“Asik-asik cikgu, asik-asik cikgu,” kata T [bukan nama sebenar]
Gua diam. Gua tadah telinga. Gua buat ramalan : T [bukan nama sebenar] bagi komen ni sebab dia bengang dengan bajet Najib.
Gua kata, tapi dalam hati “Heh eh T [bukan nama sebenar]... bila masa kau ni tak setuju dengan pemimpin yang kau sanjung selama ini?”
Gua diam lagi. Gua tadah telinga lagi.
“Apa yang speselnya sangat dengan cikgu-cikgu ni?” tanya T [bukan nama sebenar].
“Cikgu memang spesel. Sebab itulah kau jadi orang sekarang ni,” kata gua.
T [bukan nama sebenar] tunjuk muka tak puas hati, macam muka gengster baru lepas kena tempeleng.
“Cikgu-cikgu ni la yang paling banyak melawan kerajaan. Memburuk-burukkan kerajaan,” kata T [bukan nama sebenar].
Gua nak tergelak terguling-guling. Tapi gua tahan. Gua takut T [bukan nama sebenar] kecik ati.
“Cikgu-cikgu bukan memburuk-burukkan kerajaan. Cikgu-cikgu menegur,” kata gua.
“Huh...” T [bukan nama sebenar] mendengus.
“Memang cikgu-cikgu takder otak. Kerja diorang asik mengutuk kerajaan!” kata T [bukan nama sebenar] lagi.
Sekali lagi gua nak ketawa. Sekali lagi gua rasa nak berguling-guling kerana T [bukan nama sebenar] telah berjaya membuat lawak antarabangsa yang paling kelakar semenjak alaf 21 ini. Tapi gua tahan. Gua takut T [bukan nama sebenar] kecik ati.
“Bodoh-bodoh ler yerk cikgu kat Malaysia ni...” kata gua.
T [bukan nama sebenar] diam. Tapi anak bola matanya memberi jawapan “Ya!!!” pada pertanyaan gua tadi.
Gua diam.
T[bukan nama sebenar] diam.
“Jangan jadi macam lembu. Dicucuk hidung. Diheret ke sana sini. Lembu itu terpaksa ikut sebab dia jadi lembu,” kata gua.
Gua tengok T [bukan nama sebenar]. T[bukan nama sebenar] tengok gua.
“Abis tu, yang duk jadi baru kena lepas dari tersepit, apa cerita. Dah dikasi lepas, menggigit lagi tangan orang kasi lepas,” kata T [bukan nama sebenar.
“Tangan orang yang lepaskan tu berbau tahi kot,” kata gua.
Kemudian gua sambung, “Tahu maksud peribahasa ‘anjing kalau tak makan tahi, dihidunya juga’ “ gua tanya.
T [bukan nama sebenar] terkelip-kelip.
“Orang yang memburukkan kerajaan tu pengkhianat!” kata T [bukan nama sebenar].
Kata-kata T[bukan nama sebenar] gua sambut dengan HA! HA! HA! HA!
“Jadi, orang kejerkerajaan, kedian dia tak sokong kerajaan, pengkhianat ler tu yer?” gua tanya.
“Iyer laaaa....pengkhianat!” kata T [bukan nama sebenar.
“Mak aihhhh....kalau camtu, ramai betul pengkhianat dari UMNO di Kelantan!” kata gua.
T [bukan nama sebenar] terkebil-kebil.
Gua diam. T [bukan nama sebenar] diam.
“Pernah baca buku Sulaltus Salatin?” gua tanya T.
“Pernah.” kata T [bukan nama sebenar].
“Tahu nak bezakan antara Hang Nadim dengan Raja Madeliar dengan Kitul?” tanya gua.
“Errrr..errr....errrrrrrr.....” kata T [bukan nama sebenar].
Itu la orang kita. Buku tentang komunis bukan main lagi diselongkar-selongkar. Konon nak tahu saper pejuang saper pengkhianat. Tapi buku hikayat tentang akar Melayu itu sendiri tak la pulak sibuk nak selongkar.
Kemudian gua kata, “Kalau la cikgu-cikgu tu memang pengkhianat negara, dah lama DAP ni memerintah Malaysia...”
Gua bangun sambil tekan-tekan henpon murah. Gua berlalu.
Dari jauh gua tengok mulut T [bukan nama sebenar] kumat-kamit. Aisehhhh...takkan nak hantar santau angin kat gua pulak....
sepa si T tuh cegu ?
ReplyDeleteT...errrr....T ialah....errr...Tipu[sana] Tipu[sini]
ReplyDelete