Masa kecil-kecil, gua sangat suka main bola sepak. Gua memang langsung tak minat dengan guli atau konda kondi atau congkak. Bagi gua, itu mainan budak-budak perempuan.
Kalau gua main bola gua tak boleh pakai kasut. Itu peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, gua akan menyarungkan stokin kat kaki gua. Dulu, kaki gua banyak juga kudis. Maklumlah budak kampung. Belukar dan parit memang selalu gua redah. Kadang-kadang terpijak duri. Itu yang menyebabkan lama-lama kaki gua berkudis.
Masa main bola, kadang-kadang keting kami berlaga. Gua memang tak kuat pada bahagian keting. Kalau berlaga keting, gua rasa macam nak pitam. Suatu hari gua dapat ilham. Gua masuk ke dalam bilik sepupu perempuan gua. Gua ciluk beberapa keping benda putih yang berspan. Gua bawa pergi ke padang bola. Setelah gua pakai stokin, gua masukkan span putih tersebut pada bahagian keting. Bila berlaga keting, gua selamba, tidak lagi berguling-guling macam kena gelek steamroll.
Tapi bila gua balik rumah, nenek gua marah gua. Sepupu perempuan gua pun marah gua. Dia kata gua buat benda tak senonoh. Gua bingung, takkanlah main bola pun boleh jadi tak senonoh.
“Budak ni ambil tuala wanita Mira,” nenek gua bagi tau kat mak gua.
“Lepas tu dia bawa pergi main bola,” tambah nenek gua lagi.
Baru gua tahu, rupanya span yang gua pakai kat keting tu, dipanggil tuala wanita. Tapi gua tertanya-tanya, “Apahal tak nampak macam tuala? Kenapa kecil sahaja? Nak kesat apa tuala tu? Bawa tuala pergi main bola pun salah besar ke?” dan bermacam-macam lagi tanda tanya, maklumlah budak kecil yang tak tahu apa-apa…
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
cikgu tahu tak..cara ni cara yang sama anak murid kadet bomba saya gunakan masa pertandingan kawad kaki. saya gelak besar liat perangai durang.
ReplyDelete