Wednesday, 8 June 2011

The angry young man.

Gua buka emel. Ada emel Hanafiah. Dia kata dia ada di KL.

"Bro, lu chek ini hotel mana?" tanya gua, via SMS.
"Kat pudu. Hotel cikai jer," jawab Hanafiah, via SMS.

Sebab itu ialah Hanafiah, maka gua wajib tanpa kompromi keluar lepak-lepak dengan dia. Kenapa gua wajib lepak dengan dia? Sebab itu ialah Hanafiah!

Gua dengan dia, macam berkongsi kepala. Masa dia dengan gua sama-sama jadi guru di SMK, banyak benda yang sama berlaku. Hanafiah ada but koboi pergi sekolah. Gua pun ada. Hanafiah ada kemeja YSL tanpa kocek. Gua pun ada. Hanafiah suka bercakap tentang Cromok. Gua pun suka. Hanafiah sangat tekun membaiki anak-anak Sabah. Gua pun sama.

Gua dengan Hanafiah masa di SMK sama-sama rebel. Kami boleh dikatakan "the angry young man". Banyak benda yang gua dengan Hanafiah buat ikut pakai kepala sendiri.
"Tak sanggup aku berdiri di tengah panas mengambil gambar," kata Hanafiah.
Gua pun sama tak sanggup. Maka gambar cekgu2 SMK yang terisi dalam majalah sekolah tidak ada wajah gua dengan Hanafiah.

Contoh 'the angry young man' yang gua dengan dia buat ialah selalu bawa budak2 Kelab Pencinta Alam buat aktiviti di luar. Ada beberapa ketika, pengetua tak bagi kerjasama. Jadi gua dengan Hanafiah buat sahaja aktiviti itu tanpa diberitahu kepada pihak sekolah. Kami buat aktiviti motivasi di Poring dan Taman Kinabalu tanpa memberitahu kepada pengetua. Dan sewaktu singgah untuk solat di masjid Ranau, gua terserempak dengan pengetua di dalam masjid. Gua dah tak boleh nak mengghaibkan diri. Budak-budak KPA pula berselerakan di sekitar masjid. Gua dengan Hanafiah kantoi dengan pengetua! Tapi gua dengan Hanafiah tak gelabah. Program tetap diteruskan.

Gua dengan Hanafiah menjadikan Kelab Pencinta Alam sebagai wahana untuk membina dan membaiki anak-anak Sabah. Kami punya satu pandangan yang sama. Pembelajaran bukan hanya ada di dalam kelas. Pembelajaran dan kesedaran lebih mudah dibuat di luar kelas, dalam suasana santai tanpa batas komunikasi tapi penuh terkawal.

Bila Hanafiah berhijrah ke Yayasan Sabah, budak-budak membuat majlis perpisahan. Tapi bukan di sekolah. Majlis itu dibuat di Taman Rimba. Penuh sebiji bas diisi oleh budak2 SMK.

"Bukan kamu seorang sahaja yang pernah berhenti dari SMK. Tapi majlis perpisahan kamu ni tak pernah berlaku kepada cikgu2 lain. Belum ada lagi majlis perpisahan dibuat di Taman Rimba," kata pengetua.

*****
Sebab dia ialah Hanafiah, maka gua harus lepak dengan dia bila dia ada di KL. Walaupun Hanafiah sudah menjadi orang penting di Yayasan Sabah, tapi Hanafiah tetap sama macam dulu. Hanafiah bagi gua, walaupun suatu hari nanti dia menjadi Ketua Menteri sekalipun, gua masih tergamak untuk masuk ke dalam biliknya tanpa temu janji.

Sebab apa? Sebab dia ialah Hanafiah.

********
Dan malam itu, gua lepak2 dengan Hanafiah di Bangi Kopitiam. Di sisi Hanafiah ialah Ririn, isterinya. [Errrr...Ririn ni pernah memanggil hanafiah 'cikgu', tapi sekarang ini 'cikgu' itu telah bertukar menjadi 'abang']

2 comments:

  1. HAHAHAHA ;D
    nda tau mau komen apa tp sy faham crta ni.

    ReplyDelete
  2. Tq bro.... gua hargai lu sanggup jumpa gua biarpun penat balik dr kerja... Pada gua, lu sahabat dunia akhirat, terlalu banyak kenangan manis dulu-dulu & gua banyak belajar dari lu tentang banyak perkara. Dua perkara yg buat masih tetap kagum dengan lu, pertama ketegaran lu dgn rock, kedua, dalam lu rockers, hati tetap ada taman!... buktinya, lu adalah penulis yg baik... gua, masih penconteng dinding jer.....

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...