Setiap kali tibanya musim peperiksaan, pada setiap malam, gua akan berulang-alik dari Kolej Dayasari ke fakulti. Mencari bilik tutorial yang kosong. Selalunya gua lebih suka memilih bilik tutorial di Jabatan Antropologi lantaran kedudukannya yang agak tersorok dan laluan ke sana yang gelap. Laluan yang gelap menyebabkan tidak ramai yang ingin ke sana pada malam hari. Lagi-lagi blok Antropologi adalah antara blok yang paling tua. Catnya yang kusam, rekabentuknya yang agak vintage, menjadikan tempat ini nampak seperti sedikit misterious. Sangat sunyi pada waktu malam kerana tiada manusia. Tapi gua suka apabila tiada orang. Apabila sunyi tanpa suara manusia, gua boleh belajar dengan lebih aman. Apabila tiada manusia, gua boleh berbuat apa sahaja yang gua inginkan. Contohnya membuka baju dan meletakannya di atas meja. Atau meraung-raung sendirian dengan irama sumbang sambil mengetuk-ngetuk muka meja, sekadar untuk menghiburkan diri sendiri.
Seringkali juga, apabila mata agak penat, gua akan menutup segala helaian catatan nota dan meletakkannya di sudut tepi muka meja. Kemudian berjalan keluar dari bilik tutorial dan meredah pekat malam untuk mengambil angin. Selalunya gua akan menyusur tepian perpustaakan utama, kemudian menghala ke varsiti green. Di situ ada tasik. Selalu sahaja gua terserempak dengan adegan-adegan ringan-ringan dan semi berat oleh lelaki dan perempuan yang bergelar pelajar universiti apabila gua dengan sengaja berjalan di varsiti green dengan mengambil laluan yang sedikit berbelukar.
Kemudian dari varsiti green, gua akan menyusur lagi melalui satu jambatan kecil yang merintangi anak sungai. Selepas melintasi klinik pelajar, Pekan Buku dan di tengah-tengan Baktisiswa, gua akan mendaki tangga di lereng menuju ke bangunan canselori. Kadang-kadang singgah sekejap di kolam buatan di hadapan Dewan Tuanku Canselor (DTC) untuk melihat-lihat ikan kap merah yang dipelihara. Dinding pada bahagian hadapan DTC penuh dengan pokok duit-duit yang memanjat dindingnya. Akar-akarnya berjuntaian dan nampak berserabut. Ada mahasiswa yang membuat lelucon dengan mengatakan akar-akar itu seperti janggut dan jambang Prof Dr. Syed Husein Al-Atas, Naib Canselor waktu itu.
Dari situ gua akan menyusur pula belakang DTC. Di belakang DTC [antara dewan utama dengan Panggung Eksperimen] adalah tempat yang paling lama gua akan singgah kerana di situlah gua boleh mencium harum puspa tanjung. Haruman puspa tanjung pada jam 1 pagi amat luar biasa. Seluruh pelusuk alam serasakan berkongsi harum puspa itu. Di atas tembok batu separas paha, di bawah pokok tanjung, yang ada biasan kuning malap lampu jalan dari hujung sana, gua akan membaringkan badan melihat ke dada langit sambil menciumi harum puspa tanjung. Kadang-kadang terasa embun menitis lembut ke atas kulit muka gua. Angin malam yang berhembus perlahan-lahan sekali-sekala, menjadikan daun-daun si tanjung menari-nari lembut. Beberapa kali gua terlelap di situ dan dikejutkan oleh pengawal keselamatan. Dan setelah mengenyeh-ngenyeh mata seketika, gua akan berlalu pergi untuk kembali ke bilik tutorial di Jabatan Antropologi.
Bau-bauan puspa tanjung pada jam 1 pagi di belakang DTC, sangat gua rindui walaupun ada yang berkata, bau harum pada awal pagi sebenarnya petanda kepada kehadiran makhluk Tuhan yang lain.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment