“Demo tau jalan nak gi Stadium Merdeka?” tanya gua kat Din Cromok.
“Tau. Tapi macam ingat-ingat lupa,” kata Din Cromok.
“Kawe pun serupa demo juga. Ingat-ingat lupa. Kali terakhir kawe gi Stadium Merdeka masa Battle of The Band,” kata gua.
Zaman Battle of The Band. Lama tu! Zaman tu, zaman rock kapak. Zaman tu zaman mat rock dan minah rock pakai seluar ketat kaler merah. Pakai t shirt bendera jepun. Kemudian ikat bandana di lengan atau di paha atau di kepala lutut. [Sumpah, gua tak penah pakai cam tu walaupun gua suka sama muzik rock.... ahakkksss!]
Sekarang dah 2011. Gua pun blur blur kat mana letaknya Stadium Merdeka. Tapi dalam kepala gua, bayang-bayang jalannya masih melekat. Walaupun gua suda tua, tapi taklah terlalu tua untuk mengingati segala-galanya. Hek eh!
“Kita tau mana nak tuju, kira ok dah tu. Tak la kita tersesat di tengah jalan,” kata Din Cromok.
Gua amik jalan Bangsar. Melintasi Muzium Negara [yang ketuanya tah apa gilanya nak buat pameran gaun kahwin Memey!].
Kemudian melintasi Masjid Negara.[tempat penyokong Anwar berhimpun masa nak mulakan reformasi tahun 1998]
Kemudian Bukit Aman.[banyak yang kena sorok kat sini]
Kemudian sebelum sampai Dataran Merdeka,gua buat u turn sesuka hati di depan polis tafik. Kalau kena tahan, gua berani kerat kuku jari kaki belah kiri, polis tu mesti kata “Nak saman ke, nak setel?”
Kemudian melintasi Dayabumi yang sangat sesuai dijadikan lokasi cerita hantu sebab dah lama terbiar.
Kemudian gua mengambil Jalan Loke Yew [dengar citer, apek nama Loke Yew ni ketua kongsi gelap a.k.a ketua penjual ganja a.k.a bapak ayam besar, tapi namanya diabadikan disebatang jalan utama. Huh, betapa untungnya jadi orang Cina di bumi Malaysia!]
Sebelum simpang masuk Dewan Bahasa dan Pustaka [yang dah tak nampak fungsinya sebagai pembela bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu dan budaya Melayu, selain hanya pencetak buku teks sekolah sahaja], Din Cromok kata “Masuk kiri!” sambil dia tunjuk-tunjuk satu sign board tepi jalan.
Gua pusing stereng kereta Malaysia [yang mahal tapi takder kualiti] ke kiri. Jalan terus. Belok kiri sikit. Jumpa balai polis Tun H.S. Lee [yang walaupun dekat bebenor dengan tempat pelacuran murah di Jalan Petaling Street, tapi tak mampu untuk membenterasnya. Ajaib! Ajaib! Ajaib!].
“Heh, dah sampai stadium kita ni,” kata Din Cromok.
Gua tengok kiri kanan. Ada sorang mamat lambai-lambai pakai lampu picit. Gua ikut. Gua parking kereta di atas bahu jalan di pinggir Stadium Merdeka.
“5 ringgit bang,” kata budak tu. Tanah tu bukan tanah mak bapak dia. Stadium tu tentunya bukan stadium kepunyaan mak bapak awek dia. Tapi dia senang-senang pau duit gua 5 hingget. Tapi gua berpikiran positip. Daripada dia pegi meragut kat Bukit Bintang, baik dia buat macam ni. Din Cromok hulur 5 hingget. “Tima kasih bang,” kata budak tu.
Di perkarangan stadium, gua nampak Sinaga-naga sedang pung!pang!pung!pang! dengan naga-naga yang lain. Gua tak kata ‘hai’ kat dia sebab dia tak nampak gua. Ada sorang minah yang tua, tak tua dan nak kata muda tak la muda, tengah mendentam-dentumkan harleynya. Gua juga nampak beberapa kelompok anak muda berambut panjang ke hulu ke hilir bermacam-macam-macam pesen. Geng-geng otai, takyah cakap la, berderet kat tepi jalan.
“Kawe rasa surau kat dalam kot, “ kata gua kat Din Cromok. Maghrib sudah masuk.
Yang jaga booth NAZA tah apa sewelnya, tetiba pasang lagu “We Will Rock You” dengan kuat. Macam la kenduri kahwin Erra Fazira sedang berlangsung.
“WOOOiiiiii....Mahgrib ni!!!” laung sekumpulan pemuda berambut panjang. Walaupun berambut panjang macam hantu dalam filim Melayu, tapi diorang sensitip dalam bab-bab agama ni. Ni yang gua tabik spring kat mamat rock tulen [macam gua.... kehkehkeh].
Gua masuk stadium. Din Cromok ikut belakang gua. Punyalah besar stadium, tapi surauanya kecik jak. Berderet mat rock berambut panjang tengah amik turn nak masuk surau. Gua rasa, saper2 yang buat tuduhan kat mamat rock berambut panjang kononnya diorang tu rosak akhlak, lupa Tuhan, minum darah kambing, makan sampah, dan tak main cintan-cintun, patut tengok situasi ni sendiri. Bila bersolat, siap ada imam sekali dalam kalangan mereka. Baca fatihah dan ayat lazim macam imam kat kota Mekah tuuuu dia punya lagu.
Selesai solat, gua dan Din Cromok lepak-lepak atas bangku kayu dalam stadium. Gua tengok kat tengah stadium. Mungkin kat situlah ada satu pentas didirikan. Kemudian Tunku Abdul Rahman menjerit MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. Gua rasa, kering kerongkong Tunku menjerit MERDEKA sekuat hati beliau. Dan gua rasa, akan kering pula air mata Tunku [kalau beliau masih hidup la] bila anak Kling bergelar profesor kata kita tak penah pun kena jajah. Kena naung jer. [Kalau itu macam, patutnya Tunku jerit JANGAN NAUNG! JANGAN NAUNG! JANGAN NAUNG!]
Sambil duduk-duduk, gua dan Din Cromok bersembang tanpa hujung pangkal. Kat atas stage, Blues Gang tengah buat sound check. Heh... takkan tak abis-abis lagi buat sound check kot....
8.30 malam. Gua cuit Din Cromok dan kata “Jom!” Gua nak cari lokasi yang strategik nak tengok Blues Gang dan Sweet Charity perform. Gua tak penah tengok Blues Gang perform secara live. Gua hanya penah tengok Ito jer. Gua juga tak penah tengok Ramli Sarip perform sebagai Sweet Charity. Tiga empat kali gua tengok Ramli Sarip, tapi hanya perform sebagai Ramli Sarip.
8.45 malam.... tak start start lagi.
Dekat-dekat jam 9 malam pun tak start lagi.
Kemudian...jeng jeng jengggggg.. muzik pengenalan bergema. Dua layar gergasi menayangkan teaser konsert. Abis jer teaser, Isma Halil keluar dan membebel. Duk tanya, “Ar yu redi? Ar yu redi?” Aiseh... memang ler dah redi pun. Takyah la nak tanya...hakhakhak!
Pentas digelapkan. Biasala trick tu. Kemudian satu satu instrumen dimainkan. Itu pun trick biasa. Last sekali, baru Ito sebagai vokalist utama Blues Gang keluar. Kemudian crowd pun menjerit macam tak hingat dunia. Itu pun tersangatlah biasa tricknya.
“Shaikh Karim tu dah kena potong jari kakinya. Kencing manis,” kata gua kat Din Cromok.
“Ada drummer reserved tu,” kata Din Cromok bergurau.
Tapi masa lagu demi lagu demi lagu demi lagu dimainkan, Shaikh Karim henjut kakinya kat paddle drum bass macam ok gak. Macam jari kakinya tak kena potong. Sampailah kepada satu set, Shaikh Karim bangun dari kerusi. Pelan-pelan turun dari stage kecil. Dari situ memang nampak, Shaikh Karim memang agak uzur sikit. Kemudian Munir [drummer kumpulan Mega] amik alih jadi tukang pukul.
“Eh, betullah, ada drummer reserved,” kata gua.
Habis dua tiga lagu Shaikh Karim nyanyi, dia pelan-pelan pegi kat drum set. Pelan-pelan naik stage kecil. Pelan-pelan duduk. Dan lepas tu, dia terus memukul drum macam orang yang tiada masalah pada kakinya.
Dekat-dekat dua jam, Blues Gang berenti. Satu ratus dua puluh minit. Tujuh ribu dua ratus saat. Tak berenti amik rehat pun di tengah-tengah show. Bagi gua, untuk enam orang pakcik yang dah masuk umur 60 tahun, tapi tak pancit pun masa show, adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Pakcik-pakcik ni tentunya tak amik pil kuda atau majong kuat. Pakcik-pakcik ni hanya berbekalkan kecintaan kepada muzik sepenuhnya. Bak kata orang kampung gua, ‘the true musicians’. Semangat dan cinta akan muzik menyebabkan pakcik-pakcik ni tak pengsan atau diserang angin ahmar masa perform.
[to be continued, bergantung kepada mood gua...kehkehkeh]
No comments:
Post a Comment