Friday, 31 July 2009

Besok, 1 Ogos 2009 (II)

Gua dah tempah t-shirt. Gua nak pakai t-shirt hitam itu masa nak tengok konsert nanti.

“Bro, venue dah tukar. Search tak akan perform kat Bukit Jalil,” ujar Mat Lan Kapak, via telefon.
“Tukar ke mana?” gua tanya balik, via telefon.
“Mont Kiara,” via telefon, Mat Lan Kapak balas balik.
“Ni, yang leceh,” gua kata.

Selepas berbye dengan Mat Lan Kapak, gua tekan punat yang bergambar telefon merah kat telefon bimbit gua.

Gua serba salah. Mont Kiara tu agak jauh dari rumah gua. Agak-agak 2 batang Gudang Garam baru sampai. Lagipun gua tak suka dengan venue yang nampak mewah. Gua nak layan konsert Search, bukan nak tengok kerusi cantik.

Masa balik dari ofis, gua sudah nampak satu baner tergantung di tiang lampu.

“PESTA MAKANG PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK TERENGGANU.
TEMPAT: STADIUM NASIONAL DI BUKIT JALIL
TARIKH : 1 OGOS 2009

Patutlah Search terhantar ke Mont Kiara. Bukit Jalil ada makang-makang rupanya. Pesta-pestaan lagi.

Search kalah dengan pesta-pestaan. Orang-orang Terengganu di Kuala Lumpur telah makang Search. Dan gua harap satu hari nanti, penganjur pesta-pestaan tersebut akan buat PESTA MAKANG PERCUMA kat Somalia. Banyak orang yang kebulur di situ. Kat KL ni, gua rasa tak payahlah buat pesta makan percuma. Tak ada orang yang kebulur pun.

Peace, dude!

Besok, 1 Ogos 2009

“Bro, lu tak ikut demo besok?” tanya Kudin kepada gua.
Gua tahu, demo yang dimaksudkan itu ialah demo antiISA.
Gua geleng kepala. Itu jawapan gua.
“Kenapa? Lu takut?” Kudin tanya lagi.
Gua angguk. Gua kata, semangat gua belum sampai ke tahap sanggup menerima semburan air kimia. Banyak kawan gua kata air itu menjadikan kulit kita rasa macam terbakar. Ada yang kata, kulit kita menjadi gatal yang amat.
“Gua sebenarnya tak berapa setuju dengan demo,” gua kata sambil menyedut oksigen gua dalam-dalam. Gua tengok muka Kudin. Muka dia dah jadi macam orang perempuan yang baru putus haid. Gua tahu dia kecewa apabila gua kata begitu.
“Tapi gua pun faham. Diorang tu dah tak ada cara lain lagi dah. Nak bincang, tak dilayan. Hantar memorandum, dicampak dalam tong sampah. Gua tahu, demo langkah terakhir diorang.” Ujar gua.

Gua tiba-tiba teringatkan seorang bapa yang dah bertahun-tahun diISAkan, pulang menziarahi jenazah anak perempuannya. Gua tengok, bapa itu tak ada rupa macam George Bush pun. Rupa macam bonzer kelab malam pun tak ada. Mungkin bapa malang itu mempunyai kepakaran membuat bom nuklear dengan menggunakan tahi lembu kot, maka dengan itu dia harus dikurung di Kamunting.

*pause*

“Lu sokong ISA?”, tanya Kudin.
“Sokong” kata gua. Sepatah.
Muka Kudin berkerut lagi.
“Gua sokong kalau ISA digunakan kepada orang yang terang-terang makan rasuah, tapi tak ada bukti sebab mereka tu pandai meyembunyikan tahi mereka. Beli rumah berjuta-juta, tak padan dengan gaji seorang Menteri Besar. Gua juga sokong kalau ISA dikenakan kepada haiwan-haiwan politik yang menyalahgunakan kuasa, membesarkan tembolok masing-masing. Ambil projek itu. Sapu projek ini Kalau ISAkan pemimpin yang bangang dan bodoh pun, gua sokong,” kata gua. Panjang lebar.
“Kalau digunakan kepada haiwan politik yang merompak duit rakyat pun gua sokong. Campak sahaja ke dalam ISA,” gua tambah lagi setelah menghembus oksigen gua jauh-jauh.
“Bro, lu ni sosialis ke?” Kudin tanya.
Dan gua rasa nak jawab dengan tumit kaki gua aje bila Kudin tanya lagi soalan itu.

*pause*

Besok 1 Ogos. Besok ada demo antiISA

Gua tak mahu demo. Gua nak pergi makan asam pedas kat SS8, PJ dengan rasa aman damai.

*****ending*******

Thursday, 30 July 2009

Urang Malaya

Sebahagian orang Sabah, terutama yang veteran memanggil cikgu-cikgu dari semenanjung sebagai orang Malaya.
“Kamu urang Malaya ka?” soalan yang biasa ditanya.
Kadang-kadang ungkapan tersebut telah menetaskan sempadan antara cikgu-cikgu Semenanjung dengan masyarakat tempatan. Seringkali juga kami dilihat seperti penjajah baru.
Kalau gua piat telinga anak mereka kerana anak mereka memang nakal, maka gendang sentimen ini kadang-kadang akan dipalu.
Kadang-kadang, para penjual sayur di pasar akan menjeling tajam apabila bahasa gua bahasa “urang Malaya”.
Malah, di SMK Sandakan pun ada seorang guru perempuan membangkitkan sentimen guru semenanjung dengan anak Sabah. Bila itu berlaku, gua hanya geleng kepala dan kata dalam hati:
“Kesian perempuan tu,”

Dan gua tak pernah serik dengan orang-orang Sabah.

Pantang Larang gua semasa dalam kelas

Dulu-dulu, masa dalam kelas, kalau gua sedang siok mengajar, gua paling pantang kalau ada pelajar gua yang turut sama-sama “mengajar” sesama sendiri.
Kadang-kadang gua bagi amaran keras. Kadang-kadang gua marah dengan suara yang keras. Kadang-kadang ada yang gua halau keluar dari kelas.
Memang gua faham, pelajar-pelajar gua yang sedang “mengajar” sesama sendiri itu bukannya berbibiran sesama sendiri. Gua tahu, ada yang hanya minta pinjam pen dari kawan sebelah. Tapi, apabila gua sedang mengajar, gua tak suka pelajar gua bercakap sesama sendiri.

Gua memang marah. Betul-betul pantang gua!

Dan Abdullah Abdul Rahman, Darwis Paddu (hamba Allah ini antara yang kena hamburan keras gua sebab bercakap semasa gua mengajar), Juswan Djapar, Masria Masir, Santi Andi Mapiara, Junaina, Nurjani Awang Usman, Zueheriyyah Saipudin, gua rasa kamu semua sudah tahu kenapa gua menjadi singa lapar apabila ada pelajar yang bercakap semasa gua sedang bercakap, sebab sekarang giliran kamu pula yang bercakap di hadapan pelajar-pelajar!

Wednesday, 29 July 2009

Kalau lu nak jadi awek gua...

Gua amat patuh pada masa. Kalau lu cakap 8 pagi, 7.45 gua dah ada depan bilik lu. Kalau gua kata 6.30 pagi, lu sampai pada jam 6.31 pagi, gua dah belah. Walaupun kadang-kadang rasa bersalah kerana meninggalkan lu selalunya mencakar-cakar sanubari gua, gua terpaksa. Kalau awek gua terlambat pun gua akan tinggalkan, apatah lagi lu yang bukan awek gua.

Jadi, kalau lu nak jadi awek gua, lu jangan kantoi dengan masa babe!

Tuesday, 28 July 2009

A self rediscovery

Dulu-dulu, orang jantan kelate tak pakai baju. Tapi semutar wajib ada atas kepala. Berkain pelekat paras lutut, dan golok terselit di celah pinggang.
Kalau gua pakai macam tu sekarang, gua rasa macam ada air cond jer masuk kat bawah. Tak boleh la beb!


Yenadeyyyy...tulung diam la sikit!!!!

Kecoh di Kampung Buah Pala.
Gua garu-garu kepala.
Orang Kampung Buah Pala kata, itu kampung mereka. Tanah itu hak mereka. Tak ada sesiapa boleh kacau.
Gua garu-garu kepala.

Gua tertanya-tanya, bila masa pula warisan kalingga itu diberikan tanah di Tanah Melayu?
Gua rasis ke, kalau bertanya soalan itu?

Sampai sekarang gua masih lagi garu-garu kepala.

Nota tumit kaki : gua terkenang Pantai dalam yang dahulu. Majoriti di sana ialah orang-orang Melayu. Tapi sekarang ini Pantai Dalam yang dahulu sudah tiada. Penduduknya bertempiaran lari kerana tak mampu menahan arus pembangunan. Tiada siapa yang sudi membawa Pantai Dalam ke UNESCO seperti sekumpulan warisan Kalingga yang sanggup menuntut tanah itu hingga ke London.
52 tahun adalah syarat untuk menjadi manusia istimewa di Tanah Melayu

Monday, 27 July 2009

Mas, kalau kamu ada Obi Wan Kanobi, gua pun ada juga


Ini anak kucing anak gua. Nama dia Kitti. Jangan tanya gua kenapa nama dia tak ada unsur-unsur ketimuran. Itu anak gua punya cita rasa. Dia sudah register nama tu. Gua ikut sahaja. Tapi yang lecehnya, gua yang kena jadi pengawal peribadi anak kucing tersebut.


Anak punya pasal, gua ada tugas tambahan.

Suatu malam di Taiping

“Kat Taiping pun ada pole dancing,” kata Kenny kepada gua. Gua tengok dia. Gua buat muka macam gua tak percaya kat dia.
“Pekan kecik macam ni pun ada jugak ker? Siapa yang nak datang tengok,” gua kata.
“You tak percaya? Malam ni, you tunggu kat lobi, nanti I datang jemput you,” Kenny kata.
“Ok, aku tunggu,” balas gua.

8.00 malam, gua tunggu Kenny kat Lobi Taiping Golf and Resort.
Kenny datang tak lama kemudian. “Kita makan dulu, aku belum makan lagi,” kata gua.
Kenny memandu keretanya keluar dari resort tersebut. Melepasi lampu isyarat Bukit Jana, kami membelok ke kiri.
Kenny bawa gua ke sebuah restoran.
“Makanan kat sini, semua sedap-sedap,” kata Kenny.
Gua tengok papan tanda restoran tersebut. Tertulis “Restoran Kamunting Timur”.
Gua kemudian duduk sambil menanti hidangan. Di hadapan kami, sebuah kem tentera.

Makanan tiba. Kami makan dengan penuh lahap.
Sambil makan, sambil bercerita.
Selepas makan bercerita lagi. Hampir 2 jam kami di situ.

“Ok, jom,” Kata Kenny.
Gua duduk di sebelah Kenny. Kenny terus memandu. Melepasi Taman Lake View, gua tengok taman tu. Gua tengok sahaja dengan pandangan kosong. Gua rasa macam dulu, gua pernah ada kat situ, tapi sekarang ni gua rasa kosong.

Kami melepasi penjara Taiping – Taman Tasik Taiping – bandar Taiping. Gua rasa seperti gua pernah ada kat sini, tapi sekarang gua rasa macam kosong.

Kenny belok kanan. Lepas tu belok kiri, lepas tu belok kanan, lepas tu jalan terus, lepas tu memakir keretanya di hadapan sebuah blok bangunan kedai.
“Jom, masuk,” kata Kenny.
Gua hanya ikut. Gua hanya nak pastikan, betulkah ada pole dancing kat pekan koboi macam ni.
Gua duduk di satu penjuru. Pelanggan tak banyak. Gua minta coke dalam tin.
“Tu..” Kenny menjuihkan bibirnya.
“Kan tu tiang,” Kata Kenny.
Gua tengok ada sebuah pentas kecil. Ada tiang licin berkilat menjulang hingga ke atap.

“Eh, betulah ada pole dancing kat sini,” kata gua dalam hati sambil mengunyah kuaci.
Gua tengok kat dinding ada poster-poster. Poster tentang amoi-amoi yang dijadualkan menari di atas pentas tu.
“Bila diorang nak menari ni,” gua tanya pada amoi yang bawa coke gua.
“Eveli Welesday night,” dia kata dalam pelat cina.
“Just dancing?” gua tanya.
“Yes, tiger show included,” amoi tu kata lagi.
“Huh…hari ni Selasa. Besok gua dah nak balik KL,” kata gua dalam hati.
Gua minum coke tu separuh sahaja. Gua tinggalkan pub Kiss Me.
Lepas tu gua ajak Kenny pergi pekena teh tarik kat kedai mamak di hadapan Pejabat Daerah Taiping. Kat situ , gua harap mamak-mamak tu tak akan membuat tiger show diorang.

Friday, 24 July 2009

Orang pegang lilin pun, lu nak kecoh!!!

Hekkelehhhhh….orang pegang lilin, lu bising-bising minta fatwa.
Gua pun nak minta lu tanya kat mufti, apa fatwanya:
1. bini kepala telanjang, tunjuk rambut macam sarang tebuan
2. letak bunga kat tugu negara
3 kasi lesen judi
4 makan rasuah macam makan daging babi

4 soalan itu sahaja gua nak tanya. Kalau lu boleh jawab, nanti gua belanja lu makan roti canai cecah sardin kat Bangsar. Sedap wooooooo…nyam nyammmmmm

Tapi, kalau lu tak berani nak jawab, gua kata "Nah ambil kunci Camry ni, pegi cuci longkang kat belakang rumah lu. Banyak sampah gua tengok"

Doa sejahtera untuk Yasmin Ahmad

“Lu kenal Yasmin Ahmad?” Aziz Japari tanya gua.
“Kenal. Gua suka iklan hari raya dia,” kata gua.
“Dia masuk ICU. Katanya kritikal,” kata Aziz Japari.
“Betul ke?” gua tanya.
“Lu tinggal mana? Dalam gua kat Batu Caves ke? Semua orang dah tahu,” kata Aziz Japari bernada kutukan kat gua.

*pause*

“Tapi, kalaulah dikatakan Yasmin itu tak panjang usianya, gua tak tak apa kesudahannya nanti,” kata Aziz japari.
“Gua tak faham la,” kata gua.
“Lu tahu ke, Yasmin tu sebenarnya lelaki,” kata Aziz Japari.
“Bro, lu biar betul,” kata gua. Mata gua bulat ke arah lubang hidung Aziz Japari.
“Dulu Yasmin pernah masuk Bintang RTM. Tahun 75. Abang gua yang bagi tau. Suaranya jantan habis. Rambut ketak-ketak paras bahu. Nama dia Zulkifli Ahmad” panjang lebar Aziz Japari bercerita.

Gua tak boleh nak kata apa-apa.

*ending*
Gua harap, Yasmin Ahmad dan Zulkifli Ahmad adalah dua manusia yang berbeza. Gua harap Yasmin itu perempuan. Perempuan sejati.

Doa sejahtera untuk Yasmin Ahmad.

Nota tumit kaki : gua pernah sembang-sembang dengan yasmin ahmad masa pekena teh tarik di sri hartamas. kak min memang sempoi.

Thursday, 23 July 2009

Malam kubermimpi (sila ikut melodi lagu P Ramli)

Ramai orang yang telah berpakat. Oleh kerana yang berpakat itu telah menunjukkan satu gelombang bak ombak yang diam, tapi bakal menggunung menjadi tsunami, maka yang sedang berbaris pun menjadi gundah gulana. Maka segala rencana harus diikhtiarkan. Dan rencana yang paling ampuh ialah menconteng muka–muka orang yang berpakat itu dengan tahi babi agar khalyak Melayu melihat mereka dengan penuh jijik.

Pusingan pertama, nampaknya mereka seperti sudah berjaya!

*plup* Isssssh….gua bermimpi lagi rupanya.

Gua bukan rasis

Gua bukan rasis. Muktamad.
Tapi gua tengok, mereka yang di atas sana sangat lapar tanda pangkah pada kertas undi. Seorang pemuda Cina mati, riuh satu Tanah Melayu! Gua bukan suka pemuda Cina itu mati. Gua pun simpati.

Tapi cuba lu buat analisis (tak perlu keluar tv untuk jadi penganalisis politik beb!), apa jadi selepas pemuda itu dijumpai mati? Sana sini didesak supaya ditubuhkan badan penyiasat bebas. Tubuhkan suruhanjaya diraja. Buat inkues. Dan lu tengok, suara siapa yang paling lantang? Bukan suara orang Melayu, bukan juga suara orang India.

Sekarang, mereka yang di atas sana bersetuju dengan tuntutan tersebut. Baguslah. Itu kata gua.

Tapi lu rasalah, kalau yang mati itu pemuda Melayu, adakah orang yang di atas sana akan layan semua tuntutan tersebut? Gua rasa tidak. Sebab, Bukit Gantang dan Manik Urai menunjukkan orang-orang Melayu dah kembali kepada AMENO, kononnya. Tapi bagi orang-orang Cina tidak.

Jadi jiwa orang-orang Cina ini harus dibeli walaupun sekarang ini gerakan mendesak keistimewaan orang-orang Melayu ditarik balik sedang menggilababi.

Dude, gua bukan rasis. tapi gua orang Islam Melayu!

Wednesday, 22 July 2009

Suatu tengah hari yang tiba-tiba gelap

Hari ini dikatakan akan berlaku gerhana matahari. Tapi gua tak berapa ghairah sebab hanya separa sahaja. Lagipun KL tengah basah. Pagi tadi hujan. Jadi gua kata “Nak tengok gerhana matahari amendanya kalau awan penuh kat langit,” kat kawan gua yang beria-ria ajak gua pergi tangkap gambar gerhana matahari.

Dulu, tahun ’95, gua pernah merasai gerhana matahari. Masa tu gua tinggal kat Sea View. Awal ’95 gua dah tahu akan berlaku gerhana matahari penuh kat Sabah. Gua baca dalam majalah KOSMIK. Bila gua beritahu kat student gua, mereka terpingga-pingga. Mereka macam tak percaya. Gua kata, “Kamu kena hidup lagi 180 tahun, baru boleh jumpa gerhana matahari penuh lagi.”

Masa gerhana matahari tu, tak silap gua, cuti sekolah. Jadi, gua pagi-pagi lagi dah susun filem kamera. Nak tengok matahari beb, mana boleh tengok terus macam tu mesti pakai filem!

Gerhana matahari yang berlaku kat Sandakan ni, dalam 80% sahaja. Kalau kat Kudat, penuh, 100%. Tapi, bagi gua, itu dah kira ok.

Gerhana matahari yang berlaku kat Sandakan tu tak lama. Gua agak sekitar 5 minit sahaja. Tapi, bila gerhana tu berlaku, Sandakan beransur-ansur gelap. Masa tu, kalau tak silap gua lebih kurang pukul 1 tengah hari. Lampu-lampu jalan bernyala secara otomatik. Dan gua tengok, burung-burung masuk kat dalam sarang mereka. (porch rumah gua tu banyak lubang angin. Tiap-tiap malam, banyak burung layang-layang tidur kat situ). Lepas tu, Sandakan gelap.

Kemudian, Sandakan beransur-ansur cerah. Gua tengok, burung-burung yang tengah syok dalam lubang angin tu macam terpingga-pingga. Mungkin mereka kata “Mak aihhh….. cepatnya pagi!”

Dan gua, gua rasa bertuah sebab dapat tengok gerhana matahari tu. Gua bertuah kerana gua ada kat Sandakan ketika itu.

Tuesday, 21 July 2009

Siapa nak berlakon filim, jumpa cikgu Esmadi

Nama dia Cikgu Esmadi. Badannya kecil sahaja. Selalunya tali leher yang dipakainya akan berjuntaian hingga ke celah kangkangnya lantaran saiz semua tali leher yang ada di pasaran sangat panjang buat dirinya yang bersaiz S itu.

Cikgu Esmadi mengajar Geografi. Selain itu, dia juga guru penasihat Kelab Bola Sepak SMK Sandakan. Satu lagi yang gua perhatikan, dia ni penyokong praPPSMI. Gua tak kisah la itu semua. Tapi dia ni dari jenis satu spesies dengan Mahathir Bin Kutty Muhammad, bangga sangat dengan bahasa orang putih.

Satu pagi, perhimpunan mingguan sekolah. Cikgu Esmadi pergi ke rostrum. Dia nak buat pengumuman. Gua dah tahu, dia nak buat pengumuman tentang Kelab Bola Sepak.

“Petang ni, siapa yang berminat nak wakil sekolah dalam bola sepak, boleh datang ke padang sekolah. Saya akan buat screen test,” dia kata di celah rostrum yang hampir sama tinggi dengannya.

Bila gua dengar sahaja, dia sebut screen test, gua terus ha!ha!ha!ha! dengan Cikgu Wan Zul.

“Lu nak amik bebudak tu berlakon filim ke?” gua tanya kat Cikgu Esmadi masa dia masuk kat dalam bilik guru.
“Kan senang dan mudah kalu lu sebut ‘nak buat pemilihan’,” gua bakar lagi kutukan gua.

Dan Cikgu Esmadi macam biasalah, dia akan tersengih sambil melurut-lurut hujung tali leher di celah kangkangnya.

Nota tumit kaki : Cikgu Esmadi = Esmadi Ismail, Cikgu Wan Zul = Wan Zulkifli Wan Nordin

Monday, 20 July 2009

Jangan biarkan akar itu putus

Pelajar-pelajar gua rencam sukunya. Majoritinya Bugis yang dikatakan datang dari Sulawesi. Gua diberi tahu, Bugis ini dibahagikan kepada beberapa kelompok; Hendrikan, Bone dan beberapa kelompok lagi. Ada juga pelajar gua Melayu Brunei, Sungai, Suluk, Kadazandusun, Bajau, Bisaya, Visaya, Iranum, dan beberapa kelompok suku yang dikatakan berasal dari Filipina. Ada juga Iban seperti Lisawati Tinggi. Ada juga Eurasian seperti Charles. Yang Sino Kadazan juga ramai. Tapi, gua lihat banyak juga pelajar gua yang dah campur-campur. Baliau laki-laki Bugis, baliau perempuan Sungai. Maka gua kata “Kamu ni bangsa Bungai”.

Cuma satu yang gua rasa rugi, tak banyak pelajar gua yang fasih bertutur bahasa akar bangsa mereka sendiri. Yang Bugis hanya pandai setakat “Aga kariba?”. Itu sahaja. Gua juga tak pasti sama ada Mastura akan bercakap dalam dialek Melayu Brunei dengan anak perempuannya. Jovita dan Florence pun gua tak tahu sama ada bercakap kadazan dengan anak-anak mereka. Kalau Jumatia tidak bercakap Sungai dengan anaknya pun, gua rasa itu amat rugi.

Kalau ada pun yang tahu berbahasa akar bangsa sendiri, tak ramai. Kalau Haris masih fasih berbahasa Bugis, gua tak pasti sama ada anak-anaknya akan faham apa yang dia perkatakan. Silap-silap nanti anak dia kata; “Ini bapak aku ke robot Gaban yang sedang bercakap Jepun?”

Bila ini terjadi, gua rasa rugi. Gua rasa akar pelajar-pelajar gua sudah terputus.

Apa gua buat hari Sabtu dan Ahad?

Gua, hari Sabtu dan Ahad gua tak banyak mengadap komputer. Alasan:
Alasan 1:
Gua ada anak-anak yang dibesarkan dikota raya, dan bersekolah di kota raya. Internet dan dunia maya merupakan dunia mereka. Katakanlah setiap seorang daripada mereka mengambil masa 2 jam untuk berchatting, berblog, berbalas emel, dsb. Kemudian, katakanlah anak gua ada 4 orang. Semua akan bersilih ganti untuk menggunakan internet. 4 didarab dengan 2 = 8 jam. Jadi, hari Sabtu dan Ahad memang gua dianaktirikan oleh anak sendiri dalam dunia Internet. Gua langsung tak diberi peluang untuk menyentuh maxis broadband oleh mereka. (Anak-anak gua semuanya masih disekolah rendah, tapi mampu mengajar baliau parampuan mereka tentang komputer dan Internet)

Alasan 2:
Hari Sabtu dan Ahad, gua akan membelai bini-bini gua yang nombor 2, nombor 3 dan nombor 4. Bini yang nombor 1 gua belai pada hari-hari lain. Bini nombor 2 gua dari jenis sedan yang gua gunakan untuk datang ofis, bini nombor 3 gua pacuan 4 roda yang digunakan oleh bini nombor 1 gua, dan bini nombor 4 gua sebuah MPV buatan luar negara yang gua gunakan untuk angkut anak-anak makan angin atau balik kampung. Bini-bini gua ini perlu dibelai. Kalau tidak, nampak comot. Gua tak suka comot.

Alasan 3:
Hari Sabtu dan Ahad gua akan bersosial dengan jiran-jiran. Lepak-lepak sambil berbibiran apa sahaja cerita. Jiran-jiran gua, semua sempoi. Ada Cina, India, Eurasian, dan juga Omputih celup. Beb, lu kena ingat, gua tinggal kat kota raya!

Alasan 4:
Gua pergi kelas…. perghhhhh….dah tua-tua camni, otak kurang cepat tangkap. Sori yer prof….

Nota tumit kaki : semoga yang bertanya mengapa gua jarang kelihatan pada hari ahad dan sabtu di alam maya, sudah dapat jawapan.

Pagi itu hujan, tapi gua rasa suam-suam kuku

Pagi itu hujan, renyai-renyai. Gua dalam bilik guru 3. Hanya gua seorang sahaja dalam bilik guru 3 ketika itu. Tiba-tiba A (bukan nama sebenar) masuk.
“Cigu satu orang saja ka?” dia tanya.
Gua tengok baju sekolahnya lencun. Ditangannya tergengam satu bahai.
Gua angguk. Gua terus buat kerja gua.
“Kamu nak apa?” gua tanya.
“Sia mahu pinjam bilik ini,” A kata.
“Pinjamlah,” gua kata. Gua tak tahu apa yang dia nak “pinjam” sebenarnya.

Tiba-tiba, A membuka bajunya yang lencun. Gua terkejut. Dia letakkan baju sekolahnya yang lecun itu ke atas lantai.

Gua terkebil-kebil.

A mengambil sehelai baju sekolah lain dari bahai yang dia bawa. Dengan selamba, dia terus memakai baju itu.

“Trima kasi ba cigu,” A kata sambil berlalu pergi.

Gua masih terkebil-kebil.

Nota tumit kaki : Dulu, SMK Sandakan ada 3 bilik guru. Bilik guru 3 agak terpisah, terletak di tingkat 2, di hujung sebelah bangunan yang menghala ke kantin.

LALANG

melelas telapak tangan
meleleh pekat darah

lalang wujudnya lalang
berpaling tak sehala
berdamping tak semuara
mengikut tari bayu
mengikut tembolok nafsu

melelas telapak tangan
meleleh pekat darah

Friday, 17 July 2009

Sapiah Kampire

Masa gua warden asrama smk sandakan, gua tak masak. Sebabnya, dapur kat asrama warden tak ada benda yang boleh dimasak. Itu sebab yang kedua sebenarnya. Sebab yang pertama ialah gua tak tahu masak.

Masa makan tengah hari, biasanya gua belasah nasi kuning kat kantin sekolah.

Kalau untuk makan malam, gua akan tunggu bas kat jalan besar. Lepas tu, gua turun kat terminal bas di bandar sandakan. Kemudian gua akan berjalan kaki, dari terminal bas, menyusuri setor lembaga padi dan beras nasional, berjalan di belakang blok bangunan kedai, melintasi dewan masyarakat sandakan, dan kemudiannya tiba di pasar malam.

Gua selalu lepak di gerai Pak Harun. Gua selalu oder nasi goreng. Harganya Cuma 2.50 sahaja. Sambil-sambil gua mengunyah nasi goreng, gua selalu terpandang pelajar gua, Sapiah Kampire. Gerai kepunyaan ibunya terletak di sebelah gerai Pak Harun. Gua tengok Sapiah begitu sibuk menolong ibunya. Selalunya, Sapiah selalu terlelap dalam kelas. Kalau kelas gua, gua tak marah kalau dia terlelap. Gua tahu dia penat. Gua tahu dia tidur lewat. Gua tahu dia bukannya merayau-rayau hingga jauh malam. Gua tahu, dia terlelap kerana letih membantu ibunya berniaga.

“Kalau kamu nak pejam mata masa saya mengajar, lantaklah. Janji telinga kamu terbuka, dengar apa yang saya ajar,” kata gua kepadanya.

****************************************

“Cikgu, mahu ke U mana ni?” dia tanya gua masa nak isi borang UPU. Dia dapat 5 P dalam STPM.
“Masuk UM,” gua kata.

Empat tahun seterusnya, dia berada di Lembah Pantai.

Sapiah, dia selalu terlelap dalam kelas, tapi dia berjaya ke menara gading.

Thursday, 16 July 2009

Seluarnya dicangkuk dengan dua pin

Setiap hari dia dipanggil guru disiplin. Dan walaupun setiap kali didenda, dia tetap tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar.

Cikgu yang cikgu, hanya tahu mendenda dan memarahi pelajar tersebut.
Cikgu yang cikgu tidak tahu akan kisah ini:

Dia tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar kerana dia malu. Dia malu sekiranya rakan-rakannya yang lain tahu seluar yang dipakainya itu dicangkukkan dengan dua pin. Seluar yang dipakainya itu sudah terlalu kecil kerana sudah bertahun tidak bertukar. Sehelai seluar baru adalah barang mewah bagi anak tersebut. Jadi, dia harus melindungi dua pin tersebut dengan baju sekolahnya yang juga sudah kemerahan.

Tak perlu jadi cikgu yang popular kalau dua pin itu tidak mampu kamu lihat!

Nota tumit kaki: anak sekolah yang mencangkukkan seluarnya dengan dua pin itu, masih bertebaran lagi di bumi Sabah.

Wednesday, 15 July 2009

Gua gembira dengan sahabat

Gua memang ramai kawan. Tapi gua tak ada sahabat yang ramai.

Kawan dan sahabat memang berbeza.

Kawan, akan berkawan dengan kita selagi kita seideologi dengannya. Kalau sudah berbeda ideologi dan pandangan, kawan akan ternoktah. Kamu sapalah macam manapun, kawan akan ternoktah. Apatah lagi kalau kamu masih di lembah, sedangkan kawan sudah mulai mencapai awan.

Sahabat tetap menjadi sahabat.
Kalau berbeda ideologi dan pandangan, sahabat tidak akan bersembunyi. Sapa sahaja dengan satu kata, sahabat akan terus masuk ke dalam kamar jiwa kita.

Gua ramai kawan, tapi gua hanya ada sekerat dua sahabat.


Nota tumit kaki : sahabat gua yang paling sahabat ialah Hanafiah. Masa di SMK Sandakan gua dengan dia berkongsi jerit perih anak-anak Sabah. Sekarang dia sudah “somebody” di Sabah. Tapi bila gua kata nak jumpa dia, dia kata “Kamu datang saja bah!”, gua jumpa dia tanpa appointment, tanpa protokol.

Kain kaler Ungu

Sebelum 1994, pelajar-pelajar perempuan tingkatan 6 SMK Sandakan pakai kain biru, bukan warna ungu seperti sekarang. Gua masih ingat, pada tahun 1994, Husniah Abas dan beberapa orang kawannya (Jumatiah, dan beberapa orang lagi yang gua tak ingat namanya) telah datang jumpa gua. Masa tu gua guru penasihat Persatuan Tingkatan 6 selain cikgu Bohari dan cikgu Azli.

“Kita nak tukar warna kain la cigu,” Husniah berkata kepada gua.
“Kau nak tukar kaler apa?” gua tanya.
“Warna purple” Husniah kata.
Gua fikir bagus juga.
“Cigu tolonglah pergi minta kebenaran dari pengetua,” Husniah kata, semacam merayu.

Lepas tu gua pun pergi melobi Pengetua, Tuan Haji Abdullah. Masa gua pergi jumpa Pengetua, gua pun goreng habis-habisan. Last-last sekali, dia bersetuju. Cikgu Ng Kim Choy pun tak ada halangan.

Kemudian masa gua ajar Pengajian Am 2, gua panggil semua pelajar perempuan tingkatan 6. Gua cakap, “ Minggu depan kamu semua boleh pakai kain kaler ungu”.
“Betul ke ni cigu boleh pakai?”.
“Betul, asal kamu pakai kain,” kata gua.

Dan sampai sekarang (gua rasa) pelajar perempuan tingkatan 6 SMK Sandakan pakai kain kaler ungu.

List terkini

Pelajarku yang terkini menyapa ialah Mastura.

Gua pun hairan, semua pelajar perempuan yang datang menyapa. Pelajar lelaki menyelam ke mana agaknya? Mungkin mereka tidak menyelam di sekitar Pulau Berhala, mereka lebih suka menyelam di Pulau Silingan kot...

Tuesday, 14 July 2009

Yang penting faham

Lu ada pokok rambutan yang tengah meranum buahnya. Pokoknya tinggi. Lu gayat nak panjat pokok rambutan itu. Lu ambil galah. Galah lu buatan Amerika. Cantik dan berkilat, maklumlah buatan Amerika. Masa lu hulurkan galah buatan Amerika itu ke arah buah rambutan yang meranum itu, galah lu tak sampai.

Lu punya galah buatan Amerika. Tapi tak boleh mengait rambutan untuk lu. Lu nak panjat, lu rasa gayat. Lama-lama lu punya rambutan itu, monyet dengan tupai yang datang makan. Lu yang kat bawah, hanya melopong.

Rambutan tu gua analogikan kepada Matematik dan Sains.
Galah buatan Amerika tu gua analogikan PPSMI.

Lu tentu biasa dengan bidalan ini : Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang dengan tahi.

Kalau macam ni, gua tak nak jadi TPM

"Kita akan bina jambatan. Harganya dalam 7 ke 10 juta ringgit," kata TPM. Dia sambung lagi, "Kalau kita menanglah. Kalau Be End kalah, tak adalah jambatan".

Nilai perjuangan bagi orang itu sama dengan harga sebuah jambatan.

Koma.

Kalah lagi di Manik Urai.

Noktah.

Monday, 13 July 2009

Gua nak jadi orang Manik Urai

Sehingga 14-07-09, gua memang nak jadi orang Manik Urai. Nanti gua dapat basikal, sebab ada menteri yang bagi basikal. Gua juga nak jambatan baru sebab TPM janji nak bagi jambatan baru. Gua juga nak jadi orang Manik Urai sebab banyak menteri berkeliaran di sana. Mereka berlumba-lumba nak salam dengan orang Manik Urai. Bukan senang dapat jamah tangan menteri di Malaysia ni.

Tapi lepas 14-07-09, gua memang tak ingin jadi orang Manik Urai. Selepas tarikh itu, Manik Urai akan tetap sepi. Manik Urai tetap akan jadi sebuah kawasan terpinggir di ceruk Ulu Kelantan. Manik Urai tetap akan jadi tempat buangan para guru yang tak pangkah Be End. Selepas tarikh itu, jangan harap menteri nak pandang orang Manik Urai. Orang Manik Urai tetap akan menoreh getah. Orang Manik Urai tetap dipandang bangsat oleh orang “di sana”.

Gua nak jadi orang Manik Urai hanya pada hari ini dan sehingga 14-07-09 sahaja.

Sekian terima kasih.

Gua tengok PPSMI tu macam pokok kering kat Teluk Batik

Bulan lepas, gua pergi Teluk Batik. Gua ada majlis dengan guru-guru daerah Manjong. Gua sampai petang, majlis tersebut pagi esoknya.
Bila gua rasa boring duduk terperap dalam bilik kat Telok Batik Resort sorang-sorang, gua merayau-rayau kat pantai Teluk Batik.
Pantai Teluk Batik ni gua tengok macam Micheal Jackson; banyak kosmetik yang menyebabkan sedap mata memandang. Ada Dataran Hadhari. Gua tak tahu berapa juta ringgit sudah dihabiskan untuk dataran ini.
Bila penat, gua duduk-duduk di Dataran Hadhari itu. Sambil duduk-duduk gua terlihat sebatang pokok.

Nampak besar dan menggerunkan, tapi kering tak ada apa-apa pun. Gua tengok pokok itu seperti PPSMI, nampak “class” dan “smart”, tapi kosong. Tak ada roh. Tak ada apa.

Jiran Gua namanya Pakcik Paul

Rumah pertama yang gua sewa di Sandakan ialah di Sri Taman. Jiran gua ialah keluarga tempatan yang sangat baik hati. Waktu itu, gua tinggal seorang diri. Gua tak ada teman serumah sebab kawan-kawan gua yang lain semua dah ada rumah sewa masing-masing.
Jiran gua yang berpangkat ‘baliau’ tu namanya Pakcik Paul. Petang-petang dia selalu datang borak dengan gua. Pakcik Paul ni sebenarnya minat menulis. Banyak tulisannya yang tersiar dalam akhbar tempatan. Gua pula minat menulis. Jadi bila gua bersembang dengan dia, memang lama. Gua memang suka layan pakcik Paul sembang lama-lama, sebab nanti anak perempuannya yang cun itu akan datang panggil bapaknya pulang. Bila hari-hari sembang lama-lama dengan Pakcik Paul, maka gua pun hari-harilah boleh tengok anak perempuan dia yang cun dan putih melepak tu!
Tapi sampai gua pindah pergi Sea View, gua tak pernah tahu nama anak gadis Pakcik Paul yang bekerja sebagai jururawat di DOK itu. Agaknya gua terkelu melihat keayuan gadis Sabah sampai tak terkeluar ayat-ayat power gua.

Friday, 10 July 2009

Gua dengan span berwarna putih

Masa kecil-kecil, gua sangat suka main bola sepak. Gua memang langsung tak minat dengan guli atau konda kondi atau congkak. Bagi gua, itu mainan budak-budak perempuan.
Kalau gua main bola gua tak boleh pakai kasut. Itu peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, gua akan menyarungkan stokin kat kaki gua. Dulu, kaki gua banyak juga kudis. Maklumlah budak kampung. Belukar dan parit memang selalu gua redah. Kadang-kadang terpijak duri. Itu yang menyebabkan lama-lama kaki gua berkudis.
Masa main bola, kadang-kadang keting kami berlaga. Gua memang tak kuat pada bahagian keting. Kalau berlaga keting, gua rasa macam nak pitam. Suatu hari gua dapat ilham. Gua masuk ke dalam bilik sepupu perempuan gua. Gua ciluk beberapa keping benda putih yang berspan. Gua bawa pergi ke padang bola. Setelah gua pakai stokin, gua masukkan span putih tersebut pada bahagian keting. Bila berlaga keting, gua selamba, tidak lagi berguling-guling macam kena gelek steamroll.
Tapi bila gua balik rumah, nenek gua marah gua. Sepupu perempuan gua pun marah gua. Dia kata gua buat benda tak senonoh. Gua bingung, takkanlah main bola pun boleh jadi tak senonoh.
“Budak ni ambil tuala wanita Mira,” nenek gua bagi tau kat mak gua.
“Lepas tu dia bawa pergi main bola,” tambah nenek gua lagi.
Baru gua tahu, rupanya span yang gua pakai kat keting tu, dipanggil tuala wanita. Tapi gua tertanya-tanya, “Apahal tak nampak macam tuala? Kenapa kecil sahaja? Nak kesat apa tuala tu? Bawa tuala pergi main bola pun salah besar ke?” dan bermacam-macam lagi tanda tanya, maklumlah budak kecil yang tak tahu apa-apa…

Thursday, 9 July 2009

Suatu malam di Poring yang sejuk dan dingin

“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar sahaja.
Lepas tu, kami bergerak ke arah yang ditunjukkan pemuda itu. Tapi gua dah rasa lain. Mana hospital ni? Gua tengok Hanafiah pun dah macam Kofi Anan tengah berfikir nak selesaikan masalah di Zimbabwe. Rosaidah pula sedang menggosok-gosok dada Suraya.
Gua tengok Suraya. Dia seperti tak cukup nafas. Muka dia dah mula membiru. Gua tahu dia tak cukup oksigen.
Kami berpusing-pusing lagi.
Hospital Ranau entah dimana.
Muka Suraya semakin membiru.
Kami berhenti lagi. Hanafiah bertanya kepada seorang lelaki separuh umur.
Hanafiah masuk ke dalam bas. Arah yang ditunjuk oleh lelaki separuh umur itu berlainan sekali dengan arah yang ditunjukkan oleh pemuda yang pertama tadi.
Akhirnya, kami sampai juga ke Hospital Ranau.
Suraya terus dikejarkan ke bilik kecemasan. Corong oksigen ditekapkan ke mulutnya. Gua tengok Rosaidah amat cemas. Hanafiah pun gua tengok cemas. Gua pun cemas, tapi gua buat-buat macam tak cemas.
“Kalau kamu lewat lima minit lagi…” kata doktor di bilik kecemasan. Dia tak habiskan ayatnya. Tapi gua faham. Gua tengok Hanafiah. Hanafiah tengok Rosaidah.

Malam tu, Suraya kena tahan di Hospital Ranau.

Masa dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan di Poring, Hanafiah kata, “ Aku rasa la, pemuda yang tadi tu mabuk bah. Malam ni kan malam kaamatan. Minum tapai la tu. Sebab tu dia tunjuk jalan yang salah.”

Oooo…Pesta Kaamatan rupanya. Patutlah gua tengok pemuda tadi macam bergoyang-goyang saja masa dia berdiri.

Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1994.
Sekarang 2009. Ranau merupakan antara kawasan “jajahan” Hanafiah. Masa gua jumpa Hanafiah minggu lepas, dia kata “Setiap kali aku di Ranau, aku mesti senyum tengok Hospital Ranau”
“Bro, nyawa anak orang yang kita pertaruhkan pada seorang pemuda yang mabuk tapai.”
“Nasib baik Suraya dapat oksigen,” kata gua sambil gua menyedut oksigen gua.

Nota tumit kaki : Rupanya Suraya ada masalah jantung. Jantungnya digerakkan dengan menggunakan bateri. Hari tu, dari pagi hingga ke petang dia mandi di air terjun yang sangat sejuk. Malam tu pula, hujan. Gua rasa, sebab sejuklah maka jantungnya semakin malas nak mengepam darah.

Gua dan bahasa Inggeris

Semasa sekolah rendah dahulu, guru Inggeris gua namanya Puan Selvi. Dia garang macam ibu singa. Telinga gua selalu merah sebab kena pulas oleh Puan Selvi.
Puan Selvi mewajibkan kami ada kamus dwibahasa atas meja semasa dia mengajar. Lepas tu, setiap ayat yang terdapat dalam buku teks ke, buku kerja ke, atau keratan akhbar ke, dia minta kami terjemahkan. Kalau teks tersebut dalam bahasa Inggeris, dia minta kami terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Begitu juga kalau sebaliknya. Kalau kami tak dapat terjemahkan mengikut konteks, jangan harap la kami dapat duduk atas kerusi. Sebaliknya kami akan “naik pangkat”, berdiri – berdiri atas kerusi – berdiri atas meja. Maka gua yang masih lagi belum akil baligh tu, akan terkial-kial untuk memahami teks bahasa Inggeris. Bila kami dah faham kandungan, barulah Puan Selvi akan mengajar tentang tatabahasa Inggeris.
Kerana Puan Selvi ni garang macam ibu singa, maka gua pun bersungguh-sungguh tengok kamus.
Dan, gua dapati cara pengajaran Puan Selvi ini telah berjaya meletakkan penguasaan bahasa Inggeris yang kukuh pada gua. Hampir semua pelajar yang diajar oleh Puan Selvi, mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Setiap minggu, gua dan rakan-rakan gua akan membuat persembahan drama bahasa Inggeris semasa perhimpunan sekolah.
Bila masuk sekolah menengah, gua antara pelajar yang tersohor dalam bahasa Inggeris.
Bila masuk U, kelas bahasa Inggeris wajib diambil dan wajib lulus dalam peperiksaan. Kalau lu tak lulus, lu tak akan dapat kepujian dalam lu punya ijazah. Jadi, masa peperiksaan Bahasa Inggeris, gua selalu jadi “imam” kepada rakan-rakan gua yang desprate nak lulus.
Sampai sekarang gua mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang agak bagus. Gua nak puji diri gua sendiri : Bahasa Inggeris gua jauh lebih baik daripada rakan-rakan gua yang berbangsa Cina walaupun hari-hari mereka bercakap omputih. Bahasa Inggeris gua tak ada “ma”, tak ada “lo”, tak ada “la”, tak ada “aiyaa”. Bahasa Inggeris, bahasa Inggeris yang ada kelas…ahakssss….
Dan gua jadi pandai dalam bahasa Inggeris bukan sebab gua belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris gua jadi mantap sebab Puan Selvi dah sediakan satu asas yang kukuh. Dia perkayakan dahulu kosa kata para pelajarnya, lepas tu baru dia mengajar tatabahasa.
Kalau lu miskin kosa kata, macam mana lu nak pandai?

Nota tumit kaki : Dr Mahathir gua cadangkan dia keluar dari partinya lagi sekali. Bawak sekali anak bini dia.

Wednesday, 8 July 2009

Kalau macam ni, gua pun nak jadi Menteri Pelajaran

Gua tengok Menteri Pelajaran yang baru ni, macam tak tak tahu apa yang dia nak bawa dalam dunia pendidikan negara. PPSMI menjadi senyap di tangan dia. Tak tahu apa kesudahannya walaupun dah berbakul-bakul laporan dari para cendekiawan pendidikan masuk ke dalam Kementerian Pelajaran. Gua tak tahu apa lagi yang dia nak tunggu.

Lepas tu dia kata nak hadkan jumlah subjek yang boleh diambil untuk SPM. Cadangan dia ni nampaknya macam nak gostan ke belakang pula. Gua pun tak tahu apa asas si menteri ini ambil semasa dia bercakap nak hadkan jumlah mata pelajaran.

Kemudian dia minta rakyat berikan pendapat tentang cadangan untuk mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM. Secara kasar memang nampak bagus. Tapi, macam mana agaknya apabila keputusan untuk membuat dasar yang sebesar itu ditentukan oleh orang-orang yang bukan dalam bidangnya? Gua dah dapat agak, spesies yang jenis menyokong PPSMI tentu akan juga menyokong cadangan itu. Kemudian, katakanlah, yang jenis spesies ini banyak hantar emel atau telefon kementerian bagi menyatakan sokongan mereka, maka sudah tentu Bahasa Inggeris akan menjadi subjek wajib lulus. Lepas ni, mungkin najib pula minta pendapat orang ramai untuk membuat dasar kewangan dan ekonomi negara.

Kalu gua, memang patut Bahasa Inggeris patut dijadikan subjek wajib lulus. Tapi kita kena tukar sistem p n p subjek ini. Gua lihat, anak-anak Malaysia yang belajar Bahasa Inggeris semenjak dari darjah satu hingga ke tingkatan 5 (paling minimun) masih lagi tak boleh menguasai bahasa Inggeris. Mengapa 11 tahun belajar bahasa Inggeris tapi masih tak pandai-pandai? Mesti ada yang tak kena dengan sistem. Mungkin silibusnya tak berkesan, atau teknik p n p yang ketinggalan, atau cikgu bahasa Inggeris yang tak berkeupayaan untuk menarik minat belajar, atau mungkin juga anak-anak kita itu selalu sangat bersarapan dengan nasi lemak. Kita mesti korek, cari dan betulkan mana-mana yang tersilap dalam p n p Bahasa Inggeris itu sendiri, bukannya mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kalau jari kita yang terluka, janganlah kita balut kepala lutut yang tidak luka! Kalau buat macam tu, orang kata “ITU BODOH MACAM BATU P***R NAMANYA!”

Nota tumit kaki : catatan ini gua tulis bulan lepas, hari ni dikatakan akan ada pengumuman daripada Menteri Pelajaran berkenaan PPSMI. Gua rasalah, PPSMI ini akan ditamatkan, tapi bukan tahun ini atau tahun depan. Orang politik ni bukannya susah sangat nak baca gerak lakunya.

Cikgu dulu, Cikgu sekarang

Cikgu dulu:
Ooo….aku kena posting Pulau Sebatik la. Tak apa ler….
Cikgu sekarang:
Apa? Aku kena ngajar kat Terengganu (Dia ni orang Kelantan, tapi meraung bagai orang hilang kaki bila diberitahu kena mengajar kat Terengganu)

Cikgu dulu:
Bagus sungguh budak-budak tu, sekali aku ajar kalkulus terus diorang boleh tangkap. (Sebelum PPSMI)
Cikgu sekarang:
Apala bebudak ni, dah sepuluh kali aku bagi tahu, tak paham-paham jugak. Lembap betul! (Era PPSMI)

Cikgu dulu:
Ok, sekarang kamu masukkan air ke dalam gelas itu dan kacau air tersebut perlahan-lahan (sebelum PPSMI)
Cikgu sekarang:
Ok, you put the water into the glass, and you disturb that water slow slow (era PPSMI)

Suatu Petang di Bandar Sandakan, yang agak Ha!Ha!Ha!

Petang tu, gua dengan Cikgu Matnor Sima merayau-rayau di bandar Sandakan. Gua dengan dia kemudiannya masuk ke dalam sebuah kedai mamak. Gua oder roti kobra dengan teh nai beng. Lepas makan, gua dengan Matnor merayau lagi.
“Gudang Garamku habis suda,” kata Matnor. Matanya meliar-liar di kaki lima kedai. Kemudian dia menuju kepada beberapa orang perempuan separuh umur yang duduk-duduk di kaki lima sambil menjual rokok seludup. Tiba-tiba, perempuan-perempuan separuh umur itu bingkas bangun. Masing-masing tergopoh-gopah memasukkan rokok seludup ke dalam bakul. Mereka seperti tikus yang takut melihat helang, dan mula nak melarikan diri.
“Oiii….kanapa kamu lari. Aku mau mambali gudang garam ba!” ujar Matnor.
Separuh jalan, perempuan-perempuan separuh umur itu berhenti.
“Naaaa..kami ingat kamu ni pagawai kastam,” ujar salah seorang daripada mereka.
Gua, tersenyum sendiri melihat gelagat Matnor dengan penjual rokok seludup tersebut.
Gua kata kat Matnor yang berbadan tegap tu, “Lu tak payah lagi potong rambut macam budak kat Pusat Serenti. Kesian gua tengok makcik-makcik tu.”
Sambil membetulkan kaca mata hitamnya, Matnor hanya tersengih.

Dengan tubuhnya yang tegap (pendek-pendek tagap), rambutnya yang dipotong pendek, dan memakai kaca mata hitam, tak hairanlah kalau perempuan-perempuan penjual rokok seludup tu lintang pukang. Perwatakan Matnor macam pegawai polis yang baru tamat latihan! Kalau gua yang jual rokok seludup, gua pun lari beb!

Nota tumit kaki : Budak-budak SMK Sandakan memanggil Matnor sebagai Cigu Maradona lantaran rupanya yang mirip Maradona dan dia juga lincah bermain bola sepak.

Tuesday, 7 July 2009

Pelajar-pelajar gua (II)

Dulu, kat SMK Sandakan pun ada Power Rangers. Cuma mereka ni tak berseluar ketat dengan warna-warna yang menyilaukan mata. Mereka berkain purple dan berbaju putih. Tu yang kat luar ler, yang kat bahagian dalam gua tak tahu…
Tapi lu tahu? Kekadang gua ternampak gak warna-warna pakaian yang dipakai di sebelah dalam. Warna yang menduduki carta teratas ialah warna krim dan warna hitam. Itu yang perempuan. Yang lelaki pun sama. Apabila berseluar putih tu, segala bentuk bingkai kadang-kadang tertonjol keluar.
Pernah, pada suatu hari, gua berada di tangga bawah. Gua nak naik ke tingkat atas, tingkatan enam. Hari tu, ada angin bertiup. Bila berada di tangga bawah, secara otomatik kepala gua akan terdongak melihat ke atas. Kebetulan, sekumpulan pelajar yang berkain purple, bersidai di tangga atas. Jadi, cuba lu bayangkan apa yang telah gua lihat apabila kain-kain purple itu melambai-lambai bak dedaun kelapa di tiup bayu…
Bak kata Hanafiah “Kalau tak ditengok, nanti dikata sombong pulak”.
Dan gua kata, “Bro, lu betul, gua setuju sangat”.

Nota tumit kaki : warna warni sebelah dalam tu tak ada kaitan dengan mana-mana anggota power rangers.

Pelajar-pelajar gua (I)

Bekas pelajar gua dah jadi macam-macam. Ada yang berjaya, ada yang separuh berjaya, ada juga yang nampak macam nak berjaya, tetapi akhirnya kecundang.

Haris, pelajar gua yang montok dan pendiam dalam kelas, pernah jadi presiden persatuan pelajar. Sekarang ni dia dah jadi peguam.
Berry, dia ni dulu nakal dalam kelas. Ramai guru yang pening kepala dengannya. Gua dengan dia tak ada masalah. Gua tau macam mana nak handle budak macam ni. Lepas tu, dia jadi inspektor polis. Kemudian, last-last sekali gua dengar dia pencen awal.
Ada juga pelajar gua yang gua rasa cemerlang, tetapi akhirnya menjadi cikgu sekolah rendah. Gua rasalah, kalau nak jadi cikgu jadilah cikgu sekolah menengah. Jadi, sekurang-kurangnya ilmu yang diperoleh semasa berperah otak di U dulu bolehlah digunakan. Masria Masir, salah seorang pelajar gua yang cemerlang dah jadi cikgu sekolah rendah di SK Bandar.
Ada juga pelajar gua yang berjaya dalam caranya yang tersendiri. Gua sendiri pun rasa, gua tak boleh nak potong mereka. Contohnya Zamri Matsah. Dia dah ada dua bini, manakala gua tetap satu sahaja beb! Dari mana dia peroleh ilmu nak berbini dua ni pun, gua tak tahu. Gua tak pernah mengajar dia cara-cara untuk berbini dua. Tapi, tak tahulah kalau-kalau dia mendapat ilham dari teks Sejarah Melayu yang gua ajarkan dulu. Maklumlah dalam teks itu, raja-raja Melayu memang berbini ramai. Tu belum dikira lagi gundik-gundik ….

Monday, 6 July 2009

Suatu pagi yang dingin tetapi hangat

Tiba-tiba pipi gua terasa hangat. Gua membuka separuh mata gua. Gua nampak hidungnya amat rapat dengan pipi gua. Gua cuba menguis lembut. Tapi dia seperti malas nak beranjak. Gua biarkan. Badannya yang montok kemudiannya mendarat di dada gua. Gua terasa hangat. Jejari gua mula merayap ke tubuhnya. Dia diam sahaja. Kadang-kadang terdengar dengusan lembut dari bibirnya. Gua merapatkan lagi tubuhnya ke dada gua, memang terasa hangat.
Tiba-tiba..
“Oh, kat sini rupanya Kiki,” kata Suchi, anak bongsu gua. Kucing parsi kesayangannya itu terus diambil dari atas dada gua.
Gua pun melabuhkan kembali kelopak mata gua.
Zzzzzzz….

Dulu mak dia suruh pergi sekolah, tapi dia pergi curi rambutan

Seorang sahabat gua nak jumpa gua.
“Weh….gua nak jumpa lu, boleh ke?” Dia tanya.
“Boleh” Gua kata.
“Cun… nanti gua jumpa lu kat gerai mamak kat bawah pokok api-api tu.” Dia kata lagi.
“Bila?” Gua tanya.
“Sabtu nanti, malam,” dia kata.
“Aiseyyyy… kalu hari tu tak boleh,” gua kata.
“Kenapa?” Dia tanya.
“Gua nak kena buat preparation. Isnin nanti gua nak viva,” gua kata.
“Lu ni tak habis-habis nak beli kereta!” dia kata. “Viva ni lu nak beli untuk siapa?” dia tanya.
“Bukan kereta ler. Gua nak kena viva tajuk tesis gua,” gua kata.
“Menatang apa pulak tu…” dia tanya.
“Tu la, dulu-dulu mak lu suruh pegi sekolah, lu pergi curi rambutan!” gua kata.
Dan sahabat gua ni memang tak pernah marahpun walaupun gua kutuk dia macam-macam.

Friday, 3 July 2009

Orang Malaysia yang malu nak jadi rakyat Malaysia

“Hello, may i speak to mr ……” kata satu suara diujung talian.
“Yes, speaking,” aku kata.
“I’m calling from bla!bla!bla!” kata suara diujung talian.
Lepas tu biasanya, kalau gua dapat panggilan macam ni (biasanya suruh mohon kad hutang atau pakej percutian) gua akan tanya:
“Are you Singaporean or Australian or American or PPSMIan?”
Kalau dia jawab : “I’m Malaysian”
Gua akan balas “ I’m speak in my national language. I do not have any responsible to any foreign language.”

*klik*

Nota tumit kaki: gua bukan rasis, tapi gua orang Malaysia

Gua dengan nasi kuning

Minggu lepas, gua pergi KK. Malam tu sahabat yang paling akrab masa kat SMK Sandakan bawa gua dengan Kia Sorento Eksekutifnya pergi makan malam.

“Pi, aku tak mau makan kat restoran. Aku nak makan kat gerai jer,” gua kata.
“Ok, beres,” kata kawan gua, Hanafiah.

Dia bawa gua ke sebuah medan selera. Gua pun tertinjau-tinjau nak makan apa.

“Kau nak makan ikan keli?” Hanafiah tanya.
“Ishhhh….aku datang dari KL, takkan ler nak makan ikan keli,” gua kata.

Hanafiah tersenyum. Gua dengan dia terus tertinjau-tinjau.

“Haaaa….ni mesti best,” Hanafiah kata. Jari telunjuk dia menghala ke arah satu gerai. Gua tengok, tertulis “Nasi Kuning Sandakan” pada satu warung.

Malam tu, selepas hampir 10 tahun gua tak makan nasi kuning, gua makan nasi kuning dengan penuh rakus.

Thursday, 2 July 2009

Gua dengan kapal terbang III

Bila nak keluar dari kapal terbang, akan adalah seorang pramugari yang tercegat menunggu kat muka pintu. Dengan senyum manis, dia akan memberi ucap selamat kepada semua penumpang.

Suatu hari tu, semasa gua nak keluar dari perut kapal terbang, seperti biasa seorang pramugari yang cantik manis menunggu di pintu keluar kapal terbang.

“Terima kasih, jumpa lagi,” dia kata.
Gua pun balas, “Boleh, nak jumpa kat mana?”

Pramugari yang cantik manis tu tersipu-sipu. Allaaaaa…..gua usik macam tu pun dah tersipu-sipu. Tu belum lagi keluar ayat-ayat power gua….cehhhhh…..

Gua dengan kapal terbang II

Gua masuk ke dalam kapal terbang. Bila gua sampai di barisan kerusi yang sepatut gua duduk, seorang pun tiada lagi di situ. Gua pun ambil kerusi yang paling hujung, dekat dengan tingkap. Gua fikir, bila gua ambil kerusi kat bahagian paling hujung, tentu akan memberi kemudahan kepada penumpang yang akan datang kemudian.

Lepas tu, datang seorang lelaki Cina. Dia tengok-tengok gua. Gua pun tengok-tengok dia. Lepas tu dia cakap cina dengan gua. Gua fikir, mamat cina ni mesti ada masalah otak ni. Muka gua yang seratus peratus bak lelaki Melayu terakhir ni, disangkanya jantan cina! Tak rock langsung la lu brader…! Gua buat bolayan dengan lelaki cina tu.

Kebetulan, lalu seorang pramugari. Dia cakap cina pula dengan peramugari itu. Nasib baik peramugari itu cina. Sambil tersenyum manis, pramugari tu bagi tahu kat gua yang lelaki cina itu mau kerusi kat sebelah tingkap. Gua kata, “ok, no problem”

Lepas tu, semasa kapal terbang dah beransur-ansur naik ke langit, lelaki cina tu tertoleh-toleh ke luar tingkap. Ghairah dan gelojoh betul mamat tu, sehinggakan kepalanya terhantuk-hantuk kat cermin tingkap. Dalam hati gua terfikir, mamat cina ni datang dari hutan belukar mana lak ni? Tiba-tiba, dia berpaling ke arah kerusi di bahagian paling hujung di barisan di sebelah. Rupa-rupa mamat cina yang darat ini ada member dia rupanya. Lepas tu sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke luar tingkap, dia bercakap dengan member dia kat kerusi barisan sebelah. Punyalah kuat suara dia. Mula-mula, gua buat tak tahu. Lepas ni, bila dah tak nampak apa-apa lagi kat bawah, bisulah mamat cina tu. Tapi mamat cina ni tak berhenti-henti bercakap dengan member dia. Bayangkan dia duduk di hujung sebelah sini, member dia tu duduk di hujung sebelah sana.

Gua dah tak tahan, masa dia cakap, gua blok muka dia dengan muka gua. Jadi, dia tak dapat nampak muka kawan dia yang duk kat hujung. Dia meliang-liuk muka dia, gua pun ikut meliang-liuk muka gua. Last-last sekali, mungkin dia sedar yang gua tak selesa dengan kebisingan dan kedaratan yang dia lakukan. Dia terus senyap, sehinggalah kapal terbang landing kat KK air port.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...