Masa gua warden asrama smk sandakan, gua tak masak. Sebabnya, dapur kat asrama warden tak ada benda yang boleh dimasak. Itu sebab yang kedua sebenarnya. Sebab yang pertama ialah gua tak tahu masak.
Masa makan tengah hari, biasanya gua belasah nasi kuning kat kantin sekolah.
Kalau untuk makan malam, gua akan tunggu bas kat jalan besar. Lepas tu, gua turun kat terminal bas di bandar sandakan. Kemudian gua akan berjalan kaki, dari terminal bas, menyusuri setor lembaga padi dan beras nasional, berjalan di belakang blok bangunan kedai, melintasi dewan masyarakat sandakan, dan kemudiannya tiba di pasar malam.
Gua selalu lepak di gerai Pak Harun. Gua selalu oder nasi goreng. Harganya Cuma 2.50 sahaja. Sambil-sambil gua mengunyah nasi goreng, gua selalu terpandang pelajar gua, Sapiah Kampire. Gerai kepunyaan ibunya terletak di sebelah gerai Pak Harun. Gua tengok Sapiah begitu sibuk menolong ibunya. Selalunya, Sapiah selalu terlelap dalam kelas. Kalau kelas gua, gua tak marah kalau dia terlelap. Gua tahu dia penat. Gua tahu dia tidur lewat. Gua tahu dia bukannya merayau-rayau hingga jauh malam. Gua tahu, dia terlelap kerana letih membantu ibunya berniaga.
“Kalau kamu nak pejam mata masa saya mengajar, lantaklah. Janji telinga kamu terbuka, dengar apa yang saya ajar,” kata gua kepadanya.
****************************************
“Cikgu, mahu ke U mana ni?” dia tanya gua masa nak isi borang UPU. Dia dapat 5 P dalam STPM.
“Masuk UM,” gua kata.
Empat tahun seterusnya, dia berada di Lembah Pantai.
Sapiah, dia selalu terlelap dalam kelas, tapi dia berjaya ke menara gading.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
apa email cikgu?
ReplyDeleteada benda tak bleh mention dlm blog ;)
teruk juga............tak pandai masak. bagus la dang, pandai masak sebab miskin.....kadang2 kesusahan itulah yg mengajar kita erti perjuangan..betapa manisnya kejayaan yang dikecapi, betapa puas hati yang pilu mengenang kepayahan...betapa bangga egoan diri...sebaik mendaki tangga kejayaan, kekadang kita lupa rumput dibumi.......SALAHKAH???? sedangkan selama ini rumput itu bukan pun membantu...mungkin sahabat itu terlalu murah nilainya.. cikgu yang mahal kot??? mgkn cikgu terlupa memandang rumput yang semakin sepi sendirian menahan arus kehidupan.... DUNIA aku, dia, kita, mereka BERBEDA!!!! setuju tak???
ReplyDeleteMas;
ReplyDeleteemel gua ada 4 sebenarnya yang aktif:
1.cikgumetal@gmail.com (gua gunakan dalam blog)
2.zamaniishak@gmail.com (gua galakkan gunakan yang ini)
3.trzamani@yahoo.com.my (ini selalu gua gunakan atas urusan "bisnes")
4. satu lagi emel ofis (zamani.ishak@pearson.com.my) ; tapi gua tak galakkan yang ini, tak banyak yang boleh berahsia ha!ha!ha!
Dang,
gua tetap macam dulu, tak berubah apa pun. gua juga tak mahal, tapi tidaklah sampai ada "jumbo sale". Dan Dang, lebih baik menjadi rumput dari menjadi lalang, tapi jangan jadi rumput sundal.
Dang, gua rasa lu tak payah lah bermisteri. Letih gua nak jadi detektif Conan. Kalau lu kasi tahu lu punya nama, insya Allah gua ingat. Kalau lu betul pelajar gua, gua ingat. Setakat ini, semua pelajar gua yang menyapa gua, bila diorang bagi tahu nama, gua ingat. Gua tak makan banyak semut! Gua mungkin dah tua (tapi selalu remaja dalam hati!), tapi belum nyanyuk lagi.
*peace*
sia yang agak pendiam dalam kelas, dok tepi tingkap baris ketiga, kadang2 ckgu usik juga dari tapi sia cuma jawab sepatah dua. ckgu ingat nama nani tak????? itu nama panggilan kat sekolah. sempat 6 bawah je ckgu ngajar sia.... mau tau ckgu betul2 ndak nyanyuk lagi...............he!hE!HE!....
ReplyDeletendak pyh jd detektif conan.... nani minat penulisan cikgu..maksudnya ckgu sekarang kerja di sykt penerbitan pearson ye...bestnya, tentu byk buku2 baru dalam psrn ckgu dulu yang dpt...bestkan...lama juga ckgu hilang. kat smk pun tinggal ckgu fazman saja lagi. kami selalu dengar mcm2 crta tntg ckgu, ckgu ahmad dan ckgu ramlah. ckgu2 yg lain2 hilang. bagus juga di laman cyber dapat berjumpa kembali....w.pun tak bersua muka.
ReplyDeleteDang,
ReplyDeleteagakan saya, mungkin kamu ni generasi pelajar sia selepas tahun 97. Mungkin kamu 6 rendah tahun 98. Cuba kamu mengasi tau nama penuhmu, supaya nanti gambar kamu nanti lebih tarang dalam kapala sia. Mungkin juga kamu boleh email sia, bleh kita serita-serita lagi :)
tak familiar ng dang cikgu. rasanya bukan batch kami.
ReplyDeletememang sia batch 1998/1999, sia dari bt sapi
ReplyDeletedang, tepi tingkap?baris ketiga? ermmm..nani?
ReplyDelete