Friday, 31 July 2009

Besok, 1 Ogos 2009

“Bro, lu tak ikut demo besok?” tanya Kudin kepada gua.
Gua tahu, demo yang dimaksudkan itu ialah demo antiISA.
Gua geleng kepala. Itu jawapan gua.
“Kenapa? Lu takut?” Kudin tanya lagi.
Gua angguk. Gua kata, semangat gua belum sampai ke tahap sanggup menerima semburan air kimia. Banyak kawan gua kata air itu menjadikan kulit kita rasa macam terbakar. Ada yang kata, kulit kita menjadi gatal yang amat.
“Gua sebenarnya tak berapa setuju dengan demo,” gua kata sambil menyedut oksigen gua dalam-dalam. Gua tengok muka Kudin. Muka dia dah jadi macam orang perempuan yang baru putus haid. Gua tahu dia kecewa apabila gua kata begitu.
“Tapi gua pun faham. Diorang tu dah tak ada cara lain lagi dah. Nak bincang, tak dilayan. Hantar memorandum, dicampak dalam tong sampah. Gua tahu, demo langkah terakhir diorang.” Ujar gua.

Gua tiba-tiba teringatkan seorang bapa yang dah bertahun-tahun diISAkan, pulang menziarahi jenazah anak perempuannya. Gua tengok, bapa itu tak ada rupa macam George Bush pun. Rupa macam bonzer kelab malam pun tak ada. Mungkin bapa malang itu mempunyai kepakaran membuat bom nuklear dengan menggunakan tahi lembu kot, maka dengan itu dia harus dikurung di Kamunting.

*pause*

“Lu sokong ISA?”, tanya Kudin.
“Sokong” kata gua. Sepatah.
Muka Kudin berkerut lagi.
“Gua sokong kalau ISA digunakan kepada orang yang terang-terang makan rasuah, tapi tak ada bukti sebab mereka tu pandai meyembunyikan tahi mereka. Beli rumah berjuta-juta, tak padan dengan gaji seorang Menteri Besar. Gua juga sokong kalau ISA dikenakan kepada haiwan-haiwan politik yang menyalahgunakan kuasa, membesarkan tembolok masing-masing. Ambil projek itu. Sapu projek ini Kalau ISAkan pemimpin yang bangang dan bodoh pun, gua sokong,” kata gua. Panjang lebar.
“Kalau digunakan kepada haiwan politik yang merompak duit rakyat pun gua sokong. Campak sahaja ke dalam ISA,” gua tambah lagi setelah menghembus oksigen gua jauh-jauh.
“Bro, lu ni sosialis ke?” Kudin tanya.
Dan gua rasa nak jawab dengan tumit kaki gua aje bila Kudin tanya lagi soalan itu.

*pause*

Besok 1 Ogos. Besok ada demo antiISA

Gua tak mahu demo. Gua nak pergi makan asam pedas kat SS8, PJ dengan rasa aman damai.

*****ending*******

3 comments:

  1. mrk x faham apa itu ISA..tanpa ISA akan ada siri baru AL Maunnah, JI M'sia, Al Arqam (RUFAQA)..Taiko Komunis balik M'sia.....tanpa ISA org Melayu akan pelarian di bumi sendiri spt Melayu S'pore....itu yg mrk nak..hampeh..

    ReplyDelete
  2. ImASoljar

    lu duk mana bro? uganda? lu pegi cek brapa org melayu dalm kemunting? negara ada undang2, klu lu rasa dorang bersalah, dakwa kat mahkamah la. apa main tangkap ikut suka hati bapak kome?

    ReplyDelete
  3. UpperSixers..gua jauh sikit dr Uganda tp dekat sangat dgn kaum Melayu..simpati tengok MELAYU d M'SIA bergaduh sesama sendiri..kaum lain 'tepuk tangan' ramai5 bro....

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...