.

Sebuah saloon yang tipikal, ada beberapa buah kerusi, ada alat-alat untuk mengunting rambut dan sudah tentu ada orang yang kerjanya memotong rambut.

Dan niatku memang suci, ingin memotong rambut supaya nampak aku ni macam cikgu sekolah.

Aku duduk di atas kerusi. Menanti untuk menggunting rambut. Aku duduk sahaja. Tiba-tiba keluar beberapa orang sumandak dari bilik sebelah. Aku terus duduk sahaja. Sumandak-sumandak itu berbaris di hadapanku. Aku duduk-duduk sahaja.

“Nah, kita pilih mana-mana saja yang kita suka ba! Biliknya ada di sabalah,” ujar perempuan “si tukang gunting”.

Ha!, pilih mana-mana pompuan yang aku nak?!
Bilik ada di sebelah?!

Sekarang aku sudah tidak duduk lagi. Sungguh, tujuanku suci, aku hanya ingin memotong rambut agar nampak seperti seorang cikgu sekolah. Aku ke sana bukannya nak mencari sumandak!

Celaka!
Aku terus meluru keluar!

Esoknya aku ke sekolah dengan rambut yang masih lagi panjang. Dan untuk beberapa bulan kemudiannya, rambut aku terus memanjang. Aku menjadi “fobia” untuk ke kedai gunting rambut di bandar Sandakan yang baru aku ramahi.

Kerana rambutku yang semakin panjang, pelajar-pelajarku selalu kata aku ni macam Cikgu Metal.

Nota tumit kaki : Tidak lama kemudian, aku diberitahu bahawa kawasan di belakang pasar raya Suntos itu memang salah satu tempat perempuan-perempuan dari Filipina “mencari makan”. Kemiskinan yang terlalu mencengkam di tempat asal, menyebabkan mereka masuk secara haram ke Sabah dan melakukan pula kerja haram.

8 comments:

  1. tak tau pula ada tempat seperti itu d sandakan. pasaraya suntos pun aku tak ingat d sebelah mana.

    -pernah singgah d sandakan. bermastautin d sana utk beberapa lama bersama adik yg masih belajar d smk sandakan...-

    ReplyDelete
  2. Surinit,
    Kalau dari bandar Sandakan dan menghala ke Sim Sim, Pasaraya Suntos berada di sebelah kiri, satu baris dengan Mayban. Tetapi saya tidak pasti sama ada Pasaraya Suntos masih ada lagi atau tidak. Dan sewaktu saya tinggal di Sandakan, kawasan di belakang Suntos, barisan bangunan di belakang KFC, satu premis di slipway, bandar Ramai-Ramai (kawasan Hsiang Garden Hotel) adalah antara kawasan persundalan. Empat tahun lepas, sewaktu saya berkunjung ke Sandakan, kawasan Batu 4 telah menjadi lubuk segala maksiat di Sandakan.

    ReplyDelete
  3. assallamuallaikumm

    saya dah lupa cikgu zamani ni yang mana satu. Dulu saya satu zaman form 6 ng Haris. Kalau cikgu metal sesekali rindukan sandakan, singgah blog saya. Saya slalu snap2 gambar sekitar sandakan.

    projek terbaru, mungkin saya akan buat shooting untuk skola lama kitorang SMK SANDAKAN..yibaaaa...

    any request, do let me know.
    daa.

    ReplyDelete
  4. Mas,
    Itulah, saya pun kadang-kadang menjadi sedikit hairan. Memang saya masih segar mengingati Haris, namun rakan-rakannya yang lain saya sukar untuk mengingati susuk tubuh mereka. Mungkin masa saya bersama dengan kamu semua tak lama, sebab itu ingatan pun agak pendek. Tapi, beberapa nama yang kamu sebutkan dalam blog uppersixer tu, ada juga terbayang-bayang tetapi masih kabur-kabur.

    p.s. saya terpesona dengan kekreatifan kamu dalam seni fotografi. Saya suka akan gambar yang ada cerita dalamnya...

    ReplyDelete
  5. Cikgu ooo cikgu,

    sepagi ya? maybe pernah terserempak, lupa-lupa ingat mungkin. Hihih..dalam blog uppersixer tu ada gambar kelas kitorang, saya dulu kelas 6a1. haris tu cikgu mudah ingat sbb dia antara yg berjisim tinggi di kalangan form 6a2 tu..hihi..

    ingin terbang di sandakan? ada kisah cinta lama ke cikgu..hahaha...

    ReplyDelete
  6. hehehe... nama2 tempat yg cikgu sebut tu saya kurang ingat. tapi kalau batu 4 saya ingat sikit2 saja sb saya tinggal sana stahun saja.

    ya ka batu 4 sdh jadi sarang 'tuuutt'? hehehe... bahaya jg tu. saya sdh 11 tahun tidak berkunjung ke sandakan. mesti sdh byk perubahan d sana.

    ReplyDelete
  7. mas,
    kat sini pon ko dan kutuk aku..selain itu aku mudah diingati sbb org kata..orang kata muka aku cam awie..aku x pernah mengaku dan tak pernah menafikan,..itu smua anugerah tuhan..ahaks

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum cikgu metal..

    `mungkin aku terlambat utk komen dlm ruangan ni..

    `tp utk pengetahuan cikgu metal.. di belakang santos tu.. ada sebuah dental.. di tingkat 1.. yg mempunyai seorg dentis yg sgt2 best hasil kerja nya..

    `dental yg bersih dr segala gejala... serius..

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...