“Saya sangat suka dengan lagu Jambatan Tamparuli,” kata gua.
Dia mendengar, dan tersenyum.
“Tapi saya tak faham lirik dia,” gua kata lagi.
“Kamu faham?” gua tanya dia.
“Faham la bah. Bahasaku itu,” dia kata senyum-senyum, menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
“Hahahaha…iya kan, kamu ni sumandak,” gua kata.
“Tentang apa sebenarnya lagu tu?” gua tanya.
“Tentang kasut tumit tinggi, terjatuh masa limpas itu jambatan,” kata dia.
“Kamu pandai nyanyi lagu ni?” gua tanya.
“Pandai la sikit-sikit, tapi nda merdu la,” kata dia.
“Kamu nyanyilah, saya mau dengar,” kata gua.
“Malu la bah, ramai urang di sini,” kata dia. Tersipu-sipu.
“Kamu tulis liriknya untuk saya,” minta gua.
“Pen ada, kertasnya teda. Macam mana mo ditulis. Mo ditulis di tapak tangan ka?” dia kata dalam pertanyaan.
Gua menghulurkan sehelai tisu yang diambil dari kotak tisu di atas meja.
“Kamu tulis atas tisu ni,” kata gua.
“Aikk..bulih juga ka ni? Macam nipis sja. Kuyak nanti,” kata dia, pendek-pendek.
“Boleh, kamu tulis pelan-pelan,” kata gua.
Sambil senyum-senyum, menampakkan lesung pipitnya lagi, dia mengambil tisu berwarna putih dari tangan gua.
Dan dia pun menulis baris demi baris lirik Jambatan Tamparuli sambil bernyanyi-nyanyi kecil.
Matanya yang runcing di hujung, melihat-lihat aksara yang dituliskannya pada tisu yang gua berikan. Rambutnya yang lurus menari-nari di pipi putihnya, disapa bayu malam yang datang singgah sekejap-sekejap.Dari hujung bibirnya, gua cuba menangkap melodi yang dinyanyikannya. Melodi yang antara dengar dengan tidak.
Rambutnya yang lurus, matanya yang runcing di hujung, dan kulitnya yang putih, sangat mengingatkan gua kepada suatu chapter kehidupan yang lalu.
Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku.
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku.
Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di mumuli
Ontok dihari tiga
Tamu lo Tamparuli
Mingugusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi.
[Annrachelnanieyjaneayupinky : harap baik-baik saja walaupun sedang berada di hospital]
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment