Friday, 21 October 2011

Ghadafi, lu bukan siapa-siapa di dunia ini.


Gadafi,
Lu bukan Steve Jobs
Kematian lu tidak diratapi seperti kematian Steve Jobs
hatta oleh umat Islam sendiri.

Gadafi,
lu tak buat gajet canggih yang menjadi hantu kepada anak2 muda
lu tak buat Ihone atau Ipad
Lu hanya bina rumah untuk rakyat sedang lu sendiri berteduh di bawah kanvas khemah
lu hanya berikan harga yang paling rendah minyak untuk rakyat lu
lu hanya menyalak kepada Clinton
lu hanya menjerit kepada Clinton
lu hanya memaki Rabin

Gadafi,
lu memang sudah mati
dan tiada yang meratap akan kematian lu...

Rupanya Freddie Mercury yang mati kerana Aids lebih berjasa kepada dunia
Nampaknya Michael Jackson yang over dose lebih sentimental kepada jagat
Dan Steve Jobs yang tidak mahu berjumpa dengan bapa kandung sendiri itu lebih diletak di jemala dunia.

Gadafi
lu tiada apa-apa
kerana kita semua sudah menjadi segerombolan kuda perang
yang harus mengikut kata sang jeneral.

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...