
Fareed Zakaria ni seorang wartawan. Dia kerja dengan Newsweek. Nama dia macam nama orang Islam sebab dia memang orang Islam. Tetapi gua tak tau la dari segi praktikalnya sama ada dia orang Islam. Baiklah, gua bersangka baik sahaja la. Fareed tetap seorang Islam yang baik walaupun dia sudah jadi warga Amerika dan kerja di sana. Fareed berasal dari India. Kemudian melanjutkan pelajarannya di Amerika. Dan sampai ke sudah dia melekat di Amerika sehingga dia akhirnya menerima Green Card.
Ok, gua nak bersembang secara ringkas dan mudah buku yang juga gua sembelih sedikit sebanyak ini. Buku ni ada 7 bab. Secara umumnya, Fareed cuba mengungkapkan tentang peranan Amerika sebagai sebuah negara super power. Fareed menelusuri sejarah super power Amerika ini semenjak Zaman Reinanssance lagi. Kemudian Fareed juga membebel tentang saingan kepada super power Amerika ini oleh negara lain. Fareed kata, negara China dan India mampu menjadi saingan kuat kepada Amerika. Ini kerana China dan India mempunyai sumber asli dan kuasa pasaran domestik yang cukup besar. Malah China telah berjaya menjadi kuasa pengimbang kepada super power Amerika ini.
Kemudian Fareed membebel lagi. Dia kata akan berlaku anjakan kuasa di Amerika. Fareed kata ini berlaku kerana dinamika dagangan Amerika dengan negara asing. Fareed juga kata, anjakan ini berlaku kerana demokrasi yang subur di Amerika dan juga pengamalan pasaran bebas di sana.
Fareed memberi tumpuan khas kepada negara China. Fareed melabelkan China sebagai negara kuasa kedua selepas Amerika. tapi Fareed kata, China perlu mengambil masa beberapa dekad lagi untuk memintas Amerika. Fareed kata, kecemerlangan China ini adalah disebabkan fahaman Confuciasm di sana.
Selain China, Fareed juga ada menyentuh tentang negara asalnya, India. Dia kata India ada banyak kelebihan. Kelebihan itu, kata Fareed ialah mahkamah yang bebas [Mahkamah Malaysia bagaimana?], hak kepada harta persendirian, amalan undang-undang, pembentukan sektor swasta, dan banyak ahli perniagaan India yang daripada jenis savvy English Speaking. Kononnya kalau pandai bercakap orang putih, maka penguasaan ekonomi akan menjadi lebih mudah. Itu bukan gua yang kata, tapi Fareed yang kata. Kalau pendapat itu tak betul, jangan marah gua. Marah la sama si Fareed.
Kemudian fareed juga ada membuat perbandingan tentang peperangan yang pernah dilalui oleh Amerika dengan Empayar British. Fareed mengambil contoh beberapa siri peperangan yang berlaku pada akhir 1800, 1900 dan juga peperangan yang berlaku pada era tagun 2000. Fareed kata, Empayar British menang dalam peperangan Boer pada tahun 1890 tetapi memang dari segi penguasaan secara politik sahaja. Tetapi British tak menang dalam penguasaan ekonomi. Manakala pada era tahun 2000, Amerika Amerika menjadi negara yang tersangat kuat dalam ekonomi, tetapi gagal dalam pengaruh politik. Apa yang dia bebelkan, gua pun tak berapa nak setuju. Tapi lu boleh baca sendiri buku ini.
Sebenarnya banyak lagi benda yang hendak disampaikan oleh Fareed Zakaria ini. Tapi kalau gua bagi tau semua, nanti buku dia tak laku sebab lu sudah tau. Jadi, lebih baik lu cari dan baca sendiri buku ini.
No comments:
Post a Comment