Tuesday, 11 October 2011

Hujan dan Embun Jantan

01.25 pagi.
Warung ikan singam, belah-belah jalan raja laut, dekat-dekat kelab dangdut apa tah nama dia.
Din Cromok huk! huk! ha! huk! ha! dalam kereta gua yang sempit.  Tak sempat-sempat nak pakai t-shirt Blues Gang dia kat rumah.  Selepas dengan jayanya membuka baju lain, dan kemudiannya begitu cemerlang memakai t shirt Blues Gang yang baru dibeli dalam stadium, Din Cromok keluar dari kereta gua sambil tersengih-sengih.  Gua nampak sengihannya sangat macho pada awal pagi yang embun jantan dah tak kenal mana satu embun betina itu.

Gua dan Din Cromok duduk kat satu meja. 
Makcik tukang amik oder dengan lenggang-lengguknya datang.
“Basah meja ni,” kata makcik tu.
“Kalu basah, lap la,” kata gua.

Aisehhhh...ni ler orang kita meniaga.  Dah tau meja basah, lap jer la.  Ni, nak disound suruh lap, baru nak lap.  Kalau yang tukang amik oder tu Fasha Sandha ke, Neelofa ke, Yuna, ke tak ler nak rasa hangen sangat.  Level-level Ramlah Ram pun ok lagi.

“Nak makan apa?” makcik tukang oder tanya selepas berjaya mengelap meja gua dan Din Cromok.
“Ikan singam,” kata gua.
“Nak budu?” tanya makcik tukang amik oder.
“Nak,” gua kata.
“Lauk-lauk lain” tanya makcik tukang amik oder.
“Kalau dah ado budu, takdok lauk lain pun tak apo” kata gua.

*****
Sebelah meja gua dan Din Cromok, ada sekelompok budak-budak remaja.  Gua rasa budak Melayu sebab diorang cakap dalam bahasa Melayu, bukannya bercakap dalam bahasa Cina atau bahasa Keling.
Yang jantannya hembus sedut, hembus sedut, hembus sedut, asap rokok.  Banyak juga duit budak-budak ni.  Takkan dah kejer kot.  Jadi gua buat simpulan secara kurang ajar : duit sekolah yang mak bapak diorang kasi la tu yg digunakan untuk hembus sedut, hembus sedut, hembus-sedut asap rokok.

Dalam kalangan jantan tu, ada la beberapa orang yang pompuan.  Budak-budak lagi. Paling kuat pun gua rasa budak form 5.

“Dekat pukul 2 pagi, berkeliaran macam anak ayam hilang reban,” kata gua kat Din Cromok.
“Budak-budak lagi tu,” kata Din Cromok.

Diam sekejap.

“Kawe tak hairan kat budak-budak pompuan tu,” kata Din Cromok.
“Budak-budak lagi.  Umur tak banyak.  Berfikir pun singkat,” Din Cromok kata.

Gua dengar.

“Yang kawe hairan, mak bapak.  Macam mana boleh biarkan anak dara sunti keluar malam-malam dengan jantan.  Kalau *ter*dapat cucu, baru nak terhegeh-hegeh,” kata Din Cromok.

Gua diam.

Gua makan ikan singam.  Gua cicah ulam petai dan pegaga dengan budu.
Habis makan, ada rasa rintik-rintik hujan dari atas langit.
“Hujan ke ni?” gua tanya.
“Embun jantan,” kata Din Cromok.
Tapi makin lama ‘embun jantan’ Din Cromok itu makin laju.  Makin banyak.  Makin basah meja.
“Hujan dah ni, bukan embun jantan,” kata gua.

Kemudian budak-budak jantan sebelah meja gua mula kalut-kalut start enjin kapcai.  Yang pompuan dua tiga orang tu pun duduk menonggeng atas kapcai.  Dada mereka disandarkan ke belakang si jantan.  Mungkin untuk dijadikan air bag.

Lepas tu tak tau ke mana diorang belah.  Mungkin pegi kenduri?  Mungkin balik ke rumah jantan?  Mungkin balik ke rumah masing-masing?  Atau mungkin pegi ke surau-surau berdekatan sambil menunggu untuk solat subuh?

Gua? 
Gua dan Din Cromok belah balik rumah...

 *adapun awek ini tiada kena mengenanya dengan contengan gua di atas.  Adapun awek ini kejer dia mengambil darah orang dan juga menenyeh2 henponnya apabila tiada orang yg datang memberikan darah]




2 comments:

  1. Dude, adapun awek yang lu tuduh LAWA ini, ada di sekitar2 Sandakan juga. Sekitar2 batu 1 setengah. Sekitar2 trafik light. Sekitar2 DOK...ahakkksss!!!

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...