Thursday, 30 December 2010

Keling dan Interlock

Keling.
ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelompok manusia yang datang dari sebuah benua kecil. Kalau lu buka kitab Sulalatus Salatin, istilah Keling ada tercatat.

Tapi keling yang ada di Tanah Melayu ini sangat sensitif jika diri mereka dipanggil Keling. Gua pun tak faham sebabnya. Malu? Nak malu sebab apa? Kalau gua, gua bangga. Kenapa gua katakan begitu? Sebab perkataan keling itu berasal daripada Kalingga. Kalingga ni, kalau lu baca buku2 sejarah ialah sebuah kerajaan yang kuat. Tanah jajahannya luas. Musuh-musuh berasa gerun akan kerajaan tersebut. Bila sebut Raja Kalingga, semua musuh kecut perut.

Jadi, pasal apa keling-keling kat tanah Melayu ini kata mereka berasa terhina? Gua tak tahu la kalau-kalau dalam kosa kata bahasa tamil perkataan 'keling' tu memberi maksud tak elok. Memberi maksud 'mangkuk hayun' ke, atau memberi maksud 'pokok jambu' ke', atau memberi maksud yang lain. Tapi, kalaupun perkataan 'keling' itu memberi maksud yang tak elok dalam kosa kata mereka, orang-orang Melayu bukannya tahu pun. Yang orang-orang Melayu tahu, 'keling' tu berasal daripada 'kalingga'. Kemudian sebutan 'kalingga' itu disebut mengikut lidah Melayu, maka terbitlah perkataan 'keling'.

Dulu, mereka berdemo serata jalan raya di kuala lumpur. Membuat tuntutan macam-macam seolah-olah Tanah Melayu mak bapak mereka yang punya. Sekarang ni, ada seorang lagi keling membuat hal. Bukan keling sembarangan. Keling dari puak kerajaan. Keling yang ada jawatan dalam kabinet.

Keling itu memekik melolong mengatakan "Interlock" menghina kaum Melayu dan India. Tapi bila orang-orang Melayu tak memberikan apa-apa reaksi, maka keling itu kata kandungan dalam novel itu menghina orang-orang India. Tiba-tiba hilang dakwaan asal dia yang mengatakan orang-orang Melayu juga terasa dihina.

Gua orang melayu. Gua beberapa kali membaca novel yang digarap oleh sasterawan negara itu. Bila gua baca, gua tidak berasa sebarang penghinaan dilakukan terhadap orang-orang Melayu. Novel ini bukan novel picisan. Bukan novel yang mendayu-dayu tentang putus cinta. Novel ini sarat dengan fakta. Dan gua yakin Abdullah Hussain membuat penyelidikan yang bukan alang-kepalang untuk menghasilkan novel ini. Novel ini bercerita tentang fakta, tentang sejarah, dan tentang perpaduan kaum.

Apakah keling yang berjawatan kabinet itu takut dan gerun akan fakta dan sejarah? Apakah dia membaca novel "Interlock" itu?

Gua rasis? Tidak, gua bukan rasis. Tapi gua orang Melayu!

Wednesday, 29 December 2010

Tok Cik

Sewaktu gua anak-anak, gua selalu ke rumah Tok Cik. Tok Cik selalu mengusap-usap kepala gua dengan penuh kasih sayang sambil berkata, "Bila kamu sudah dewasa, jangan lupakan Tok Cik yang miskin ini,". Gua memandang Tok Cik. Waktu itu gua hanya mendengar. Gua tak faham apa-apa. Kemudian gua akan memanjat pokok ciku di laman depan rumah Tok Cik. Sambil menggigit buah-buah ciku, gua sudah lupa apa yang dikatakan Tok Cik.

Sudah bertahun gua tidak bertemu Tok Cik, menciumi tangan tuanya. Sebaik gua meninggalkan desa asal, berkelana di kota batu mencari ilmu, gua jarang-jarang bertemu Tok Cik. Kemudian gua terbang jauh ke seberang laut china selatan mencari hidup. Sejak itu, gua sangat jarang-jarang bertemu Tok Cik.

Ada ketikanya, apabila gua pulang ke kampung halaman, gua sudah tidak lagi berjumpa Tok Cik. Tok Cik dibawa pergi oleh anak perempuannya. Tapak rumah Tok Cik juga sudah tiada. Pokok ciku yang selalu gua panjat sewaktu anak-anak juga sudah tiada. Semuanya sudah diratakan dan digantikan dengan bangunan-bangunan batu.


****

Sebaik muazin mengalun panggilan subuh, gua baru sampai di tangga rumah orang tua gua di kampung.
"Tok Cik sudah uzur sangat-sangat," kata ibu gua.

Sewaktu matahari pagi memanjat perlahan-lahan, gua ke rumah anak perempuan Tok Cik. Rumput-rumput masih basah dengan bening embun pagi. Gua sedang menyusun derap-derap sepatu mencari Tok Cik. Kasih sayang Tok Cik seperti sudah tercicir sebaik sahaja gua perlahan-lahan menjadi lelaki dewasa. Dan gua sedang menyusun kembali kasih yang tercicir itu untuk dibina kota sayang dari Tok Cik.

Sewaktu gua sampai, gua melihat Tok Cik berbaring di atas tilam. Memang Tok Cik sangat uzur. Usia Tok Cik memakan diri Tok Cik perlahan-lahan.

Mata Tok Cik terpejam. Berjuta kedutan tergaris di pipi dan dahi Tok Cik. Gua mencium dahi Tok Cik. Tok Cik membuka matanya. Tok Cik tersenyum. Tangan Tok Cik yang pernah mengusap-usap kepala gua ketika gua kecil dahulu, gua genggam erat-erat.

Sesekali-kali, Tok Cik membuka matanya dan tersenyum memandang gua.


****

Senyuman itu adalah senyuman terakhir dari Tok Cik. Gua mencium dahi Tok Cik ketika embum masih bening di hujung rumput, ketika matahari pagi baru memanjat dada langit. Ketika matahari sedang mengeringkan embun-embun di hujung rumput, nadi Tok Cik sudah sampai ke noktahnya. Mata Tok Cik yang terpejam ketika gua mencium dahinya, terus terpejam. Tok Cik sudah dijemput ke sana.

Tok Cik bagaikan menunggu gua sebelum dia berhijrah ke sana. Tok Cik bagaikan menunggu gua untuk memberikan senyuman yang terakhir. Tok Cik bagaikan menunggu gua mencium dahinya buat kali penghabisan.

Tok Cik pergi pada pagi Jumaat yang cerah. Hujan yang turun beberapa hari sebelum ini tanpa henti, tiba-tiba hilang. Yang ada ialah pagi yang sangat cerah.

Jenazah Tok Cik yang diam di dalam kafan, mengembalikan gua ke zaman anak-anak berpuluh-puluh tahun yang lepas.

Jenazah Tok Cik dibawa ke dalam masjid. Sesudah solat Jumaat, jenazah Tok Cik disolatkan pula oleh para jamaah. Tok Cik sangat bertuah.

Sewaktu gua meninggalkan kuburan Tok Cik, gua berhenti sekejap. Memandang ke rumah baharu Tok Cik, kemudian berpaling dan terus pergi.

Tok Cik meninggalkan gua dengan kasih sayangnya yang melimpah-ruah.

Friday, 10 December 2010

cool site

One of main advantages of guitar lessons courses is that you can learn and play the guitar wherever and whenever you want. This is the magic of self paced learning, where your life and normal duties or responsibilities do not have to be on standby just because you want to learn a new skill. With traditional music schools, teachers and classes, everything is pre-set on fixed schedules.



With online learning, however, there is perfect flexibility in terms of when and where you want to learn. If you feel like getting into the guitar lesson at night within the comfortable confines of your home, you can do so without any hassle. One of the best resources for guitar lessons tutorials is available at http://www.guitarplayerworld.com

Thursday, 9 December 2010

suatu petang, suatu ketika dahulu

tahun tiga gua di um, gua menyewa di kampung pasir. kalau habis kelas pada waktu petang, gua akan pulang melalui pantai dalam. kemudian membuat lintasan secara haram melalui atas rel kereta api. bukan gua sorang sahaja yang membuat lintasan haram itu, beribu-ribu lagu embuat kerja haram itu. tapi gua rasa, seharam-haram membuat lintasan itu, level haram gua dan orang yang beribu-ribu itu taklah berada pada level para politikus yang makan rasuah.

sebelum sampai ke rumah sewa, gua akan melintasi satu padang bola. di tepi padang bola itu ada sebuah gerai. rotinya sangat empuk, dan dicecah pula kari yang dimasukkan sambal. bagi gua, roti canai dan kuahnya itu sangat enak. di tepi gerai itu, ada bengkel motosikal. bau minyak hitam dan minyak petrol dari bengkel motosikal itu sangat kuat. tapi, bau-bau minyak itu tidak pernah mematahkan selera gua dan keenakan roti canai empuk itu.

gerai yang kecil itu sentiasa dipenuhi pelanggan. mungkin kerana keenakan roti canainya. mungkin juga kerana ramai yang datang itu ingin menonton gusti dari pemain video yang terpasang di sana. kebanyakan yang duduk melangut di situ melihat gusti ialah kalangan pakcik-pakcik yang sudah pencen. bertempik-sorak mereka sewaktu menonton gusti yang ditayangkan. gegak-gempita jadinya apabila ada pakcik-pakcik itu menepuk-nepuk meja.

suatu petang, gua baru habis kelas. gua balik ke rumah sewa gua. setiba di gerai roti canai itu, pakcik-pakcik berkumpul seperti biasa. gua fikir tentu mereka sedang menonton perlawanan gusti, macam biasa juga. tapi gua hairan kerana pakcik-pakcik ini tidak bertempik-sorak macam biasa. tidak menepuk-nepuk macam biasa. sebaliknya masing-masing diam, tapi mata tertancap ke kaca tv.

gua mencari satu bangku kosong. gua duduk sambil melaung kepada brader roti canai "bang, biasa!". mulanya gua tak peduli kepada pakcik-pakcik tersebut. kemudian gua memandang ke kaca tv, ingin melihat penggusti mana yang sedang bergomol. tapi, gua tak tengok ada perlawanan gusti. yang gua tengok ada satu rancangan, macam rencana. kemudian, tertonjol beberapa imej yang diklasifikasikan super 18 sx. rupa-rupanya rencana tentang 18 sx!

patutlah pakcik-pakcik yang biasanya bertempik-sorak sambil menepuk-nepuk meja diam tanpa suara. rupa-rupanya mereka sedang menonton sesuatu yang 'luar biasa'.

habis gua makan roti cana, selepas membayar harga roti canai, gua belah dari situ. gua lihat pakcik-pakcik tersebut masih khusyuk menghayati rencana 18 sx itu. ada juga yang mulutnya tidak tertutup.

hishhhh....pakcik...pakcik...

Monday, 6 December 2010

untitle

sudah lama gua tak ke sini. masa yang sangat sempit, membuat gua rasa sesak. sesak untuk bernafas. sesak untuk bergerak. sesak untuk diri sendiri.

menghadap teks bahasa inggeris yang standard. membaca teks bahasa melayu yang standard. membuat perbandingan helaian demi helaian. mengetik-ngetik kekunci keyboard. kemudian menyandar di kerusi pusing. memutar 360 darjah ke cermin jendela. melihat lereng bukit yang masih hijau. rutin yang bukannya menyeronokkan untuk para peminat aliran pop.

teks-teks tebal yang tiba di atas meja pada awal pagi, perlu dihantar 2 hari kemudian [dalam keadaan suci dan bersih tentunya] menjadikan etika kerja terpaksa digampangkan. apabila deadline harus dijadikan tuan, maka kualiti terpaksa menjadi hamba. bukan gua yang suka. tetapi gua tak mampu untuk berjaga sehingga ke jam 4 pagi, sendiri-sendiri di kamar kantor, kemudian perlu membuka mata pada jam 6 pagi.

mungkin rutin yang begitu. telah menyebabkan cermin tipis di mata gua tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. gua sedang berkira-kira memilih kedai cermin mata. ketidakselesaan dan ketidakjelasan penglihatan, telah menghantar pesanan kepada otak gua yang degree cermin mata gua harus ditambah lagi. dan jangan mencadangkan agar gua menukar kasih kepada kanta lekap. gua tak sanggup untuk menjolok bebola mata sendiri.

dan bumi kl basah lagi. ada kabut-kabut nipis tebal melekat dikaca jendela bilik gua. kadang-kadang apabila telapak tangan gua berasa seperti ingin kebas-kebas, gua akan menyisih ke tangga kecemasan. membuka tingkap, memanggil hawa hangat dari luar masuk. dan tangan gua akan melaksanakan tugasnya tanpa disuruh. mencari balutan putih nikotina dan pencetus api. kemudian menyedut dalam-dalam, dan menghembuskannya jauh-jauh.

beb, muazin baru melaungkan suaranya. gua mahu ke tingkat 5. gua nak berjumpa dengan-Nya.

nanti gua cerita-cerita lagi.

Monday, 22 November 2010

Kehijauan yang akan Lupus.



Bila gua letih menghadap teks bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, gua akan berhenti sekejap. Dari atas kerusi, gua akan memandang ke tingkap. Melihat pokok-pokok yang masih hijau. Kadang-kadang gua ternampak tupai yang melompat-lompat dari dahan ke dahan. Kadang-kadang ada pasangan burung gembala harimau bermain-main di rantingnya. Kadang-kadang ada anjing liar menumpang tidur di bawah teduhannya.

Sangat redup. Sangat damai.

Tapi beberapa hari yang lalu, sebuah jentolak sudah masuk ke situ. Merebahkan beberapa pokok-pokok menghijau. Nampaknya, kehijauan ini akan berganti dengan konkrit. Pokok-pokok di tengah Kuala Lumpur memang tidak mempunyai hak untuk hidup. Bagi para kapitalis, setiap helai daun itu seumpama helaian wang kertas. Harus dipungut serakus mungkin. Dan bagi para perancang, mungkin bagi mereka apalah harganya kehijauan dengan apa yang dipanggil pembangunan.

Gua hanya menanti hari sahaja untuk melihat pokok-pokok ini direbahkan.

Friday, 19 November 2010

Buruj yang Hilang.

Si Matahari sudah lama pergi. Warna perak jingga di ufuk pun sudah lama padam. Angin di luar kaca, perlahan-lahan berhenti bernyanyi. Manik-manik hujan tadi petang, sisanya masih melekat dan jatuh perlahan-lahan di kaca jendela. Menggelongsor satu... satu... satu.

Anjing-anjing liar di lereng bukit pun sudah berhenti melolong. Dalam suram cahaya, yang datang dari lampu tamaram di hujung beranda, sepatu lusuh gua memijak permaidani tebal mewah. Selepas detingan satu kali dari kotak beban tampung, dan pintunya menggelongsor terbuka tanpa disuruh, cahaya suram tadi menjadi semakin suram malap. Daun pintu kaca, di tarik perlahan dan berkeriut bunyi yang datang dari karat-karat nipis diengselnya.

Sebaik memijak aspal yang masih lembap dan basah, ada takungan air hujan senja tadi, di kejauhan terpacak gagah Menara Berkembar yang menjadi kebangaan si matan. Gua menuju ke kereta yang dari pagi meniarap di atas aspal, di bawah semarak api.

Menyusuri jalan-jalan Wangsa Maju - Setiawangsa - Keramat AU - Lingkaran Tengah, sambil melihat Cygnus columbianus berleher panjang menumpang tidur di atas tiang-tiang lampu, sangat menghairahkan untuk seorang jantan yang sedang berperang dengan rasa letih. Lebuh raya bertingkat-tingkat bukanlah menjadi pemandangan menarik untuk dilihat pada waktu malam yang mula menguak pintu larut.

Embun yang mula turun dari langit, bergumpalan menjadi momen masa lampau, kemudian mengapung liang-liuk memanjat langit, dan perlahan-lahan hilanglenyap mencari buruj Timur yang telah lama sirna.

Thursday, 18 November 2010

Layan kepala lagi.



Hujung minggu ni, gua nak layan dunia gua lagi sekali. Untung-untung dapat jumpa member lama yang sudah lama tak nampak batang hidung. Kalau tak berapa nak untung, terjumpa bekas awek (awek-awek?) yang dulu bodi solid macam biola, tapi sekarang bertambah-tambah solid macam belon yang ditiup-tiup.

Bercampur dengan dunia yang macam ni, gua rasa lagi aman. Tiada tipu muslihat macam SPR. Tiada cakap yang berbelit-belit macam para politikus. Tiada jenis bercakap manis di depan, tapi haram jadah apabila di belakang macam kekasih yang curang.

Huhhh...dunia!

Bagus gua layan dunia gua dengan cara gua sahaja beb!

Tuesday, 16 November 2010

Dingin di Laman Beringin




Awek kecil molek ni pun pandai main gitar. Tapi nampak macam gementar sedikit. Masa dia balik, pikul gitar kat belakang, gua tengok gitar dia dah sama tinggi dengan dia. Kalau tengok dari jauh, boleh keliru... mana satu gitar, mana satu Taheera.



Selalunya, gua tengok ustaz Zawawi pung! pang! pung! pang! bagi ceramah agama dalam tivi. Malam tu, ustaz baca puisi. Gua paling suka bait akhir puisi ustaz :

minggu depan saya ke dubai,
terima kasih, bye-bye.


Fuhhhhh....penuh berseni tu beb!




TILU....kan gua dah cakap ada awek dalam grup tu. Suara boleh tahan, manis macam orangnya juga semasa mengalunkan ritma ska. Cuma masa tu, bunyi gitarnya macam tak cukup karen. Gua tak tau la sama ada masalah teknikal atau mamat gitar tu sengaja buat malu-malu nak pusing butang volume kat gitar dia. Tapi, apa nak kisah. Ska lebih banyak bermain dengan bunyi-bunyi dari instruemen yang ditiup. Oh, ya... awek TILU ni gua nampak sangat berbudi bahasa. Kalau salam ngan sesapa pun, sambil salam menunduk-nunduk dia punya kepala. Ngam ni kalau dibuat awek.



Ana Rafali, berbaju kurung moden malam tu. Gua ingatkan dia akan pakai kebaya sendat. Masa tengah tunggu giliran nak perform, awek ni gua tengok sangat 'pingitan'. Hujung rambut hitamnya yang berkilat dia ikat antara tak ikat rambutnya itu. Masa last round punya prektis, muncung-muncung hujung bibirnya mengawal tone vokal. Strumming dia ok, plucking dia ok. Kalau campur-campur dengan keayuan plus kemerduan suara, dia ni pun ngam juga kalau dibuat awek.



Tiga yang berbeza boleh bergabung menjadi satu yang mantap. Sohaimi Meor Hasan dengan muzik soul romantiknya, Ana Rafali yang lebih berada dalam arus muzik folk, dan Altimet dengan muziknya yang nenek gua kata macam orang bernyanyi sambil baca buku rujukan SPM (Rap). Tapi apabila mereka bersatu dalam 'bila berpacaran', mereka meltup-letup Pom! Pam! Pom! Pam! Tapi Sohaimi Meor Hasan awal-awal lagi dah kantoi sebab tak boleh kejar skor muzik. "Laju" kata dia. Mungkin sebab dah lama tak perform dengan muka disuluh cahaya lampu yang terang-benderang, maka Sohaimi Meor Hasan menjadi kelam-kabut sikit. Takpun Sohaimi 'merajuk' sebab Ana Rafali panggil dia 'uncle sohaimi'. Kalau panggil 'abang Sohaimi', gua rasa Sohaimi Meor Hasan boleh nyanyi lagi baik malam tu. Itu hipotesis gua jer.




Awek-awek ITNM. Jangan tanya gua sapa nama durang. Sumpah gua tak tau. Tapi nomor henfon durang gua ada....ahakkksss!!! Errrrr...yang naikkan dua putung jari tu, gua tatau apa maksudnya. Mungkin maksud 'peace', mungkin juga dia nak bagi tau ' I dah dia ada kat sana sejak jam dua lagi'. Takpun mungkin dia nak kata 'jadi nomor 2 pun tak per'. Itupun satu lagi hipotesis gua jer.

Monday, 15 November 2010

Dulu-dulu Tiada 1Malaysia pun!

Nama dia Lim Kwang Seng. Tapi gua tak pernah panggil dia Kwang Seng. Gua panggil dia Husin. Bukan gua seorang sahaja, member-member yang lain pun panggi dia Husin. Selalu juga gua pergi lepak-lepak, sampai tidur baring di rumahnya. Bapaknya gua tak tahu apa namanya. Tapi gua panggil di Pak Su. Bukan gua seorang sahaja yang panggil dia Pak Su, orang-orang kampung pun panggil dia Pak Su. Bini Pak Su gua panggil Mak Su. Bukan gua seorang sahaja yang panggil dia Mak Su, orang-orang kampung pun panggil dia Mak Su. Setiap kali keluar rumah, Mak Su akan berkelubung kain lepas, macam orang Melayu.

Kalau gua tak melepak di rumah Husin, Husin akan datang melepak rumah gua. Pernah nenek gua tanya Husin sebaik sahaja kaki langit barat menjadi jingga, "awe tak semayang maghrib ko?". Husin jawab sambil tersengih, "Ambo bukan orang Melayu".

Nama dia Teng Chung Gek. Tapi dia lebih suka dipanggil Siti. Dulu-dulu, pelajar bukan Islam boleh mengambil subjek Pengetahuan Agama Islam. Siti pun mengambil subjek tersebut dari Tingkatan 1 lagi. Bila masuk tingkatan 2, Siti masih mengambil subjek tersebut. Siti dah mula memakai telekung. Siti menjadi pelajar bukan muslim yang memakai telekung bila berada di sekolah. Bila gua tanya, "Kenapa pakai tudung?" dia jawab "Sebab semua kawan-kawan pakai tudung." Keputusan SRP, Siti mendapat A1 dalam subjek Pengetahuan Agama Islam. Bila ke tingkatan 4, Siti masih lagi mengambil subjek tersebut. Tudung di kepalanya pun sudah semakin 'muslimah'. Kemudian SPM. Siti mendapat A1 juga dalam subjek Pengetahuan Agama Islam. Kemudian Siti melanjutkan pelajaran ke UTM.

Semasa bercuti semester, dia bertandang ke rumah gua, mencari gua.
"Aku sudah mengucapkan dua kalimah syahadah," kata Siti.
Siti sudah menjadi gadis Cina yang beragama Islam.

Dulu-dulu, tiada 1Malaysia. Tapi gua boleh makan nasi kerabu di rumah Husin. Gua juga selalu makan nasi berlaukkan ikan bakar cicah budu di rumah Siti.

Sekarang Najib ada 1Malaysia. Tapi mereka hidup saling berprasangka antara satu sama lain.

Gua rindu akan Husin.
Gua rindu akan Siti.

Thursday, 11 November 2010

Laman Beringin.



Besok. Malam. Ada acara. Ada brader Lim Swee Tin, asalnya sekampung dengan gua. Ada juga brader Shamsuddin Othman, penyair a.k.a. pensyarah UPM yang cenderung ke arah sajak-sajak kesufian. Brader Rahimidin yang tersohor dengan puisi-puisi keTuhanan dan kesufian. Abdul Ghafar Ibrahim a.k.a. AGI yang terkenal dengan puisi visualisasi dan gaya ekspresi tersendiri semasa mendeklmasikan sajak. Ada juga Ustaz Zawawi Yusoh yang selama ini selalu keluar kaca tivi memberi ceramah.

Oh, Sasterawan Negara Anwar Ridwan pun ada juga.

Tapi gua nak tengok Ana rafali. Harap-harap malam besok dia pakai kebaya sendat, sambil memetik gitar akustiknya. Gua rasa mungkin dia akan berduet juga dengan Sohaimi Meor Hassan, seorang usahawan a.k.a jutawan a.k.a. penyanyi a.k.a. komposer a.k.a. penulis lirik. Gua juga nak tengok TILU. Ada awek nyanyi dalam grup itu.

Penganjur utama ialah Institut Terjemahan Negara. Dan gua, sebagai seorang kuli di institut tersebut akan ada di sana, malam besok.

Laman Beringin, Istana Budaya.

Oh, Anna Rafali, jika secara tiba-tiba ada jantan tak hensem mengambil gambarmu semasa kamu memetik gitar, atau jantan tak hensem itu tiba-tiba meminta note lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, atau jantan tak hensem itu tiba ingin meminjam gitar kamu sekejap.... aku harap kamu jangan terkejut. Sesungguhnya jantan itu ialah seorang makhluk Tuhan yang sangat baik hati dan mempunyai citarasa dalam muzik yang sama seperti kamu.

Wednesday, 10 November 2010

Kita miskin dengan Karya Agung?

THE WESTERN CANON oleh Harold Bloom. Itukah cara bagaimana Karya Agung didefinisikan?

Yayasan Karyawan yang diterajui Datuk Hassan Ahmad mendekati ciri-ciri yang digunakan oleh Bloom. Cuma kita tidak mencirikannya kepada karya berbentuk teokratik, aristokratik, demokratik dan 'chaostik'. Mathnawi yang dihasilkan oleh Jalaluddin al-Rumi merupakan sebuah karya agung Islam (yang dihasilkan oleh manusia) yang mempengaruhi aliran kerohanian di dunia Islam dan juga Barat sehingga kini.

KITA TIADA KARYA AGUNG?

Ada, sangat banyak. Antaranya Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Cerita Lipur Lara, dsb. Telah dan sedang diterjemahkan ke dalam bahasa asing oleh Institut Terjemahan Negara, sedang ditransliterasikan oleh Yayasan Karyawan.


APAKAH YANG KURANGNYA DENGAN KARYA AGUNG KITA?


Tiada apa-apa yang kurang. Ciri-ciri keintelektualan, peradaban, kesejagatan, estetika, terdapat dalam karya-karya kita. Cuma kurang terdedah kepada dunia luar disebabkan masalah komunikatif.


Tiga antara 'talking point' yang dibawa ke dalam Hujah (TV3). Gua tak ada di kaca tivi. Yang dibawa ialah kepala gua. Selebihnya akan digoreng oleh big bos gua.

Monday, 8 November 2010

Gua. Sangat. Letih.

Gua. Sangat. Letih.
Sangat. Letih. Gua.

Dia kata. Shower dengan air panas. Segelas susu suam.

Gua. Shower dengan air panas. Di kamar mandi gua, ada pemanas. Tapi di atas meja gua, tiada susu suam.

Kerana. Dia berpaling. Dan pergi tanpa baris-baris kata.

Thursday, 4 November 2010

Walau Lautannya merah, gua tetap berbaju hitam.

Petang itu, petang Sabtu. Gua ada 2 agenda. Tapi gua harus memilih satu sahaja. Hanya satu. Tidak boleh kedua-duanya [memang terlalu banyak perkara di dunia ini yang tidak membenarkan kita mengambil kedua-duanya].

Agenda pertama : Jamming di One Cafe. Ada Rosli Mohalim. Brader yang main gitar dengan Sweet Charity. Gua tak pernah tengok Brader Rosli perform. Gua hanya tengok Brader Rosli goreng gitar dalam youtube sahaja. Sangat hebat! Dalam hati gua, gua kata "Gua nak tengok".

Agenda dua : Final Piala Malaysia. Red Warrior pasukan negeri gua. 89 tahun menunggu mau membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Ada dua agenda. Tapi gua harus memilih satu sahaja. Tak boleh kedua-duanya. Kalau gua memilih Rosli Mohalim, gua harus korbankan Red Warrior.
Kalau gua memilih, Red Warrior, gua harus korbankan Rosli Mohalim.

Gua hanya boleh memilih satu sahaja. Tapi gua ada kedua-dua pass untuk kedua-duanya.

Koma,

Kawan gua telefon. Dia mahu tengok Red Warrior di Bukit Jalil. Tapi gua kata gua mungkin ke One Cafe. Gua tak mahu ke Bukit Jalil.

"Jomlah, gua dua orang sahaja. Dua orang tak syok. Kalau lu ada, ada tiga orang. Tiga lagi syok," dia kata.

Gua kata, manusia melaut di Bukit Jalil, mana boleh jumpa.

"Gua tunggu lu dekat orang jual mercun. Walau apapun gua tunggu lu. Apa-apa yang terjadi pun, gua tunggu lu", dia kata.

Perggghhhh.... dia kata walau apapun sanggup tunggu gua. Macam orang bercinta!

Dan, gua jenis yang cepat percaya. Bila dia kata macam tu, bagi gua itu janji. Dan bila kata "ok, gua jumpa lu kat sana", gua juga telah mengikat janji.

Gua korbankan Rosli Mohalim. Gua memandu ke Bukit Jalil.

Di Bukit Jalil, manusia memang melaut. Semua pakai baju merah. Semua pakai rambut palsu merah. Semua bawa bendera merah.

Dalam lautan manusia, gua menekan henfon, mencari kawan gua yang "Walau apapun gua tunggu lu. Apa-apa yang terjadi pun, gua tunggu lu". Tapi, hampeh, tak berjawab.

Sambil sibuk menekan henset dan lagi dan lagi dan lagi, gua juga sibuk melihat awek-awek dengan balak masing-masing dan lagi dan lagi dan lagi.

Tapi, sampai ke sudah, nombor yang gua tekan tak berjawab.

Gua tetap tunggu. Kot-kot kawan gua yang "Walau apapun gua tunggu lu. Apa-apa yang terjadi pun, gua tunggu lu" akan call gua.

Tapi tiada.

Pintu stadium dibuka. Lautan manusia berbaju merah berpusu-pusu masuk.

Gua tetap menunggu, kot2 kawan gua menelefon gua. Tapi tiada.

Akhirnya, gua tiada pilihan. Gua pun masuk ke dalam stadium 'seorang diri'.

Dalam stadium, gua duduk dicelah-celah lautan manusia berbaju merah.

Dalam lautan itu hanya gua yang tidak berbaju merah. Gua berbaju hitam. Gua berbaju hitam sebab nak ke One Cafe. Tapi terbabas ke Stadium Bukit Jalil demi seorang kawan yang "Walau apapun gua tunggu lu. Apa-apa yang terjadi pun, gua tunggu lu"

Atas kerusi plastik, gua kata dalam hati :
Sebenarnya memang senang untuk berkata "Walau apapun gua tunggu lu. Apa-apa yang terjadi pun, gua tunggu lu". Tapi amat susah untuk mengisinya. Dan gua, seperti biasa yang tersangat percaya pada janji akhirnya terperangkap dalam janji yang dibuat itu....

Monday, 1 November 2010

Manusia untuk Dilelong!

Dua kali....D.U.A. kali calon YB Batu Sapi terjunam baik punya ke dalam air. Bagi gua, gua tak melihat terjunan gaya bebas dari calon itu sebagai petanda atau apa. Bagi gua, itulah kehidupan orang-orang di sana. Mungkin betul jambatan itu sudah uzur. Maka kalau itu sebabnya, maka gua nak kata macam ni : "P*****k punya YB dulu! Jambatan yang digunakan rakyat pun tak boleh nak baiki ke? Beli moto besar boleh pula? ".

Tapi kalau jambatan itu runtuh bukan disebabkan keuzuran, maka sudah tentulah jambatan itu patah kerana bakal2 calon YB amat terlebih rajin ke sana. Yang berkepala botak, bersinar2 kepala dan dahinya di suluh cahaya matahari. Yang berambut rebonding yang selama ini takut dengan cahaya matahari yang garing pun, berpeluh-peluh habis coli mahalnya semata-mata nak bersalam dengan rakyat. Yang berambut putih pun, gua rasa semakin ketat songkok di atas kepalanya. Mamanda Timbalan pun ikut sibuk pegi sana.

Sebelum ini, sebelum YB itu mati, kenapa tak masuk sini? Baru sekarang masing-masing sibuk meniti jambatan. Tabur duit, macam tabur dedak untuk anak-anak ayam yang kelaparan. Macam apek siram air kencing atas batas sayuran mereka!

Bagi gua, sesiapa yang menang dan jadi YB, gua peduli haper? Gua tau, kalau sesiapapun yang menang, orang-orang Batu Sapi tetap akan begitu. Generator set di sana tetap akan mengeluarkan asapnya yang berkepul-kepul. Para nelayan akan tetap pergi ke laut. Yang kerja kuli di kilang papan pun tetap akan jadi kuli. YB baru yang menang, gua tau tak akan bina rumah atas ais di kampung Gas. Mereka tetap akan duduk di mahligai di Kota Kinabalu. [Apa kejadahnya YB Batu Sapi duduk di KK!]

Cuma, kalau asoi PBS tu yang terpilih menjadi YB, kemudian pergi ke parlimen....gua nak tanya: Boleh ke asoi tu berdebat? Cakap Melayu pun tah apa-apa, tergagap-gagap. Apek berkepala botak tu pula bercakap tentang "Sabah for Sabahan", bengong punya apek! Cari la tag line apek oiii!!!

Kepada semua yang bertanding, sudah-sudahlah melelong manusia. Kalau kamu semua bodoh, jangan heret orang lain pun masuk ke dalam kumpulan bodoh kamu. Selepas kamu menang, kamu akan *pling* hilang ghaib dari Batu Sapi. Kamu akan menjadi salah seorang borjouis yang akan makan apa-apa sahaja yang kamu suka, sedangkan orang-orang di Batu Sapi terus menadah air keruh dari paip di dapur rumah masing-masing.

Monday, 25 October 2010

Hari Ini Gua Hidup dalam Dunia yang Aman.

Dia kata lagi:

When you keep saying you are busy, then you are never free.
When you keep saying you have no time, then you will never have time.

Tapi masalahnya, memang gua tidak ada masa yang banyak.

Nak conteng blog pun tak sempat, walaupun banyak benda sedang bersesak-sesak di dalam kepala gua!

Monday, 18 October 2010

Bingo!

Dalam inbox emel gua, dia meninggalkan pesan:

Don't let someone become a priority in your life, when you are just an option in their life.

Yeahaa... you damn right!

Saturday, 16 October 2010

Selamat Datang Seluar Dalam ke Dalam Lemari Gua!

Ada menara 100 tingkat tak lama lagi. Macam KLCC, orang-orang di Kinabatangan hanya mampu melihat menara itu dalam gambar sahaja nanti. Ongkosnya ratusan juta ringgit tentunya tidak akan masuk ke dalam geluk beras orang-orang di Telupid. Tentunya akan mengalir laju ke dalam poket orang-orang yang sudah sedia berduit dan berwang. Maka bertambah buncit perut para 'beruang' yang sudah sedia buncit!

Bagi gua, 2011 gua dapat beli seluar dalam banyak-banyak. Mungkin lepas ini akan ada beberapa helai seluar dalam berwarna pink dalam koleksi gua! Maklumlah, harga seluar dalam akan menjadi semakin murah. Terima kasih yer brader Najib, sebab 'anugerahkan' seluar dalam untuk gua!

Wednesday, 13 October 2010

Wahai peminta sedekah! Wahai Gelandangan! Wahai Pelacur! ...Berdoalah untuk Gua...

Gua rasa, gua ni jenis keras hati yang lembut hati. Dua unsur bertentangan yang bersatu menjadi kembar dalam naluri gua. Gua, kalau inginkan sesuatu, gua akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Kalau gua berhenti di tengah jalan, maknanya naluri gua memberi isyarat yang objek yang gua kejar itu bukannya sesuatu yang terbaik yang harus gua kejar. Tapi kalau gua tahu itu yang terbaik, maka gua sudah tidak hiraukan lagi sama ada harus bertarung dengan Sang Rawana mahupun Naga Keramat Berkepala tujuh, gua mesti mendapatkannya.

Acapkali juga, gua di datangi oleh manusia-manusia yang menghulurkan tangan sambil mengatakan yang dia kekurangan 2 ringgit untuk dibuat tambang pulang. Gua tahu, itu semua adalah helah semata. Tapi selalunya gua akan penuhkan juga hajat orang-orang tersebut untuk mendapatkan 2 ringgit. Gua tahu dia menipu. Tapi gua berikan juga. Bagi gua, soal dia menipu ialah urusan dia dengan Tuhan. Gua tak boleh kata yang dia akan masuk neraka. Cuma gua selalu berharap, agar Tuhan memberikan gua pahala dan sekaligus rahmat-Nya kerana gua tiada niat apa-apa pun melainkan bersedekah sahaja. Saban minggu setiap hari Jumaat, gua akan memperuntukkan beberapa ringgit duit seringgit-seringgit untuk diagihkan kepada beberapa orang peminta sedekah di pintu pagar masjid.

Bahkan juga, di simpang lampu isyarat dekat rumah gua, gua juga selalu menurunkan cermin kereta dan menghulurkan seringgit atau kadang-kadang sebatang rokok kepada seorang lelaki cina. Setiap hari, tak kira panas atau hujan, lelaki cina itu setia berada di simpang lampu isyarat tersebut. Setiap kereta yang berhenti sementara menunggu lampu hijau, dia akan mengetuk cermin untuk cuba menjaring rezekinya. Selalunya dia tak pernah diberi apa-apa oleh para pemandu yang sedang enak berada di dalam kereta. Apabila dia tidak diberikan apa-apa, lelaki cina itu tak pernah marah. Tapi gua tau dia sangat kecewa. Kalau gua berkongsi rezeki dengan dia, sama ada memberikannya seringgit, ataupun sebatang rokok, wajahnya nampak gembira. Dia akan merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya sambil berdoa. Gua tak kisah dia nak berdoa dengan cara tersebut. Cuma gua harap dia juga berdoa untuk kesejahteraan gua. Lagipun Tuhan lelaki cina itu dengan Tuhan gua adalah sama sebenarnya.

Beberapa malam yang lalu, gua berhenti di sebuah 7-11 untuk membeli sebungkus rokok di Jalan Petaling. Sebaik keluar dari 7-11, menyusuri kaki lima untuk pergi ke kereta gua, gua ditegur oleh seorang wanita pertengahan usia. Mekapnya sangat tebal dengan bau perfume yang menusuk hidung. Gua tahu, wanita itu ialah seorang pelacur yang sudah lama memasuki ke alam tuanya. Tapi dia masih lagi melacurkan dirinya. Dan gua tak pernah memandang hina dan jijik terhadap makhluk Tuhan yang seperti ini. Gua tau ada ceritanya mengapa dia menjadi begitu. Apabila dia menyapa gua, gua berhenti. "20 ringgit" dia kata. Itulah harga untuk dirinya. Gua mengambil dompet dari seluar jeans lusuh gua, dan memberikannya 30 ringgit. Gua kata, "kalau akak belum makan, kakak pergi makan dulu." Kemudian gua berlalu. Semasa gua berada beberapa langkah di hadapannya, meninggalkannya yang kaku di kaki lima, gua terdengar dia berkata, "terima kasih dik. terima kasih banyak-banyak". Dan gua harap, dia juga turut berdoa untuk kesejahteraan gua.

Monday, 11 October 2010

Setelah sekian lama, maka gua kata "Hello!"

Gua ada. Cuma gua tak menconteng sahaja. Ada yang kata gua cuba sembunyi. Dan gua menjawabnya dengan:

HA! HA! HA!

Gua tak sembunyi. Gua bukan dari kelompok yang sembunyi dan hilang tiba-tiba tanpa melaungkan sebab! Bagi gua, orang yang bersembunyi dan kemudian hilang tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya ialah seorang manusia yang daif dan naif. Orang yang sebegitu bagi gua ialah orang yang takut berhadapan dengan hakikat kehidupan. Walaupun kadang2 orang yang sebegitu sangat petah mengatur bicara, tapi bicaranya hanyalah sekadar butiran kata-kata yang meluncur keluar dari dua ulas bibir yang tak mengerti apa-apa.

Gua sedang marah?
Tidak!

Gua sedang cuba untuk menerangkan kenapa gua seperti "hilang" dari sini. Alkisahnya begini:

Apabila berhadapan dengan teks2 berat, maka gua juga turut menjadi berat dengan masa. Dan gua tak akan bercerita ke sana ke sini dengan berkata "Wah, aku ialah seorang manusia yang sibuk!" Bagi gua, tugas ialah amanah. Amanah harus disempurnakan. Perkataan 'sibuk' hanyalah retorik semata-mata. Tiadapun yang lebih dari itu. Gua tak perlu sembunyi dan menghilangkan diri gua di sebalik perkataan 'sibuk' itu. Cuma, apabila gua menurunkan tanda tangan tanda persetujuan dengan amanah ini, dengan jawatan ini, dengan bayaran yang sekian-sekian banyaknya ini, maka gua sedar apa yang harus gua lakukan dan apa pula yang harus gua korbankan. Dan hukum tabii memang beginilah. Apabila kita diberikan sedikit jawatan dan sedikit bayaran upah yang agak lebih, maka amanah kita juga akan turut bertambah. Dengan kata lain, mungkin rezeki gua sedikit bertambah, tapi gua akan kekurangan dari segi lain. COntohnya, gua sudah tidak berkira untuk membeli gajet untuk Ibanez gua lantaran gua mempunyai sedikit lebihan rezeki, tapi gua kekurangan waktu pula untuk memetiknya.

Cuma yang tak berbedanya ialah, setiap malam gua akan berada di gerai-gerai makan untuk menikmati hidangan malam sambil mendengar deruan kenderaan dan kadang-kadang melihat bintang2 di langit. Dan kemudian hanya pulang untuk bermain dengan mimpi sementara menunggu fajar siddiq muncul lagi esok harinya.

Kalau gua masih mampu membuka mata besok pagi, gua panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana masih lagi memberi peluang untuk gua meneruskan hidup untuk sehari lagi.

Wednesday, 8 September 2010

Salam untuk Maaf

Mungkin hari-hari yang lewat telah menyisakan sebersit kenangan yang tak terlupa…..,ada salah, ada khilaf, ada dosa yang mengikuti perjalanan hari – hari itu.
agar tak ada sesal, tak ada dendam, tak ada penyesalan …gua mohon maaf dari semua.

Wednesday, 1 September 2010

Kelainan dude...kelainan!

Tahun ini, gua rasa nak cipta kelainan. Gua ingin beraidil fitri di kota ini, seorang diri. Gua nak menyedut udara kota di tengah2 jalan di hadapan Dataran Merdeka yang kosong dan lenggang.

Bukan senang mau menjadi seorang diri di tengah kota yang selalu padat dan kering ini. Inilah masa yang sesuai untuk gua melakukannya.

Monday, 30 August 2010

Aduh Saleha....!!!

Bila tesis PhD ini perlu gua cernakan dalam masa 2 minggu, maka blog ini akan didatangi lelabah. Dan lelabah yg datang itu akan bebas menjaring sutera dari bontot kembungnya membina jaringan sesawangnya. Maka terperangkaplah habuk, lalat, unggas kecil di situ.

Dude, gua ada...cuma gua baru kenal dan sedang bercinta asyik mahsyuk dengan awek bernama Bizi...

*pling*

Monday, 23 August 2010

Demmit!!

"Dude, lu rindu dia?" tanya dia.

"Nihil!" kata gua.

Dan, dia keluar dari bilik gua.

Demmit, gua sakit bila berbohong!!

Thursday, 19 August 2010

Selamat Berpuasa, D.O.K.

Lagi seminggu mahu berhari raya. Orang lain semua sedang sibuk membuat persiapan menyambutnya.

Tapi gua berada di atas katil besi, bercadar putih, bersarungbantalkan warna putih.
Gua berada di DOK. Hujung kaki gua yang patah, terasa sangat berdenyut. Di antara jari ibu kaki dengan jari kedua kaki gua pula, kena jahit.

Pagi-pagi lagi, seorang jururawat membawa ubat. Dia minta gua telan ubat itu. Tapi gua mahu berpuasa. Kalau setakat patah jari kaki, dan luka-luka pada tangan dan lengan, gua rasa gua tak akan nazak kalau berpuasa pun.

Gua biarkan ubat itu di atas meja.

Kemudian, datang jururawat. Dia kata:
“Kenapa kamu nda makan ubat lagi?”
“Saya puasa,” balas gua.
“Nda boleh, kamu kena makan ubat. Nanti doktor nda kasi kamu discaj,” dia kata.
Gua fikir dalam hati, “Pehal la makcik misi ni main ugut-ugut tak boleh keluar hospital. Macam la gua ni budak-budak yang belum bersunat!”
Kemudian makcik misi tu pot! pet! pot! pet! pot! pet! marahkan gua kerana gua degil tak mahu makan ubat.
Gua baringkan badan gua menyiring. Bantal bersarung putih, gua tekapkan pada telinga. Antara dengar dengan tidak, telinga gua masih lagi menangkap pot! pet! pot! pet! pot! pet! makcik misi itu.
Gua masih lagi tak peduli. Gua tak mahu telan ubat. Gua mahu puasa.

Kemudian, apabila gua tak dengar lagi pot! pet! pot! pet! pot! pet! pelan-pelan gua membuka bantal yang gua gunakan untuk menekup telinga dan muka gua. Makcik misi tu dah blah.

Gua menyandarkan badan gua pada besi katil. Seorang misi lain datang. Kali ini yang lebih muda.
“Cigu nda makan ubat ka?” dia tanya. Lembut dan merdu suaranya masuk ke dalam telinga gua.
Gua geleng-gelengkan kepala.
“Kenapa?” dia tanya.
“Saya nak puasa,” jawab gua.
Misi yang muda itu senyum.
“Kalau cigu mau puasa, cigu puasalah,” dia kata.
Gua senyum.
Misi yang muda itu membetul-betulkan cadar putih katil gua yang berkerenyut.

“Macam mana kamu tau saya cikgu?” tanya gua
“Saya pernah jumpa cigu dulu,” dia kata.
“Errrr…?” kata gua.
“Adik saya bersekolah di SMK. Masa saya pergi ke SMK, saya pernah nampak cigu,” dia kata.
“Oh…” kata gua.

Kemudian di pergi sambil tersenyum manis. Tiba-tiba gua rasa, gua nak jumpa doktor. Gua nak minta kebenaran daripada doktor supaya jangan discaj dari wad!

Nasib baik waktu itu henfon masih lagi dalam kategori barang mewah yang berharga mahal dan tidak ramai lagi yang mempunyai henfon. Kalau tidak, gua sudah usha dia punya nombor henfon….ahaaakkkkssss!!!

Tiga hari kemudian, gua keluar DOK dengan bertopangkan tongkat di ketiak, dan untuk sebulan seterusnya gua bertongkat di ketiak mendaki tangga untuk ke Enam Atas 1 dan Enam Atas 2.

[Henfon Erikson dengan jam tangan Bonia gua hilang masa gua eksiden. Hampeh betul!! Waktu itu hanya ada Mobikom (018) sahaja di Sandakan. Dan gua masih lagi mempunyai hutang bil yang tak bebayar dengan Mobikom. Bukan gua tak mau bayar, tapi Mobikom sudah bungkus beberapa tahun yang lalu]

Wednesday, 18 August 2010

Friday, 13 August 2010

Sudah Tiada

Sudah tiada
federal highway
sudah tiada
kelang lama
sudah tiada
old town
sudah tiada
jalan templer

gua tinggalkan
semua untuk menjadi kenangan

dunia gua dunia baru
kerana setelah terlalu penat berlari
tanpa melihat sebarang titik hujung
adalah lebih baik
beristirahat dan bersenda seloka
sambil melastik kejora di langit ketujuh.

Thursday, 12 August 2010

Cokelat

Ketika itu, hari sudah mahu senja. Gua masih lagi kebosanan di katil, DOK. Tadi petang pelajar-pelajar gua datang. Gua berpung! pang! pung! pang! dengan mereka sehingga mereka sendiri yang terpaksa blah dari katil gua sebab masa melawat telah hampir tamat. Lagipun mereka juga perlu bersungkai.

Malam itu, gua terkelip-kelip atas katil. Seorang misi datang. Di tangannya ada cokelat yang dipakejingkan dalam bekas alumunium (?) nipis berwarna merah. Misi itu meletakkan cokelat di atas meja gua.

“Ada orang minta tolong bagi sama cigu,” dia kata.
“Siapa?” gua tanya.
“Tak tahu, lupa pula mau tanya dia punya nama,” dia jawab.
Gua diam sambil memandang cokelat itu.
“Dia pakai uniform sekolah, kain warna purpe,” dia bagi tau lagi.
Bila misi itu cakap ‘kain purple’ memang gua tahu, itu memang pelajar gua. Masa itu hanya pelajar tingkatan 6 SMK Sandakan sahaja yang memakai kain purple.

Tapi sampai sekarang gua tak tahu siapakah pelajar gua yang telah memberikan cokelat tersebut dan mengapa hanya diberikan kepada jururawat untuk disampaikan kepada gua, dan tidak dia sendiri yang berbuat demikian.

Tuesday, 10 August 2010

Brickfield punya Cerita

Malam itu, gua dengan member gua menonton Portugal melawan Brazil di sebuah gerai, di Brickfield. Gerai itu hanya terletak di kaki lima sahaja. Beberapa buah meja diatur berderet-deret. Jalan Thambi Pillai [kalau gua tak silap namanya] agak padat kerana banyak kereta yang diletakkan di bahu jalan, kanan dan kiri. Dari dua lorong, jalan itu bertukar menjadi satu lorong sahaja.

Di gerai itu, gua suka nasi lemaknya. Nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Ada telur, ada sambal ikan bilis, dan boleh ditambah apa-apa lauk jika lu mahu. Bagi gua yang suka bergelandangan di kaki lima, gerainya gua kelaskan sebagai menyediakan nasi lemak enak bertaraf 5 bintang!

Gua ambil sebungkus nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang itu. Gua padankan dengan nescafe o suam kurang manis. Member gua ambil dua nasi lemak daun pisang. Alang-alang makan, biar makan bersungguh-sungguh, dia kata kat gua. Bila gua tengok perut dia, barulah gua tahu kenapa perut dia agak menjurus ke arah perut para ibu mengandung sulung.

Gua kunyah dan telan nasi lemak itu pelan-pelan. Sambil mengunyah, gua tengok Portugal dengan Brazil yang bermain macam pasukan Pantai Dalam FC lawan Kampung Datuk Harun FC. Hampeh!! Mentang-mentanglah dua-duannya dah layak masuk pusingan kedua, diorang main macam jantan-jantan sakit telur!

Gua sudah gelisah. Rasa bosan mula datang. Gua tengok member gua. Dia asyik lagi mengunyah nasi lemaknya. Gua melemparkan pandangan gua ke seberang jalan. Mula-mula tiada apa-apa yang menarik pada pandangan gua. Tetapi makin lama gua memerhati ke sana, gua mula menangkap sesuatu yang agak ‘istimewa’. Di depan jajaran sebuah bangunan dua tingkat yang tertutup rapat, ada dua orang lelaki cina. Sesekali mereka membuka pintu yang berkunci, dan keluarlah beberapa orang lelaki dari dalamnya. Kemudian, ditutup lagi. Kemudian ada beberapa orang lelaki lagi yang datang. Bercakap-cakap sekejap, beberapa saat saja gua rasa. Pintu dibuka oleh lelaki cina itu, dan lelaki yang baru datang terus masuk ke dalamnya. Hampir 15 minit gua memerhati. Dan aksinya semua sama. Buka pintu, tutup pintu.

“Dude, apa cina tu buat? Jual dadah ke?” gua tanya member gua.
Member gua berpaling ke arah bangunan yang sedang gua perhatikan.
“Oh, yang sana tu. Bukanlah. Mereka bukan jual dadah. Mereka jual manusia. Mereka jual ayam,” kata kawan gua.

Gua masih bingung-bingung. Memang gua tau dulu tempat itu adalah tempat persundalan murahan. Semua orang tau itu. Tapi semenjak polis membuat serbuan besar-besaran beberapa bulan yang lalu, premis itu sudah seperti tidak beroperasi. Beberapa kali juga gua menikmati nasi lemak daun pisang di sana, dan gua sudah tidak nampak sebarang aktiviti negatif lagi di sana. DBKL datang meroboh bilik-bilik yang ada. TNB memotong bekalan elektrik. SYABAS pula memotong bekalan air. Segala perabut dan peralatan dirampas dan dipunggah oleh DBKL. Polis pula sibuk memunggah ayam, bapak ayam dan beberapa orang pelanggan yang tak bertuah ke dalam black maria. Itu yang gua tahu. Itu yang ditunjukkan dalam televisyen dan akhbar.

“Masih ada lagi ke ayam-ayam kat situ?” gua tanya bodoh-bodoh.
Member gua tak terus menjawab. Dia menyedut teh aisnya dahulu. Lepas tu dia kata, “Jom, kita masuk sana. Kita tengok sendiri!”.
Gua mengelip-ngelipkan mata gua, tak terkeluar kata-kata.
“Kita masuk ke sana. Kita tengok sendiri. Daripada mendengar cerita orang, lebih baik kita yang tengok sendiri. Dalam jurnalism, ini yang dikatakan sebagai sumber pertama” member gua kata. Bersungguh-sungguh.
“Engkau biar betul bro! Nanti tak pasal-pasal kita kena henjut kat cina-cina tu,” gua kata. Gua sangat ragu-ragu.
“Hahahaha…kau jangan risau. Aku penah cover cerita kat situ. Aku jamin kita selamat,” kata member gua. Nampak yakin benar dia.
Bila member gua tanya, “mahu?” gua antara bimbang dan rasa ingin tahu, tidak dapat memberikan jawapan yang konkrit.

Selepas membayar nasi lemak daun pisang [kawan gua yang belanja sebenarnya sebab dia yang bersungguh-sungguh], gua dengan dia menuju ke arah premis yang menjadi tanda tanya gua. Dalam dada gua, jantung sedang mengepam darah dengan lebih laju. Bunyi dup! dap! dup! dap! jantung gua seperti terdengar ke seluruh kaki lima. Bermacam perasaan ada. Takut, sudah pasti. Yang lain-lain, rasa bimbang [takut kena henjut kat cina atau balaci-balaci durang]. Rasa risau [kot-kot ada serbuan dan tak pasal-pasal muka gua keluar dalam Buletin Utama TV3].

“Lu rileks bro. Buat macam kita dah biasa,” pesan member gua. Gua masih tiada kata-kata.

Sesampai di depan pintu premis yang ‘misteri’ itu, dua orang cina memandang gua dengan kawan gua atas bawah.
“Ada amoi?” kawan gua tanya. Selamba badak jer muka dia. Gua masih lagi tak ada kata-kata.
Lelaki cina yang nampak agak muda memandang rakannya. Rakannya itu mengangguk kepala seperti memberi isyarat untuk membenarkan gua dan member gua masuk ke dalam. Kemudian pintu dibuka. Member gua masuk. Gua ikut dari belakang. Sebaik gua masuk, pintu terus ditutup rapat. Kemudian terdengar pintu itu dikunci dari luar.

Gua masih lagi di belakang member gua. Dari bawah, gua nampak ada cahaya lampu berwarna merah. Member gua terus mendaki tangga. Gua masih di belakangnya. Masih lagi berdebar. Sesampai di atas, gua lihat sudah ada beberapa orang lelaki. Gua fikir, mungkin pelanggan. Kemudian seorang lelaki cina menyapa gua dengan member gua.
“Amoi cantik-cantik,” dia kata.
“Kitorang tengok-tengok dulu yer bos,” kata member gua.
“Boleh..boleh…” cina tu kata.
Kemudian gua mengekor member gua lagi. Kami menyusuri bilik demi bilik. Hanya diperbuat daripada plywood, gua rasa.
“Yang ini 30 ringgit. Yang itu 40 ringgit. Yang sana 50 ringgit” cina itu kata.

“Macam mana? U angkat yang ini la. Tak ada sombong punya,” kata cina itu sambil memandang seorang ‘ayam’. Member gua geleng-geleng kepala. Gua pun ikut sama geleng-geleng kepala.

Gua dengan member gua berjalan dari hujung ke hujung. Rasanya ada lebih kurang 10 bilik semuanya. Pada setiap bilik ada seorang perempuan di situ. Senyum-senyum memandang gua dengan kawan gua.

“Tak ada yang cun ke towkey?” member gua tanya.
“Ada lagi yang belum datang. Besok diorang datang,” balas cina tu.
“Kalau macam tu, kitorang datang besok la. Takder yang cun ni,” kata member gua. Gua tau, itu kata-kata dia untuk melepaskan diri.
“Lu angkat la satu dulu. Besok lu datang lagi,” kata cina itu.
“Macam mana mau angkat, kalau tengok pun tak stim,” jawab member gua.
“Takper la towkey. Kitorang datang besok ar,” kata member gua.
“Boleh…boleh..” balas cina tu.

Kemudian, gua dan member gua menuruni tangga. Masa menuruni tangga itu, kaki gua mengeletar. Memang sangat-sangat menggeletar. Gua terpaksa memegang pemegang besi untuk turun. Kalau member gua nak gelakkan gua sebab gua mengeletar hebat, gelaklah. Gua tak kisah, sebab memang gua takut.

[Gua, kalau orang cakap kat jmana-mana ada hantu, gua tak heran. Masa gua masih lagi kanak-kanak, setiap malam gua akan berjalan di atas kuburan seorang diri. Waktu itu, gua dipaksa oleh bapa gua untuk bersolat jemaah di surau. Dan gua selalunya akan mengambil jalan pintas untuk cepat sampai di sana. Jalan pintas itu ialah melalui kuburan. Sampai sekarang pun gua tak takut untuk berada di kuburan seorang diri pada waktu malam. Gua memang dari spesies yang tak ambil pot pada segala jenis hantu.]

Tapi malam itu, di premis persundalan tegar yang paling tua di ibu kota [lorong Haji Taib pun gua rasa dah tapau], gua memang betul-betul takut. Dan gua terpaksa duduk-duduk sekali lagi digerai nasi lemak sambil menghirup segelas nescafe o kurang manis untuk menghalau getaran yang sedang melanda kedua-dua belah kaki gua.

Nota tumit kaki: Beberapa kesimpulan yang dapat dibuat daripada pemerhatian gua yang sekejap itu:
1. Persundalan memang sangat susah dibenteras, selagi ada permintaan maka penawaran akan tetap berlaku. Walaupun beberapa kali diserbu, ditangkap, diangkut, dibicarakan,dan dihukum, namun aktiviti negatif ini terus berjalan. [Mungkin Awang Adek sedang berkira-kira untuk mengeluarkan lesen bagi mewujudkan persundalan yang halal di sini, sama seperti judi halal untuk bola sepak dan dia akan menggunakan alasan yang sama : untuk memudahkan kawalan]

2. Perempuan-perempuan yang menjadi ayam itu, gua rasa dijaga oleh satu sindiket. Dan gua juga berasa yang mereka dipaksa untuk menjadi ayam. Sebab apa gua katakan begitu? Cuba bayangkan, katakanlah setiap pelanggan perlu membayar 40 ringgit, berapa pula agaknya yang akan diperoleh oleh perempuan2 itu. Sudah pastinya mereka tidak akan mendapat 40 ringgit terus masuk ke poket mereka Akan ada bahagian untuk bapak ayam, harga bilik, dan sebagainya. Gua rasa, paling kuat pun mereka mendapat tidak lebih daripada 20 ringgit untuk seorang pelanggan. [kalau ayam di Bukit Bintang yang paling murah dibayar RM 140, mereka akan memperoleh RM 80 hingga RM90 dan yang selebihnya untuk dibayar kepada ‘tauke’]Adakah perempuan yang masih lagi dalam kategori muda [20-an, gua rasa] sanggup untuk mengangkang kepada mana-mana lelaki pada harga 20 ringgit jika tidak dipaksa?

3. Sebelum ini gua selalu diberitahu yang pengunjung ke tempat persundalan di Brickfield adalah dari kalangan buruh asing seperti Bangla, Indon, Vietnam, Myanmar, dsb. Namun, apa yang gua perhatikan, muka-muka yang berkunjung ke sini ialah seperti orang tempatan, tidak pula ternampak muka warga asing di sini. Dan ramai juga yang datang ke sini dengan kereta import. Maknanya, tempat persundalan ini turut dikunjungi oleh golongan lelaki yang agak berduit.

4. Tiada kesungguhan yang hakiki pada pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti persundalan. Sebabnya, tentunya mereka tahu yang aktiviti dijalankan semula. Mengapa tidak menggempur tempat ini secara tekal dan membuat pemerhatian secara berkala. Maka, gua pun tertanya-tanya : apakah benar ada pihak-pihak yang ‘di sana’ melindungi aktiviti ini?

5. Muka-muka yang gua tengok mengunjungi tempat itu ramai muka yang berkaler sawo matang. Perempuan-perempuan yang mencari makan di situ juga bersawo matang. Tetapi yang mengaut untung di sana ialah yang berkulit putih kuning dan bermata sepet.

6. Selama ini gua membayangkan satu pemandangan yang busuk, hamis, berselerakan, bumbung yang penuh dengan sesawang, lantai yang berlumut dan sebagainya. Gua juga membayangkan perempuan yang berada di sana dalam kategori low class, tak cantik, berusia, memakai pakaian murahan. Tetapi ternyata apa yang ada di situ [setelah melihatnya dengan mata sendiri] tidak seperti yang selalu gua gambarkan. Tidak seperti yang diceritakan oleh media. Mereka tetap manis, muda dan bergaya dengan pakaian yang berjenama.

Monday, 9 August 2010

Kosmetik Kehidupan

[i]

Di sana, dia kata tali gitarnya putus. Gua senyap dan diam sahaja.

Di sini, beberapa jam kemudian, tali gitar gua pula yang putus.

Ah, kebetulan yang berlaku lagi sekali!

Gua ganti sendiri tali yang putus. Untuk malam itu, gua masih lagi sempat untuk menghabiskan ritma yang tergendala.

Kemudian, malam besoknya, tali gitar gua putus lagi.
Di sana, dia kata dia belum sempat menggantikan tali gitarnya yang putus. Sangat sibuk, kata dia.
“Oh, patutlah tali gitar aku asyik putus. Rupanya kamu belum menggantikan tali gitar kamu,” kata gua via ruang siber.
“Kamu yang tak tunggu aku pergi menggantikan tali gitar,” dia balas, via ruang siber.
“Hahahahaha…jarak sangat jauh untuk aku menunggu kamu,” balas gua.

Kemudian senyap.

[ii]

Gua terfikir mungkin Elixir yang gua gunakan tidak mampu menahan pick gitar yang bergerigi [akhir-akhir ini gua dalam keasyikan menggunakan pick gitar yang bergerigi lantaran kesan tonenya yang lebih bagus, seperti menggunakan 12 tali]. Kali ini gua terfikir untuk menggunakan Ernie Balls. Mungkin lebih lasak. Dan mungkin tonenya sebagus yang dijana Elixir.

Sebaik sahaja langit menjadi gelap, gua memandu ke arah Bukit Bintang. Ada satu music store di sana. Gua bercadang untuk ke sana, menggantikan tali gitar gua sambil melihat-lihat gitar yang dijual.

Seperti biasa, Bukit Bintang sangat sarat. Kaki lima di Bukit Bintang tidak pernah tiada manusia. Di bahu gua, gitar gua yang berbungkus dengan beg berwarna hitam. Apabila berjalan di kaki lima Bukit Bintang dengan menyandang gitar letrik di bahu, gua seperti seorang pemuzik yang kehilangan kelab!

Di dalam music store itu, gua terserempak dengan Edrie Hashim. Gua angkat tangan gua, dia membalasnya.
“Gua nak amik Epiphone. Diorang sponsor,” kata Edrie. Gua senyum-senyum. Dalam hati, gua fikir, alangklah nikmatnya jika mempunyai nama yang gah. Serba-serbi ditaja.

“Bro…lu dah tau tentang Os?” Edrie tanya gua.
“Tak, gua dah lama tak jumpa dia. Kenapa? Pehal?”. Gua balas. Os atau nama sebenarnya ialah Firdaus, gitaris Republic of Brickfield sebuah kumpulan yang memperjuangkan irama raggae.
“Dia kantoi lagi ?” gua tanya.
“Tak. Dia dah lama clean,” kata Edrie. Matanya merenung gua.
“Os dah meninggal. Sakit paru-paru. Baru semalam. Dia meninggal di Hospital Sungai Buluh,” sambung Edrie lagi.
Gua terdiam.

Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali.

[iii]

Firdaus ini seorang mamat yang genius. Dia antara pelajar yang sangat pintar. Selesai sekolah rendah, dia menyambung pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, sebuah sebolah berasrama penuh untuk anak-anak terpilih. Tetapi Firdaus telah memilih untuk menjadi orang muzik. Dan dia benar-benar memilih muzik sebagai jalan untuk dia meneruskan kehidupan sedangkan kawan-kawan sekelasnya yang lain memilih untuk menjadi pembikin wang.

Tetapi realiti dunia muzik di Malaysia, kalau tiada berita sensasi atau lagu-lagu putus cinta mendayu-dayu, lu tak akan punya ruang untuk bernafas. Lu tak akan ada ruang untuk hidup mewah. Jadi, Firdaus telah memilih untuk menjadi seorang busker. Dia selalu busking di Pasar Seni. Setiap hari dia akan busking di sana.

Kemudian, sekitar tahun 2004 [2005?], gua sering terserempak dengan Firdaus sedang busking di Jalan Alor. Setiap malam dia busking di situ.

Pada suatu malam, gua sengaja menunggu dia habis busking di Jalan Alor. Gua hanya menunggu dia pada jarak yang agak jauh. Jalan Alor seratus peratus diisi oleh gerai orang Cina. Perut babi salai yang bergantungan, bubur katak, asap dan aroma masakan yang entah apa-apa, tidak mahu gua sumbatkan ke deria bau gua.

Selesai Firdaus busking, gua mengajaknya berehat sebentar di sebuah kedai mamak. Firdaus nampak ceria.
“Collection aku bagus malam ni,” dia kata dengan mata cekung yang bercahaya.
Gua melihat Firdaus. Mukanya cekung. Tubuhnya sangat susut. Fizikal Firdaus sangat berbeza.
“Lu main ubat ke?” gua tanya.
Firdaus tak menjawab. Dia hanya bersandar santai. Apabila dia diam, dia sebenarnya sudah memberikan jawapannya. Gua sudah tau jawapannya.
“Kalau gua clean, gua tak akan busking siang malam. Penat. Tapi gua harus mencari sen. Ubat sekarang ni susah mau dapat. Sennya sangat mahal,” Firdaus berkata dengan suara yang sangat mendatar.

“Kenapa? Lu dah tak mau kawan sama gua lagi? Lu jijik dengan gua?” Firdaus tanya tiba-tiba.
Kemudian gua kata, “Lu macam la tak kenal gua,”.

[iv]

Bagi gua, samada lu seorang penagih dadah atau perempuan malam yang berdagang tubuh, gua memandang semua itu sebagai kosmetik satu kehidupan. Lain orang, lain kosmetik hidup mereka. Bagi gua, orang yang menagih bukannya orang yang harus dijauhi dan dipandang dengan penuh kejijikan. Mereka adalah orang-orang yang sedang sakit. Orang-orang yang sakit tidak harus dijauhi. Orang-orang yang sakit harus didekati dan ditolong. Bagi gua penagih dadah seperti Firdaus ini jauh lebih baik daripada para haiwan politik yang sanggup menjual Tuhan demi meraih undi. Penagih dadah seperti Firdaus ini tidak menelan harta rakyat sesuka hati. Orang-orang seperti Firdaus tidak kenal apa itu C4 dan apa itu komisen jualan kapal selam buruk. Orang-orang seperti Firdaus ini tidak tahu meraba punggung perempuan pelayan di restoran mewah.

[Dan tentang perempuan malam, nanti gua ceritakan pada masa yang lain.]

[v]
Firdaus kantoi. Dia kena cekup.
Kemudian dia membaiki dirinya di rumah PENGASIH.

[vi]

Hari ini Firdaus a.k.a. Os pemetik gitar Republik of Brickfield sudah tiada.

Friday, 6 August 2010

Puisi Terakhir

puisi ini puisi terakhir
buat sebuah lautan
kerana ombak waktu
membawa pergi bahasa hati
ketika mentari menjemput pulang
warnanya pada langit senja
kata-kata terkunci
di dasar pantai usia
dan malam menjadi saksi
tenggelamnya sebuah puisi.

puisi ini puisi terakhir
buat sebuah lautan
tapi bukan garis penghujung
sebuah pelayaran.

Monday, 2 August 2010

Bukit Bintang

Berjalan-jalan dan merayau-rayau di Bukit Bintang pada waktu malam, sebenarnya tiada apa-apa yang menakjubkan. Kaki lima yang penuh sesak dengan manusia yang pelbagai raut muka, mendengar pula pelbagai bahasa dari mereka bukanlah suatu perkara aneh, sekurang-kurangnya untuk gua.

Dan pada malam itu, sekadar untuk menjadi peneman kepada seorang kawan, gua telah dengan rela hati menjadi pemandu pelancongnya untuk ke Bukit Bintang. Di dalam kereta dia berkali-kali mengeluh tentang segala urat dan tulang-temulangnya berasa lenguh-lenguh lantaran baru sahaja menamatkan satu pemanduan yang sangat jauh. Manakala besoknya pula dia harus ke KLIA untuk terbang ke seberang Laut China Selatan.

Kemudian merayap-rayap di kaki lima di sepanjang bangunan kedai di Bukit Bintang, gua dengan dia telah dikerumuni oleh para tukang jemput untuk merasa segala jenis urutan. Gua hanya mengeleng-gelengkan kepala apabila dipelawa walaupun sambil berjalan itu tawaran harga untuk khidmat urutan turun dengan mendadak. Dan apabila ditanya oleh kawan gua, bagaimana urutannya, gua hanya mengangkat kedua-dua bahu gua kerana gua tidak tahu. Tapi gua tidak akan berasa apa-apa kalau kawan gua itu ingin mencuba, dan gua tetap akan memilih untuk tidak masuk bersamanya. Bukannya gua seorang manusia yang sangat baik lantas tidak mahu diurut oleh para perempuan, tapi memang gua yang tidak suka akan hal-hal sebegitu. Dan malam itu, gua masih lagi dapat bertahan dan masih lagi tidak tahu apa sebenarnya yang ada di sebalik perempuan-perempuan si tukang urut tersebut. Dan sesuatu yang menjadi persoalan gua ialah, mengapa hanya pejalan kaki daripada kalangan lelaki sahaja yang dihampiri mereka, tetapi tidak pejalan kaki wanita? Bagi gua, gua melihat jawapan daripada persoalan itu ialah ada sesuatu yang sedang ‘bermain-main’ di situ.

Malam itu gua tidak langsung tertarik dengan ajakan si tukang jemput mengurut. Gua lebih tertarik kepada alunan muzik yang dimainkan oleh sekumpulan seniman dari Peru di seberang jalan. Di persimpangan lampu isyarat, di hadapan Maybank, di seberangnya ialah MacD, dan di atasnya jentera monorel yang melintas, gua terpacak mendengar ritma lagu rakyat Peru. Sehabis setiap lagu yang dimainkan mereka, hanya gua seorang sahaja yang bertepuk tangan. Gua tidak peduli, sebab tepukan daripada gua itu ialah sebagai tanda penghargaan gua untuk mereka yang mempersembahkan suatu ritma yang tak pernah gua dengar. Nampaknya hanya gua dan seorang lelaki negro kurus tinggi dan berkepala botak sahaja yang menghargai muzik yang dimainkan mereka. Tapi negro itu rasanya lebih menghargainya kerana dia telah meliang-liukkan tubuhnya menari mengikut ritma lagu yang dimainkan. Dan gua terus terpacak di situ dan menikmati ritma demi ritma.

Kemudian menyusur lagi kaki lima bangunan di sana, menyusur di tepian Low Yat, telinga gua tertangkap bunyi live band. Lagu yang dilantunkan ialah lagu-lagu Melayu 90-an. Gua tertinjau-tinjau dari mana bunyi itu datang. Dan akhirnya gua ternampak tiga orang anak muda dan seorang awek berada di tepi sebuah food court sedang asyik bermain muzik. Bagi gua, ini sesuatu yang sangat menarik; live band di sebuah food court. Maknanya, kalau gua duduk-duduk di situ sambil mencicip segelas nescafe o kurang manis dengan harga seratus dua puluh sen, gua sudah boleh melayan live band sampailah gua boring. Tidak perlu lagi masuk ke kelab dan memesan sejag coca cola yang berharga hampir sepuluh ribu sen!

Dan satu lagi yang sangat menarik perhatian gua ialah, setelah sekian lama gua tertanya-tanya ke mana perginya para tukang urut kaki Melayu, maka malam itu gua sudah tahu jawapannya. Mereka semuanya sudah terlontar ke belakang bangunan kedai dan sangat tersembunyi dan jauh dari pandangan para pelancong. Seingat gua, tiga atau empat tahun yang lepas, para tukang urut kaki Melayu inilah yang mempelopori urutan kaki di kaki lima bangunan kedai di Bukit Bintang. Sambutan daripada para pelancong dan warga tempatan sangat meriah. Ada yang terpaksa berbaris menunggu giliran. Namun kemudiannya, satu demi satu premis-premis di kaki lima itu disewa oleh bangsa Cina dan mereka telah membukanya sebagai pusat urutan kaki. Dan para pengurutnya pula ialah perempuan-perempuan yang entah dibawa dari mana dan entah apa yang diurut mereka.. Tidak lama kemudian, para tukang urut kaki Melayu di kaki lima ini tidak lagi gua nampak, sehinggalah pada malam itu baru gua tahu di mana mereka….mereka terlontar di belakang bangunan kedai lantaran tidak mampu untuk bersaing untuk menyewa premis kedai di segi tiga emas negara. Kadang-kadang gua tertanya-tanya, mengapakah terlalu payah untuk mencari rezeki buat anak-anak peribumi di bumi sendiri?

Selain disapa oleh tukang jemput untuk mengurut berlesen (?), gua juga beberapa kali disapa oleh beberapa orang apek separuh umur yang bertanyakan “Mau amoi? Cantik-cantik, muda-muda. Boleh tengok-tengok dulu”. Para apek separuh umur ini telah menyebabkan gua tertanya-tanya, apakah susah sangat untuk menghapuskan sarang pelacuran di Bukit Bintang? Kalau di Brickfield, pihak berkuasa boleh menyerbu masuk dan memecahkan bilik-bilik yang dijadikan tempat persundalan, memutuskan bekalan air dan elektrik, merampas segala peralatan yang ada di sana, mengapa tidak juga dilakukan perkara yang sama di Bukit Bintang? Mengapa susah sangat? Daripada menembak budak yang memandu kereta pada awal pagi, lebih baik pihak polis menggempur tempat-tempat persundalan di Bukit Bintang. Atau apakah wujudnya perbezaan kelas layanan di sini kerana premis persundalan di Brickfield nampak hamis dan kotor dan lebih dipanjat tangganya oleh para jantan gersang yang berpendapatan rendah. Dengan nilai 30 ringgit hingga 40 ringgit mereka boleh melampiaskan nafsu mereka. Tetapi di Bukit Bintang, berbilik berharwa dingin, tab mandi yang ada pancuran air panas dan air sejuk, tilam yang empuk dan bilik yang luas dan dengan harga serendah 198 ringgit sehingga ribuan ringgit untuk seorang perempuan, maka persundalan di Bukit Bintang menjadi sesuatu yang sangat ekslusif dan tidak boleh dikacau!

Kadang-kadang gua sendiri pun bingung dengan dunia seputar alam di bumi Malaysia yang indah permai ini!

Di jalan Alor, Bukit Bintang, di belakang Hotel Radius International, gua berhenti sekejap di sebuah gerai gurger untuk melepaskan lelah. Sambil menanti burger yang dipesan, gua menyedut 100 plus dari tinnya. Sambil menanti burger, gua memandang Hotel Radius International itu.

Pontianak

Wawa, anak saudara gua. Umur dia 4 tahun. Mulutnya pot!pet!pot!pet! macam mak nenek.

Pagi itu, gua baru lepas mandi. Rambut gua mengerbang. Wawa tengok gua. Mata Wawa tak berkelip tengok gua. Gua kata dalam hati, “Pehal plak budak ni?”.

Wawa kemudian berlari ke ruang dapur.
“Mama! Mama!” Wawa memanggil mamanya.
“Mama…uncle ni lelaki ke pompuan?” Wawa tanya mama dia.
Mama dia tengok Wawa. Kemudian mama dia tengok gua.
“Tah..tanya uncle sendiri la,” kata mama Wawa.

Wawa datang pelan-pelan dekat gua. Sambil mendongak memandang gua Wawa tanya “Uncle ni lelaki ke pompuan?”
“Lelaki la, kalau pompuan kena pakai baju, tak boleh pakai towel sahaja,” kata gua.
“Oooo…kalau pompuan mesti pakai baju, kan uncle?” kata Wawa.
Gua hangguk.

Setelah dapat jawapan, Wawa berlari-lari lagi.
“Uncle kita lelaki la!” kata Wawa. Gua tak tau di bagi tau kat siapa.

Mama Wawa, kakak ipar gua datang kat gua. Dan dia kata “Hah, simpan lagi rambut panjang. Anak sedara sendiri pun sudah konpius ngan jantina ngko.”

Gua tak jawab apa-apa. Gua hanya senyum-senyum sahaja. Di hujung padang sebelah sana ada beberapa ekor kambing. Gua tengok kambing-kambing itu pun macam senyum-senyum.

“Kambing-kambing ini sedang memberikan senyum kambing kat alam semesta,” kata gua.

Friday, 30 July 2010

Aku Mengizinkan Kau Pergi

Wahab hanya melihat sahaja lalu lalang kereta ketika jam sudahpun hampir kepada tujuh malam. Kereta yang lalu lalang membawa setiap manusia, berpergian atau pulang. Awan yang mengapung di tirai tirai bukit bukau kini mulai diwarnakan dengan merah dan kuning, berjajar jajar seperti warna dikanvas lukisan seorang lelaki yang begitu malas dan bermenung. Wahab melihat alam yang perlahan lahan bertukar menjadi gelap. Walaupun ada lampu yang terpantul panjang berjela jela dari kereta yang lalu lalang atau dari lampu lebuhraya namun tidaklah sama seperti siang, hitam diwarnakan di setiap sudut, di birai birai bukit, di tirai horizon dan jauh di kalbu zulmatnya.

Wahab kemudian menulis di perca kertas, perlahan lahan kalamnya menari:

…dan engkau semakin jauh
begitu jauh dan aku,amat terasing.

Dan kemudian Wahab mengangkat kepalanya, malam jelas sudah melebar, dia kembali menulis:

…tidak akan ada pertanyaan, mengapa?
kerana ada kemilau cahaya di hujung terowong
membinarkan sedar dan apakah yang sirna?kasih.
biarlah……terputus bagai tali rapuh

namun aku berdiri di sini, bertunjangkan kenangan
kerana tidak mudah, tidak mudah.

Wahab menarik nafasnya dengan dalam dan kemudian melepaskanya perlahan, dia terus menulis untuk melengkapkan ayat ayat terakhir:

namun
aku tetap di sini.walau engkau semakin jauh
semakin jauh.

Wahab membaca kembali tulisannya, membaca kali kedua, kali ketiga dan kali keempat. Kemudian perca kertas itu melayah terbang ditiup angin, jauh dan jauh. Malam kini benar benar telah dilabuhkan. Gelap gelita mengongsi alam maya.


[Gua tersasar ke satu blog ini. Dan gua terbaca satu posting [yang di atas]. Bila gua baca, ada macam persamaan dengan satu posting yang telah gua conteng. Gua tau, ini satu kebetulan. Tapi contengan Lope, lagi bernyawa kalau dibandingkan dengan contengan gua.]

Untuk Kali Kedua

Untuk kali kedua, dia memadamkan kembali nama gua dari fesbuknya.

Gua tak apa-apa walaupun gua tak tahu apa-apa.

Gua tetap macam ni.

Lantaklah beb!

Tawai-Tawai

Setelah dua jam perjalanan dari Jabatan Perhutanan Sandakan, gua sampai di pekan Telupid. Berhenti sekejap untuk memijak bumi selepas dua jam dalam bas kepunyaan jabatan perhutanan, sambil mendunhillkan diri sendiri, sangat melegakan. Kemudian, gua dan sekumpulan pelajar dari Sandakan di bawa ke sebuah padang untuk mendengar pegawai PPD berbla! bla! bla!

Gua duduk jauh-jauh mencari bayang pokok. Gua bukan datang untuk mendengar ceramah. Gua datang untuk masuk ke dalam belantara. Gua memang suka masuk dan meneroka belantara. Kalau dia nak berbla!bla! bla! gua tak peduli lagi.

Setelah dia pung! pang! pung! pang! berbla! bla! bla! bla! dan gua melayannya dengan fikiran yang entah ke mana, akhirnya gua dan kumpulan pelajar dari Sandakan diagihkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menaiki beberapa buah kenderaan pacuan empat roda. Gua tengok kenderaan-kenderaan tersebut, perggghhh….masih baru berkilat dan nampak gagah. “Banyak betul harta jabatan perhutanan,” kata gua dalam hati.

Kemudian dari Pekan Telupid, kami dibawa perlahan-lahan meninggalkan jalan utama. Mula-mula kami merentasi jalan kampung biasa. Apabila kampung sudah habis, jalan balak pula yang kami gunakan.

Perjalanannya agak panjang. Gua lebih banyak melemparkan pandangan dari cermin kaca tingkap pacuan empat roda. Debu-debu dari rodanya mengapung naik ke atas.

Lebih kurang dua jam di dalam pacuan empat roda, merentasi jalan berdebu, jalan yang berlekuk-lekuk, kadang-kadang sangat becak, dan melintasi jambatan yang diperbuat daripada dua batang balak di kanan dan dua batang balak di kiri yang di bawahnya ada sungai, gua dan rombongan akhirnya sampai di Tawai-Tawai.

Tanah di Tawai-Tawai ini berwarna kuning keemasan. Sangat lain gua lihat warnanya. Gua kemudiannya diberitahu, dalam perut Tawai-Tawai kaya dengan hasil bumi. Ada kuprum dan ada emas. Tapi kekayaan itu tidak boleh digali. Kalau digali, Tawai-Tawai akan musnah. Kalau Tawai-Tawai musnah, punca air utama Sandakan akan musnah. Orang-orang Sandakan akan mengalami masalah mendapatkan bekalan air. Itu kata salah seorang pegawai jabatan hutan. Bila dia kata “Sandakan akan mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air” gua senyum-senyum kambing. Gua teringatkan mesin pengepam air yang terpaksa gua beli. Kalau tak ada mesin pengepam itu, rumah gua di Sea View (sekarang dikenali sebagai Good View) dan Grand View tak akan mempunyai air. Dan gua juga pernah dilanggar kereta di BDC semata-mata rumah gua tak ada air. [Masa itu bulan puasa. Lagi seminggu mahu berhari raya, tetapi rumah gua tiada air, macam biasa dan selalu terjadi. Apabila air tiada, dengan apakah gua mahu bersungkai?. Maka dari Sea View, gua menunggang kapcai untuk ke Taman Fajar. Tapi gua tak sampai ke Taman Fajar. Sebaliknya gua telah disampaikan ke Duchess of Kent. Hari tu gua berpuasa sampai jam 9 malam sambil dilayan oleh makcik-makcik misi yang bermuka gangster kumpulan ceti haram; sangat tidak mesra kepada pesakit]

Di Tawai-Tawai, gua dan rombongan berkhemah di tepi sebatang anak sungai. Sangat jernih dan sejuk airnya. Ada bongkah-bongkah batu. Alirannya agak laju. Pada fikiran gua, kalau ada anak sungai, mesti ada puncanya. Dan oleh kerana gua sekarang ini berada di kawasan tanah tinggi, maka gua rasa tentunya ada air terjun, di titik berhampiran dengan bermulanya punca air sungai ini.

Tekaan gua memang tepat, keesokan harinya sekumpulan ranjer Jabatan Perhutanan akan membawa gua dan rombongan mendaki lagi ke atas, masuk lagi ke dalam belantara untuk sampai ke air terjun.
“Kamu semua akan menjadi orang awam pertama di dunia ini yang akan sampai ke air terjun tersebut,” kata salah seorang ranjer.
“Wow!” kata gua dalam hati.

[Sebenarnya terdapat dua air terjun. Satu, yang sedang gua dan rombongan sedang tuju sekarang ini. Manakala air terjun yang kedua, agak mustahil untuk sampai ke sana lantaran lokasinya yang sangat sukar untuk dicapai melalui daratan.]

Kami kemudian berderet-deret di dalam hutan itu. Gua memilih untuk berada di belakang, menjadi ‘sweeper’ dengan seorang ranjer. Sambil berjalan, gua berborak-borak dengan dia. Oleh kerana tiada manusia atau haiwan yang menggunakan hutan itu sebagai laluan, maka denai juga tidak akan ada. Kami berjalan dengan berpandukan kepada cebisan kain merah yang diikat pada ranting pokok yang telah dibuat oleh beberapa orang ranjer sebelum ini.

Berjalan merentas hutan bagi gua bukanlah sesuatu yang sangat menyusahkan. Gua dah selalu masuk ke hutan sebelum ini. Tapi oleh kerana hutan di sini berada di tanah tinggi, maka akan adalah pendakian yang kadang-kadang perlu dilakukan. Kerana itu, sebagai ‘sweeper’ gua terpaksa ‘menyapu’ mana-mana pelajar yang agak ‘manja’ dan tak biasa dengan hutan belantara.

Setelah hampir tiga jam meredah hutan, mendaki ke atas, kadang-kadang menurun ke bawah, akhirnya bunyi air terjun semakin lama semakin kuat ngaumannya. Dan apabila sampai ke satu titik tempat, air terjun itu seolah-olah sudah berada di sebelah. Tapi air terjunnya tidak kelihatan. Rupanya kami terpaksa mendaki satu tebing yang sangat curam untuk sampai ke sana. Gua kira mungkin hampir 85 darjah kecuramannya. Tali terpaksa digunakan untuk mendaki. Gua tengok pelajar-pelajar yang keletihan itu seperti mengeluh, “Ahhhh…”

Seorang demi seorang pelajar mendaki. Macam-macam teknik yang digunakan mereka. Teknik yang paling popular ialah ‘teknik mendaki ikut suka hati aku’. Apabila tidak mengikut teknik seperti yang ditunjukkan oleh ranjer, maka tidak hairanlah mereka berpusing-pusing semasa bergayut pada tali. Tapak tangan yang menggelupas, tak payah cerita. Beberapa kali gua dan ranjer menyambut pelajar-pelajar yang menggelongsor turun. Kadang-kadang rasa mau marah pun ada kerana kedegilan mereka yang tidak mahu mengikut teknik yang diajarkan, rasa mau ketawa sampai pecah perut pun ada juga.
“Budak-budak..” kata gua kat ranjer yang menjadi sweeper bersama-sama dengan gua.

Setelah melihat dengan agak payah para pelajar mendaki dengan menggunakan tali, akhirnya semua mereka sampai ke atas. Gua menjadi orang kedua terakhir. Ranjer yang menjadi sweeper bersama-sama dengan gua menjadi orang yang paling akhir.

Sesampai di atas, gua melihat gugusan air yang sangat perkasa menjunam dari satu tebing yang sangat tinggi. Oleh kerana berada di kawasan tanah tinggi, di tebing kiri kanan air terjun itu dibarisi oleh pokok-pokok pine yang berdaun halus tirus.. Di bahagian atas air terjun, biasan airnya telah menerbitkan pelangi, melengkung, seolah-olah menjadi kubah kepada air terjun itu. Air terjun yang gagah, pokok-pokok pine, pelangi berkubah ; satu pemandangan yang gua tak pernah nampak sebelum ini. Sangat cantik dan indah.

Batu-batunya dipenuhi oleh lumut-lumut. Sangat berhati-hati apabila mahu melangkah. Apabila melihat lumut-lumut tebal menyelimuti hampir kesemua bongkah-bongkah batu, maka gua telah membuat satu kesimpulan. Tentunya air terjun ini tidak ada makhluk yang datang menjengah. Kalau ada haiwan yang menjadikan kolam air terjun ini sebagai sumber minuman mereka, tentunya tiada lumut-lumut di bongkah-bongkah batu. Sekurang-kurangnya lumut-lumut itu tidaklah terlalu tebal kerana dipijak oleh haiwan-haiwan yang datang.

Gua berhenti di gigi air untuk membebaskan lelah yang terkurung. Bongkahan batunya sangat pejal dan gagah. Percikan airnya yang singgah di muka gua terasa sangat dingin. Gua melihat pelajar-pelajar yang tadinya nampak begitu letih, kembali bertenaga. Mereka berada di mana-mana sahaja. Yang ada sedikit keberanian, mereka menduga kolam di sana. Berenang-renang sambil diawasi oleh para ranjer. Gua pula memilih untuk hanya berada di tebing. Bermain dengan bongkah-bongkah batu sambil merasai dingin airnya pada kaki gua.

Gua meletakkan mata gua pada keliling. Memang sangat cantik. Antara air terjun yang paling cantik yang pernah gua lihat. Kemudian gua melihat ke dalam air di bahagian tepi. Pada mulanya tiada apa-apa yang menarik pada pandangan gua. Hanya batu-batu sahaja. Tetapi, kemudiannya gua dapat melihat sesuatu yang lain. Batu-batu di dalam air itu mempunyai pelbagai warna dan berkilau-kilauan apabila di sinari cahaya matahari. Warna hijau, biru, kuning, dan merah yang paling banyak. Gua cuba mengambilnya. Tetapi batu-batu berwarna itu terlalu kuat melekat pada dasar lantai air. Gua membuat andaian, mungkin batu-batu berwarna itu adalah batu-batu batu permata yang mempunyai nilai.

Setelah beberapa ketika berada di situ, entah mengapa gua terasa ingin balik ke tapak perkhemahan. Mungkin kerana sudah mula berasa bosan kerana hanya duduk-duduk sahaja di atas bongkahan batu. Tapi apabila melihat pelajar-pelajar yang masih galak bermain air di situ, gua merasakan lambat lagi para ranjer akan membawa kami balik. Lagipun para ranjer pun gua tengok sangat teruja bermain dengan air.

Gua memberitahu salah seorang ranjer yang gua ingin pulang ke tapak perkhemahan. Pada mulanya dia seperti teragak-agak untuk membiarkan gua pergi. Hutan tebal dan tiada denai dia jadikan alasan untuk cuba menahan gua dari balik ke tapak perkhemahan seorang diri. Apabila gua kata, gua boleh balik sendiri, dan dia nampak kesungguhan gua, akhirnya dia lepaskan gua.

Dan sekali lagi, untuk kali ke berapa, gua sendiri pun tak pasti, gua meredah belantara seorang diri. Kali ini yang ada pada gua ialah sebuah kompas dan kamera SLR [Waktu itu DSLR masih lagi berada di alam kayangan, dan gua rasa cukup ‘takabbur’ kerana gua bawa kamera SLR sedangkan yang lain hanya membawa kamera kompak sahaja!] sahaja. Gua tidak membawa pisau seperti yang selalu gua buat.

Riben-riben merah yang diikat pada ranting-ranting pokok menjadi panduan untuk gua mencari laluan. Sambil berjalan, mata gua melilau melihat sekeliling. Mencari-cari sesuatu yang menarik pada mata gua. Sambil berjalan gua akan mengambil gambar dengan kamera SLR yang gua bawa. Pokok-pokok gagah yang berbanir besar, kelopak-kelopak bunga hutan, serangga-serangga kecil yang tak pernah gua tengok, menjadi objek untuk kamera SLR gua.

Dalam hutan tebal itu, gua seorang diri, dan sangat asyik mengambil gambar yang entah apa-apa.

Gua kemudiannya tersedar yang gua sudah tersasar dari laluan apabila gua tidak dapat melihat lagi riben berwarna merah pada ranting pokok. Gua cuba mencari-cari riben itu, tetapi gua tidak dapat melihat satu pun riben itu. Gua sudah tidak tahu di mana gua berada sekarang ini. Gua tidak tahu ke arah mana harus gua tuju dalam hutan belantara Tawai-Tawai ini. Atau dengan kata lain, gua telah tersesat. Berada seorang diri di tengah-tengah hutan belantara dan tidak tahu di mana kita sedang berada dan ke arah mana harus kita tuju adalah satu perkara yang bukan main-main. Apabila berada dalam situasi begitu, gua harus pantas berfikir. Gua ada dua pilihan. Tunggu di situ dan tidak pergi ke mana-mana sambil menunggu ada yang datang mencari sebaik menyedari kehilangan gua [mungkin malam nanti, mungkin besok hari, mungkin minggu hadapan, atau mungkin tak akan dijumpai sampai bila-bila sehinggalah bertahun-tahun kemudian ada orang yang menjumpai tulang-temulang gua berserakan, tanpa sengaja] Dan pilihan yang kedua ialah terus berjalan mencari riben merah atau mencari titik di mana gua bermula.

Gua akhirnya memilih pilihan yang kedua. Gua ada kompas. Gua akan menggunakan kompas tersebut. Gua boleh menyusur ke bahagian bawah dan mencari anak sungai.

Seingat gua, dari tapak perkhemahan, gua dan rombongan bergerak ke arah matahari terbit untuk menuju ke air terjun. Maknanya, gua harus mencari arah ke barat untuk pulang ke tapak perkhemahan. Dengan menggunakan kompas, gua bergerak ke arah barat.

Hutan di Tawai-Tawai ini agak tebal. Banyak pokok-pokok kecil di bawah pokok-pokok besar. Tumbuhan menjalar, berselirat dari pokok ke pokok. Daun-daun kering di lantai hutan sangat tebal dan lembap. Apabila dipijak, kaki gua sedikit tenggelam ke dalam daun-daun kering yang menimbun itu. Hutan di Tawai-Tawai tidak seperti hutan di Sepilok yang agak ‘lapang’.

Gua berjalan sambil memasang telinga. Gua cuba-cuba menangkap bunyi aliran sungai. Gua juga cuba meninjau-ninjau kalau-kalau ada sesuatu yang boleh dijadikan tanda untuk gua tuju. Tetapi setakat ini, belum ada apa-apa lagi. Di dalam belantara Tawai-Tawai itu, gua tidak mendengar apa-apa, sangat sunyi. Di dalam hutan belantara itu, apabila tidak tahu di mana berada, sepatutnya gua rasa takut, atau bimbang sekurang-kurangnya. Tapi entah mengapa, gua tidak berasa apa-apa. Mungkin gua tak pernah menganggap yang gua tersesat. Gua juga tahu, di kawasan belantara tebal di kawasan tanah tinggi, tiada haiwan liar. Maknanya gua sudah terselamat dari satu ancaman. [pada masa itu gua tidak mahu memikirkan kewujudan makhluk lain] Dan gua sangat percaya kepada gerak naluri. Naluri gua kuat mengatakan yang malam ini gua tidak akan tidur di banir pokok besar dengan berbumbungkan silara hutan, tapi gua akan tidur di dalam khemah berkanvas sambil meletakkan earfon di lubang telinga melayan “Biru Mata Hitamku” sampai lena.

Gua meneruskan perjalanan. Hanya berpandukan kompas semata. Riben merah tidak gua jumpai. Gua hanya main redah sahaja menuju ke arah barat. Gua tahu, sekiranya gua berjalan dengan menuruni cerun, lambat-laun gua akan bertemu juga dengan anak sungai. Hukum muka bumi yang dijadikan Tuhan memang begitu; di bahagian akhir cerun akan ada sungai.

Setelah agak lama berteka-teki sendirian, berhuhahuhah sendirian, berfikir sendirian, bermain-main dengan perasaan sendirian, sayup-sayup gua terdengar bunyi aliran air sungai. Gua terus menuju ke arah bunyi tersebut, tetapi titik tuju gua tetap ke arah barat. Seringkali, di dalam hutan, kita akan menjadi keliru dengan arah dari mana bunyi aliran sungai itu datang. Atau seringkali juga kita hanya dimainkan oleh perasaan kita sahaja. Bunyinya tiada, tetapi kita seperti terdengar bunyi-bunyi yang sangat kita harapkan. Jadi untuk lebih selamat, gua tetap bergerak dengan menggunakan bantuan kompas. Gua mulai yakin yang gua akan berjumpa dengan anak sungai. Anak sungai ini penting sebagai jalan untuk gua kembali ke tapak perkhemahan.

Semakin lama, bunyi anak sungai yang mengalir semakin kuat. Semasa menuruni curam, gua akhirnya dapat melihat anak sungai. Gua berasa sangat lega. Gua terus menuruni curam itu sambil menjadikan pokok-pokok kecil di sekeliling sebagai tempat untuk berpegang. Dan, sesuatu yang tidak pernah gua jangkakan, rupanya gua terus menuju ke anak sungai yang menjadi tapak perkhemahan. Dua orang ranjer yang sedang mandi di situ agak terkejut apabila gua tiba-tiba muncul di tebing anak sungai sambil tersengih-sengih.

Gua kemudiannya duduk-duduk di bongkah batu untuk melepaskan lelah. Sambil-sambil itu, gua berborak-borak dengan 2 orang ranjer itu. Dan gua tidak memberitahu mereka pun yang gua sebenarnya tersesat tadi. Apabila mereka bertanya di mana yang lain, gua memberitahu yang gua pulang seorang diri ke tapak perkhemahan. Yang lain-lain masih meriah bermain-main di air terjun.

Apabila ranjer itu kata nasib baik gua tidak tersesat dalam hutan, gua hanya tersenyum sahaja sambil menDunhillkan diri sendiri. Mereka tidak tahu, sekejap tadi sememangnya gua berpusing-pusing di dalam hutan itu hampir tiga jam tanpa mengetahui di mana gua sedang berada, dan ke mana harus gua tuju.

Selesai mendunhilkan diri, gua berlalu pergi ke khemah. Sambil itu gua kata kat dua orang ranjer itu : “Hutan Tawai-Tawai memang sangat tebal, dan aku sudah bersekolah di dalamnya!”.

Mereka melihat gua dengan mata terkebil-kebil.

Thursday, 22 July 2010

Teluki

Betapa. Teluki dalam rasa. Yang difikirkan. Sudah kusam. Sebenarnya, masih ada. Kudup-kudup. Teluki. Sangat membunuh aku.

Sibuga

Bertahun-tahun dahulu, kalau ingin pergi ke Sibuga, harus menggunakan sebatang jalan yang kecil. Di kiri kanannya dipenuhi belukar tebal. Selepas waktu tengah malam, tak ramai yang ingin menggunakan jalan tersebut. Waktu itu, Sibuga hanya dikenali kerana penjaranya, juga kerana kewujudan kompleks sukannya.

Sibuga menjadi sangat terpencil, waktu itu. Yang ada hanyalah sebaris blok kedai yang sangat sederhana. Ada sebuah mini market, kedai makan cina, dan sebuah pasar basah cina yang gua lihat seperti hidup segan mati tak mahu. Rasanya, 98% penduduknya ialah orang Cina.

Hanya ada dua pilihan jalan untuk ke Sibuga. Jalan yang pertama ialah melalui jalan utama KK-Sandakan. Melintasi Batu 4, sehinggalah bertemu dengan satu simpang di Batu 5 untuk masuk ke Sibuga. Atau alternatif yang kedua ialah melalui Tanah Merah-Jalan Leila, kemudian mendaki bukit yang mempunyai pusingan ‘patah riuk’, meredah belukar yang lagi tebal sehinggalah tiba di Taman Mawar.

Bertahun-tahun dahulu, setiap saban minggu, gua akan menghabiskan masa gua di Sibuga. Kawan gua, Mat Ju yang mengajar di St. Mary entah mengapa tinggal tanpa sengaja di sana. Mungkin kerana sewaktu mula-mula sampai di Sandakan, dia tak tahu ke mana harus dituju. Jadi, waktu itu hanya mengikut sahaja apa yang orang di sana aturkan. Waktu itu, tuan rumah memang berlumba-lumba untuk menyewakan rumah mereka kepada para guru graduated yang datang dari Semenanjung. Dengan menyediakan perabut yang paling asas, ada tv, ada dapur untuk memasak, ada peti ais, maka tuan rumah akan mendapat lebih seribu ringgit sebulan untuk rumah yang diberi sewa itu. Tapi bukan kami yang membayarnya, melainkan Kementerian pelajaran juga yang membayarnya!

Maka gua pun akan ikut berlabuh di sana setelah boring melihat bilik warden asrama SMK Sandakan yang penuh dengan lipas dan habuk. Mungkin kerana sunyi dan boring tinggal seorang diri di tempat jin bertendang itu, Mat Ju telah membawa seorang pelajarnya, Amit untuk tinggal bersama-samanya. Pertama kali gua tengok Amit, gua keliru. Namanya Melayu; Amit Bin Awang. Tapi mukanya sebijik macam budak Cina. Selepas Mat Ju soh~seh~soh~seh dengan gua berkenaan dengan Amit, baru gua faham. Memang la muka macam Cina sebab Amit memang budak Cina…..hahahahaha. Sampai sekarang, setelah bertahun tahun tahun tahun tahun… gua dengan Mat Ju masih lagi berkontek dengan Amit, yang kini dikenali sebagai Cikgu Amit dan bertugas pula di sekolahnya yang dahulu, St Mary. Dan Amit ini pula jenis yang tidak pernah melupakan orang-orang yang pernah mendidiknya.

Bertahun-tahun yang lalu, pada setiap petang Jumaat, gua akan ke sana, Sibuga. Gua akan mengambil bas Labuk atau mana-mana bas mini terlebih dahulu untuk pergi ke bandar. Di bandar, gua akan membeli dahulu apa-apa yang harus dibeli untuk menjamin gua tak kebulur semasa berada di Sibuga. Kalau terputus bekalan makanan di tengah malam semasa di Sibuga, bukannya ada kedai makan yang dekat-dekat situ. Nak keluar ke bandar, bas memang sudah tiada. Masa tu gua dengan Mat Ju masih tak punya apa-apa. Motosikal buruk pun belum ada lagi. Kami masih lagi sesama haprak masa itu. Kami ialah jejaka yang tidak ada harta dibawa bekal. Jejaka yang terlontar jauh dari keluarga dan kekasih.

Bertahun-tahun dahulu, gua sangat suka akan sejenis ikan yang tulang-tulang halusnya banyak menyulam pada dagingnya. Ikan itu banyak dijual di pasar Sandakan. Kalau tak silap gua, di Sandakan ikan itu dipanggil ikan kuaci. Masa itu, harganya masih sangat murah. Tak sampai seringgit untuk satu kilo.[Dalam masa beberapa tahun, harga ikan tersebut naik secara mendadak]. Dan gua juga tak lupa membeli buah salak. Kalau di semenanjung, untuk mendapatkan buah salak agak payah dan harganya pun mahal. Tapi kalau di Sandakan, hari-hari boleh bertemu dengan salak dan harganya sangat murah. Kerana harganya yang sangat murah dicampur dengan kedaratan gua yang sangat jarang makan buah salak, maka gua akan membeli salak dengan tandan-tandannya sekali dan melantaknya di rumah sewa Mat Ju di Sibuga. Gua makan buah-buah salak itu macam esok dunia akan tamat.

Kawasan rumah sewa Mat Ju mempunyai tanah yang sangat luas dan lapang. Ada beberapa batang pokok jambu air yang tidak pernah putus-putus berbuah. Bertimbun-timbun buah jambu air itu yang gugur di pangkal pokok. Ada suatu ketika, gua dengan Mat Ju memetik buah-buah jambu air yang ranum. Tetapi kebanyakkannya berulat di dalamnya. Semasa sedang memetik jambu tersebut yang terletak di belakang rumah, gua terpandang satu timbunan tanah. Gua agak dah lama sebab rumput-rumput pun sudah melebat di situ.

“Apa tu?” gua tanya Mat Ju sambil menunjuk ke arah timbunan tanah itu.
Mat Ju memandang timbunan tanah itu tanpa apa-apa reaksi. Bersahaja.
Kemudian, tiba-tiba dia kata “Kubur”.
Bila Mat Ju menyebut ‘kubur’, gua terkedu. Ada kuburan di belakang rumah!
“Cuba kau tengok betul-betul. Kubur budak kecil tu. Mungkin kubur kanak-kanak.” kata Mat Ju lagi.

Gua perhatikan betul-betul ke timbunan tanah itu. Memang ada bentuk seperti kubur.
“Anak tuan rumah kot kat dalam tu,” gua kata.
Kemudian gua membuat andaian : Mungkin kerana terlalu sayang akan anaknya, maka mereka telah mengambil keputusan untuk mengebumikan anaknya di belakang rumah. Atau mungkin kerana kawasan perkuburan yang jauh, mereka telah mengambil keputusan untuk mengebumikan sahaja anak mereka di belakang rumah. Lagipun waktu itu Sibuga memang sangat terpencil lokasinya.

Kemudian gua dengan Mat Ju berlalu pergi. Kami tak kisah langsung. Sama ada itu kubur atau tidak, kami tak rasa apa-apa walaupun mungkin akan ada orang akan tanya “Kau tak dengar apa-apa bunyi malam-malam?”.

Sibuga waktu itu sangat terpencil, dan di belakang rumah ada kuburan. Kadang-kadang agak menyeramkan juga pada waktu malam apabila selalu sahaja bekalan elektrik terputus. Dalam keadaan yang gelap gelita, kalau tiba-tiba terdengar bunyi kanak-kanak menangis di belakang rumah, mau juga terluruh jantung.

Beberapa bulan yang lepas gua kembali ke Sandakan. Gua lihat Sibuga sekarang ini sudah banyak berubah. Tempat untuk araimatih pun sudah ada di Taman Mawar. Di Sibuga, sudah tiada lagi tempat untuk jin bertendang.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...