Friday, 29 May 2009

Kamu Tahu, aku pernah jadi "Taiko Besar" BDC?

1995, seminggu sebelum Aidilfitri, suatu petang aku menunggang SS8771C untuk ke Taman Fajar. Setiba di satu simpang di BDC, aku telah terbang secara tiba-tiba, kemudian mendarat di atas aspal. Aku telah dilanggar oleh seorang lelaki Cina yang tidak memberhentikan keretanya. Dia yang yang datang dari arah TB Ward, sepatutnya berhenti di simpang sebelum dia meneruskan perjalananya ke arah blok-blok kedai di BDC. Tetapi dia tidak melakukan begitu. Lalu aku yang sedang berangan-angan menunggang Harley Davidson itulah yang menjadi mangsa. Tetapi aku tidak sempat melihat lelaki Cina yang melanggar aku itu. Mengapa…? Jawapannya :

“Oiiiiii…Cikgu Zamani kena langgar!” itu yang aku dengar semasa aku masih lagi terbaring dengan tidak nyamannya di atas aspal.
“Siapa yang langgar?”
“Itu na, Cina tu yang langgar!”
“Siapa yang kena langgar ni?” tanya seorang baliau.
“Ciguku baini!” jawab salah seorang budak SMK.
“Oiii…cigu anakku kena langgar. Cilaka itu Cina!”
Kemudian setelah aku beralih ke tepi, aku lihat segerombolan manusia BDC berlari ke arah motor aku yang sudah bengkok hendel depannya.
Patutlah, Cina yang melanggar aku itu lari, segerombolan tentera BDC bergerak dengan garang ke arahnya.

Dan untuk kesekian kalinya aku berasakan diri aku seolah-olah taiko besar BDC bila gerombolan itu mengangkat aku ramai-ramai ke dalam sebuah van sekolah untuk dihantar ke DOK, sedangkan aku hanya patah sebatang jari kaki sahaja!
Mengapa mereka mengangkat aku beramai-ramai? Sebab aku ialah cikgu kepada anak-anak mereka…. perghhhhh….bangga sungguh aku jadi cikgu kepada anak-anak BDC.

Akhirnya....

Blog aku tak terjenguk sepanjang minggu ini. Bahana terlupa membawa maxis broadband, menyebabkan aku terputus dengan dunia maya. Hotel-hotel tempat aku bermalam pula kebanyakannya menyediakan kemudahan wifi berbayar yang cajnya gila babi mahalnya. Mereka tak tahu ke yang aku ni walaupun menginap di hotel yang berbintang-bintang, tapi semua itu ditanggung oleh orang lain. Nak bayar caj wifi sampai 4o hingget sejam, apa kejadahnya. Telefon aku pula bukan macam telefon Hanafiah Diman (orang kuat Yayasan Sabah) yang canggih manggih. Telefon aku, telefon buatan China yang hanya boleh membuat dan menerima panggilan selain untuk saling bertukar sms. Bila la agaknya aku nak pakai Iphone, jadi tak lah aku memikul lappy ke sana sini.

Nota tumit kaki : Pi, kalau kau rasa-rasa macam nak sedekahkan Iphone kepunyaan kau tu, pastikan nama aku terletak di list yang pertama...

Tuesday, 26 May 2009

AMENO YANG BERDOSA

Seorang kawan bertanya mengapa aku terlalu meloya kepada badan siasah yang bernama AMENO?
Aku kata, AMENO tidak ada apa-apa kesalahan kepada aku. AMENO bukan makhluk yang bergigi tajam yang setiap malam datang merobek anak ayam aku di dalam reban. Yang menjadi ulat tahi pada aku ialah makhluk-makhluk homo sapeins yang menunggang AMENO itu.
Kamu tahu siapa yang telah menyembelih tulisan Jawi?
AMENO!
Kamu tahu siapa itu Mahathir?
Itulah Tuhan yang disembah oleh para pencacai AMENO.
Kamu tahu apa yang telah dilakukan oleh Mahathir kepada umat Melayu?
Mahathir telah menambahramaikan lagi anak-anak Melayu yang bodoh dalam Matematik dan Sains. Berapa ekor makhluk AMENO itu yang menitis air mata apabila semakin banyak anak-anak Melayu yang tinggal di ceruk-ceruk desa terus tertinggal di belakang? Dan janganlah kamu semua bermain dengan angka-angka yang mengatakan berlakunya peningkatan kerana angka-angka tersebut adalah dusta semata-mata!

Lepas ini aku pun tak tahu lagi apa lagi yang ingin diperkosa oleh makhluk-makhluk ini.

Kepada pengagum Mahathirisme dan AMENO, aku ingin katakan kepada kamu, memang aku marah akan Mahathir dan AMENO terhadap dosa-dosa yang mereka lakukan terhadap umat Melayu.

Thursday, 21 May 2009

Aku dan Oksigen, Oksigen dan aku

Setelah isteri asyik mengomplen akan perutku yang katanya semakin makmur, petang itu aku capai sneaker Admiral buatan Siam. Aku menuju ke Taman Tasik Permaisuri yang kali terakhir aku berlari-lari anak di situ 3 bulan lepas.

Sesampai di sana, aku buat aksi ala-ala nak panaskan badan. Stail kena jaga beb! Kemudian aku mulai berlari-lari anak. Tak sampai 500 meter aku berlari-lari anak keliling Tasik Permaisuri, penatnya bukan kepalang. Gas oksigen seperti sengaja melarikan dirinya dari lubang hidung aku. Aku tercunggap-cunggap bagai seekor ikan paus biru yang terdampar di pantai. Bahana tidak berjoging selama 3 bulan benar-benar membuat aku terseksa.

Dalam tercunggap-cunggap itu, aku terus ke kerusi batu yang ada disitu. Terima kasihlah kepada pembuat, pembawa dan pemasang kerusi batu itu. Bolehlah aku menyedut lebih banyak oksigen. Kalau tidak tentunya di dada akhbar besok pagi akan terpampang tajuk: Seorang Lelaki yang Tak Berapa Nak Hensem Dijumpai Pengsan Ketika Berjoging.

Aku terus-terusan menyedut oksigen. Tiba-tiba, apa kejadahnya sekumpulan jururawat pelatih UKM berlari-lari anak di hadapan tempat aku menyedut oksigen. Anak-anak rambut para jururawat pelatih itu yang terbuai-buai semasa mereka berjoging itu, aku lihat seolah-olah melambai-lambai kepadaku. Aku terus tinggalkan kerusi batu dan oksigen. Aku pun sambung lari-lari anak.

Dalam berlari-lari anak di belakang para jururawat pelatih itu, aku mula faham kenapa Ramlan dan Efendi berkahwin 2!

PEACE untuk dunia yang lebih aman.

Dahulu

Gunung Kinabalu yang garang tetapi peramah, kedinginan pagi di Kundasang yang berkabus, Lohan yang damai dan sejuk di mata, berjalan dari pucuk pokok ke pucuk pokok di Poring selepas bersantai di mata air panasnya, meneroka khazanah alam di Lembah Danum, mencabar keegoan Gunung Trusmadi, Tawai-Tawai yang masih belum pecah perawannya, berjalan dari kamar ke kamar di Gua Gomantong dalam hancing najis kelewar, menyusuri Kinabatangan sambil melihat monyet belanda sebelum tiba di Sukau, menyaksikan warisan nenek moyang di Agup Tulog, berenang di laut berkaca Sipadan, bedilan senapang patah di Suan Lamba, Madai yang menjadi penyambung rezeki dan legasi, penyu di Silingan, berjalan santai dari Sepilok Laut ke Sepilok Orang Utan; bekas-bekas tapak kakiku pernah berada di situ.

15 Mei 1992

Hari pertama aku di Sandakan. “Rumah” pertama aku ialah ruang untuk warden asrama SMK Sandakan. Hari pertama di Sandakan, aku buta tentang Sandakan. Aku betul-betul naif pada hari pertama itu.

Habis sesi persekolahan hari pertama, aku hanya tercongok di bilik warden. Perut pula sudah berbunyi-bunyi minta diisi. Ruang dapur warden asrama kosong, sekosong-kosongnya. Sifar. Tak ada apa-apa.

Aku hanya terbayang-bayang kantin sekolah sahaja.

Aku menapak, satu, satu, satu menuju ke sana.

Sedang makan seorang diri di kantin sekolah, tiga orang pelajar perempuan tingkatan 5 datang. Dengan selamba, mereka duduk di hadapan aku yang sedang makan nasi kuning. (Kali pertama aku makan nasi kuning).

“Cigu dulu belajar kat mana?” yang berkulit paling gebu bertanya.
“UM”, kata aku ringkas.
“KL?” dia tanya lagi.
Aku hangguk.
“Kat KL mesti banyak disko kan, cigu?” si gebu itu bertanya lagi.
“A’aa,” kata aku.
“Cigu selalulah pigi sana?” si gebu tanya.
Aku mula terfikir, “Ini macam mau test aku je.” Aku yang tak pernah masuk ke tempat-tempat begitu kata, “Sebut sahaja mana-mana disko, semua saya sudah pergi.”
“Kalau macam tu, hujung minggu nanti bolehlah ikut saya ke (aku lupa sudah nama sebuah disko yang letaknya di Ramada Hotel)”.

Aku yang tak pernah sampai ke tempat begitu terus *gulppppp*.

Rintik-rintik peluh jantan seolah-olah menerjah keluar. Mereka telah mengambil kesempatan atas kenaifan aku tentang Sandakan J.

Nota tumit kaki: Tiga pelajar itu namanya Arlene, Pinky dan seorang lagi yang berbadan paling kecil, aku sudah lupa. Kali terakhir aku jumpa Arlene tahun 1998, di bandar Pasaraya Batu 4. Dia sedang berbadan dua ketika itu. Pinky pula telah berkahwin dengan seorang India dari Semenanjung. Manakala yang berbadan paling kecil, aku tak tahu apa kesudahannya.

Wednesday, 20 May 2009

Perempuan dan kereta (II)

Tak kiralah di mana-mana pun kamu memandu, apabila melihat pemandu wanita sama ada berada di depan, di belakang atau di sisi kamu, maka perkara pertama yang harus kamu lakukan adalah berjaga-jaga dengan pedal brek dan juga stereng kereta kamu.

Pemandu wanita memang berhati-hati semasa memandu. Namun tahap berhati-hati berada pada tahap dewa-dewa sehinggakan menyusahkan pemandu-pemandu lain. Mereka memandu 35 kmsj dan berada di lorong yang paling kanan. Mereka tidak memandu laju walaupun berada di lorong yang paling kanan kerana terlalu berhati-hati!

Kalau ingin menukar lorong, amat jarang dilihat pemandu wanita yang tahu menggunakan lampu signal. Kadang-kadang aku berasa kesian para jurutera yang memerah otak mereka untuk merekacipta lampu signal yang ampuh lagi berkesan tetapi telah dibakulsampahkan oleh ramai pemandu wanita.

Namun ada juga yang menggunakan lampu signal semasa nak tukar lorong. Mereka akan menyalakan lampu signal sebelum menukar lorong, memang cemerlang etika pemanduan mereka. Namun, yang menjadi masalah yang bukan alang-kepalang ialah apabila sebaik sahaja menyalakan lampu signal kereta mereka, mereka terus pergi ke lorong yang mereka dambai. Maka mana-mana pemandu lain yang sempat menekan brek, maka berbunyilah desitan tayar di atas jalan raya. Mana-mana yang sempat memulas stereng kereta, maka menononglah kereta mereka entah kemana. Tetapi ramai juga yang tidak sempat berbuat demikian, maka bercumbulah dua buah motokar (kadang-kadang lebih) di atas jalan raya.

“Saya sudah menyalakan lampu signal yang saya ingin membelok ke sana,” jawapan tipikal yang selalu diberikan oleh para pemandu wanita.

Maka, dengan segala rendah hati, aku ingin mengkhabarkan kepada kamu wahai pemandu-pemandu wanita : Memang baik sangat tindakan kamu menyalakan lampu signal itu. Tapi itu bukan lesen besar kepada kamu untuk kamu ke sana ke mari di atas jalan raya sesuka hati kamu. Selepas menyalakan signal, tengok sekeliling kamu.Tengok sebelah kanan atau kiri kamu. Apabila tiada kenderaan lain, barulah kamu pergi ke mana-mana sahaja yang kamu ingini. Tetapi yang selalu kamu lakukan adalah, sebaik sahaja kamu menyalakan signal, kamu terus pergi ke mana-mana yang kamu ingini. Kamu tidak pedulikan lagi sama ada kenderaan lain berada berhampiran dengan kamu. Bagi kamu, lampu signal ibarat muntah hantu yang ditelan Badang yang menyebabkan kamu boleh lakukan apa-apa sahaja. Salah tu, sayang!

Tuesday, 19 May 2009

Jani

Dalam kalangan kawan-kawannya, dia lebih dikenali dengan Janet. Kami, para cikgu memanggilnya Jani.

Jani ni berketurunan Andi. Bagi sesiapa yang kurang faham tentang kelas sosial keturunan Bugis (khususnya Bugis Sabah), Andi ini ialah nama gelaran pangkal bagi keturunan ningrat. Kalau di Semenanjung, akan ada nama Tengku, Ungku, Ku, atau Raja. Kalau di Sabah ada pula Andi, Sharif, Pangiran dan sebagainya.

Jani mempunyai mata yang bundar dan redup. Berkulit kuning langsat dan amat lembut apabila berbicara. Apabila aku melihat dia, aku melihat harapan yang belum lagi mekar, tetapi akan mengeluarkan haruman yang mewangi apabila tiba waktunya nanti.

Sebagai anak sulung, dibahunya terpikul satu beban yang maha berat untuk dipikul oleh sorang gadis berusia 19 tahun. Pernah menjadi “Amoi Kicap” di pasar raya Liang Sang sementara menanti keluarnya keputusan SPM. Jani memang seorang anak gadis yang kuat. Di raut wajahnya tidak pernah sepicing pun terlukis akan kesusahan dan kesukaran hidup. Aku tahu, lakaran hidup keluarganya tidaklah begitu indah. Perpisahan yang berlaku antara kedua orang tuanya cukup meninggalkan kesan yang amat dalam dalam jiwanya. Aku tahu itu walaupun dia tidak pernah bercerita tentangnya.

Jani seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik. Aku tahu, dia mampu melangkah ke menara gading. Dia mampu menangani masalah yang menghimpitnya dengan baik.

Beberapa bulan sebelum STPM, bapanya terlantar di Hospital DOK. Aku rasa bapanya menghidap penyakit paru-paru. Sebagai anak yang terlalu baik kepada orang tuanya, Jani akan memastikan dia seboleh-bolehnya berada di sisi ayahnya di katil hospital. Memang itulah yang dilakukannya tanpa gagal, berada di sisi ayahnya sebaik sahaja tamat waktu persekolahan.


Aku, Cikgu Fazman dan Cikgu Masrizal pernah mengunjungi ayahnya di hospital. Ketika kami melawatnya, tangan ayah Jani yang hanya tinggal tulang itu melambai-lambai kepada Cikgu Fazman. Cikgu Fazman menghampiri, dan mendekatkan telinganya ke mulut ayah Jani. Cikgu Fazman tersenyum, rupa-rupanya ayah Jani bertanyakan rokok daripada Cikgu Fazman. Sudah ketagih benar agaknya ayah Jani terhadap nikotin. Cikgu Fazman kelihatannya serba salah. Jani menjeling tajam ke arah Cikgu Fazman. Cikgu Fazman faham jelingan Jani itu. Tapi dalam masa yang sama mata kuyu ayah Jani telah meranapkan jiwa lelaki Cikgu Fazman. Cikgu Fazman akhirnya menghulurkan sebatang rokok Marlboro kepada ayah Jani.
“Itulah bapak ni, sedang sakit begini pun masih lagi mahu menyigup”, kata Jani.
Bapanya diam. Cikgu Fazman pula tersengih-sengih seperti anak dara yang baru dipinang orang.

Seminggu sebelum STPM.
“Bapa Jani meninggal”, Hasmia Nohing menelefon semasa aku sedang bersiap-siap untuk ke sekolah.
Aku terdiam. Bukan kerana terpana dengan berita tersebut, tetapi aku amat risau kalau-kalau Jani terkulai di pertengahan jalan sebelum sempat berjuang dalam STPM. STPM lagi seminggu akan menjengah.

Rupanya ayah Jani menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2 pagi. Dan apabila ayahnya menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Bersama sahabat akrabnya, Hendra, mereka berdua berjalan kaki dari DOK ke Grand View, menuju ke rumahku. Tetapi, malangnya pada awal pagi itu aku tidur mati, tidak sedar yang mereka memanggilku dari luar pagar.

Akhirnya, menjelang petang, dalam hujan renyai-renyai, jenazah ayah Jani telah selamat disempurnakan.

Di tanah perkuburan, aku masih lagi risau akan Jani. Dia anak yang baik. Dia cemerlang dalam pelajaran. Tapi aku cukup risau kalau-kalau pemergian ayahnya ini akan turut sama membawa segala kekuatan dan cita-citanya terbang ke angkasa raya.

Beberapa hari selepas itu, aku lihat Jani sudah bertenaga kembali. Tetapi aku tahu, dia sedang bertarung dengan perasaan dan dirinya sendiri. Tetapi Jani tetap Jani. Jani seorang anak gadis yang amat kental. Jani tetap tabah dan gagah mengharungi cabaran. Dalam aku menyaksikan ramai anak Sabah yang terpatah di pertengahan jalan, Jani telah memberikan satu dimensi yang berlainan.

Selamat Hari Guru, Cikgu Nurjani Awang Usman.

Aku, sahabat dan ayam

Aku dengan kawan aku ini sama-sama berguru dengan Dr Nik Safiah Karim di UM. Kami buat lingusitik bahasa Melayu.

Kemudian, aku jadi guru, dia pula jadi wartawan dengan Berita Harian.

Setelah 9 tahun terpisah, kami bertemu kembali di UKM. Kami sama-sama membuat masters. Dia membuat masters dalam bidang sosiologi, manakala aku tetap setia dengan lingustik bahasa Melayu.

Kemudian kami sama-sama buat tesis. Tesis aku tentang ucapan DSAI dari sudut tatabahasa normatif Dia pula disarankan oleh penyelianya agar membuat tesis tentang aktiviti pelacuran di Bukit Bintang, sesuai dengan tugasnya sebagai wartawan.

Kemudian, aku lebih banyak terperap di Tun Seri Lanang, manakala dia lebih banyak di lapangan untuk menyiapkan tesisnya.

Suatu hari, sedang aku mengunyah karipap di kafe, dia datang dan terus duduk di hadapan aku.

“Macama mana dengan tesis kau?’ dia tanya. Serius.
“Oklah, tak banyak sangat halangan,” kata aku.

Aku terus kunyah karipap.

“Kau kena tolong aku. Tesis aku tak jalan-jalan lagi ni,” dia kata lagi. Lagi serius.

Lepas tu, barulah aku tahu yang dia dah berulang-kali pergi ke Bukit Bintang. Tapi dia takut untuk mencari responden (ayam-ayam ler tu).

“Penyelia aku minta aku cari sekurang-kurangnya 60 orang responden (baca ayam),”
“Mak aihhhh…. banyak tu,” kata aku.
“Tapi sampai sekarang sekor ayam pun aku belum dapat lagi,” kata dia. Benar-benar serius.
“Kau nak aku buat apa?” aku tanya.
“Temankan aku ke Bukit Bintang. Nanti kita sama-sama cari ayam tu,” kata dia. Sangat-sangat serius. “Kalau aku sorang-sorang, aku takut,” kata dia dengan muka yang lagi serius.

Kemudian, untuk beberapa minggu yang berikutnya, aku dengan dia berkeliaran di Bukit Bintang.

Hasilnya, aku dapat menyelak banyak tabir di sebalik cerita pelacuran yang tak pernah surut di Bukit Bintang, manakala kawan aku telah mendapat data yang mencukupi untuk tesisnya.

Nota tumit kaki : Oleh kerana saling tidak mempercayai diri sendiri, aku dengan sahabat aku itu tidak pernah berenggang semasa bertemu responden. Kalau Mat Monggol pun boleh rebah di kaki perempuan, apatah kami yang tak punya apa-apa. Jadi kami pun terselamatlah daripada menjadi seperti Mat Monggol.

Monday, 18 May 2009

BANGANG!

Maka berkokoklah lagi seorang menteri kerajaan Malaysia. Dia kata, mungkin soalan ujian untuk para bakal pemandu PSV akan dibuat selain daripada bahasa Kebangsaan. Dia kata banyak pemandu teksi yang gagal dalam ujian PSV sebab tak faham bahasa Kebangsaan.

C’mon la brader Ong Tee Kiat! Negara kita ni dah lebih 50 tahun merdeka. Takkanlah ada dalam kalangan kamu yang masih lagi terkial-kial untuk memahami bahasa Kebangsaan. Kamu sedar atau tidak, brader, apa puncanya apek-apek (malah ada juga yang muda belia) tidak faham bahasa kebangsaan? Malulah. Kamu kata ini negara kamu. Kamu marah bila kamu dikatakan kaum pendatang. Kamu katakan yang ini tanah air kamu. Tapi kamu tak fasih berbahasa kebangsaan.

Lagi satu brader Ong Tee Kiat,
Kalau kamu boleh buat kursus untuk para apek dan muda belia ini untuk menguasai bahasa PPSMI, mengapa kamu tak boleh buat kursus untuk menguasai bahasa kebangsaan??? Sudah berapa ramai pelancong asing yang dibawa ke lubang jamban oleh para pemandu teksi lantaran mereka tidak fasih berbahasa PPSMI?

Brader Ong Tee Kiat,
Kamu tentunya pernah ke Perancis, atau ke Jerman, atau ke Itali, atau ke Jepun, atau ke Switzerland, atau ke Sepanyol. Pernah pemandu teksi itu bawa kamu ke pusat persundalan sedangkan kamu ingin pergi ke kuil lantaran mereka tidak tahu langsung bahasa PPSMI? Aku rasa, tak pernah. Kecualilah sememangnya kamu sengaja ingin ke pusat persundalan.

BANGANG!

Suatu Pagi yang Ha!Ha!Ha!

Suatu pagi, semasa majlis penutup minggu orientasi pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah SMK Sandakan. Beberapa orang pelajar lelaki tingkatan 6 atas pun naik ke atas pentas untuk membuat persembahan. Si Dino membawa gitar kapok. Dia duduk di atas kerusi sambil membetulkan ‘tuning’ gitar kapoknya. Kawan-kawannya yang lain pula masing-masing bergaya seperti artis rock yang akan membuat persembahan.

Aku yang sedang berada di bawah pentas menunggu. Cikgu-cikgu lain pun menunggu.
Tengok daripada lagak Si Dino yang men’tune’kan gitarnya, aku rasa paling kurang pun mesti lagu Slam ni yang mereka nak nyanyi.

Selesai ‘tune’ gitar, Dino bagi isyarat kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya pun bersiap untuk menyanyi.

Dino pun greeeenggg…..greeeengggg…..greeengggg gitarnya.

Kemudian rakan-rakannya pun bernyanyi:

“Sepohon kayu daunnya rendang
lebat buah ser……”

Belumpun mereka habis “berSlam”, aku dah gelak habis-habisan.

Apa la lu brader, gaya cam rocker, siap dengan gitar, tapi lagu nasyid!

Saturday, 16 May 2009

Wahai Keling-keling

Mahkamah telah membenarkan DBP memasukkan entri 'keling' dalam Kamus Dewan. Sebelum ini ada sekumpulan keling muslim membawa ke mahkamah agar kata 'keling' tidak dimasukkan.

Wahai keling-keling,
kamu tahu atau tidak asal-usul kata keling? Kamu tahu atau tidak bahawa kata 'keling' itu asalnya dari kata 'Kallingga', tempat asal-usul kamu? Kamu tahu atau tidak yang orang-orang Melayu telah membunyikan 'Kalingga' itu sebagai 'keling' mengikut lidah mereka? Kamu tahu atau tidak yang 'Kalingga' ialah sebuah kerajaan yang besar suatu ketika dahulu?

Jadi, mengapa kamu harus prejudis dengan kata tersebut sedangkan kami orang-orang Melayu tiada konotasi penghinaan dalam kata itu. Kami menyebutnya mengikut asal-usul dari mana kamu datang.

Anak-anak Bumi Di Bawah Bayu

Generasi pertama pelajar yang kudidik tingkatan 6 (1992/93):
Yunus Nurdin (taiko Aspura), Ritaudeen Nano (pembantu taiko Aspura), Faisal (budak Lung Manis yang pendiam), Munib Anjam (berlesung pipit bila tersenyum), Felix Ambari (pelajar kadazan yang pendiam), Sufree (waktu dia bekerja di Mayban Bandar Lela, dia selalu mendahulukan aku apabila aku ingin membayar loan kereta walaupun ketika itu barisan agak panjang) Sharif (anak orang kaya, pandu kereta ke sekolah), Nuraini Haji Mahiruddin (dia ni adik bekas speaker Dewan Rakyat, Juhar Haji Mahiruddin), Juraini Jali (mak we Yunus Nurdin, tapi lepas tu kahwin dengan orang lain), Sapiah Kampire (selalu terlena dalam kelas kerana keletihan setelah membantu ibunya berjualan di pasar malam, belakang pejabat pos), Judaria Jaman (seorang yang happy go lucky), Hafsa Camando (mulutnya yang pot-pet, pot-pet), Felix the Kumpau (budak telupid yang menjadikan kumpau sebagai tag linenya), Hafsah (pengikut setia Arqam, Fairus Ajmer (Pahlawan karate dan pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SeA, Snooky (kecil molek dan namanya agak unik) pernah ‘berdebat’ dengan aku tentang kahwin 4 yang amat digalakkan oleh Arqam), dan ramai lagi.

Generasi anak-anak Sabah yang selepasnya:
Shamsul Marrabang (jejaka berbadan sasa, tetapi terpatah cita-citanya dek masalah penegenalan diri), Megawati (perawan yang gagah berlari), Fauziah (akhirnya menjadi cikgu selepas memasuki Maktab perguruan sehabis STPM), Asial Mal (sekarang ni jadi cikgu di SMK Penangah), Clorin Sufree (sumandak yang pernah menghadiahkan sebuah injil berbahasa Indonesia kepadaku), .... binti Perkins(lupa sudah namanya, dia ni mempunyai sepasang mata yang bundar, kuningnya lebat dan berkulit putih melepak), Jordin Perkin (adik kepada nama nya yang sudah aku lupa itu), Julfikar (tinggi lampai), Azman (menunjukkan kebolehannya tidur di atas pokok rambutan semasa kem motivasi di Sepilok), Fay Martinez, Sitti (Fay dan Sitti member kamceng, sama-sama melanjutkan pelajaran ke UM), Ragimah Abbas (gadis bertahi lalat di pipi dari Bukit Garam), Ramlah, Jamilah (berbibir seksi), Arli Sabar (khabarnya telah berkahwin dengan kekasih lamanya yang menjadi doktor), Asiah Sabar (Adik si Arli), Rasmia Benjamin (mempunyai mata yang galak), Jipran (jejaka dangdut yang kononnya rocker), Nur Intang (Pak wenya drebar bas mini yang berambut panjang), Razali Kulan (berebut dengan Jipran untuk memenangi hati NJ, last-last dua-dua melepas), Hendra Ardi Jumain (membawa hatinya yang lara ke Semenanjung, sekarang berniaga di Down Town Cheras), Nurjani Awang Usman (Amoi kicap yang sekarang ini menjadi cikgu), Zuheriyyah (pakar ketawa sambil menggolek-golekkan badannya di atas lantai), Jailan Lumak (satu-satunya rocker yang menangis bila dengar lagu cinta), Sofia (pendiam tetapi mempunyai senyuman yang manis), Hardiah (jinak-jinak merpati), Harun (si hitam manis dari Rajawali), Jamri Ghiau (trasher berani mati), Lahamad (jejaka yang ala-ala pendiam tetapi pendiam) Darwis (kecil-kecil cili padi), Abdullah Abdul Rahman (hitam-hitam si tampuk manggis, dengarnya dah jadi cikgu), Ronnie Cabuslay (saudara baru yang mempunyai mata yang mencairkan hati para gadis), Juswan Djapar (kawan rapat Ronnie, kemudiannya menjadi pengikut setia jamaah tabligh), Jospehine (gadis muslim yang mulanya kusangka beragama lain), Ibrahim (taukey van sekolah), Lusdilin (sentiasa sihat sejahtera), Husniah Abas (manja dan rapat dengan semua guru), Santi Andi Mapiare (anggota Powers Rangers SMK), Sukarta Yapar (jejaka bugis yang kental dengan kebugisanya), isteri Sukarta yang aku sudah tak ingat namanya, Mardiwati (pak wenya lebih muda daripadanya), Dayang Nur Suria (bapanya Datuk Saleh pernah menjadi wakil rakyat zaman Haris Salleh), Ardi (sekarang ini menjadi penguatkuasa bomba) Jumatia (rasanya berkahwin dengan Ardi), Sultan Labanggu (sultan yang tiada tahkta), Siti Aishah Labanggu (adik Sultan), Patimang, Masria Masir (selalu happy go lucky), Rafidah (yang sangat pendiam dalam kelas, kawan si Rafidah yang aku lupa namanya (mempunyai tulisan yang paling cantik) Safri (Inspektor polis), Hasmia Nohing (akhirnya berkahwin dengan Safri), Muhksin (jejaka yang amat pendiam), Leong (bikin kejutan apabila mendapat A dalam Pengajian Am, B dalam Sastera, dua mata pelajaran yang aku ajar), Suri Marja (gadis pingitan yang pernah aku ceritakan), Nasrullah (kaki masjid), Jovita (gadis kadazan yang pendiam), Rosman Lasake (dicop oleh banyak cikgu sebagai gengster, akhirnya berjaya ke USM), Sajid Sakandal (pejuang Abu Sayaf), Darwisa Sakandal (adik si Sajid), Baby Analyn (separuh jalan sahaja di ting 6, lepas tu berhijrah ke atas bukit (Maktab Perguruan), Arusinnah (pintar dan banyak cakap), Lisawati Tinggi (gadis Iban yang terpaksa berkahwin awal), Filda (pun separuh jalan sahaja, kemudiannya berkahwin dengan , ahhhh…lupa suda nama lakinya), Nazaruddin (jejaka tampan yang menjadi idaman para gadis dan pondan), Farida Azahari (amat penakut, bergayut dilenganku semasa aktiviti burung pungguk semasa kem motivasi di Sepilok), Parida (satu-satunya Om perempuan), Berry (selalu lalok dalam kelas, sekarang ini menjadi pegawai polis), Amin (Om lelaki), Shamsiah Lahuse (digosipkan dengan Cikgu S), Juliana (melanjutkan pelajaran ke UPM selepas STPM), Siti Lusa (anak kesayangan bapanya), Suriati (budak taman Merpati, sekarang menjadi pegawai polis), Azizah (tinggal di belakang air port, sangat berbakat dalam bidang nyanyian), Mariani (gadis kadazan yang mulanya kusangkakan Muslim), Jaina Fenandez (sudha menjadi tauke di pasar Sandakan), Amin (pun terpatah cita-citanya lantaran masalah pengenalan diri), Zey Zaiha (mungkin sekarang ini sudah menjadi cikgu selepas menyiapkan TESLnya di UKM), Ernani Lasaka(gadis manja yang tinggi lampai), Mary (Visaya yang kurus melidi), Jason Ortiz(dia ni sekejap nak masuk islam, sekejap nak kekal Kristian, tapi baik hati), Rahmatang (amat manis dan lemah lembut, kononya cewek si Jason), Mama (aku sudah lupa nama sebenarnya, dipanggil mama kerana badannya yang besar dan gayanya yang seperti ibu-ibu),

Dan ini yang paling bongsu:Haris (budak karamunting yang sekarang jadi lawyer), Mas (si fotografer yang sangat berseni),

Tak lupa juga Allahyarham Hasan Basri (pergi ke sana dalam usia yang sedang ranum, semoga rohnya damai di sebelah sana)...


dan lagi…dan lagi…dan lagi… kalian yang tak tersebut namanya di sini bukannya aku lupa akan mereka. Banyak juga wajah yang berputar di depan mata, tetapi namanya aku tak mampu untuk mengingatnya. Mungkin nama-nama yang kusebutkan itu abang kamu, kakak kamu, saudara-mara kamu, kawan-kawan kamu, jiran-jiran kamu, suami kamu, atau isteri kamu, pernah bercewek atau bercowok dengan mereka, pernah bergaduh dengan mereka, maka kalau kamu berjumpa dengan mereka sampaikan salamku kepada mereka.

Nota Tumit Kaki : Nama-nama ini tak sampai pun 10 peratus daripada keseluruhan anak-anak Sabah yang pernah aku didik dan aku jadikankawan. Kelemahan aku sebagai manusia menyebabkan sebahagian besar nama-nama mereka tercicir dari ingatan. Ada antara mereka yang berjaya dalam hidup, ada yang kandas di pertengahan jalan. Sudah ramai yang beranak-pinak, ada juga yang beranak sebelum habis sekolah. Walau apapun mereka itu, ingin aku katakan "Aku bangga akan kamu semua"

Friday, 15 May 2009

Perempuan dan kereta

Telefon bimbit aku pun menyanyikan lagu Hellraiser (FTG). Melalui kaca mata aku yang semakin menebal, aku melihat nombor telefon bimbit isteri.

“Kanda, kereta tak boleh nak dihidupkan. Dah berkali-kali cuba, tetapi tak ada apa-apa respon”, suaranya cemas, macam selalu.

“Dah tengok gear tu diletakkan di mana?” Aku tanya.

“Dah, gear tu dinda dah letak di P”, isteri kata lagi.

Aku ingin menuturkan “Bukalah bonet, kemudian tengok bateri tu. Mungkin kepalanya longgar. Ataupun cuba bersihkan sedikit kepala spark plug, mungkin dah berkeladak”, tetapi tuturan itu hanya dalam kepalaku sahaja kerana memang aku tahu isteri tentu akan tanya balik : “Spark plug tu letaknya dimana?”

“Dinda kat mana tu?” aku tanya.
“Masih lagi kat sekolah”, dia jawab.
“Tunggu situ, nanti kanda datang”, aku kata lagi.

Dalam perjalanan ke sekolah isteri, telefon bimbit buatan China aku bernyanyi lagi.
“Hello…”
“Kanda tak payah datanglah. Kereta dah boleh dihidupkan. Gear tu dinda dah tolak habis-habis sampai ke P. Tadi tak sampai kat P. Ofis boy yang tolong tengok tadi”

Aku yang dah separuh jalan tu hanya mampu cakap “ Cehhhhh….”

Nota tumit kaki : Mungkin benar kata orang, perempuan hanya tahu pandu kereta sahaja, tetapi tidak tahu pasal kereta.

Thursday, 14 May 2009

Jalan Aman

Semasa di Sandakan, antara tugas bukan mengajar yang pernah aku lakukan ialah menggali liang lahad. Cikgu Masrizal pula memandikan mayat. Allhamdullilah.

Wednesday, 13 May 2009

Asrama SMK Sandakan

Selain menjadi markas kader-kader gerakan Islam (baca PAS), asrama SMK Sandakan juga pernah menjadi markas jin (baca makhluk halus).

Dulu-dulu, di bahagian hujung blok bawah aspuri, letaknya setor untuk menyimpan barang-barang yang disumbangkan oleh Yayasan Sabah. Di dalam setor itulah tersimpannya peralatan tulis-menulis, baju sekolah, seluar sekolah, termasuk juga pinafore yang disumbangkan oleh Yayasan Sabah untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Aku kemudiannya dilantik sebagai guru penyelaras untuk mengagihkan bantuan ini. Hari pertama yang aku buat ialah meninjau keadaan di dalam setor tersebut. Apabila aku mendapati setor itu terlalu berselerak dan berdebu kerana sudah lama tidak dijengah, aku bercadang untuk membuat sedikit “house keeping”.

Aku mencari beberapa orang pelajar lelaki untuk membantu bagi mengemaskan setor itu. Berlumba-lumba mereka mengangkat tangan menawarkan diri untuk membantu, maklumlah setor itu letaknya di blok Aspuri!

Pagi itu, aku dan mereka mengemas setor Yayasan Sabah.

Malamnya, semasa aku sedang bersantai-santai di rumah, seorang pelajar Aspura menelefon.
“Pelajar Aspuri kerasukan!” dia memberitahu.
“Warden lelaki tak ada ke?” aku tanya.
“Tak ada, mereka pigi makan mangkali. Yang ada sigu Rozita sahaja”, kata dia.

Aku menghidupkan enjin jentera SS8771C, terus menghala ke sana. Sesampai, aku terdengar sayup-sayup suara pelajar aspuri. Amat cemas bunyinya. Blok aspuri memang gelap gelita kerana ketiadaan bekalan elektrik kesan daripada kebakaran blok Kemahiran Hidup tidak lama dulu.

“Budak-budak ni kerasukanlah cikgu”, cikgu Rozita memberitahu. Aku dengan dia menuju ke sebuah dorm aspuri. Tiga atau empat (aku sudah lupa) orang pelajar aspuri kelihatan seperti orang yang tidak normal. Seorang daripada mereka asyik bernyanyi. Lenggok lagunya amat mistik pada pendengaranku. Selepas bernyanyi dia minta dilepaskan kerana ingin ke belakang aspuri. Ketika itu, di belakang aspuri hanyalah hutan sahaja. Selepas itu dia bernyanyi lagi. Lepas tu minta dilepaskan untuk ke belakang aspuri. Begitulah berulang-ulang kali.

Seorang pelajar lagi, jari telunjuknya asyik menujah-nujah ke tingkat bawah. Dalam keadaannya yang tidak sedar itu, suara dia marah-marah kerana menganggu tempat tinggalnya. Jari telunjuknya terus menujah-nujah ke tingkat bawah.
“Tadi dia berlari menuju ke setor Yayasan Sabah. Kami membubutnya dari belakang”, seorang rakan dia memberitahu.

.
Setor Yayasan Sabah! Pagi tadi aku membersihkan setor tersebut. Mungkin setor tersebut telah menjadi tempat tinggal makhluk lain kerana sudah lama tidak diziarahi manusia. Dan aku telah “menganggu” kampung halaman mereka.

Aku pandang Cikgu Rozita. Cikgu Rozita pandang aku.

Dalam kegelapan, aku menuruni tangga aspuri dan menuju ke setor tersebut. Sepanjang menuruni tangga, aku tidak dapat merasakan apa-apa. Bila sampai di hadapan setor Yayasan Sabah, bulu roma mula berdiri. Aku membuka pintu setor Yayasan Sabah. Aku menyalakan lighter. Dalam samar-samar cahaya api lighter, aku masuk ke dalam setor tersebut. Cuaca berasa dingin secara tiba-tiba.

“Kenapalah kamu nak kacau budak-budak tu. Pergilah balik ke tempat kamu yang asal. Kalau kamu nak menumpang kami, duduklah baik-baik. Jangan bikin kacau”, aku berkata entah kepada siapa. Kemudian aku keluar dari setor itu.

Aku menuju ke dorm pelajar perempuan yang kerasukan tadi. Mereka kelihatan amat lemah. Sudah tiada lagi dendangan lagu mistik. Keadaan sudah menjadi tenang.

“Dah, kamu semua balik ke aspura!” aku mengarahkan beberapa orang pelajar lelaki yang masih lagi tercongok di dalam dorm tersebut.
“Nanti kalau mereka kerasukan lagi, macam mana ba sigu. Kalau kami ada, bulih juga kami tolong sikit-sikit”, kata mereka sambil tersengih-sengih.
“Dah, jangan nak mengada-ngada. Pergi balik asrama”.

Malam itu, aspuri kembali damai, tetapi malam besoknya mereka kerasukan lagi. Dan jumlah pelajar yang kerasukan lagi bertambah.

Pondan dari Pulau Pangkor


Zambri,
Kalau di celah kangkangmu masih lagi bergayut dua biji telur, ayuh bertarunglah secara jantan!

Kembalilah kepada rakyat. Tak usah berdegar-degar mengatakan kamu ibarat Nelson Mandela ataupun Ghandi. Uweekkkkk!!!!!

Thursday, 7 May 2009

H1N1 dan Babi






Kamu tahu apa bedanya antara selesema babi dengan influenza H1N1? Tak ada beda sebenarnya. Kedua-duanya satu, kerana kedua-duanya berkait erat dengan BABI.

Kemdian, kamu tahu apa pula bedanya antara BABI dengan kerajaan BN Perak? Tak ada bedanya pun sebab kedua-duanya HARAM dan amat meloyakan!

Nota tumit kaki : Aku bukan penyokong tegar mana-mana kumpulan siasah. Dalam dunia siasah, aku seorang "atheis". Tapi aku benci dengan politik kotor yang dtangani oleh si pembunuh, si perasuah, dan pengusung tong tahi.

Kuala Lumpur Darul Negro

Kamu ingin bertamu ke rumah aku?
Boleh, aku berikan alamat rumahku. Kamu dengar baik-baik, kalau takut terlupa, ambil pena dan catatkannya.

Ini alamatnya :
No 10, Jalan Negro 8,
Taman Seri Negro,
56000 Cheras Negro,
Wilayah Persekutuan Kuala Negro

Ya, betul, itulah alamat rumahku. Kalau mahu mencari mana letaknya rumahku, senang sahaja. Kamu carilah kawasan yang berlonggok mat-mat gagak dan juga minah-minah gagak. Kemudian kalau kamu terserempak dengan orang yang hitam legam, berambut kerinting sedang melondeh seluarnya dan menjulurkan anunya dan terus kencing macam anjing kurap jalanan tak bertuan, hah! dah dekat benar dengan rumahku. Tempat yang selalu menjadi jamban tempat negro tu kencing sebenarnya di hadapan rumahku. Hah, kan sudah dekat dengan rumahku! Kau cari sahaja negro-negro tu, gerenti akan terjumpalah dengan rumahku.

Kalau kamu tak berkesempatan melihat anu jantan negro, mungkin kamu bertuah apabila dapat melihat minah-minah negro yang tak sedar diri. Mempunyai badan bak seekor babi gemuk, mereka akan bert-shirt ketat sehingga sebahagian besar buah dada lembik terjulur keluar. Kemudian memakai mini skirt pangkal paha, menyerlahkan paha hitam bak batang balak yang diselaputi tahi anjing kering. (Kadang-kadang, ada ketika-ketikanya ketika aku sewel aku akan terfikir begini : Kalau paha dah hitam macam tu, agaknya apakah warna lembah berair mereka?)

Kemudian, apabila kamu terserempak dengan haiwan-haiwan negro yang menogok bir di tempat terbuka, memang sah kamu sudah berada di kawasan rumahku. Apabila terserempak dengan haiwan-haiwan itu, kamu mestilah cepat-cepat menelefon aku. Bukan apa, aku takut nanti kalau haiwan-haiwan tu mabuk, mereka akan bergaduh sesama sendiri. Dan memang itulah yang sering berlaku.

Polis? Kamu bertanya mengapa tidak menghubungi pihak polis? Errrr….sebenarnya polis Malaysia ni apa kerjanya? Ooooo….kerja utama mereka menangkap pemimpin kumpulan siasah pembangkang. Tak pun polis Malaysia ni kerjanya menghambat orang-orang marhean dari rumah-rumah mereka. Lagipun polis Malaysia ni memang terkenal dengan perangai mereka yang suka makan, tetapi malas nak menyuap ke mulut sendiri. Mereka mesti nak makan bersuap! Jiran aku yang ketakutan selepas sekumpulan negro bergaduh sesama sendiri yang kemudiannya menggunakan botol-botol yang dipecahkan sebagai senjata, telah menelefon polis Malaysia. Itu berlaku pada hari raya ketiga tahun lepas. Tapi sampai ke hari ini, dah nak puasa beberapa bulan lagi, polis Malaysia belum sampai-sampai lagi ke tempat kejadian. Cekapkan polis Malaysia!!!


Jadi, kalau kamu terserempak dengan negro-negro yang kurang ajar tu, sememangnya kamu sudah sampai di taman perumahanku.

Nota tumit kaki : Kerana tak tahan, aku pernah memaki negro yang kencing di hadapan rumahku. Dia dengan muka babinya cakap "Sorry sir". Tapi besoknya dibuat lagi. Memang negro-negro ni jenis haiwan yang sukar untuk diajar.

Wednesday, 6 May 2009

Selamat Hari Lahir, Altantuya

Kalau kamu masih bernafas, kamu sudah 31 tahun sekarang.

Selamat Hari lahir, semoga orang yang merencana pembunuhan kamu, orang yang memberikan C4 untuk membunuh kamu, orang yang menembak kamu, orang yang memadamkan rekod kemasukan kamu ke Malaysia, dan orang yang memang ingin melihat kamu mati, akan menerima pembalasan.

Sigalang-Galang

Petang itu, aku dengan Hanafiah bersantai di sebuah restoran mamak. Aku membaca Sabah Times, sementara Hafiah sedang enak menyedut nikotin dari batang Salem mentholnya.

“Assalamualaikum…”. Aku menjeling. Ternampak seorang perempuan tua yang lengan-lengannya penuh dengan gelang berbagai-bagai warna.

Aku terus membaca Sabah Times. Hanafiah terus dengan hanyut dengan nikotinnya.

Perempuan tua yang penuh dengan gelang-gelang di kedua lengan-lengannya, menghulurkan tangannya ke arah Hanfiah. Perempuan tua itu mengharapkan sedikit rezeki daripada kami.

Hanafiah terus menyedut dan menghembus nikotin Salem mentholnya. Aku terus membaca Sabah Times.

“Uina..mahal ba sigup ni” sambil jarinya menunjukkan bungkusan rokok Salem menthol Hanafiah. “Tapi bila diminta sadakah, inda mao dikasinya”, perempuan yang penuh dengan gelang itu bersuara.

Hanafiah tersenyum kambing. Kata-kata itu penuh dengan sindiran yang halus tapi tajam. Sambil menyeluk poket seluarnya, Hanafiah mengeluarkan beberapa keping syiling lalu diletakkan di atas tapak tangan perempuan itu.

Perempuan tua itu, yang penuh dengan gelang di kedua-dua lengannya, dikatakan kurang waras. Hidupnya terbiar dan melarat. Kehidupannya diteruskan dengan belas ehsan orang ramai. Tetapi benarkah perempuan tua itu kurang waras, apabila kata-katanya boleh menikam ego manusia yang dikatakan penuh kewarasan? Mungkin akalnya kurang waras, tetapi perasaannya tetap seperti manusia waras yang lain.

Nota tumit kaki : Perempuan tua itu dikenali sebagai Sigalang-Galang. Khabarnya, nafasnya terputus di bawah sebuah tangga di sebuah bangunan kedai di Sandakan. Hanafiah pula kini menjadi ketua pentadbir Yayasan Sabah bahagian KK Selatan setelah beberapa tahun menjadi Pegawai Akhbar Ketua Menteri.

Tuesday, 5 May 2009

BDC dan sampah di bawah kolong

Dari arah muka jambatan, aku melangkah satu-satu. Aku tak pasti sama ada itu ialah Jambatan A, atau Jambatan B, atau Jambatan Jazz Blues, atau jambatan apa. Aku terus melangkah.

“Rumah saya yang paling hujung, cikgu” ujar J.

Sampai ke hujung jambatan, wajah J tersembul di pintu jendela rumahnya. Senyuman J mempersilakan aku ke dalam rumahnya. Rumahnya memang ringkas. Tak ada sofa, jadi kami bersila di lantai. Terdapat sebuah rak buku yang dipenuhi buku-buku sekolah yang menindan majalah dan akhbar lusuh.

Desiran ombak menerjah ke dalam telinga. Kadang-kadang rumah seolah bergoncang kecil apabila dihempas ombak Laut Sulu. Aku yang tak biasa dengan goncangan itu berasa gusar. Kegusaranku tergambar di pandangan J, dan dia tersenyum.

“Kadang-kadang rumah ini bergoyang apabila musim gelora tiba”, kata J.

Seorang lelaki yang sudah dimamah usia muncul dari sebalik tabir yang diperbuat hasil cantuman perca-perca lebihan kain.

“Bapa saya”, J memperkenalkan.

Kami bersembang dengan bapa J. Banyak yang kami bualkan.

Sampai ke suatu titik perbualan, bapa J menitiskan air matanya.

“Sepanjang anakku bersekolah, belum pernah lagi guru-gurunya datang berziarah. Cikgulah orang yang pertama datang ke rumah kami. Terima kasi ba sigu”.

“Pakcik, saya datang berziarah kerana saya cikgunya”, aku berkata perlahan.

Pandangan bapa J menjadi bertambah sayu.

Dalam perjalanan pulang melalui papan jambatan yang terkopak di sana-sini, aku melihat hanyutan sampah di bawah kolong. Aku melihat sampah-sampah yang hanyut itu sebagai suatu metafora anak pribumi Sabah yang masih banyak lagi berpaut pada dahan-dahan reput.

Matahari pun terbenam di ufuk langit.

Nota tumit kaki: J mendapat keputusan yang membanggakan dalam STPM. Tetapi masalah pengenalan diri dan kemiskinan telah membunuh harapannya untuk ke menara gading. Aku tahu luka dalam jiwa J amat dalam.

Pejuang yang tercicir

Semasa di UM, aku mengkhususkan dalam lingiustik bahasa Melayu. Tetapi aku akrab dengan seorang profesor dari Jabatan Antroplogi dan Sosiologi, Profesor Syed Husin Ali. Aku tak pernah mengambil kuliah yang disampaikannya. Keakraban aku dengan Dr Syed Husin mungkin disebabkan kami senang bercerita tentang perjuangan golongan marhaen. Aku khusyuk mendengar celotehnya semasa perisiwa kelaparan para petani marhaen di Baling. Cerita bagaimana beliau pernah ditahan di bawah ISA hanya semata-mata berjuang untuk golongan marhaen. Beliau pernah bercerita tentang penampar polis-polis yang kurang ajar yang hinggap di pipinya, tentang mukanya yang diludahi oleh SB, tentang deraan jiwa yang dilakukan oleh sang penguasa rakus. Tetapi keimanan dan kesabarannya telah menyebabkan beliau tetap teguh dengan pendiriannya dalam memperjuangkan golongan marhaen. Dr. Syed Husin juga merupakan penentang tegar amalam korupsi.
Semasa di UM beliau merupakan pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Jawatan dalam kumpulan siasah itu telah menyebabkan beliau dilucutkan jawatannya sebagai seorang profesor sosiologi.Walaupun aku akrab dan kagum dengan perjuangannya, aku bukannya seorang sosialis. Aku merupakan seorang Islam yang tegar, dari dulu, kini dan selama-lamanya. Dalam kumpulan siasah, aku merupakan seorang yang atheis.

Semasa pesta buku tempoh hari, aku terserempak dengan Dr. Syed Husin. Aku masih mengingatinya, tetapi dia masih ingat-ingat lupa akan aku. Kami sempat bercerita seputar gelodak siasah tanah air semasa. Dan Dr. Syed Husin Ali tetap seperti dulu, merendah diri, sederhana, dan ramah.

Semasa aku melangkah untuk meninggalkannya, dia berkata "Ohhhh...kamu....baru saya ingat". Selepas bersalam, kami membawa haluan masing-masing.

Nota tumit kaki : Aku bukan sosialis, tetapi aku percaya kepada keadilan sosial yang dituntut oleh Islam.

Monday, 4 May 2009

Senyap

Akhir-akhir ini masa terlalu singkat. Dari KL aku terbang ke Langkawi, kemudian ke KB dan kemudian KL kemudian ke Batu Pahat kemudian balik Kl dan kemudian ke KB lagi. Sekarang ini aku berada di Segamat. Semuanya atas tuntutan kerja untuk berkongsi sedikit ilmu yang aku ada dengan guru-guru yang bertebaran di bumi Malaysia ini.
Minggu mendatang aku harus berada di utara tanah air dan kemudiannya mungkin akan terbang pula ke Bumi di Bawah Bayu.

Titik.

Friday, 1 May 2009

Dialog 2 minggu yang lalu

Anakku 1 : Suci nak mainan tu la abah, abah belikanlah untuk Suci.
Aku : Nantilah dulu, dah nak hari raya ni. Abah nak simpan duit untuk hari raya.
Anakku 2 : Abah, dah lama abah tak bawa Juwita dengan adik Suci pergi makan sate kajang. Jomla, kita makan sate.
Aku : Abah nak kumpul duit ni. Hari raya tak lama lagi.
Anakku 1 & Anakku 2 : Umi, abah nak hari raya apa ni?
Isteriku : Abah kamu tu nak beli buku lagi la tu. Minggu depan dah Pesta Buku. Dia nak tambah koleksi Tembok Besar Negeri China la tu.
Anaku 1 & Anakku 2 : Abah ni tak habis-habis dengan buku.
*Hari raya = hari aku berseronok-seronok sambil menghabiskan wang membeli buku.
* Tembok Besar Negeri China : Rak buku di ruang studi di rumahku yang buku-bukunya dah bersusun seperti tembok besar itu.

*aku memimpin tangan Suci dan Juwita masuk ke gedung ilmu sempena pameran buku di PWTC. Semoga Suci dan Juwita akan menyintai buku lebih daripada abahnya*

Nota tumit kaki : Mas, gambar ni blur, memang disengajakan kerana ingin mendapatkan kesan yang lebih artistik lagi.....kunun!!!! (Padahal gambar diambil dengan hand phone buatan China sahaja tu)

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...