Pagi itu hujan, renyai-renyai. Gua dalam bilik guru 3. Hanya gua seorang sahaja dalam bilik guru 3 ketika itu. Tiba-tiba A (bukan nama sebenar) masuk.
“Cigu satu orang saja ka?” dia tanya.
Gua tengok baju sekolahnya lencun. Ditangannya tergengam satu bahai.
Gua angguk. Gua terus buat kerja gua.
“Kamu nak apa?” gua tanya.
“Sia mahu pinjam bilik ini,” A kata.
“Pinjamlah,” gua kata. Gua tak tahu apa yang dia nak “pinjam” sebenarnya.
Tiba-tiba, A membuka bajunya yang lencun. Gua terkejut. Dia letakkan baju sekolahnya yang lecun itu ke atas lantai.
Gua terkebil-kebil.
A mengambil sehelai baju sekolah lain dari bahai yang dia bawa. Dengan selamba, dia terus memakai baju itu.
“Trima kasi ba cigu,” A kata sambil berlalu pergi.
Gua masih terkebil-kebil.
Nota tumit kaki : Dulu, SMK Sandakan ada 3 bilik guru. Bilik guru 3 agak terpisah, terletak di tingkat 2, di hujung sebelah bangunan yang menghala ke kantin.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment