"Cikgu, belikan saya juga colgate" pesan zueheriyah kepada aku semasa aku ingin ke bandar sekejap. Waktu itu , aku dan rakan-rakan guru yang lain menganjurkan kem motivasi di sepilok.
Aku ke bandar.
Aku membeli beberapa keperluan.
Aku mencari colgate yang dipinta oleh zuheriyah, tetapi tiada. Mungkin sudah kehabisan stok.
Aku kembali ke tapak perkhemahan.
"Zue, colgate indada ,sudah habis mungkin" aku berbasi-basi dalam loghat sabah. "Tapi sia belikan kamu Darlie, bolehkan?"
"Uina, colgate juga tu..." ujar Zueheriyyah terkesing-kesing.
Baruku tahu, rupanya colgate tu ialah ubat gigi tak kira apa jenamanya!
Nota tumit kaki : Zue, kalau aku tahu Colgate tu jenama Israel, tidak akan kubenarkan namanya disebut-sebut di depanku!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT KEMBALI KEPADA SELAMAT DATANG
tiada apa-apa yang harus aku kesali untuk hari-hari 2025 kerana aku mengenggam akan rasa yakin "tuhan tidak kejam" yang datang d...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
budak ku: cigu lepas spm aku p kL..
ReplyDeletecigu sera: buat apa ko p kL nie..
budak ku: skolah la ba cigu..
cigu sera: KL ko mo masuk U mana??
budak ku: UM d pahang..
nah.. terbukti lagi.. KL tu sluruh semenanajung..
miahahahaha..