Thursday, 16 June 2011

Godamlah Selagi Terdaya

Godam maksudnya pukul. Itu maksud harfiahnya. Dalam bahasa Internet ia bermaksud ceroboh dan kacau. Atau dalam bahasa orang putihnya ia dipanggil hack.

Dahulu, lama dahulu, gua pernah terjebak dalam dunia pengodaman rangkaian. Saja gua suka-suka. Kalau ikut pengalaman gua, para penggodam ni bergerak secara indie. Mereka tiada satu komuniti secara rasmi. Tapi mereka boleh berkumpul di satu tempat dalam dunia maya. Gua berani kata, para penggodam ini tak kenal pun muka antara satu sama lain. Mungkin dalam satu famili ada para penggodam. Bapak menjadi penggodam. Anak juga menjadi penggodam. Tapi mereka mungkin tak pernah tahu bahawa mereka hidup di bawah satu bumbung sedangkan mereka sentiasa berhubung melalui maya saban malam!

Dulu, gua saja suka-suka sahaja belajar untuk menggodam komputer. Bagi gua, itu hanyalah sekadar untuk tahu apa yang ada di sebalik dunia. Dulu, gua selalu berhubung dengan para penggodam melalui emel dan ruang sembang ICQ. Katakanlah gua nak tahu sesuatu benda. Gua akan tanya. Dan mereka yang lebih tahu akan menjelaskan apa yang gua harus lakukan. Gua pernah test power untuk menggodam emel dan password internet orang lain. Dulu internet di Malaysia menggunakan jenis dial up. Perlu ada username dan password. Kemudian, ada sorang mamat kasi tau gua bagaimana nak pecahkan password. Dia bagi web site yang ada software untuk menggodam. Gua cuba. Mula-mula tak menjadi. Gua tanya lagi. Kemudian dia ajar lagi. Gua cuba lagi. Lama-lama gua berjaya memecah masuk satu akaun internet. Pergghhhh....bila berjaya, gua rasa macam gua ni tergolong dalam manusia yang hebat di dunia maya.

Jadi, bila banyak laman web kerajaan Malaysia kena ceroboh, gua tertanya-tanya. Kalau beginilah sistem keselamatan rangkaian kerajaan, masak bro! Kalau facebook yang percuma pun kerajaan boleh kasi tender 1.8 juta ringgit, gua rasa tentulah laman web yang lain memerlukan tender yang lagi tinggi. Tapi apa kejadahnya, bila satu demi satu laman web kerajaan kena godam. Malu weh!

Yang bagi amaran untuk godam laman web kerajaan ni ialah satu komuniti penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anonymous'. Komunti ini dah lama buat kerja godam menngodam ni. Kerajaan Turki dan Iran pernah menjadi sasaran mereka. Begitu juga dengan Mastercard dan Visa. Malahan kompeni seperti Sony juga turut menjadi sasaran mereka. Mereka ada alasan sendiri kenapa mereka membuat kacau. Bila mereka tak puas hati, lalu mereka menghantar 'tentera' untuk membuat serangan. Kalau Mastercard dan Visa pun boleh mereka ceroboh, apatah lagi dengan laman web kerajaan Malaysia yang kebanyakannya dibina dengan menggunakan open source. Lagi senang. Gua rasa, kalau gua tanya sikit-sikit, buat penyelidiakn sikit-sikit, ciluk software dari Internet sikit-sikit, gua pun boleh godam laman web yang pakai open source ni.

Penggodam yang berbakat kat Malaysia ni, diorang banyak berkumpul di Dragon Force. Ini komuniti yang sekarang ini pun turut sama galak menggodam laman web kerajaan.Komuniti ini memang sangat pakar dalam bab keselamatan rangkaian. Dan gua rasa, diorang tak dibayar juta-juta untuk buat kerja godam-menggodam. Dan gua juga yakin, diorang mampu untuk membuat laman web yang lagi canggih dari laman web Ismail Sabri yang berharga 4 juta ringgit, atau facebook Ng Yen Yen yang berharga 1.8 juta ringgit. Dan apabila para penggodam 'marhaen' mampu menceroboh laman web 'aristokrat' yang berharga juta-juta, kalau ini berlaku kat Jepun, ramai yang akan melakukan harakiri sebab malu. Tapi kat Malaysia, kirim salamlah kalau Ismail atau Yen Yen nak buat harakiri. Nak letak jawatan pun jauh panggang dari api.

Lu cubalah bergaul dengan para penggodam ini. Mereka sebenarnya dari kumpulan 'the angry young man' yang memprotes segala kebejatan yang berlaku. Mereka tidak menerima sebarang upah. Mereka tidak mengekar wang. Kalau mereka kejar wang, dah lama bank-bank utama di dunia yang mereka ceroboh. Tukar sahaja kata laluan. Kemudian crack itu crack ini. Berduyun-duyun duit masuk ke dalam akaun mereka. Tapi mereka tidak melakukan itu. Mereka ada sebab untuk mereka menggodam.

Mereka menggodam laman web kerajaan Malaysia kerana mereka tak puas hati dengan SKMM yang buat arahan agar ISP di Malaysia ni buat sekatan akses ke beberapa buah laman web perkongsian fail. Bagi mereka, ini telah melanggar hak asasi untuk mendapatkan kebebasan maklumat. Jadi mereka pun buatlah kerja mereka. Dan yang bestnya, mereka ini memang beretika. Sebelum menghantar 'tentera', mereka bagi amaran terlebih dahulu. Setakat hari ini, sudah banyak laman web kerajaan yang diserang satu persatu. Gua nak tengok macam mana Rais Yatim nak buat kubu pertahanan. Atau gua nak tengok bagaimana Rais membuat serangan balas. Gua nak tengok macam mana kompeni yang diberi tender jutaan ringgit itu memulihkan dan bertahan daripada serangan itu.

Kalau lepas ni, tentera para penggodam terus-terusan menceroboh dan mengacau, gua cadangkan ambil sahaja budak-budak tadika buat laman web kerajaan. Jadi kalau laman web kerajaan diceroboh dengan mudah, maka Rais bolehlah bagi alasan :"Oh, kita punya budak tadika yang buat. Diorang tu programer yang belajar 17 tingkat. Sebab tu kita senang kena ceroboh".

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...