
Seingat gua, gua sudah pun terdedah dengan muzik rock sebelum gua belum akil baligh lagi. Masa tu awal 80-an. Satu-satunya pemain muzik yang ada di rumah gua waktu itu ialah pemain katrij kereta kepunyaan bapak gua. Abang gua ambil dan pasang dalam rumah. Abang gua masa tu memang anak manja ayah gua. Dia selalu dapat duit lebih. Dan minat dia muzik rock. ACDC, Pink Floyd, Queen, dan kumpulan KISS yang paling abang gua minati. Habis muka dia conteng, kononnya nak jadi macam Gene Simons gitaris KISS yang selalu guna gitar berbentuk kapak.
Gua, waktu itu masih kanak-kanak, belum akil baligh lagi. Mungkin Din Search pun baru nak bersunat. Amy pula mungkin sedang seronok melalak di bawah khemah tempat kenduri orang kahwin. Dan gua selalu curi-curi masuk ke dalam bilik abang gua sewaktu dia pergi sekolah. Maka setiap pagi, wa layanlah lagu-lagu dari kumpulan-kumpulan tersebut. Nak cari kaset M Daud Kilau atau Latif Ibrahim, jangan mimpilah.
Mula-mula, gua bengang. Apalah bangang abang gua ni dok layan lagu-lagu yang amat membingitkan. Tapi gua tak ada kaset Hail Amir untuk gua dengar. Gua terus layan dalam terpaksa ACDC, Pink Floyd, Queen, dan KISS. Mula-mula, gua tak rasa apa-apa. Tapi lama-lama bila selalu mendengar lagu-lagu rock ni, kepala gua mula dapat layan.
Bila kakak gua balik dari asrama, dia pasang kaset Ahmadi Hassan. Masa tu Ahmadi Hassan memang popular, cam Mawi sekarang nilah. Bila gua dengar lagu-lagu Ahmadi Hasan, gua rasa boring yang amat. Gua pasang balik lagu KISS! Kakak gua baling gua dengan selipar jepun yang dia bawa balik dari asrama.
Cinta gua terus kepada irama rock.
Masa gua form 2, kumpulan Search buat album, Cinta Buatan Malaysia. Gua tak ada sen nak beli kaset original. Gua kumpul satu hari seploh sen. Cukup 50 hari, gua dah ada lima hinggit. Gua pergi ke kedai Mat Gmart. Gua beli kaset cetak rompak Cinta Buatan Malaysia. Gua layan dari pagi sampai malam. Mak gua membebel, “Ni sorang lagi yang nak bela hantu raya”
Minat gua kepada Search tidak pernah padam. Hilarry keluar, Kids yang masuk pun gua tetap setia. Walaupun ada member gua yang tidak suka mat rock bunga-bunga (Kids ler tu) masuk Search. (Kids sebelum ni ialah gitaris kumpulan Gersang yang tak nampak rock langsung). Lepas tu, Nasir keluar, gua tetap dengan Search. Nasir masuk balik, gua tetap dengan Search. Sehinggalah Amy blah, gua memang sedih habis. Tapi rockers mana menangis. Nasir pun blah lagi sekali, diganti pula Fauzi. Awie join kejap dengan Search. Gua ingat Awie akan masuk Search, tapi tidak.
Pastu Kids, Din dan Fauzi blah dari Search. Tinggallah Yazid yang setia dengan Search. Yazid buat line up baru untuk Search. Moq masuk ganti tempat Amy. Shah pulak ambik alih peranan Kids. Buat satu album, “Selepas Banjir”. Lepas tu kemarau terus.
Kemudian 2002, Amy join kembali Search. Pergggghhhhh….gua memang gembira abis. Pastu Din dengan Kids blah. Hilary yang sejak 1989 bercerai dengan Search rujuk kembali. Tak lama kemudian, Din masuk balik Search. Kids terus jadi towkey kopitiam kat Bangi.
Aku tetap minat giler dengan Search. Bila Amy “berhijrah” dalam hidupnya, kegileran aku terhadap Search semakin mengiler-giler.
Bulan Ogos nanti, Search nak buat konsert kat KL. Sebagai persediaan, gua pakai balik t shirt gua yang dulu-dulu. Tapi gua simpan balik dalam kotak bila bini gua cakap “Wow, seksi ler perot abang”
Nota tumit kaki : Dari Cinta Buatan Malaysia sehingga Gothic Malam Edan, gua tetap masih di situ. Rampage, Double Trouble I dan II (koloborasi dengan Wings), Gema di Timur Jauh, dan Karisma gua beli yang original di Sandakan. Selepas Banjir gua beli yang original di KB. Gothic Malam Edan kawan gua hadiahkan selepas gua membelanjanya makan nasi lemak di KL. Hanya Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi dan Fenomena sahaja gua beli yang cetak rompak sebab waktu itu gua masih takder sen nak beli yang original.
ingt masa cikgu pakai t-shirt n jeans koyak, high cut boot g skolah..giler arr..sib baik pak guard tak halau
ReplyDeleteHaris,
ReplyDeleteseluar jeans tu bukan gua sengaja koyakkan. Jeans itu dah uzur sangat, gua sayang nak buang. levi's original baitu! Jadi gua pakailah selagi terdaya
Bulan Ogos nanti, Search nak buat konsert kat KL. Sebagai persediaan, gua pakai balik t shirt gua yang dulu-dulu. Tapi gua simpan balik dalam kotak bila bini gua cakap “Wow, seksi ler perot abang
ReplyDeletenda spoting betul la si perut...miahahahaha..
cikgu...jom lepak kopitiam kids d bangi
ReplyDelete