Tengah hari. Gua balik dari lunch di Wangsa Walk. Gua parkir kereta. Sebaik gua keluar kereta, gua ternampak seorang brader. Bertopi. Sedang menyelongkar tong sampah besar berwarna hijau di hujung tempat parkir kereta.
Gua teet! tot! kereta gua. Kereta gua terkunci. Brader itu berpaling. Mungkin disebabkan teet! tot! tadi, dia tersedar yang gua turut ada di situ. Brader itu senyum. Gua angkat tangan gua sedikit. Itu kira sapaan gua untuk brader itu.
Sambil mengeluarkan sebatang Dunhill, gua menuju ke arah brader itu. Gua cucuh. Gua sedut. Gua hembus. Asap nipis naik atas, kiri dan kanan. Gua hulurkan kotak Dunhill kat brader itu.
"Terima kasih" kata dia sambil menarik sebatang Dunhill.
"Tak pernah nampak abang di sini. Dari mana?" gua tanya.
"Gombak", brader tu jawab.
"Boleh tahan jauh tu," balas gua.
"Nak buat macam mana. Semenjak harga barang naik, saya kena bekerja keras. Kalau dulu hanya di sekitar Gombak dan Batu Caves. Sekarang saya terpaksa datang sehingga ke Keramat, Wangsa Maju dan Setapak," jawab brader tu.
Brader itu menyedut dalam-dalam Dunhill. Dia menyedutnya seperti seorang banduan yang dah lama tak pekena KFC. Meneroka kenikmatan.
"Saya ada 6 anak. Paling tua tingkatan 6. Paling bongsu di tadika. Semua bersekolah," brader tu menyambung.
Gua diam. Gua tnggu brader itu sambung cerita.
"Menteri kata, bil letrik nai tak kasi beban sama rakyat. Kepala hotak punya menteri. Kecik-kecik tak nak mampus, bila besar jadi menteri. Lepas tu menyusahkan orang!" brader tu sambung. Marah sungguh.
"Saya ada 8 jasad di rumah. Bila sudah 8 jasad, maka macam mana saya nak jimat letrik kasi 20 ringgit jer sebulan? Terang-terang yang 75% yang konon tak terlibat dalam kenaikan ini, bukan saya. Saya dah kena rompak!" kata brader itu.
"Dulu saya pakai van buruk untuk cari kotak, besi buruk. Tapi sekarang ni saya pakai motor buruk jer. Tak tahan, minyak selalu naik."
Kemudian dia sambung lagi, "Semua barang pun sudah naik harga. Yang menteri sibuk duk tipu rakyat kata rakyat tak susah, apa hal? Tak payah la nak menipu. Kalau rasa-rasa dah tak mampu nak jaga negara, tak mampu nak jaga rakyat, turun la. bagi orang lain!"
Gua tengok jam. Masa untuk lunch sudah hampir lenyap. Gua campak puntung Dunhill yang masih ada bara ke dalam longkang. Perlahan-lahan gua minta diri. Brader itu mengangguk. Dia lap peluh di mukanya yang nampak licin dan berkilat.
Sambil berjalan ke pintu masuk ofis, gua terfikir. Dengan wang yang diperoleh daripada jual kotak dan besi buruk, dengan ada 7 perut di rumah, dengan harga barang yang semakin naik, bagaimanakah brader itu harus hidup dengan selesa?
Gua masuk ke dalam ofis. Hawa panas di luar tadi sudah terganti. Kini gua duduk di atas kerusi pusing-pusing. Dari kaca jendela, gua melihat brader itu masih menyelongkar tong samaph besar warna hijau. Gua tahu, walau segigih mana pun dia menyelongkar tong sampah besar itu, dia tak akan terjumpa dengan emas sebungkah. Dia tak akan terjumpa dengan surat tawaran tender bernilai jutaan ringgit untuknya. Dia tak akan terjumpa dengan surat tawaran AP kereta atau gula untuknya. Dia tak akan terjumpa dengan surat perjanjian subsidi IPP bernilai 19 billion ringgit untuk dia. Dan dia juga tak akan terjumpa besi buruk kapal selam Scorpene.
Dia tak akan terjumpa dengan semua itu. Itu semua bukan milik rakyat. Itu semua milik orang-orang yang tak pernah menyelongkar tong sampah untuk mencari nasi untuk di bawa pulang ke rumah.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
Bro, ni la nasib marhaen, bila musim pilihanraya didodoi dgn janji, lepas pilihanraya dilanyak mcm kanji...... Org politik suka menganggap rakyat kita tdk blh berfikir & menganalisa..... Tak kira kerajaan ke, pembangkang ke, sama jer
ReplyDelete