Tuesday, 11 October 2011

Hang Nadim itu bukan pengkhianat. Raja Mandeliar itu bukannya hero.


“Asik-asik cikgu, asik-asik cikgu,” kata T [bukan nama sebenar]

Gua diam.  Gua tadah telinga.  Gua buat ramalan : T [bukan nama sebenar] bagi komen ni sebab dia bengang dengan bajet Najib.

Gua kata, tapi dalam hati “Heh eh T [bukan nama sebenar]... bila masa kau ni tak setuju dengan pemimpin yang kau sanjung selama ini?”

Gua diam lagi.  Gua tadah telinga lagi.

“Apa yang speselnya sangat dengan cikgu-cikgu ni?” tanya T [bukan nama sebenar].
“Cikgu memang spesel.  Sebab itulah kau jadi orang sekarang ni,” kata gua.
T [bukan nama sebenar] tunjuk muka tak puas hati, macam muka gengster baru lepas kena tempeleng.
“Cikgu-cikgu ni la yang paling banyak melawan kerajaan.  Memburuk-burukkan kerajaan,” kata T [bukan nama sebenar].

Gua nak tergelak terguling-guling.  Tapi gua tahan.  Gua takut T [bukan nama sebenar] kecik ati.

“Cikgu-cikgu bukan memburuk-burukkan kerajaan.  Cikgu-cikgu menegur,” kata gua.
“Huh...” T [bukan nama sebenar] mendengus.
“Memang cikgu-cikgu takder otak.  Kerja diorang asik mengutuk kerajaan!” kata T [bukan nama sebenar] lagi.
Sekali lagi gua nak ketawa.  Sekali lagi gua rasa nak berguling-guling kerana T [bukan nama sebenar] telah berjaya membuat lawak antarabangsa yang paling kelakar semenjak alaf 21 ini.  Tapi gua tahan.  Gua takut T [bukan nama sebenar] kecik ati.
“Bodoh-bodoh ler yerk cikgu kat Malaysia ni...” kata gua.
T [bukan nama sebenar] diam.  Tapi anak bola matanya memberi jawapan “Ya!!!” pada pertanyaan gua tadi.
Gua diam.

T[bukan nama sebenar] diam.

“Jangan jadi macam lembu.  Dicucuk hidung.  Diheret ke sana sini.  Lembu itu terpaksa ikut sebab dia jadi lembu,” kata gua.
Gua tengok T [bukan nama sebenar].  T[bukan nama sebenar] tengok gua.
“Abis tu, yang duk jadi baru kena lepas dari tersepit, apa cerita.  Dah dikasi lepas, menggigit lagi tangan orang kasi lepas,” kata T [bukan nama sebenar.
“Tangan orang yang lepaskan tu berbau tahi kot,” kata gua.
Kemudian gua sambung, “Tahu maksud peribahasa ‘anjing kalau tak makan tahi, dihidunya juga’ “ gua tanya. 

T [bukan nama sebenar] terkelip-kelip.

“Orang yang memburukkan kerajaan tu pengkhianat!” kata T [bukan nama sebenar].
Kata-kata T[bukan nama sebenar] gua sambut dengan HA! HA! HA! HA!
“Jadi, orang kejerkerajaan, kedian dia tak sokong kerajaan, pengkhianat ler tu yer?” gua tanya.
“Iyer laaaa....pengkhianat!” kata T [bukan nama sebenar.
“Mak aihhhh....kalau camtu, ramai betul pengkhianat dari UMNO di Kelantan!” kata gua.
T [bukan nama sebenar] terkebil-kebil.

Gua diam.  T [bukan nama sebenar] diam.

“Pernah baca buku Sulaltus Salatin?” gua tanya T.
“Pernah.” kata T [bukan nama sebenar].
“Tahu nak bezakan antara Hang Nadim dengan Raja Madeliar dengan Kitul?” tanya gua.
“Errrr..errr....errrrrrrr.....” kata T [bukan nama sebenar].

Itu la orang kita.  Buku tentang komunis bukan main lagi diselongkar-selongkar.  Konon nak tahu saper pejuang saper pengkhianat.  Tapi buku hikayat tentang akar Melayu itu sendiri tak la pulak sibuk nak selongkar.

Kemudian gua kata, “Kalau la cikgu-cikgu tu memang pengkhianat negara, dah lama DAP ni memerintah Malaysia...”
Gua bangun sambil tekan-tekan henpon murah.  Gua berlalu.

Dari jauh gua tengok mulut T [bukan nama sebenar] kumat-kamit.  Aisehhhh...takkan nak hantar santau angin kat gua pulak....

2 comments:

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...