“Kat Taiping pun ada pole dancing,” kata Kenny kepada gua. Gua tengok dia. Gua buat muka macam gua tak percaya kat dia.
“Pekan kecik macam ni pun ada jugak ker? Siapa yang nak datang tengok,” gua kata.
“You tak percaya? Malam ni, you tunggu kat lobi, nanti I datang jemput you,” Kenny kata.
“Ok, aku tunggu,” balas gua.
8.00 malam, gua tunggu Kenny kat Lobi Taiping Golf and Resort.
Kenny datang tak lama kemudian. “Kita makan dulu, aku belum makan lagi,” kata gua.
Kenny memandu keretanya keluar dari resort tersebut. Melepasi lampu isyarat Bukit Jana, kami membelok ke kiri.
Kenny bawa gua ke sebuah restoran.
“Makanan kat sini, semua sedap-sedap,” kata Kenny.
Gua tengok papan tanda restoran tersebut. Tertulis “Restoran Kamunting Timur”.
Gua kemudian duduk sambil menanti hidangan. Di hadapan kami, sebuah kem tentera.
Makanan tiba. Kami makan dengan penuh lahap.
Sambil makan, sambil bercerita.
Selepas makan bercerita lagi. Hampir 2 jam kami di situ.
“Ok, jom,” Kata Kenny.
Gua duduk di sebelah Kenny. Kenny terus memandu. Melepasi Taman Lake View, gua tengok taman tu. Gua tengok sahaja dengan pandangan kosong. Gua rasa macam dulu, gua pernah ada kat situ, tapi sekarang ni gua rasa kosong.
Kami melepasi penjara Taiping – Taman Tasik Taiping – bandar Taiping. Gua rasa seperti gua pernah ada kat sini, tapi sekarang gua rasa macam kosong.
Kenny belok kanan. Lepas tu belok kiri, lepas tu belok kanan, lepas tu jalan terus, lepas tu memakir keretanya di hadapan sebuah blok bangunan kedai.
“Jom, masuk,” kata Kenny.
Gua hanya ikut. Gua hanya nak pastikan, betulkah ada pole dancing kat pekan koboi macam ni.
Gua duduk di satu penjuru. Pelanggan tak banyak. Gua minta coke dalam tin.
“Tu..” Kenny menjuihkan bibirnya.
“Kan tu tiang,” Kata Kenny.
Gua tengok ada sebuah pentas kecil. Ada tiang licin berkilat menjulang hingga ke atap.
“Eh, betulah ada pole dancing kat sini,” kata gua dalam hati sambil mengunyah kuaci.
Gua tengok kat dinding ada poster-poster. Poster tentang amoi-amoi yang dijadualkan menari di atas pentas tu.
“Bila diorang nak menari ni,” gua tanya pada amoi yang bawa coke gua.
“Eveli Welesday night,” dia kata dalam pelat cina.
“Just dancing?” gua tanya.
“Yes, tiger show included,” amoi tu kata lagi.
“Huh…hari ni Selasa. Besok gua dah nak balik KL,” kata gua dalam hati.
Gua minum coke tu separuh sahaja. Gua tinggalkan pub Kiss Me.
Lepas tu gua ajak Kenny pergi pekena teh tarik kat kedai mamak di hadapan Pejabat Daerah Taiping. Kat situ , gua harap mamak-mamak tu tak akan membuat tiger show diorang.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment