Rumah pertama yang gua sewa di Sandakan ialah di Sri Taman. Jiran gua ialah keluarga tempatan yang sangat baik hati. Waktu itu, gua tinggal seorang diri. Gua tak ada teman serumah sebab kawan-kawan gua yang lain semua dah ada rumah sewa masing-masing.
Jiran gua yang berpangkat ‘baliau’ tu namanya Pakcik Paul. Petang-petang dia selalu datang borak dengan gua. Pakcik Paul ni sebenarnya minat menulis. Banyak tulisannya yang tersiar dalam akhbar tempatan. Gua pula minat menulis. Jadi bila gua bersembang dengan dia, memang lama. Gua memang suka layan pakcik Paul sembang lama-lama, sebab nanti anak perempuannya yang cun itu akan datang panggil bapaknya pulang. Bila hari-hari sembang lama-lama dengan Pakcik Paul, maka gua pun hari-harilah boleh tengok anak perempuan dia yang cun dan putih melepak tu!
Tapi sampai gua pindah pergi Sea View, gua tak pernah tahu nama anak gadis Pakcik Paul yang bekerja sebagai jururawat di DOK itu. Agaknya gua terkelu melihat keayuan gadis Sabah sampai tak terkeluar ayat-ayat power gua.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
silapnya dulu cikgu tidak menggunakan kemahiran menulis itu untuk menggoda anak si baliau itu. bagi gua kerelaan anak gadis itu pergi memanggil baliaunya pulang setiap hari, adalah petanda awal kejayaan yang cikgu sia-siakan...
ReplyDeleteHaris,
ReplyDeletelu bikin gua macam tak cukup oksigen nak bernafas sahaja. Gua,kalau bab mengorat pompuan, memang gua fail!!! Selalunya pompuan yang ngorat gua dulu....ahahhhhh!!!!!