Petang tu, gua dengan Cikgu Matnor Sima merayau-rayau di bandar Sandakan. Gua dengan dia kemudiannya masuk ke dalam sebuah kedai mamak. Gua oder roti kobra dengan teh nai beng. Lepas makan, gua dengan Matnor merayau lagi.
“Gudang Garamku habis suda,” kata Matnor. Matanya meliar-liar di kaki lima kedai. Kemudian dia menuju kepada beberapa orang perempuan separuh umur yang duduk-duduk di kaki lima sambil menjual rokok seludup. Tiba-tiba, perempuan-perempuan separuh umur itu bingkas bangun. Masing-masing tergopoh-gopah memasukkan rokok seludup ke dalam bakul. Mereka seperti tikus yang takut melihat helang, dan mula nak melarikan diri.
“Oiii….kanapa kamu lari. Aku mau mambali gudang garam ba!” ujar Matnor.
Separuh jalan, perempuan-perempuan separuh umur itu berhenti.
“Naaaa..kami ingat kamu ni pagawai kastam,” ujar salah seorang daripada mereka.
Gua, tersenyum sendiri melihat gelagat Matnor dengan penjual rokok seludup tersebut.
Gua kata kat Matnor yang berbadan tegap tu, “Lu tak payah lagi potong rambut macam budak kat Pusat Serenti. Kesian gua tengok makcik-makcik tu.”
Sambil membetulkan kaca mata hitamnya, Matnor hanya tersengih.
Dengan tubuhnya yang tegap (pendek-pendek tagap), rambutnya yang dipotong pendek, dan memakai kaca mata hitam, tak hairanlah kalau perempuan-perempuan penjual rokok seludup tu lintang pukang. Perwatakan Matnor macam pegawai polis yang baru tamat latihan! Kalau gua yang jual rokok seludup, gua pun lari beb!
Nota tumit kaki : Budak-budak SMK Sandakan memanggil Matnor sebagai Cigu Maradona lantaran rupanya yang mirip Maradona dan dia juga lincah bermain bola sepak.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
hehe kesian makcik2 tu, selalu kena rush la tu kut
ReplyDeleteHaha.. Time jadi budak sekolah dulu,selalu tunggu bas di terminal ( yalah mestilah tunggu di terminal,takkan di pusat zakat!) selalu bergandingan dengan makcik2 jual rokok ni.. kalau dorang lari dari PBT, kami pun ikut2 lari.. entah best pula ikut2 lari macam meriah ada pesta sukaneka lak dan perasaan dibubut oleh PBT yang berlari sambil meniup wisel itu sungguh best sekali !
ReplyDelete