Petang itu. Seperti biasa. Selepas jam 5, gua keluar dari ofis. Dan. Seperti biasa. Lepak-lepak di gerai sebelah. Menyedut neskafe o ais kurang manis. Menikmati mi sup pedas. Dan mengasapkan diri dengan Dunhill.
Kemudian. Datang Razak. Duduk. Di sebelah gua. Ada kertas. Di tangannya.
Gua diam. Razak diam.
Kereta dan motosikal melaju di hadapan gerai. Kadang-kadang bas kilang. Kadang-kadang lori kecil. Kadang-kadang perempuan-perempuan melenggang setelah habis kerja.
“Aku ingin menulis sajak,” kata Razak.
“Tulislah,” kata gua.
Razak. Menghulurkan kertas di tangannya. Gua ambil.
“Aku sudah menulisnya,” kata Razak.
Gua. Pandang kertas yang diambil dari tangan Razak. Bukan kertas, sebenarnya. Hakikatnya perca-perca kertas.
Pada. Perca-perca kertas itu. Razak. Sudah mencoret. Begini :
aku ingin pergi dari situ
dan meninggalkan segala paksi kenangan
kerana segala sakar yang engkau tumpahkan
telah melemaskan soldadu semut
Kemudian. Dengan sebatang pena. Gua menambah pada baris berikutnya :
bukan mudah sebenarnya untuk meninggalkan segala kenangan itu
sangat payah. sangat payah.
Kemudian. Pada baris berikut. Razak mencatatkan :
engkau telah aku rasakan
semakin jauh
dan aku juga semakin menjarak
Dan. Gua. Berasakan baris-baris itu. Tidak lengkap. Maka. Gua menambah aksara-aksara lagi.
apa lagi yang mampu disapa
kecuali kenangan
dan masa silam
walau tiada suara atau wajah
kenangan itu harus aku makamkan.
Razak. Melihat aksara-aksara yang gua tambah. Bebola matanya bagai terhenti pada aksara-aksara itu.
Razak. Bangun. Dan pergi. Tanpa minum apa-apa. Tanpa makan apa-apa.
Petang itu. Seperti biasa. Gua. Lepak-lepak di gerai sebelah. Sambil menyedut neskafe o ais kurang manis. Menikmati mi sup pedas.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment