Wednesday, 15 June 2011

Tersesat di Facebook

Gua ada facebook. Tapi gua bukan pemfacebook tegar. Gua sekadar pengikut pasif. Pasif dalam erti kata, bukannya gua tak boleh hidup dengan facebook. Sebab itu sesapa saja yang nak masuk dalam senarai rakan, gua akan hanya klik pada butang accept jer. Kemudian kalau ada sesiapa yang nak lari dari senarai rakan, gua tak ralat sikit pun. Gua tak akan hantuk kepala gua kat monitor pc semata-mata kecewa kerana ada orang yang larikan diri sendiri dari senarai rakan gua. Lu nak masuk, gua terima. Lu nak lari, lu lari jauh-jauh. Gua sikit pun tak kisah!

Kadang-kadang gua tengok, ada yang lupa tentang hakikat facebook ini. Dah namanya laman sosial, maka lu sebenarnya hidup dalam dunia sosial. Dunia masyarakat. Dunia yang ada manusia lain. Monyet dan babi hutan tak pandai main facebook. Maka, lu harus tahu, setiap apa yang lu bebelkan kat sana akan turut sama dikongsi oleh manusia lain. Manusia ni sangat rencam. Ada pelbagai jenis. Ada pelbagai kepala hotak. Ada pelbagai takat kecerdikan.

Maka katakanlah, lu tulis kat dinding facebook lu macam ni : "Hari ni perut aku sakit". Manusia lain yang turut berkongsi boleh memberi pelbagai tafsiran. Mungkin ada yang kata "Oooo...dia makan cili banyak sangat. Sebab tu perut dia sakit". Tapi mungkin akan ada manusia lain yang fikir : "Kesiannya dia, kena tumbuk lagi perut dia". Jadi, lu tak boleh marah sama orang lain apabila kadang kala apa yang lu tulis tu disalahfahamkan oleh manusia lain. Lu tak boleh dengan angkuh kata, "aku punya facebook, aku punya suka la nak tulis apa pun". Kalau lu kata begitu, maka lu juga kena terima bahawa "aku punya tafsiran, aku punya suka la".

Hakikatnya, apa yang lu tulis, menelanjangkan semua susuk tubuh lu, luar dan dalam. Kata-kata yang baik, bisa menggetarkan manusia lain. Kata-kata yang berbayang mungkar akan menjadikan orang lain menjadi jijik. Kalau bini lu masak tak sedap pun lu nak tulis dalam facebook, apa barang beb!!

Lu nak meluah perasaan, boleh saja. Tapi lu kena ingat, dan pandang kiri kanan. Mungkin lu rasa apa yang lu tulis akan menjadi penawar untuk diri lu sendiri. Tapi penawar untuk lu, mungkin boleh menjadi racun untuk orang lain. Lu nak menyindir, baik tak payah. Kalau lu nak mengutuk, kutuklah terang-terang. Sebut namanya dengan jelas. Misalnya lu boleh tulis macam ni : "Sial punya Rokiah Binti Seman, habis kredit aku dia sapu. Jaga kau, kalau aku jumpa kau aku nak perkosa kau sampai kau terkopak!" Tapi kalau lu duk main sindir-sindir, tak sebut nama, banyak orang yang akan tersalah anggap. Yang akan berfikir yang sindiran itu adalah untuk diri dia. Sedangkan bukan. Maka siapa yang salah?

Gua tengok fecebook ni umpama sebilah pisau. Kalau lu gunakan pisau itu untuk memotong tembikai, tembikai itu lu boleh makan. Tapi kalau lu gunakan pisau itu untuk memotong batang halkum lu, lu boleh mati.

Gua rasa Mark Zuckerberg pun ketawa terbahak-bahak melihat ramai orang yang tersesat di dunia facebook yang dia cipta itu. Dia dapat untung bilion bilion dolar, kita pula yang duk buat kerja tak senonoh.

Hidup jangan tersesat. Tersesat itu bukanlah hidup namanya.

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...