Hari ini dikatakan akan berlaku gerhana matahari. Tapi gua tak berapa ghairah sebab hanya separa sahaja. Lagipun KL tengah basah. Pagi tadi hujan. Jadi gua kata “Nak tengok gerhana matahari amendanya kalau awan penuh kat langit,” kat kawan gua yang beria-ria ajak gua pergi tangkap gambar gerhana matahari.
Dulu, tahun ’95, gua pernah merasai gerhana matahari. Masa tu gua tinggal kat Sea View. Awal ’95 gua dah tahu akan berlaku gerhana matahari penuh kat Sabah. Gua baca dalam majalah KOSMIK. Bila gua beritahu kat student gua, mereka terpingga-pingga. Mereka macam tak percaya. Gua kata, “Kamu kena hidup lagi 180 tahun, baru boleh jumpa gerhana matahari penuh lagi.”
Masa gerhana matahari tu, tak silap gua, cuti sekolah. Jadi, gua pagi-pagi lagi dah susun filem kamera. Nak tengok matahari beb, mana boleh tengok terus macam tu mesti pakai filem!
Gerhana matahari yang berlaku kat Sandakan ni, dalam 80% sahaja. Kalau kat Kudat, penuh, 100%. Tapi, bagi gua, itu dah kira ok.
Gerhana matahari yang berlaku kat Sandakan tu tak lama. Gua agak sekitar 5 minit sahaja. Tapi, bila gerhana tu berlaku, Sandakan beransur-ansur gelap. Masa tu, kalau tak silap gua lebih kurang pukul 1 tengah hari. Lampu-lampu jalan bernyala secara otomatik. Dan gua tengok, burung-burung masuk kat dalam sarang mereka. (porch rumah gua tu banyak lubang angin. Tiap-tiap malam, banyak burung layang-layang tidur kat situ). Lepas tu, Sandakan gelap.
Kemudian, Sandakan beransur-ansur cerah. Gua tengok, burung-burung yang tengah syok dalam lubang angin tu macam terpingga-pingga. Mungkin mereka kata “Mak aihhh….. cepatnya pagi!”
Dan gua, gua rasa bertuah sebab dapat tengok gerhana matahari tu. Gua bertuah kerana gua ada kat Sandakan ketika itu.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIDAK MENGAPA
Mari kita rayakan hal-hal kecil, meski tak ada yang bertepuk tangan. Dengan segelas kopi yang tak tumpah, dan nafas yang masih sempat dihe...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
sapa tido sampai tghari mesti confuse kan..apasal malam lama sangat?rasa2 macam dah 18 aku tido ni?
ReplyDeletesaya pun takan lupa momen tu. macam dalam pilem holiwut ja
ReplyDelete