Monday, 27 June 2011

Kantoi

Malam. Gua balik dari opis. Gua masuk rumah. Anak gua kasi tau "Apek sebelah bising-bising sebab ada tahi 'kucing' depan rumah kita".

"Tu bukan tahi kucing, tu tahi anjing" kata gua.

"Angah dah bagi tahu itu tahi anjing. Tapi apek tu tak percaya. Dia kata tu tahi kucing" kata anak gua.

Heh. Anak gua pernah bela kucing. Anak gua tentu tahu tahi kucing macam mana. Dan dalam hal ini, gua setuju dengan ilmu tentang tahi kucing sebab anak gua ada pengalaman melihat tahi kucing secara konsisten. Gua tahu, yang saban pagi melambak kat depan rumah gua ialah tahi anjing.

***
Selepas subuh. Pagi masih kelam. Tiba-tiba awek gua kasi tahu anak jantan gua tengah bergaduh dengan sorang cina di depan rumah.

"Abang marahkan cina tu sebab biarkan anjing dia berak depan rumah kita" awek gua kata.
"lepas tu cina tu marahkan abang balik. Cina tu cakap kenapa tak boleh anjing dia berak kat situ" awek gua sambung lagi.

Gua pergi ke beranda. Gua tengok sorang cina berseluar pendek dengan anjing dia.
"Hoi..!!" gua jerkah.

Kemudian gua turun. Gua buka pintu rumah. Kemudian gua buka pintu pagar.

"Lu bawak anjing, lepas tu lu biarkan anjing lu berak depan rumah gua. Tak elok la" kata gua.

"Dia mahu berak, saya nak buat macam mana.." kata cina berseluar pendek itu.

Hati gua dah mendidih. Cina tu bagi alasan yang paling bodoh pernah gua dengar.

Kemudian gua kata, "lu kutip semula lu punya tahi anjing. Kalau tidak gua akan angkut ini tahi anjing dan letak depan rumah lu. Gua tak main-main!"

Kemudian, bini dia pelan-pelan masuk ke dalam rumah, sebelah rumah gua. Lepas tu bini dia keluar dengan kertas surat khabar Cina. Kemudian tertonggeng-tonggeng kutip tahi anjing itu.

Cehhh...baru gua tahu. Rupa-rupanya yang selalu berak kat depan rumah gua ialah anak anjing bull dog menantu jiran sebelah rumah gua. Dia dengan selamba beruknya membiarkan anjing itu berak. Tak ada rasa bersalah sikit pun.

Dan gua lagi panas sebab semalam bapak cina tu marah sama anak gua sebab 'kucing' berak di depan rumah gua dan menyebabkan apek itu mencium bau tahi 'kucing'. Tapi rupa-rupanya bau busuk itu datangnya dari rumah dia sendiri.

Beb, apek itu dah kantoi sama gua!

***
Bila gua keluar rumah, apek itu cepat-cepat masuk dalam rumah dia. Malu la tu barangkali sebab dah kantoi. Itulah pek, lu cepat sangat buat konklusi. Lu sesuka hati jer nak marahkan orang lain. Gua pun tahu, yang selama ini yang bertimbun di depan rumah gua setiap pagi tu ialah tahi anjing. Tapi gua tak tahu anjing siapa punya angkara. Nah, semalam lu marahkan anak gua, pagi ni lu dah kantoi sama gua, apek!

Wednesday, 22 June 2011

Merapu di kala matahari mau masuk dalam tanah.

Sori beb, gua dah begitu layan fesbuk. Lu nak mesej gua, lu hantar jer emel atau boleh terus masukkan mesej dalam henfon cokia gua. Gua dah malas nak layan fesbuk ni. Gua malas nak baca satatus yang macam. Status yang hari ni menjadi sang moralis yang suci bening, tapi besoknya menjadi manusia yang penuh lahanat. Kalau hari ini siap dengan segala nasihat bagai. Besoknya penuh dengan makian dan sindiran. Tak rock la macam tu. Lu nak jadi moralis, terus la jadi moralis. Jangan sekejap jadi ulamak sekejap jadi Abu Jahal.

Misalnya hari ini dia tulis :
Syukuri apa yang ada..hidup adalah anugerah..lakukan yg terbaik!!!


Perghhh...senang hati gua bila baca stetmen yang macam ni.

Tapi besoknya dia tulis plak camni :
Dengar sini baik2 ya,Jadilah diri sendiri tak perlu ikut macam orang lain ..nanti orang makan tahi, kao pun nak makan jugakah?

Sungguh cantik kata-kata itu!

Kalau ditanya, mesti dia jawab "Wall aku, aku punya pasal la mau tulis apa"
Hahahaha....gua, kalau orang jawab macam tu, gua tak tau nak gelak sampai tergolek-golek atau ketawa sampai nak luruh pankreas.

Kemon la, jaga la lu punya seluar dalam. Jangan sampai orang tahu lu pakai seluar dalam koyak.

Itu belum masuk bab hari ni jadi ulamak, besoknya jadi munafik. Hari ni bukan main lagi tulis macam2 hadis dan petikan Quran. Besoknya tulis maki-makian. Lagi gua tak boleh blah ialah bila tulis petikan hadis dan Quran tu hanya nak menyindir. Cara dah betul, tapi niat dah jadi Ayah Pin.

Pesan gua, lu jangan cari gua dalam fesbuk. Gua dah tak larat dah nak membaca segala hipokrasi.

"Bro, apa susah? Lu delete jer"
"Huh...takder maknanya aku nak habiskan masa duk menekan butang delete. Heh"

Selingan waktu siaran:
Gomen akan keluarkan belanja sejuta hingget untuk mencetak semula novel Interlok

Cayalaaaaa para keling....sebab paria terbang duit rakyat sejuta hingget!

Bersih ke kotor ke, gua peduli haper?

"Anta tak turun ke Bersih?" tanya kawan gua via YM. Dia ber'ana' dan ber'anta' dengan gua. Gua kenal dia dah lama. Sejak zaman rock kapak di Lembah pantai gua dah berkawan dengan dia. Dulu dia ber'aku' dan ber'kau' dengan gua.

"Tak" gua balas sepatah.

"Jomlah. Kita ramai-ramai penuhkan jalan raya", dia balas.

"Tak nak la." kata gua.

"Anta tengok kat Mesir. Anak-anak muda memenuhi jalan raya. Tumbang Hosni Mubarak" dia balas lagi.

"Kau nak tumbangkan kerajaan ke?" gua tanya.

":)" dia balas.

Lepas tu, gua pun pung! pang! pung! pang! via YM. Gua kata, kalau gua nak tumbangkan kerajaan, gua tak pakai jalan raya. Gua pakai kaki gua. Gua pegi ke pusat mengundi. Pastu gua pakai tangan plak. Gua akan pangkah mana-mana yang sesedap rasa pada kepala hotak gua. Kalau gua rasa semuanya tak sedap, gua akan pangkah semuanya. Masa kat Sabah dulu, sebab calon-calonnya tak sedap pada kepala hotak gua, gua pangkah semuanya!

Lagi satu, gua ni allergik sikit sama kepala BERSIH. Ambiga ni kepala kepada segala gerakan pluralisme. Kepala kepada kesamaan sama rata tanpa pedulikan Perlembagaan. Gua dalam hal begini, gua memang allergik sikit. Kepala hotak gua asyik terbayang benda-benda yang buruk. Tapi itu masalah gua la.

Lagi satu, nanti yang duk berarak kat jalan raya mesti majoritinya orang Melayu. PERKASA yang nak lawan BERSIH pun Melayu juga. Pemuda UMNO memang dah sah-sah orang Melayu. Pastu yang akan sembur air kimia nanti tentulah ramai polis Melayu. Aisehhhh... Semua tu Melayu bro!

Bro, kalau lu....errrrr....kalau anta nak demo, anta demo la. Gua...errrrr....ana akan duduk diam-diam di rumah kunyah kuaci.

Tapi kalau masa demo tu penuh dengan kesyahduan dan keamanan yang teramat sangat, gua join sekali. Gua tak mahu berperang dengan fizikal. Gua suka berperang dengan kepala hotak gua.

Monday, 20 June 2011

Warisan


Zaman kanak-kanak, gua budak kampung. Kanak-kanak kampung yang sarat dengan hidup cara kampung. Zaman kanak-kanak kampung gua, ialah zaman suci bersih. Macam air hujan yang turun dari langit!

Hiburan malam zaman kanak-kanak kampung, adalah nihil. Hanya mengaji Quran di rumah tok guru. Hanya sesekali sahaja apabila ada Main Puteri atau Membageh sahaja, maka zaman kanak-kanak gua sedikit terlibur.

Atau kadang-kadang menonton mak yung.

*****
Zaman dewasa gua, terlepas semua itu. Tidak ada Main Puteri. Tidak ada lagi Membageh. Kerana itu, apabila mak yung dihidupkan di Istana Budaya, gua kembali mencari liburan kanak-kanak yang telah hilang itu.

Bersama perawan kecil gua, gua melihat kembali liburan kanak-kanak gua. Walaupun gua terpaksa menjadi sang narator secara langsung kepada perawan kecil gua, gua masih sempat meraup kembali liburan zaman kanak-kanak gua.

Perawan kecil gua bertanya pelbagai soalan. Semenjak dari mula hingga ke penamat cerita.
"Kenapa dia pakai baju kelip-kelip?"
"Itu raja dan adiknya. Tengok, kan ada mahkota di kepala mereka?"

"Kenapa selalu sangat raja dan princess tu nyanyi?"
"Mereka bercakap sebenarnya. Tapi dibuat macam lagu. Dengar betul-betul, mereka sedang bercakap-cakap"

Apabila sekumpulan jin tiba-tiba muncul, perawan kecil gua memegang kuat-kuat lengan gua.
"Takut" dia kata.

Mak yung di Istana Budaya ada perbezaan dengan mak yung zaman kanak-kanak gua. Ketika gua kanak-kanak, mak yung sangat miskin. Putera puteri rajanya hanya memakai mahkota yang pudar warnanya. Kadang-kadang busananya carik di hujung. Berdendang dan beraksi di bawah bangsal bertiang bambu, berbumbung pelepah-pelapah kelapa. Lampu gasolin diletakkan bergantungan di beberapa penjuru tiang bambu.

Mak yung di Istana Budaya sangat mewah. Busananya indah, hinggakan Pengasuh Tua dan Pengasuh Muda pun berbusana cantik. Ada lampu kelap-kelip pancawarna. Ada asap tatkala sekumpulan jin muncul. Suara jin bergema kasar kerana terjana oleh mesin. Dan para penontonnya duduk penuh santai di atas kusyen dalam dewan berbentuk Roman Theatarical.

Apabila mak yung di tangan para pelakon yang bukan anak jati Tanah Serendah Sekebun Bunga, kata-kata yang diucapkan agak janggal bunyinya. Telornya menjadi pelik. Enam puluh peratus keaslian mak yung telah kabur.

Mak yung di Istana Budaya bukan sepenuhnya mak yung zaman kanak-kanak gua.

*****

Gua keluar dari Istana Budaya dengan mengenggam tangan perawan kecil gua. Walaupun banyak yang telah kabur dan hilang, gua telah membawa kembali perawan kecil gua menelusri denai budaya para leluhurnya. Ketika gua seusia dengan perawan kecil gua, gua sendiri yang mencari mak yung. Manakala perawan kecil gua pula dalam usianya ini, gua yang mengenggam tangannya untuk masuk dan mencari denai leluhurnya yang semakin mengecil. Gua tak pasti, apakah perawan kecil gua akan berkesempatan untuk mengenggam tangan kecil zuriatnya apabila dia seusia dengan gua sekarang ini.

Thursday, 16 June 2011

Godamlah Selagi Terdaya

Godam maksudnya pukul. Itu maksud harfiahnya. Dalam bahasa Internet ia bermaksud ceroboh dan kacau. Atau dalam bahasa orang putihnya ia dipanggil hack.

Dahulu, lama dahulu, gua pernah terjebak dalam dunia pengodaman rangkaian. Saja gua suka-suka. Kalau ikut pengalaman gua, para penggodam ni bergerak secara indie. Mereka tiada satu komuniti secara rasmi. Tapi mereka boleh berkumpul di satu tempat dalam dunia maya. Gua berani kata, para penggodam ini tak kenal pun muka antara satu sama lain. Mungkin dalam satu famili ada para penggodam. Bapak menjadi penggodam. Anak juga menjadi penggodam. Tapi mereka mungkin tak pernah tahu bahawa mereka hidup di bawah satu bumbung sedangkan mereka sentiasa berhubung melalui maya saban malam!

Dulu, gua saja suka-suka sahaja belajar untuk menggodam komputer. Bagi gua, itu hanyalah sekadar untuk tahu apa yang ada di sebalik dunia. Dulu, gua selalu berhubung dengan para penggodam melalui emel dan ruang sembang ICQ. Katakanlah gua nak tahu sesuatu benda. Gua akan tanya. Dan mereka yang lebih tahu akan menjelaskan apa yang gua harus lakukan. Gua pernah test power untuk menggodam emel dan password internet orang lain. Dulu internet di Malaysia menggunakan jenis dial up. Perlu ada username dan password. Kemudian, ada sorang mamat kasi tau gua bagaimana nak pecahkan password. Dia bagi web site yang ada software untuk menggodam. Gua cuba. Mula-mula tak menjadi. Gua tanya lagi. Kemudian dia ajar lagi. Gua cuba lagi. Lama-lama gua berjaya memecah masuk satu akaun internet. Pergghhhh....bila berjaya, gua rasa macam gua ni tergolong dalam manusia yang hebat di dunia maya.

Jadi, bila banyak laman web kerajaan Malaysia kena ceroboh, gua tertanya-tanya. Kalau beginilah sistem keselamatan rangkaian kerajaan, masak bro! Kalau facebook yang percuma pun kerajaan boleh kasi tender 1.8 juta ringgit, gua rasa tentulah laman web yang lain memerlukan tender yang lagi tinggi. Tapi apa kejadahnya, bila satu demi satu laman web kerajaan kena godam. Malu weh!

Yang bagi amaran untuk godam laman web kerajaan ni ialah satu komuniti penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anonymous'. Komunti ini dah lama buat kerja godam menngodam ni. Kerajaan Turki dan Iran pernah menjadi sasaran mereka. Begitu juga dengan Mastercard dan Visa. Malahan kompeni seperti Sony juga turut menjadi sasaran mereka. Mereka ada alasan sendiri kenapa mereka membuat kacau. Bila mereka tak puas hati, lalu mereka menghantar 'tentera' untuk membuat serangan. Kalau Mastercard dan Visa pun boleh mereka ceroboh, apatah lagi dengan laman web kerajaan Malaysia yang kebanyakannya dibina dengan menggunakan open source. Lagi senang. Gua rasa, kalau gua tanya sikit-sikit, buat penyelidiakn sikit-sikit, ciluk software dari Internet sikit-sikit, gua pun boleh godam laman web yang pakai open source ni.

Penggodam yang berbakat kat Malaysia ni, diorang banyak berkumpul di Dragon Force. Ini komuniti yang sekarang ini pun turut sama galak menggodam laman web kerajaan.Komuniti ini memang sangat pakar dalam bab keselamatan rangkaian. Dan gua rasa, diorang tak dibayar juta-juta untuk buat kerja godam-menggodam. Dan gua juga yakin, diorang mampu untuk membuat laman web yang lagi canggih dari laman web Ismail Sabri yang berharga 4 juta ringgit, atau facebook Ng Yen Yen yang berharga 1.8 juta ringgit. Dan apabila para penggodam 'marhaen' mampu menceroboh laman web 'aristokrat' yang berharga juta-juta, kalau ini berlaku kat Jepun, ramai yang akan melakukan harakiri sebab malu. Tapi kat Malaysia, kirim salamlah kalau Ismail atau Yen Yen nak buat harakiri. Nak letak jawatan pun jauh panggang dari api.

Lu cubalah bergaul dengan para penggodam ini. Mereka sebenarnya dari kumpulan 'the angry young man' yang memprotes segala kebejatan yang berlaku. Mereka tidak menerima sebarang upah. Mereka tidak mengekar wang. Kalau mereka kejar wang, dah lama bank-bank utama di dunia yang mereka ceroboh. Tukar sahaja kata laluan. Kemudian crack itu crack ini. Berduyun-duyun duit masuk ke dalam akaun mereka. Tapi mereka tidak melakukan itu. Mereka ada sebab untuk mereka menggodam.

Mereka menggodam laman web kerajaan Malaysia kerana mereka tak puas hati dengan SKMM yang buat arahan agar ISP di Malaysia ni buat sekatan akses ke beberapa buah laman web perkongsian fail. Bagi mereka, ini telah melanggar hak asasi untuk mendapatkan kebebasan maklumat. Jadi mereka pun buatlah kerja mereka. Dan yang bestnya, mereka ini memang beretika. Sebelum menghantar 'tentera', mereka bagi amaran terlebih dahulu. Setakat hari ini, sudah banyak laman web kerajaan yang diserang satu persatu. Gua nak tengok macam mana Rais Yatim nak buat kubu pertahanan. Atau gua nak tengok bagaimana Rais membuat serangan balas. Gua nak tengok macam mana kompeni yang diberi tender jutaan ringgit itu memulihkan dan bertahan daripada serangan itu.

Kalau lepas ni, tentera para penggodam terus-terusan menceroboh dan mengacau, gua cadangkan ambil sahaja budak-budak tadika buat laman web kerajaan. Jadi kalau laman web kerajaan diceroboh dengan mudah, maka Rais bolehlah bagi alasan :"Oh, kita punya budak tadika yang buat. Diorang tu programer yang belajar 17 tingkat. Sebab tu kita senang kena ceroboh".

Wednesday, 15 June 2011

Tersesat di Facebook

Gua ada facebook. Tapi gua bukan pemfacebook tegar. Gua sekadar pengikut pasif. Pasif dalam erti kata, bukannya gua tak boleh hidup dengan facebook. Sebab itu sesapa saja yang nak masuk dalam senarai rakan, gua akan hanya klik pada butang accept jer. Kemudian kalau ada sesiapa yang nak lari dari senarai rakan, gua tak ralat sikit pun. Gua tak akan hantuk kepala gua kat monitor pc semata-mata kecewa kerana ada orang yang larikan diri sendiri dari senarai rakan gua. Lu nak masuk, gua terima. Lu nak lari, lu lari jauh-jauh. Gua sikit pun tak kisah!

Kadang-kadang gua tengok, ada yang lupa tentang hakikat facebook ini. Dah namanya laman sosial, maka lu sebenarnya hidup dalam dunia sosial. Dunia masyarakat. Dunia yang ada manusia lain. Monyet dan babi hutan tak pandai main facebook. Maka, lu harus tahu, setiap apa yang lu bebelkan kat sana akan turut sama dikongsi oleh manusia lain. Manusia ni sangat rencam. Ada pelbagai jenis. Ada pelbagai kepala hotak. Ada pelbagai takat kecerdikan.

Maka katakanlah, lu tulis kat dinding facebook lu macam ni : "Hari ni perut aku sakit". Manusia lain yang turut berkongsi boleh memberi pelbagai tafsiran. Mungkin ada yang kata "Oooo...dia makan cili banyak sangat. Sebab tu perut dia sakit". Tapi mungkin akan ada manusia lain yang fikir : "Kesiannya dia, kena tumbuk lagi perut dia". Jadi, lu tak boleh marah sama orang lain apabila kadang kala apa yang lu tulis tu disalahfahamkan oleh manusia lain. Lu tak boleh dengan angkuh kata, "aku punya facebook, aku punya suka la nak tulis apa pun". Kalau lu kata begitu, maka lu juga kena terima bahawa "aku punya tafsiran, aku punya suka la".

Hakikatnya, apa yang lu tulis, menelanjangkan semua susuk tubuh lu, luar dan dalam. Kata-kata yang baik, bisa menggetarkan manusia lain. Kata-kata yang berbayang mungkar akan menjadikan orang lain menjadi jijik. Kalau bini lu masak tak sedap pun lu nak tulis dalam facebook, apa barang beb!!

Lu nak meluah perasaan, boleh saja. Tapi lu kena ingat, dan pandang kiri kanan. Mungkin lu rasa apa yang lu tulis akan menjadi penawar untuk diri lu sendiri. Tapi penawar untuk lu, mungkin boleh menjadi racun untuk orang lain. Lu nak menyindir, baik tak payah. Kalau lu nak mengutuk, kutuklah terang-terang. Sebut namanya dengan jelas. Misalnya lu boleh tulis macam ni : "Sial punya Rokiah Binti Seman, habis kredit aku dia sapu. Jaga kau, kalau aku jumpa kau aku nak perkosa kau sampai kau terkopak!" Tapi kalau lu duk main sindir-sindir, tak sebut nama, banyak orang yang akan tersalah anggap. Yang akan berfikir yang sindiran itu adalah untuk diri dia. Sedangkan bukan. Maka siapa yang salah?

Gua tengok fecebook ni umpama sebilah pisau. Kalau lu gunakan pisau itu untuk memotong tembikai, tembikai itu lu boleh makan. Tapi kalau lu gunakan pisau itu untuk memotong batang halkum lu, lu boleh mati.

Gua rasa Mark Zuckerberg pun ketawa terbahak-bahak melihat ramai orang yang tersesat di dunia facebook yang dia cipta itu. Dia dapat untung bilion bilion dolar, kita pula yang duk buat kerja tak senonoh.

Hidup jangan tersesat. Tersesat itu bukanlah hidup namanya.

Tuesday, 14 June 2011

Jalan Pintas ke Syurga

Masa di Lembah Pantai, gua belajar lingusitik Melayu. Dia belajar medik. Tahun pertama, gua dengan dia menghuni Kolej Lima. Sebab kami sama-sama marhaen, kami sama-sama mengatur tapak ke fakulti. Fakulti gua lebih dekat. Jadi peluh gua tak sebanyak peluh yang dirembeskan untuk ke fakultinya.

Gua suka masuk bilik muzik. Dia juga suka masuk bilik muzik. Gua hanya tahu petik-petik string gitar sahaja. Tapi dia selalu tukar-tukar. Hari ini petik string gitar, besoknya pukul dram pula, manakala lusanya dia belasah gitar bes. Memang dia boleh main macam-macam.

Dia memang genius. Sewaktu kawan-kawan sekuliah dia yang lain makan buku kerana exam, dia pula sibuk main ragbi sampai patah hidung. Jadahnya, dia pegi exam dengan hidung berbalut. Tapi dia tetap skor.

Gua habis belajar, gua pegi Sabah. Dia pula buat housemanship. Itulah kali terakhir gua jumpa dia.

Sehinggalah gua terjumpa semula dengan dia. Gua hampir-hampir tidak cam. Berserabai macam mat gelandangan.

"Lu pehal?" tanya gua.
Dia tak jawab. Sengih tidak. Mencuka pun tidak. Muka tak ada emosi langsung.

Gua heret dia ke kedai mamak. Gua pesan dua gelas besar teh tarik.
Gua letak Dunhill atas meja. Dia tarik satu demi satu, bersambung puting. Macam orang ketagih nikotin.

Gua tengok muka dia. Gua agak, kawan gua yang genius ini sudah tersalah pilih jalan. Tapi gua diam sahaja. Gua tak mendesak dia bercerita. Gua tunggu dia bercerita.

"Berapa tahun lu kat Sabah?" dia tanya.
"10 tahun" kata gua.
"Bini lu orang Sabah?" dia tanya lagi.

Gua diam, dan dia juga diam.

Kemudian dia kata, "Gua dulu 6 tahun kat Hospital Ipoh. Gua kawin sama budak Ipoh. Nurse."

Nikotin dia sedut dalam-dalam.

Kemudian dia sambung, "Pastu gua balik KL. Gua buka Klinik sendiri kat Pandan."

Kemudian dia bla! bla! bla! bla!

Gua lebih banyak mendengar.


*****

Dia memang seorang yang genius. Dia mampu meraih gelaran doktor. Dia ada pendapatan yang lumayan. Dan dia sangat sibuk dengan kliniknya.
"Demi anak-anak dan isteri gua," dia kata.

Namun, dia terlalai. Dia terlalai untuk melihat-lihat isterinya. Dia tidak dapat mencium kecurangan isterinya. Sehinggalah pada suatu ketika dia melihat sendiri isterinya bersama dengan lelaki lain di atas ranjang.

Gua paham kekecewaannya. Cuma gua tak paham kenapa dia memilih jarum suntikan untuk dicucuk ke dalam tubuhnya. Gua tak paham kenapa dia memilih marijuana. Mungkin kekecewaannya sangat dalam. Menyebabkan dia memilih jalan yang singkat tetapi malap.

Akhirnya, dia hilang semua yang dia sayang. Dia hilang isterinya. Dia hilang anak-anaknya. Dia hilang pekerjaannya. Dan dia hilang dirinya.

Dia telah memlilih jalan pintas untuk ke syurga untuk lari dari neraka dunia.

Monday, 13 June 2011

Gua tak kira

Lu kalau nak anak 'bangsa Malaysia', gua tak kisah. Tapi lu jangan hipokrit. Politik lu, politik haprak. Lu jangan ingat, sebab lu YB undang-undang dan negara ini lu yang punya.

"Dude, kenapa lu hangin?"

Apa tak hanginnya. Hipokrasi diorang tertampang di atas dahi.

"Jadi, lu tak suka "bangsa Malaysia?"

Gua suka. Gua sokong. Tapi kalau nak 'bangsa Malaysia', biarlah betul-betul 'bangsa Malaysia'. Gua cuma nak kasi beberapa benda yang kalau diorang sanggup, maka gua yakin diorang memang nak kepada bangsa Malaysia. Tapi kalau diorang tolak mentah-mentah atau separuh mentah, memang diorang momok yang syok sendiri!

"Apa syaratnya?"

1. Kembali kepada bahasa kebangsaan. Bertuturlah setiap hari dalam bahasa kebangsaan. Jangan bercakap bahasa kebangsaan macam beruk yang kena potong lidah. Tunggang langgang. Sebutan tah apa-apa. Kalau nak masuk tivi, lebih suka bercakap bahasa asing. Kuasai dengan fasih bahasa kebangsaan.

2. Hapuskan semua sekolah beraliran bahasa ibunda yang buka bahasa kebangsaan. Sebab lu nak wujudkan 'bangsa Malaysia', maka gua nak kata, 'bangsa Malaysia' tak boleh wujud dengan bahasa ibunda yang datang dari negara lain. Lu punya anak, lu kena hantar belajar kat sekolah yang menggunakan bahasa kebangsaan. Baru kena dengan perjuangan lu [kononnya] untuk mewujudkan bangsa Malaysia.

3. Jangan bakar mercun, jangan pukul gendang, jangan buat tarian singa masa Tahun Baru. Sebab itu semua bukan budaya Malaysia. Lu nak bangsa Malaysiakan? Bangsa Malaysia tak sama dengan bangsa China. Bangsa Malaysia tak pukul gendang dan bakar mercun.

4. Chauvinis di kompeni2 besar lu kena hapuskan. Bukan gua tak tahu, kompeni2 besar ni bukannya nak kasi peluang yang sama rata kepada semua pekerjanya. Diorang kalau nak pilih untuk kasi naik pangkat, diorang akan belek mykad sampai terjegil2 biji mata. Kalau nama yang tak ada 3 suku kata, tak payah mimpilah. Yang namanya tidak ada 3 perkataan, walau bekerja serajin manapun, walau secekap manapun, walau seikhlas manapun, tak akan dapat naik pangkat. Itu hakikatnya. Tapi lu ingat kitorang tak tahu. Semua yang lu lakukan itu bukannya dapat mewujudkan 'bangsa Malaysia'.

5. Semua nama-nama lu, lu tukar kepada nama yang ada berbunyi keMalaysiaan. Yang bunyi-bunyi macam orang dari benua China, tak boleh pakai. Nama yang kalau disebut ada bunyi macam nama orang kat Benua India sana, kena kasi tukar.

Cukuplah gua bagi 5 dulu. Kalau yang 5 ini pun lu akan terpekik terlolong tak mahu buat, jadi nasihat gua, lu diam-diam jer la.

Memang lu YB, tapi Tanah ini bapak gua yang punya. Gua tak kira, lu ayahanda ke, lu abang long ke, yang gua tahu ini tanah bapak gua yang punya!

Sang Pemimpi

Tiga orang anak remaja : Arai, Ikal dan Jimbron.

Arai : anak yang digelar sebagai 'seniman gila' oleh Ikal kerana dia selalu melihat sesuatu yang ada di sebaliknya. Garis terakhir keturunan bapanya yang meninggal ketika dia berusia 8 tahun.
Ikal : anak muda yang pantas berlari. Bijak tetapi terlingkung dalam kemiskinan.
Jimbron : obses terhadap kuda. Menjadi gagap setelah terkejut dengan kematian bapanya yang berlaku di depan matanya. Dia kata, kalau dia mempunyai kuda, dia mampu membawa bapanya ke rawatan dengan lebih pantas. Setelah menjadi yatim piatu, dia dipelihara oleh Pendeta Katolik.

Mereka anak-anak Melayu yang miskin. Namun selalu bermimpi untuk ke Paris. Lalu mereka berusaha untuk meraih mimpi tersebut.

Kata Ikal "Bermimpilah, maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi kamu"

Jimbron tidak sepandai Ikal dan Arai. Jimbron hanya tahu tentang kuda sahaja. Lalu dia membeli dua tabung berbentuk kuda, dan dia mengisinya sama rata dengan wang simpanannya.


Tatkala, Arai dan Ikal ke Jakarta kerana melanjutkan pelajaran di sana, Jimbron tidak mempunyai nasib yang sama seperti dua sahabat karibnya itu. Dia hanya mampu menghantar dua sahabatnya di jeti. Jimbron tidak berkesempatan untuk menyertai mimpi-mimpi sahabat karibnya, tapi dia berjaya meraih senyuman Lasmi, gadis yang sekian lama kehilangan senyumnya setelah kehilangan seluruh keluarganya dalam tragedi bot karam.

"Kalian akan ke Paris dengan kuda-kudaku," kata Jimbron.

Ikal dan Arai menumpang kapal untuk ke Jakarta dengan tabung kuda pemberian Jimbron, sementara Jimbron mengayuh basikal. Di belakang Jimbron ada Lasmi yang sudah kembali senyumnya.

Di kota Jakarta, mereka terus berusaha untuk meraih mimpi yang mereka cipta semenjak dari zaman kanak-kanak lagi.

Saturday, 11 June 2011

Bangang Tahap Melampau.

Katakanlah :
Gua berkahwin sama Bidayuh Sarawak. Kemudian dapat anak. Masa gua nak daftar, gua boleh letak anak gua sebagai bangsa Melayu. Gua juga boleh letak sebagai bangsa Bidayuh, kalau gua mahu. Tapi, gua lebih memilih untuk mengisi borang pendaftaran kelahiran dengan Melayu. Sebabnya, keturunan anak mesti ikut keturunan bapa.

Kemudian, katakanlah :
Lu kawin dengan keling. Sedangkan lu bukan keling, tapi Cina. Lu kena letak ikut keturunan lu punya suami, atau lu punya keturunan. Kalau lu nak letak bangsa "Dunia", lu memang bodoh tahap melampau. Atau mungkin lu malu nak letak keturunan "Keling" pada anak lu, manakala lu punya laki tak mau letak keturunan Cina sebab itu benih Keling!

Maka lu pun terpekik terlolong macam orang hilang akal.

Sungguh, untuk orang-orang yang macam ini gua tak akan gadaikan kepercayaan gua untuk mentadbir kehidupan gua.

Wednesday, 8 June 2011

The angry young man.

Gua buka emel. Ada emel Hanafiah. Dia kata dia ada di KL.

"Bro, lu chek ini hotel mana?" tanya gua, via SMS.
"Kat pudu. Hotel cikai jer," jawab Hanafiah, via SMS.

Sebab itu ialah Hanafiah, maka gua wajib tanpa kompromi keluar lepak-lepak dengan dia. Kenapa gua wajib lepak dengan dia? Sebab itu ialah Hanafiah!

Gua dengan dia, macam berkongsi kepala. Masa dia dengan gua sama-sama jadi guru di SMK, banyak benda yang sama berlaku. Hanafiah ada but koboi pergi sekolah. Gua pun ada. Hanafiah ada kemeja YSL tanpa kocek. Gua pun ada. Hanafiah suka bercakap tentang Cromok. Gua pun suka. Hanafiah sangat tekun membaiki anak-anak Sabah. Gua pun sama.

Gua dengan Hanafiah masa di SMK sama-sama rebel. Kami boleh dikatakan "the angry young man". Banyak benda yang gua dengan Hanafiah buat ikut pakai kepala sendiri.
"Tak sanggup aku berdiri di tengah panas mengambil gambar," kata Hanafiah.
Gua pun sama tak sanggup. Maka gambar cekgu2 SMK yang terisi dalam majalah sekolah tidak ada wajah gua dengan Hanafiah.

Contoh 'the angry young man' yang gua dengan dia buat ialah selalu bawa budak2 Kelab Pencinta Alam buat aktiviti di luar. Ada beberapa ketika, pengetua tak bagi kerjasama. Jadi gua dengan Hanafiah buat sahaja aktiviti itu tanpa diberitahu kepada pihak sekolah. Kami buat aktiviti motivasi di Poring dan Taman Kinabalu tanpa memberitahu kepada pengetua. Dan sewaktu singgah untuk solat di masjid Ranau, gua terserempak dengan pengetua di dalam masjid. Gua dah tak boleh nak mengghaibkan diri. Budak-budak KPA pula berselerakan di sekitar masjid. Gua dengan Hanafiah kantoi dengan pengetua! Tapi gua dengan Hanafiah tak gelabah. Program tetap diteruskan.

Gua dengan Hanafiah menjadikan Kelab Pencinta Alam sebagai wahana untuk membina dan membaiki anak-anak Sabah. Kami punya satu pandangan yang sama. Pembelajaran bukan hanya ada di dalam kelas. Pembelajaran dan kesedaran lebih mudah dibuat di luar kelas, dalam suasana santai tanpa batas komunikasi tapi penuh terkawal.

Bila Hanafiah berhijrah ke Yayasan Sabah, budak-budak membuat majlis perpisahan. Tapi bukan di sekolah. Majlis itu dibuat di Taman Rimba. Penuh sebiji bas diisi oleh budak2 SMK.

"Bukan kamu seorang sahaja yang pernah berhenti dari SMK. Tapi majlis perpisahan kamu ni tak pernah berlaku kepada cikgu2 lain. Belum ada lagi majlis perpisahan dibuat di Taman Rimba," kata pengetua.

*****
Sebab dia ialah Hanafiah, maka gua harus lepak dengan dia bila dia ada di KL. Walaupun Hanafiah sudah menjadi orang penting di Yayasan Sabah, tapi Hanafiah tetap sama macam dulu. Hanafiah bagi gua, walaupun suatu hari nanti dia menjadi Ketua Menteri sekalipun, gua masih tergamak untuk masuk ke dalam biliknya tanpa temu janji.

Sebab apa? Sebab dia ialah Hanafiah.

********
Dan malam itu, gua lepak2 dengan Hanafiah di Bangi Kopitiam. Di sisi Hanafiah ialah Ririn, isterinya. [Errrr...Ririn ni pernah memanggil hanafiah 'cikgu', tapi sekarang ini 'cikgu' itu telah bertukar menjadi 'abang']

Monday, 6 June 2011

Dunia Pasca Amerika

Lu kenal Fareed Zakaria? Gua pun tak kenal. Gua lebih kenal A Samad Said. Tapi tak elok la kalau gua bandingkan Fareed denan Pak Samad. Sebab yang pertama ialah, Fareed takder rambut panjang putih dan jambang panjang putih. Pak Samad ada itu. Yang kedua, Pak Samad tidak menjadi hartawan dengan menulis. Tapi Fareed boleh jadi kaya dengan menulis.

Fareed Zakaria ni seorang wartawan. Dia kerja dengan Newsweek. Nama dia macam nama orang Islam sebab dia memang orang Islam. Tetapi gua tak tau la dari segi praktikalnya sama ada dia orang Islam. Baiklah, gua bersangka baik sahaja la. Fareed tetap seorang Islam yang baik walaupun dia sudah jadi warga Amerika dan kerja di sana. Fareed berasal dari India. Kemudian melanjutkan pelajarannya di Amerika. Dan sampai ke sudah dia melekat di Amerika sehingga dia akhirnya menerima Green Card.

Ok, gua nak bersembang secara ringkas dan mudah buku yang juga gua sembelih sedikit sebanyak ini. Buku ni ada 7 bab. Secara umumnya, Fareed cuba mengungkapkan tentang peranan Amerika sebagai sebuah negara super power. Fareed menelusuri sejarah super power Amerika ini semenjak Zaman Reinanssance lagi. Kemudian Fareed juga membebel tentang saingan kepada super power Amerika ini oleh negara lain. Fareed kata, negara China dan India mampu menjadi saingan kuat kepada Amerika. Ini kerana China dan India mempunyai sumber asli dan kuasa pasaran domestik yang cukup besar. Malah China telah berjaya menjadi kuasa pengimbang kepada super power Amerika ini.

Kemudian Fareed membebel lagi. Dia kata akan berlaku anjakan kuasa di Amerika. Fareed kata ini berlaku kerana dinamika dagangan Amerika dengan negara asing. Fareed juga kata, anjakan ini berlaku kerana demokrasi yang subur di Amerika dan juga pengamalan pasaran bebas di sana.

Fareed memberi tumpuan khas kepada negara China. Fareed melabelkan China sebagai negara kuasa kedua selepas Amerika. tapi Fareed kata, China perlu mengambil masa beberapa dekad lagi untuk memintas Amerika. Fareed kata, kecemerlangan China ini adalah disebabkan fahaman Confuciasm di sana.

Selain China, Fareed juga ada menyentuh tentang negara asalnya, India. Dia kata India ada banyak kelebihan. Kelebihan itu, kata Fareed ialah mahkamah yang bebas [Mahkamah Malaysia bagaimana?], hak kepada harta persendirian, amalan undang-undang, pembentukan sektor swasta, dan banyak ahli perniagaan India yang daripada jenis savvy English Speaking. Kononnya kalau pandai bercakap orang putih, maka penguasaan ekonomi akan menjadi lebih mudah. Itu bukan gua yang kata, tapi Fareed yang kata. Kalau pendapat itu tak betul, jangan marah gua. Marah la sama si Fareed.

Kemudian fareed juga ada membuat perbandingan tentang peperangan yang pernah dilalui oleh Amerika dengan Empayar British. Fareed mengambil contoh beberapa siri peperangan yang berlaku pada akhir 1800, 1900 dan juga peperangan yang berlaku pada era tagun 2000. Fareed kata, Empayar British menang dalam peperangan Boer pada tahun 1890 tetapi memang dari segi penguasaan secara politik sahaja. Tetapi British tak menang dalam penguasaan ekonomi. Manakala pada era tahun 2000, Amerika Amerika menjadi negara yang tersangat kuat dalam ekonomi, tetapi gagal dalam pengaruh politik. Apa yang dia bebelkan, gua pun tak berapa nak setuju. Tapi lu boleh baca sendiri buku ini.

Sebenarnya banyak lagi benda yang hendak disampaikan oleh Fareed Zakaria ini. Tapi kalau gua bagi tau semua, nanti buku dia tak laku sebab lu sudah tau. Jadi, lebih baik lu cari dan baca sendiri buku ini.

Friday, 3 June 2011

Takluk dengan Teluki

Tengah hari. Gua balik dari lunch di Wangsa Walk. Gua parkir kereta. Sebaik gua keluar kereta, gua ternampak seorang brader. Bertopi. Sedang menyelongkar tong sampah besar berwarna hijau di hujung tempat parkir kereta.

Gua teet! tot! kereta gua. Kereta gua terkunci. Brader itu berpaling. Mungkin disebabkan teet! tot! tadi, dia tersedar yang gua turut ada di situ. Brader itu senyum. Gua angkat tangan gua sedikit. Itu kira sapaan gua untuk brader itu.

Sambil mengeluarkan sebatang Dunhill, gua menuju ke arah brader itu. Gua cucuh. Gua sedut. Gua hembus. Asap nipis naik atas, kiri dan kanan. Gua hulurkan kotak Dunhill kat brader itu.

"Terima kasih" kata dia sambil menarik sebatang Dunhill.

"Tak pernah nampak abang di sini. Dari mana?" gua tanya.
"Gombak", brader tu jawab.
"Boleh tahan jauh tu," balas gua.
"Nak buat macam mana. Semenjak harga barang naik, saya kena bekerja keras. Kalau dulu hanya di sekitar Gombak dan Batu Caves. Sekarang saya terpaksa datang sehingga ke Keramat, Wangsa Maju dan Setapak," jawab brader tu.

Brader itu menyedut dalam-dalam Dunhill. Dia menyedutnya seperti seorang banduan yang dah lama tak pekena KFC. Meneroka kenikmatan.

"Saya ada 6 anak. Paling tua tingkatan 6. Paling bongsu di tadika. Semua bersekolah," brader tu menyambung.

Gua diam. Gua tnggu brader itu sambung cerita.

"Menteri kata, bil letrik nai tak kasi beban sama rakyat. Kepala hotak punya menteri. Kecik-kecik tak nak mampus, bila besar jadi menteri. Lepas tu menyusahkan orang!" brader tu sambung. Marah sungguh.

"Saya ada 8 jasad di rumah. Bila sudah 8 jasad, maka macam mana saya nak jimat letrik kasi 20 ringgit jer sebulan? Terang-terang yang 75% yang konon tak terlibat dalam kenaikan ini, bukan saya. Saya dah kena rompak!" kata brader itu.

"Dulu saya pakai van buruk untuk cari kotak, besi buruk. Tapi sekarang ni saya pakai motor buruk jer. Tak tahan, minyak selalu naik."

Kemudian dia sambung lagi, "Semua barang pun sudah naik harga. Yang menteri sibuk duk tipu rakyat kata rakyat tak susah, apa hal? Tak payah la nak menipu. Kalau rasa-rasa dah tak mampu nak jaga negara, tak mampu nak jaga rakyat, turun la. bagi orang lain!"

Gua tengok jam. Masa untuk lunch sudah hampir lenyap. Gua campak puntung Dunhill yang masih ada bara ke dalam longkang. Perlahan-lahan gua minta diri. Brader itu mengangguk. Dia lap peluh di mukanya yang nampak licin dan berkilat.

Sambil berjalan ke pintu masuk ofis, gua terfikir. Dengan wang yang diperoleh daripada jual kotak dan besi buruk, dengan ada 7 perut di rumah, dengan harga barang yang semakin naik, bagaimanakah brader itu harus hidup dengan selesa?

Gua masuk ke dalam ofis. Hawa panas di luar tadi sudah terganti. Kini gua duduk di atas kerusi pusing-pusing. Dari kaca jendela, gua melihat brader itu masih menyelongkar tong samaph besar warna hijau. Gua tahu, walau segigih mana pun dia menyelongkar tong sampah besar itu, dia tak akan terjumpa dengan emas sebungkah. Dia tak akan terjumpa dengan surat tawaran tender bernilai jutaan ringgit untuknya. Dia tak akan terjumpa dengan surat tawaran AP kereta atau gula untuknya. Dia tak akan terjumpa dengan surat perjanjian subsidi IPP bernilai 19 billion ringgit untuk dia. Dan dia juga tak akan terjumpa besi buruk kapal selam Scorpene.

Dia tak akan terjumpa dengan semua itu. Itu semua bukan milik rakyat. Itu semua milik orang-orang yang tak pernah menyelongkar tong sampah untuk mencari nasi untuk di bawa pulang ke rumah.

Thursday, 2 June 2011

Hijrah

Beberapa kali gua layan Sham Kamikaze goreng gitarnya depan mata gua. Dengan muka hensemnya, anting-anting di sebelah telinganya, Sham goreng gitar macam makan nasi beriyani kari kambing. Sedap dan lazat.

Sekarang, anting-anting sudah tidak ada di telinganya. Sham lebih selesa dengan kopiah dan jubah. Orang kata dia sudah berhijrah. Gua kata, 'Baguslah'.

Tentang artis yang berhijrah ni, bagi gua adalah lumrah. Sebelum ni pun ramai juga artis yang berhijrah. Gua mula tahu artis yang berhijrah ni setelah gua mulai masuk sekolah menengah. dR Sam Rasputin yang terkenal dengan irama raggaenya ialah artis pertama yang gua tahu melakukan penghijrahan ini. Dengan jambang dan serbannya, dR Sam memasukkan dirinya dalam satu jemaah dakwah. Mula-mula, sekali sekala dia berlakon juga. Sekali sekala dia juga merakamkan lagu. Tapi kemudian, dia menyepi terus dari dunia hiburan dan meneruskan kehidupannya dengan jamaah yang disertainya.

Ketika gua di hujung-hujung sekolah menengah, Ramli Sarip juga menunjukkan ciri-ciri untuk berhijrah. Lagu-lagunya banyak bercerita tentang keislaman. Sebab gua minat dengan muzik keras yang dibawa oleh Ramli Sarip, gua sentiasa mengikut perkembangannya. Gua pernah melihat Ramli Sarip di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar mengerjakan solat Jumaat. Dengan berjubah dan berserban, dia berada di saf yang paling hadapan.

Kemudian, sewaktu gua di UM, gua pernah terserempak dengan seniman Azmil Mustapha. Dia seorang pelakon popular masa tu. Dia juga pernah buat album berentak jazz. Masa gua terserempak dengannya di Perdana Siswa, Azmil memakai baju Melayu. Penampilannya sudah nampak sedikit Islamik. Dan kemudian, gua dapat tahu Azmil terus komited dengan kerja-kerja keislamannya dan merantau ke beberapa buah negara di Timur Tengah semata-mata ingin mendalami Islam.

Gua juga pernah satu kali terserempak dengan bekas vokalist kumpulan Wings, Mel. Ketika itu dia berbusking di food court Riana Green, Bangsar. Sambil bermain gitar, dia bernyanyi bersama beberapa rakannya. Gaya dan penampilannya sudah lain. Bukan lagi gaya seorang rockers, tetapi gaya seorang ustaz. Mel juga telah berhijrah.

Sebenarnya, ramai lagi artis yang membuat penghijrahan. Dan dalam pemerhatian gua, kebanyakan artis lelaki yang berhijrah ini datangnya daripada aliran muzik keras. Macam Ramli Sarip, Mel, Akhil Hayy dan Amy Search. Bob Lokman juga berasal daripada kelompok itu.

Ada juga yang datang dari kelompok dang dut, macam Iwan.

Cuma yang membezakan mereka ialah mungkin cara dan lorong penghijrahan itu. Ada yang berhijrah, dan terus menjauhkan diri daripada dunia hiburan. Macam dR Sam, Mel, Izam [EYE], dan Azmil Mustapha. Ada pula yang terus berada dalam dunia hiburan walaupun sudah berhijrah, macam Ramli Sarip, Amy Search dan Sham Kamikaze. Ada juga yang mengambil pendekatan seperti berpatah arang dengan dunia hiburan, macam Bob Lokman. Akhil Hayy juga pernah mengambil jalan seperti jalan yang diambil oleh Bob Lokman sekarang.

Walau apa pun cara dan lorong yang mereka pilih, gua percaya niat dan tujuan mereka cuma satu sahaja. Banyak orang yang marah-marah apabila Bob Lokman memilih pentas parti politik pembangkang untuk berdakwah. Cuma yang marah-marah itu tidak pula meluahkan kemarahan mereka kepada gejala keruntuhan akhlak anak-anak muda, setara dengan kemarahan mereka yang dituju kepada Bob Lokman. Bagi gua, sekurang-kurangnya Bob Lokman telah melakukan kerja Tuhan, tidak seperti orang yang marah-marah itu.

Beb, lu hormat la sikit pada jalan yang diorang telah pilih.

Wednesday, 1 June 2011

Stesen radio yang macam bapak diorang yang punya.

Kalau bawak kereta, gua jarang dengar radio. Boring beb! Asik-asik lagu sama. Pastu iklan memanjang. Gua lebih suka layan lagu dari CD player kereta. Gua punya suka mau main lagu apa. Gua punya kereta, gua punya CD player, ikut suka hati gua la mau main lagu apa. Gua betul-betul buat CD player kereta gua macam bapak gua punya CD player!

Tapi kalau dengar radio, leceh. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Selera hiburan gua tak berapa nak selari dengan selera hiburan banyak orang. Tapi nak buat macam mana. Semua stesen radio itu, bukannya stesen radio bapak gua. Jadi gua tak boleh nak banyak songeh sangat.

Kalau dalam kereta, gua layan CD. Kalau dalam opis atau kat rumah, gua layan stesen radio yang macam bapak kita punya. Stesen ini hanya ada dalam internet. Memang betul-betul macam bapak diorang punya radio. Main lagu ikut suka hati. Kadang-kadang lagu Metallica. Kadang-kadang lagu R Azmi. Kadang-kadang lagu Ramlah Ram. Kadang-kadang lagu orang Asli. Kadang-kadang lagu Kadazan. Kadang-kadang lagu makyung dan dikir barat. Memang ikut suka hati diorang mahu main lagu apa pun.

Baru sebentar tadi diorang mainkan lagu Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M Nasir. Semalam diorang mainkan lagu raya yang dinyanyikan Sudirman. Beb, mana ada stesen lain main lagu raya di bulan Jumada Akhir, bukannya di akhir bulan Ramadhan atau bulan Syawal. Memang suka hati diorang. Memang diorang betul-betul bikin ini stesen macam stesen radio bapak diorang yang punya!

Tapi gua suka.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...