Saturday, 25 April 2009

Kamu Tahu Mengapa Namaku Cikgu Metal(II)

Sungguh bukan aku yang beri nama Cikgu Metal.

Semenjak dari sekolah lagi aku memang suka warna hitam. Aku tak tahu mengapa, tapi aku memang suka warna hitam. Jadi, semenjak dari bangku sekolah lagi, kebanyakan pakaianku warnanya hitam. Baju, seluar semuanya warna hitam. Aku tak suka warna-warna lain.

Keobsesanku terhadap kaler hitam terus malar, tak pernah berubah. Sehingga aku jadi cikgu pun, aku selalu beli baju yang hitam kalernya. Aku hanya memakai kemeja yang bukan berwarna hitam sewaktu masa kerja rasmi sahaja. Selain waktu itu, pakaian seragamku ialah baju T dan kebanyakan baju T aku warna hitam.

Jika aku ke pasar Sandakan untuk membeli ikan dan sayur, aku akan pakai baju T kaler hitam. Kalau aku ke sekolah kerana ada aktiviti sukan dan sebagainya, aku pakai baju T walaupun aku guru rumah sukan Meranti yang menjadikan warna kuning (?) sebagai warna rasmi. Aku ke Pusat Tuisyen Purnama (Satu-satunya pusat tusiyen yang ada di bandar Sandakan waktu itu, dan namanya Purnama!) pun dengan memakai baju T kaler hitam.

Waktu itu, kefobianku untuk ke saloon rambut masih lagi menebal. Semuanya gara-gara aku ditawarkan sumandak dahulu. Untuk masuk ke kedai gunting rambut kepunyaan apek pula, aku telah bersumpah tak akan masuk ke sana lagi setelah apek itu menjadikan rambutku ala-ala Abu Bakar Ellah. Jadi rambutku masih lagi agak panjang. Jadi tiada siapa yang sudi untuk menggunting rambutku mengikut cita rasa aku.

Bila rambut yang paras bahu, dipadankan pula dengan baju T kaler hitam dan sneaker Reebok, pelajar-pelajarku akan kata “Cikgu ni metal ba!”

Sungguh, bukan aku yang berikan nama itu. Mereka yang panggil aku begitu.


Nota tumit kaki : sekarang kamu sudah faham kan, mengapa blog aku kalernya hitam.

5 comments:

  1. tip untuk gambar dalam blog kelihatan cantik:

    1) gunakan warna hitam sebagai latarbelakang blog.

    kompom cantik.

    tapi cikgu, kata orang orang yang minat ber-stuffkan kaler itam ni suka berahsia, sedikit misteri dan ada jiwa sensitif? Apekah?

    *Soto paling best di bandar Sandakan kemsalam dengan cikgu. Nyam nyam!

    ReplyDelete
  2. Mas,
    kaler hitam bagi saya satu kaler yang misteri. Memang saya sangat perahsia. Itu mamang saya tahu. Ada juga yang mengatakan saya ini terlalu sensitif lantas dengan itu saya menjadi manusia yang cepat mendidih.

    *Mas selain soto makasar, saya juga amat merindui roti kobra dengan teh nai beng....

    ReplyDelete
  3. abis tu.. kepala skolah.. xtegur rambut cigu panjang semacam..??

    ReplyDelete
  4. S3R4CURIY14,
    Aku pernah dipanggil juga oleh kepala sekolah. Tapi aku menyatakan aku tidak melanggar mana-mana aturan. Aturan tiada mencatatkan guru lelaki tidak boleh menyimpan rambut paras bahu. Aturan jelas menyatakan etika berpakaian mestilah kemas. Rambutku tidak pernah mengerbang pun. Aku letakkan gel, sehinggakan ribut greg pun tidak mampu untuk merobohkan binaan rambut aku. Kemudian aku minta kepala sekolah menegur seorang dua cikgu perempuan (Cina) yang berpakaian seksi dan nyata melanggar aturan yang tercatat. Selepas itu, dia tidak pernah memanggil aku lagi. Dan cikgu perempuan (Cina) itu terus menghidangkan daging segarnya yang gebu itu.

    ReplyDelete
  5. hahaha...cikgu Margaret Sia, cikgu farah or Cikgu Merlin Loo...guess who?

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...