Gua tengok Menteri Pelajaran yang baru ni, macam tak tak tahu apa yang dia nak bawa dalam dunia pendidikan negara. PPSMI menjadi senyap di tangan dia. Tak tahu apa kesudahannya walaupun dah berbakul-bakul laporan dari para cendekiawan pendidikan masuk ke dalam Kementerian Pelajaran. Gua tak tahu apa lagi yang dia nak tunggu.
Lepas tu dia kata nak hadkan jumlah subjek yang boleh diambil untuk SPM. Cadangan dia ni nampaknya macam nak gostan ke belakang pula. Gua pun tak tahu apa asas si menteri ini ambil semasa dia bercakap nak hadkan jumlah mata pelajaran.
Kemudian dia minta rakyat berikan pendapat tentang cadangan untuk mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM. Secara kasar memang nampak bagus. Tapi, macam mana agaknya apabila keputusan untuk membuat dasar yang sebesar itu ditentukan oleh orang-orang yang bukan dalam bidangnya? Gua dah dapat agak, spesies yang jenis menyokong PPSMI tentu akan juga menyokong cadangan itu. Kemudian, katakanlah, yang jenis spesies ini banyak hantar emel atau telefon kementerian bagi menyatakan sokongan mereka, maka sudah tentu Bahasa Inggeris akan menjadi subjek wajib lulus. Lepas ni, mungkin najib pula minta pendapat orang ramai untuk membuat dasar kewangan dan ekonomi negara.
Kalu gua, memang patut Bahasa Inggeris patut dijadikan subjek wajib lulus. Tapi kita kena tukar sistem p n p subjek ini. Gua lihat, anak-anak Malaysia yang belajar Bahasa Inggeris semenjak dari darjah satu hingga ke tingkatan 5 (paling minimun) masih lagi tak boleh menguasai bahasa Inggeris. Mengapa 11 tahun belajar bahasa Inggeris tapi masih tak pandai-pandai? Mesti ada yang tak kena dengan sistem. Mungkin silibusnya tak berkesan, atau teknik p n p yang ketinggalan, atau cikgu bahasa Inggeris yang tak berkeupayaan untuk menarik minat belajar, atau mungkin juga anak-anak kita itu selalu sangat bersarapan dengan nasi lemak. Kita mesti korek, cari dan betulkan mana-mana yang tersilap dalam p n p Bahasa Inggeris itu sendiri, bukannya mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kalau jari kita yang terluka, janganlah kita balut kepala lutut yang tidak luka! Kalau buat macam tu, orang kata “ITU BODOH MACAM BATU P***R NAMANYA!”
Nota tumit kaki : catatan ini gua tulis bulan lepas, hari ni dikatakan akan ada pengumuman daripada Menteri Pelajaran berkenaan PPSMI. Gua rasalah, PPSMI ini akan ditamatkan, tapi bukan tahun ini atau tahun depan. Orang politik ni bukannya susah sangat nak baca gerak lakunya.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
dasar PPSMI dipolisikan kerana sentimen mahathir semata2 tanpa sebarang kajian mendalam sebelum perlaksanaan. Peliknya pihak yang dulu2 mati mmpertahankan dasar tu masa mahathir PM lagi, puak tu lah plak yg skrng membuat kenytaan yg PPSMI merugikan anak-anak sekolah. ptuihhh..dasar munafik! dah berbillion duit rakyat habis baru berani nak cakap?
ReplyDeleteGua berani potong jari, pasni puak2 ni akan jadik hero pembela bahasa melayu. bukan Pak Samad, bukan prof. ainon, bukan prof hassan ahmad, bukan hj. hadi yg berhujan siraman kimia dan pemedih mata demi masa depan anak bangsa.
puak2 ni yang dah kenyang dengan kontrak buku teks, mereka akan jadi hero,.,,ya mereka hero kepala bu***!
melalui pemerhatian saya yang masih hingus cair dalam pendidikan..kenapa pelajar masih tidak menguasai bahasa inggeris walaupun sudah belajar dari tadika ( cam aku ni ) sehingga keluar universiti ( cam aku ni ) sehinggalah 10 tahun sudah menjadi cikgu ialah:
ReplyDelete1. pentadbir lebih mementingkan kuantiti latihan berbanding kualiti
2. ada kaunselor yang bawa masuk penceramah luar atas nama Bengkel Bahasa sebanarnya hanya mementingkan wang masuk daripada pusat tuisyen terbabit berbanding is bengkel yang sebenarnya berniat menarik pelajar masuk ke pusat tuisyen mereka.
3. ada cikgu yang berkira dalam mendidik anak bangsa ' yg penting anak aku pandai berbahasa inggeris, anak orang lain, lantaklah...bukan anak aku'