Bila Blues Gang habis, Isma Halil keluar lagi. Dia pung! pang! pung! pang! cabut nomor bertuah. Gua tak tengok pun nomor gua. Gua tahu nomor gua takkan naik. Kalo naik, balik ngan motor la gua nampaknya.
Lepas Isma Halil pung! pamg! pung! pang!, pentas gelap lagi. Dan Sweet Charity muncul. Rosli Mohalim goreng gitar. Dan kemudian Ramli Sarip nyanyi lagi Sejuta Wajah. Semua bersorak. Banyak yang hangguk2 kepala. Lambai-lambai tangan ke atas. Gua tengok Din Cromok. Din Cromok rilek jer.
"Tak amik gambar Sweet Charity?" gua tanya.
"Memori kad dah habis," kata Din Cromok.
Ramli Sarip memang power. Dengan jambang putihnya, dia nampak lagi macho.
"Rosli Mohalim tu, kalau letak topi tinggi atas kepala, sebijik macam Slash Guns n Roses," kata gua.
Din Cromok senyum.
"Rambut gondrong dia dah sama ngan Slash," kata Din Cromok.
Masa Sweet Charity mula-mula top dulu, gua masih sekolah rendah.
"Masa kami nyanyi, kamu semua masih sekolah lagi," kata Ramli Sarip. Macam tuju kat gua plak.
Dan penonton bersorak sakan.
Rock Sweet Charity ialah rock Melayu. Tak keras sangat. Unsur-unsur kemelayuan memang kental. Kerana itu Kamarul [dari kumpulan Mohram] diangkut oleh Sweet Charity untuk pukul gendang Melayu! Pukulan gendang Kamarul memang superb!
Ramli Sarip banyakberfalsafah kat atas pentas:
1. 27 tahun dulu, di tempat yang sama ini, bulan cerah memancar. Sekarang ini bulan semakin cerah - errrrr...gua dengar macam kempen politik pun ada bila Ramli Sarip sebut tentang bulan.
2. Sama ada kawin satu atau kawin dua, sama ada cerai hidup atau cerai mati, suka atau tidak kita harus menerimanya kerana itu kerja Tuhan - gua no komen dengan falsafah ini....
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment