Gua memang ramai kawan. Tapi gua tak ada sahabat yang ramai.
Kawan dan sahabat memang berbeza.
Kawan, akan berkawan dengan kita selagi kita seideologi dengannya. Kalau sudah berbeda ideologi dan pandangan, kawan akan ternoktah. Kamu sapalah macam manapun, kawan akan ternoktah. Apatah lagi kalau kamu masih di lembah, sedangkan kawan sudah mulai mencapai awan.
Sahabat tetap menjadi sahabat.
Kalau berbeda ideologi dan pandangan, sahabat tidak akan bersembunyi. Sapa sahaja dengan satu kata, sahabat akan terus masuk ke dalam kamar jiwa kita.
Gua ramai kawan, tapi gua hanya ada sekerat dua sahabat.
Nota tumit kaki : sahabat gua yang paling sahabat ialah Hanafiah. Masa di SMK Sandakan gua dengan dia berkongsi jerit perih anak-anak Sabah. Sekarang dia sudah “somebody” di Sabah. Tapi bila gua kata nak jumpa dia, dia kata “Kamu datang saja bah!”, gua jumpa dia tanpa appointment, tanpa protokol.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
gua pun rasa gua sudah kehilangan sahabat...cikgu klu ada masa boleh e-mel saya. gualoyer@yahoo.com. terima kasih kerana masih menjadi guru, sama seperti guru yg saya kenal 10 tahun dulu.
ReplyDeleteharis suruh baca. dia kata, bole menjawap persoalan saya. dan ianya betul. saya sedih bila bercakap soal kawan. -_-
ReplyDeleteHaris,
ReplyDeletenanti kita cerita-cerita lagi via emel. Satu yang gua nak bagi tahu: i'm never regarded myself as a good teacher. i'm never regarded myself as a popular teacher. What's it can be, let it be. (gua pun bleh cakap omputih sampai berbuih mulut walaupun gua tak suka PPSMI)
Mas,
dunia memang banyak simpangnya. satu ketika, kita berasakan 'dia' teman seperjuangan kita. Tapi dalam satu detikan ibu jari dan jari telunjuk, the true color was come out... so sad.
Cikgu, mungkin antara kawan dan sahabat masih ada lagi RAKAN, yang mungkin berada di tengah-tengah. memang benar, di satu ketika kita ingatkan DIA adalah INTAN, tapi mungkin masa akan mengubah segalanya. Kekadang, kita rasa mungkin kawan itu sudah berpaling arah, cuma kekadang, mungkin kita tak terfikir, apakah bukan KITA yang tersalah arah! mungkin kita yang tersilap pandang, atau salah sangka atau kita belum memahami hati seorang SAHABAT atau TEMAN!
ReplyDeletesedihnya hanya ada seorang sahabat cikguku............kenapa sampai begitu sekali? ke mana menghilang yang lain?? ditiup angin malam atau lemas di lautan dunia??
ReplyDeleteDang,
ReplyDeleteSungguh gua tak banyak sahabat. Gua bukannya "bersahabat" dengan Cikgu Hanafiah sebab dia berjawatan tinggi. Tapi gua cukup tersentuh bila gua SMS dia kerana dia banyak tolong gua masa gua pergi KK tempoh hari, dan dia balas "kitakan saudara". Cukup ringkas, tapi jauh ke dalam...
yang lain, gua tak tahu ke mana menghilang. Ada seorang yang pernah jadi "sahabat". Tapi bila gua pergi Sandakan, "kesahabatan" itu telah hilang. Tak ada mesra. Kemudian yang seorang lagi juga pernah berkongsi semangat dengan gua, tapi bila di sapa dia menyepi.
Tapi gua tak kisah.. gua tetap macam ni.
Dang, kamu ni siapa sebenarnya?
he!he! manalah diingat, saya tak glomour dan cantik mcm yg lain, namun jauh disudut hati saya amat mengagumi prinsip guru-guru saya!! kenapa kesahabatan itu begitu mudah hilang....?? pasti ada persoalan yang belum terjawab..masih kah persoalan itu menjadi mainan di fikiran cikgu?? atau telah terpadam diufuk barat menjelang malam.....atau mungkin jalan perjuangan telah berbeda...akibat tuntutan naluri dan kehidupan yang mencabar.. semoga hari-hari mendatang, minda kita terus tabah mengharung gelombang kehidupan.
ReplyDeleteBetapa gembiranya mendengar khbar teman-teman di alam siber...w.pun jauh dan dah terlupa sebahagiannya, namun kenangan lalu tetap menggamit di memori.
Apakah perjuangan cikgu sekarang?? masihkah mendidik anak-anak watan mengenal erti PERJUANGAN?? atau telah berlalu sinis meyimpang arus; berjuang dalam kehidupan sendiri??
masih bertapak di tanah sekebun bunga tercinta, atau merantau mencari bahagia di perantauan asing?? atau bila mau kembali ke seberang di bawah bayu??
Dang,
ReplyDelete1. jelek atau cantik bukan itu yang jadi soalnya.
2. kehilangan "sahabat" yang suatu ketika dahulu dikatakan berkayuh sesampan, bermudik serakit, tapi terurai di hujung muara memang sesuatu yang menyakitkan. Tapi gua taklah sampai menangis hingga ke hujung malam. Bisu dari "sahabat" gua ucapkan ADIOS untuknya!!
3. Gua dah tak mengajar lagi, tapi kehidupan gua masih rapat lagi dengan dunia pendidikan. Gua sudah menetap di KL, pulang ke Tanah Serendah Sekebun Bunga hanya sekali-sekala sahaja. Bumi Di Bawah Bayu, insya Allah gua akan jelajah sedikit hari lagi atas urusan kerja. *mungkin bila gua ke sana nanti, Dang boleh belanja coto makasar?*
nanti ckgu dtg sini kita pergi makan di pasar malam lagi...atau ikan bakar di sim-sim. dang sibuk dengan kerja, 3 bulan lepas baru dapat baby sulung lelaki. coto makasar memang favourite ........datang saja... pasti ramai yang rindu menunggu, jiwa remaja kembali bertandang , mungkin dapat dikupas dan disirami kenangan lama. Setiap inci bumi sandakan, yg telah mencorakkan seribu warna pengalaman pahit manis. pah tu, blh pegi rumah lama di gw dulu....
ReplyDelete