Monday, 10 October 2011

Ini Kololumpo punya cerita.


Selepas lima jam berdiri.  Selepas lima jam melihat para otai goyang-goyang kepala, goyang-goyang perut.  Selepas lima jam yang menyebabkan Din Cromok berjalan macam robot kerana lututnya hampir jem sebab berdiri terlalu lama. Selepas lima jam melihat dua raksasa [tanpa ultraman] di Stadium Merdeka, gua dan Cromok pelan-pelan keluar dari stadium.

“Nak gi ikut mana kita ni?  Jalan terus ke nak ikut jalan kita masuk tadi? tanya gua.
“Jalan terus, rasanya akan sampai kat pudu jail, “ kata Din Cromok.
“Ok,” kata gua.
“Kita gi makan ikan singam, nak ke?” tanya gua.
“Boleh jugak” Din Cromok jawab.

Gua pusing-pusing stereng kereta.  Tapi tak sampai-sampai ke pudu jail yang dah jadi arwah.  Rais Yatim kata pudu jail tak ada nilai sejarah walaupun usianya sudah lebih seratus tahun.  Jadi dia kata “Musnahkan!”  Kemudian gua tambah “Gantikan dengan bangunan batu ratusan tingkat!  Kita bagi sama itu kontraktor yang dah jutawan!  Biar mereka jadi semakin jutawan!  Kemudian kita jual itu bangunan sama itu orang-orang kaya!  Biar akaun bank mereka makin kembang!  Peduli apa dengan bangunan warisan!”

Gua pusing-pusing stereng kereta.  Tapi tak sampai-sampai ke pudu jail.  Yang sampai ialah Petaling Street.
“Kita dah buat magik ni.  Pudu jail hilang, ganti dengan Petaling Street,” kata gua.

Din Cromok sengih.

Gua melewati [bukan meliwati; kata yang sangat digemari oleh media arus perdana!] Petaling Street.  Kawasan yang sudah lama jadi milik pendatang Cina.  Dan sudah jadi tebiat bangsa mereka, apa yg mereka ada, mereka takkan lepaskan. Jadi, gua tak hairan kalau Syed Hamid Albar kata “tak apa, laluan MRT tak payah ikut Petaling Street.  Kita Tak payah kasi roboh bangunan-bangunan lama kat situ.  Pedagang Cina tak mahu.”  Kemudian gua tambah, “orang Cina kena jaga woooo...undi diorang penting meh!  Kita roboh setinggan Melayu tak apa, tapi jangan kacau sama orang Cina”.  Huh, kalau Namewee baca stetmen gua ni, gua yakin dia akan buat video bertajuk “Fuck Cikgu Metal” dan kasi upload dalam TouTube.  Tapi ada gua hairan sama budak Cina kulup tu.  Sikit pun gua tak hairan!

Kemudian menyusuri Pasar Seni yang dah tak ada aktiviti seninya lagi.  Lepas tu Kota Raya.  Dulu...lamaaaaa duluuuuuu....gua selalu lepak kat Kota Raya.  Yang duk melepak sekali ialah kutu-kutu yang ada IC kaler biru.  Tapi sekarang iniiiiiiiiii....yang lepak kat sana sangatla antarabangsanya.  Ada Myanmar.  Ada Indon.  Ada Vietnam.  Ada Nepal.  Ada Filipin.  Ada Bangladesh.  Jantan betina, cukup lengkap.  

 Duluuuuu...lepak-lepak kat Kota Raya sangat la amannya.  Kutu-kutu lepak jer.  Tak buat apa-apa yang bengong.  Habis-habis hard core pung hanya lah phewiiittt... sama awek-awek.  Itu jer.  Tapi itu duluuuuuu....  Sekarang ni, yang lepak sana, selalu bergasak.  Muka masing-masing dah bertukar fungsi jadi punch bag.  Perut diorang pun sama.  Dah pandai tukar-tukar fungsi.  Sebab tu kat depan Kota Raya diorang selalu bergasak.  Pecah-pecah muka, biasala tu.  Usus perut terburai keluar juga dah biasa.

Sungguh antarabangsa Kololumpo ini...

1 comment:

  1. Kolumpo ... sungguh antarabangsat... juga kini.

    Memori daun pisang gua pun banyak di Kota Raya. RE Pangkah pung depan Kota Raya je, selalu ulang-alik kat situ. Memang aman. Aman. La, yang aman di Kolumpo mungkin Bukit Aman. Cis!!!

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...